Iklan Leaderboard

Jumaat, 27 September 2013

44 Surat buat Dato' Seri Najib Razak

Assalamualaikum Dato’ Seri. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya maju dan menambahkan kekayaan di negara sendiri. Dato' Seri mungkin masih belum berkesempatan untuk membaca surat ini selepas baru sahaja berjumpa dengan Mark Zuckerberg, pengasas Facebook di Twitter HQ.


Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Tersangat Maju bukan setakat Negara Yang Maju sahaja.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya, saya memang sangat setuju tentang kenyataan itu, lagipun harga minyak di negara kita adalah no. 8 terendah di dunia, malah jauh lebih murah dari negara lain seperti Nigeria, Zimbabwe, Kenya dan Namibia. Idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh sebuah idea yang sangat bijak kerana ramai yang tidak faham, sebenarnya harga minyak tidak naik pun sebaliknya subsidi minyak yang turun.

Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar tidak memberi impak kepada golongan kaya sahaja tetapi juga golongan VIP, VVIP dan VVVVVVVIP. Hari pertama harga minyak naik, restoran mewah yang selalu hang out dengan rakan2 hot stuff di Pavillion telah menaikkan harga Grilled Lamb Chop daripada RM30 ke RM35, tapi saya tak kisah, bagi saya apalah sangat nilai RM5 pada resit yang saya akan claim pada syarikat. Lagipun minyak hanya naik 20 sen sahaja, kalau biasa saya isi minyak RON95 RM50, sekarang saya hanya perlu bayar RM50.20, itupun saya tak faham kenapa ramai sangat yang merungut. Oh tapi saya menggunakan RON 97 kerana kereta yang saya pakai tak sesuai dengan minyak RON95.


Tapi oleh kerana Datuk Ahmad Maslan telah mengirakan penggunaan RON 95 mengikut pendapatan isi rumah, untuk menyatakan sokongan saya telah membeli sebuah motor Kawasaki Ninja 650R untuk dibawa ke tempat kerja yang kira2 10KM dari kondominium saya dan hasilnya, RM132 sebulan untuk motor saya tu bukan sahaja cukup malah lebih daripada cukup, siap ada baki RM5 lagi. Btw setakat ni baru 4 kali motor saya gerak sebab saya sebenarnya tak minat naik motor, saya lebih suka bawak kereta Koenigsegg Agera saya.

Lagipun akhir2 ini, saya perhatikan jumlah kenderaan di atas jalanraya terutama kereta semakin banyak sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk, ini semua disebabkan harga kereta di negara kita yang saya kira terlalu murah serta kemudahan buat loan kereta kat bank sampai 9 tahun sehingga ramai yang mampu beli kereta. Dengan kesesakan jalanraya yang semakin teruk ini telah membuatkan rakyat Malaysia seakan2 lupa kepada warisan budaya kita sendiri turun temurun iaitu memberi laluan kepada pengawal bermotosikal yang mengiringi golongan kerabat dan VIP. Diharap dengan pengurangan subsidi minyak ini dapat membuatkan orang ramai tidak mahu membeli dan membawa kereta di jalanraya seterusnya dapat mengekalkan budaya Malaysia ini.


Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 38 tahun. Kahwin dah banyak kali, nikah sahaja belum. Saya tak rasa terbeban pun walau untuk 10 tahun akan datang, kerana ayah saya telah pun membelikan saya saham syarikat Genting untuk saya. Walau ada di antara kenalan saya yang telah berumahtangga dan berpendapatan kecil, mereka kena faham yang itu semua adalah ketentuan dan ketetapan Tuhan, sama juga seperti harga minyak naik, eh bukan, subsidi minyak turun.

Lagipun buat apalah nak bela sangat golongan2 muda ini, dah la tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan, last2 yang memimpin negara set2 kita juga. Paling busuk pun diorang cuma buat demo kat jalanraya, lepas tu diorang balik la. Kalau setakat nak majukan negara tak payah harap kepakaran mereka pun, kita upah sahaja konsultan dan perunding dari luar negara, seperti Pelan Pembangunan Pendidikan menggunakan perunding luar negara McKinsey and Co dengan kos yang sangat berpatutan sebanyak RM20 juta. Lagipun McKinsey and Co ni bagi saya sebuah perunding yang sangat all around, boleh bagi consultation berkaitan pendidikan, pengangkutan malah badan pemikir kerajaan, PEMANDU juga telah membelanjakan RM36 juta untuk syarikat perunding ini. Seriously, mana lagi nak jumpa consultant yang hebat boleh buat macam2 ni?


