Selasa, 3 September 2013

125 Harga minyak naik, apa benda yang akan turun?

Petang tadi dalam pukul 3, aku dapat mesej Whatsapp yang mengatakan minyak petrol RON95 akan naik 20 sen per liter. Harga lama RON95 adalah RM1.90/liter, bermakna harga baru akan jadi RM2.10/liter. Petang tu juga dalam pukul 5, aku dapat mesej Whatsapp yang kata kenaikan harga hanya khabar angin dan info tersebut dikatakan datang daripada Pengarah KPDNKK.


Sebuah pam minyak yang dipercayai dipecahkan oleh seseorang yang tidak berpuas hati sudah beratur panjang untuk mengisi minyak tapi sampai giliran dia, minyak sudah habis.

Malah kat Kosmo! juga melaporkan pada jam 5:15 petang, Naib Presiden Persatuan Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Datuk Abdul Razak Idris berkata harga minyak naik hanya khabar angin kerana kalau betul2 harga minyak naik sudah pasti ada hitam putih dari kerajaan.


Dan tiba2 sejam setengah lepas tu dalam jam 6:44 petang, Berita Harian melaporkan Perdana Menteri DS Najib Razak sendiri mengumumkan harga minyak petrol RON95 dan diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini. Kali ini betul2 punya takde khabar2 angin. Dan ya, nampaknya Pesamp pun tak terima hitam putih... kesian.


Sejurus lepas tu, berduyun2 la rakyat marhaen membawa kereta, lori, motor beratur pergi stesen minyak nak isik minyak mengalahkan orang cina beratur nak beli patung Minion kat McDonalds. Tapi orang Malaysia semua baik2, minyak naik apa masalah, beratur je la kat stesen minyak isi minyak 3 4 jam pun. Berbeza macam kat Indonesia, rakyat buat demo dan merusuh sebab harga minyak naik. Tapi ada juga yang mengamuk macam gambar kat atas tu.


PM kata ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Program Rasionalisasi Subsidi ni bukan benda baru, ia dah lama dirancang oleh kerajaan oleh unit PEMANDU yang diketuai oleh DS Idris Jala sejak tahun 2010 lagi. Mengenai Program Rasionalisasi Subsidi ini boleh tengok sendiri kat Portal 1 Klik ni, dan ia bukan melibatkan minyak sahaja tetapi juga barang keperluan lain seperti gula dan LPG di mana subsidinya akan dikurangkan secara berperingkat. Namun kali terakhir harga minyak RON95 adalah pada Disember 2010 sebelum ia ditangguhkan.


PM kata kenaikan harga minyak adalah proses pengukuhan ekonomi. Persoalannya, kenapa sekarang? Kenapa hari ini? Kenapa beberapa bulan selepas PRU13? Kenapa 2 hari lepas Hari Kemerdekaan negara?  Kalau ikut perancangan program rasionalisasi tu, sepatutnya harga RON95 naik 5 sen setiap 6 bulan. Namun lepas 2 kali kenaikan 5 sen iaitu Julai 2010 dan Disember 2010, program ini ditangguh. Dan elok lepas pilihanraya, naik terus 20 sen, mungkin nak gantikan terus 2 tahun yang ditangguh.


Ramai orang salahkan pengundi BN bila harga minyak naik, tapi aku yakin tak semua penyokong BN pun gembira dan suka dengan kenaikan harga minyak ni. Mungkin ada yang kata bagus, tindakan yang bernas, bersyukurlah naik 20 sen je dari naik 50 sen, bersyukurlah harga minyak di Malaysia ke-8 termurah di dunia, bersyukurlah Malaysia masih aman hanya cuma untuk sedapkan diri sahaja. Tapi bagi aku walau PR memerintah pun, tak mustahil harga minyak naik tu ada juga. Aku faham subsidi kena dikurangkan untuk memperkukuhkan ekonomi, cuma sampai sekarang walau harga minyak naik, harga kereta tak turun pun, harga barang asas tak turun pun, tol takde yang turun pun, pendidikan peringkat tinggi tak percuma pun, so ke mana hasil daripada penjimatan2 ni pergi?


Kalau tengok manifesto BN untuk PRU13 ni, banyak lagi AKUJANJI yang tak dibuat malah belum dimulakan pun, tapi benda yang takde dalam manifesto yang dihadiahkan dulu kepada rakyat lepas PRU13. Sebelum ni dah bagi hadiah tambang bas ekspress naik 30%. At least nak naik harga minyak umumlah masa pembentangan Bajet 2014 nanti, lancarkan semua manifesto2 pilihanraya lepas tu baru cakap harga minyak naik, at least takdela orang marah sangat. Ini macam tipikal pemimpin negara sebelum2 ini, tiba2 je minyak naik tengah malam bagitau petang2 dah nak malam. Suka ke menyusahkan rakyat, tengok rakyat membazirkan 3 4 jam beratur kat stesen minyak hanya kerana nak berjimat 20 sen seliter?


Adakah kenaikan harga minyak boleh ditutup dengan menaikkan kadar BR1M lebih tinggi? BR1M lebih baik daripada harga minyak yang lebih rendah? Daripada seluruh rakyat Malaysia, berapa peratus je yang dapat BR1M? Nak naikkan gaji dan bagi bonus pada penjawat awam? Berapa peratus je jumlah penjawat awam daripada jumlah rakyat di Malaysia? Dan realitinya:
  • Harga minyak naik, harga barang naik.
  • Kadar BR1M meningkat, harga barang naik.
  • Orang kerja gomen naik gaji dan dapat bonus, peniaga naikkan harga barang.
  • Harga minyak turun, harga barang tak turun pun.

So pusing la macam mana pun, realitinya harga barang semakin naik, harga keperluan asas naik, harga rumah naik, tambang bas naik, semua benda naik. So apa benda yang turun pun? Itu belum laksana GST lagi.

Dan Bung