Mengenai BR1M pula, saya rasa cadangan untuk menaikkan pemberian BR1M selepas mengumum kenaikan harga minyak merupakan langkah yang bijak untuk menutup mulut2 mereka yang bising ini. Takkan mereka tidak tahu yang kerajaan terpaksa kurang subsidi minyak untuk menghalang aktiviti penyuludupan minyak ke luar negara terutama di sempadan Thailand seperti yang dikatakan oleh Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM)? Rakyat kenalah bersama membantu dan berkorban demi untuk menghalang dan membanteras kegiatan jenayah ini.

Lagipun dengan pemberian BR1M, ia bukan sahaja dapat mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah, malah ia dapat merancakkan ekonomi tempatan di mana apabila ramai orang yang mendapat BR1M, para peniaga yang bijak dan pandai berniaga akan cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan. Bila keuntungan peniaga meningkat, cukai kepada kerajaan juga meningkat.  Oleh itu bukan sahaja orang miskin yang untung, para peniaga pun untung, kerajaan juga untung. Ini boleh disifatkan sebagai serampang dua mata atau win-win situation. Lagipun Dato' Seri kan dah cakap, BR1M yang RM500 tu pun cukup tempoh setahun kalau dibelanjakan dengan berhemah, apatah lagi kalau lepas ni BR1M dinaikkan sampai RM1,200, lebih dari cukup. Cuma masalahnya diorang ni berbelanja tak berhemah, so itu masalah merekalah bukan masalah kita.


Dato Seri,

Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Tapi saya sedar yang saya dan ke semua orang melayu sebenarnya sangat istimewa tak kira la mereka ini orang kaya atau miskin, kerana kita ada hak2 istimewa. Kita ada diskaun nak beli rumah, senang nak masuk IPTA, banyak kuota untuk dapat kerja gomen dan macam2 lagi keistimewaan. Apa tak istimewa lagi ke jadi rakyat Malaysia terutama orang melayu? Walau ada yang tak mampu nak beli rumah, jangan risau nanti kerajaan akan buat 1 juta rumah mampu milik untuk korang beli. Tapi kalau memang tak mampu beli rumah, janganla beli rumah, cari je rumah sewa yang murah2. Lainlah kalau mereka ini kaya macam idola saya, anak Datuk Seri Nazri Aziz boleh beli rumah banglo RM7.2 juta, dah la ada awek MILF yang hot, itupun masih ada yang marah, dah dia mampu nak buat macam mana, diorang jeles lah tu. Bapak dia sendiri pun cakap kalau dia mampu beli istana pun tak jadi masalah, orang lain pulak sibuk.


Seterusnya pula, boleh dikatakan ramai orang yang sebenarnya menanggung banyak hutang malah yang belum bekerja pun dah menanggung hutang PTPTN. Masalahnya diorang sendiri tak nak belajar rajin2 untuk dapatkan biasiswa, lepas tu marah pula bila kena berhutang nak belajar kat IPT. Bak kata menteri2 kita, kalau harga ayam naik, beli la ikan. Kalau harga sayur naik, tanam sayur sendiri. Menjadikan kepimpinan kerajaan sebagai idola, pada pendapat saya samalah juga kalau tak mampu pinjam PTPTN, jangan sambung belajar. Lepas SPM pergilah kerja kat KFC ke McD ke. Dah ada duit nanti baru pinjam.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan Diploma. Boleh dikatakan ramai graduan yang baru lepas grad langsung takde pengalaman tapi bila mintak kerja demand gaji tinggi. Saya pun tidak faham berapa lagi gaji yang mereka mahu, kos sara hidup di Malaysia bukan tinggi sangat pun. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC yang diterajui oleh bapa saya dan gaji yang saya perolehi boleh dianggap amat lumayan. Saya pun tidak pernah membuat kira2 perbelanjaan bulanan saya kerana dah sampai akhir bulan pun masih banyak lebihan dalam bank, tak pernah luak pun.

Pasal kenalan2 saya dan officemate lain pula? Ya, saya faham nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di Bangladesh terpaksa berhijrah ke negara lain untuk mencari sesuap nasi dan minta mereka ini bersyukur dengan apa yang mereka perolehi di Malaysia. Kita buat perbandingan gaji bulanan bagi lepasan ijazah dengan negara Sri Lanka. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita yang maju ini. Seperkara lagi Dato' Seri, saya lihat ramai kakitangan di tempat kerja saya yang sudah hilang sifat melayu dan suka komplen macam2. Oleh itu dah tiba masanya2 Dato' Seri perlu mengetatkan pengambilan pekerja di sektor awam serta GLC perlulah mereka yang berjiwa UMNO, bukan setakat CEO sahaja.


Akhir kalam, saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, ingin merakamkan setinggih penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Seri kerana telah dapat mentadbir Malaysia dengan begitu baik sekali dan telah menyelesaikan banyak masalah yang mereka hadapi sekarang ini. Cuma saya tak faham kenapa ada yang masih tak berpuas hati lagi dengan segala macam tindakan, kebajikan dan tanggungjawab kerajaan di bawah pucuk pimpinan Dato' Seri. Apa lagi yang mereka mahu? Tak bersyukur lagi ke negara masih aman? Kalau mereka tak suka sangat, macam biasalah, sila keluar dari Malaysia.

Terima kasih

Ikhlas,
Kesuma Chairil bin Dato' Haji Salem Budiman




tags: surat terbuka buat dato seri najib razak pm perdana menteri bukan tulisan siti hajar aladin nora danish nedim nazri balik myanmar lawatan us jumpa mark zuckerberg facebook founder hq headquarter twitter google hasan malek beri laluan kepada kerabat keluarga diraja golongan vip pemimpin raja budaya malaysia pelan pembangunan pendidikan perunding consultant luar negara mckinsey and co cari ceo berjiwa umno terajui glc

44 ulasan:

  1. sarcasm at it best! :)

    sekarang orang dha mals nak marah2 sebab org ataih tak pernah nak dgr..so sarcasm ni kira level lagi tinggi la dari marah..

    mohon pm baca surat ni dengan segera dan tweet di fb nya..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. pm dah baca sambil tersengih2...

      Padam
  2. Balasan
    1. nice try noob bongok. apapun kami tetap sokong bn.

      Padam
    2. noob mmg bahlol. apapun kami tetap akan menjilat lubang taik umnoputra

      Padam
    3. wah plain ada peminatlah.. jelesnye i :)

      Padam
  3. ahaaa ada sikit mcm style sarcasm mantot kat CM je noob... lolololll XD

    BalasPadam
  4. surat ni memang terbaik yg pernah aku baca..kalau orang atasan tak paham makne org dlm blogger lagi berjiwa rakyat.ni memang kne post kt setiap pemimpin bagi buka mata skit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum terbaik la..
      Masih boleh diperbaiki surat ni flow dia ada yang tak smooth..

      Padam
    2. asalkan msia aman tak berperang mcm kt syria ngan mesir udah.

      Padam
    3. terima kasih cikgu bm...

      Padam
  5. Hey hey hey pak menteri yg suka kuarkan kenyataan bodoh.


    Plz go fuck yourself.

    BalasPadam
  6. penulis surat nih penyokong BN ker? kalau ya kesian...hihi aku yang bukan BN pun tak sesusah dia. :)

    BalasPadam
  7. Sarcasm habis entri ni. Selalunya yang tak faham keluhan rakyat Malaysia ni ada dua golongan, sama ada dia memang keturunan keluarga elit atau perasan keturunan keluarga elit.

    BalasPadam
  8. Untung dapat CEO Malaysia macam najib razak...setahun dua lagi Malaysia akan mencapai status negara termaju dan berkos sara hidup tinggi seperti yang diidamkan...
    Disarankan CEO malaysia buat lawatan ke Eropah kalo berani, terutamanya Perancis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu dah pergi macam balik kampung aje.. tapi diaorang ni kedekut tak ajak pm sekali..
      ajak la pm sekali pi sama..

      Padam
  9. memang sah fetish awek MILF tu anak meteri...

    BalasPadam
  10. Eh surat dari anak bapak rupanya.. merangkap Ahli tetap UMNO..

    BalasPadam
  11. jilaka ngampu laa ungok bodo tu!!, bodo nye noob

    BalasPadam
  12. Salam Sayang & Salam 1Najib

    Akak hairan, kenapalah ramai sangat yang marahkan kerajaan UMNO/BN. Tak boleh tengok orang senang sikit. Sendiri kalau nak senang sila berniaga atau lantik diri jadi wakil rakyat di parlimen atau dewan undangan negeri. Baru hidup boleh senang. Baru boleh beli banglo berjuta-juta. Anak-anak tak payah pinjam ptptn. Janganlah hidup hanya tau nak kerja makan gaji atau makan suap.

    Akak bangga UMNO/BN berjaya melahirkan jutawan melayu hasil karier menjadi menteri. PR hanya tahu mencari salah & fitnah UMNO/BN

    BalasPadam
    Balasan
    1. akk, sila baca sampai habis bleh??

      Padam
    2. Sokong Kak Senah, PR umpama burung tak berbulu..

      Padam
    3. akak anies, tahu x sarcasm tu apa??

      Padam
    4. Senah dah masuk ke buasirotak pulak.dah x komen kat Berita Semasa ke?

      Padam
    5. betul tu kak senah melayu memang dengki je manjang, apa boleh buat fitnah la kegemaran melayu masa kini

      Padam
    6. yerla cuba tengok Khairy Jamaluddin..
      umur muda dah jadi jutawan ada company besar kontrak billion lagi..
      jadi menteri ayngberkaliber..

      Cuba lihat rakyat yang sebaya dengan beliau duduk kat mana?
      berapa harta kalau banding dengan beliau..

      Padam
    7. aik...kat sini kak senah dan umno muda pun ada????? tak lepak kat berita semasa dah ker???

      keh keh keh...

      Padam
    8. cahayaamanah... kat mana yg fitnahnya? yg suka bergelumang dgn najis fitnah ni umnoputra je

      Padam
    9. eh jangan la buat fitnah

      Padam
  13. Heran la apa rahsia anak beranak Dato Nazri yea..??

    Dia atau family dia ada jumpa harta karun ke?
    Dah la kerja free tolong bapak kat opis.. (anak yang sangat baik ni)
    Boleh pakai kereta mewah, boleh beli bungelow rm7 juta..

    Jeles sunguh dengan nasib dia.. ramai orang kerja siang malam pon tak dapat nasib macam tu..
    Ya Allah kami pasrah dengan ketentuanmu, bagi la kentuan yang baik untuk kami di akhirat kelak..

    BalasPadam
  14. sial punya noob, baru aku perasan org yg tulis surat ni dekat nama dia ada word MACHAI LEMBU --> kesuMA CHAIril bin dato' haji saLEM BUdiman... patut la nama pelik semacam je... freemason sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmean win abis...sussh nak bezakan macai & sarcasm

      Padam
    2. hebat skill decoder anda..
      ini sudah macam Davinci Code

      Padam
    3. hebat.. cukup hebat :)

      Padam
  15. cari CEO berjiwa UMNO... ni berita paling bangang aku baca hari ni

    BalasPadam
  16. adohai.. buasir otak aku baca post kali ni!

    BalasPadam
  17. mark zuckerberg dah tukar kerja kat twitter ke kah kah kah... najib najib asyik jd bahan lawak je lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula aku ingat dia mark ni pergi Tweeter HQ kot la ada perjumpaan sosial media CEO dekat tweeter HQ atau lunch ke apa hahaha.. sekali bukan da..

      PM biasa tweet dengan tweeter so tersasul la tu.. biasa la manusia hohoho..
      Apa plan jumpa facebook ceo ni? nak beli saham ke?

      P/S: PM kalau penat sangat suruh je la pegawai peribadi tu tweet supaya tak tersasul... :)

      Padam
    2. Mungkin mintak facebook ban atau pantau penguna Malaysia kot hohohoh..
      Beware facebook user.. hahaha.. Siap la korang nanti..

      Padam
    3. Mungkin la kot?
      Cuba tengok https://www.facebook.com/about/government_requests

      Padam
  18. Sukanya PM Msia buat joke...boleh masuk raja lawak ni :P

    BalasPadam
  19. Syukur Minyak lagi seposen semoga dana bertambah bagi menbenteras penyeludpan minyak ke luar nagara

    BalasPadam
  20. ini surat nganjing utk naijb sebenarnye ni atau dalam b.i sarcasm...jgn jadi lurus sgt bila bace..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...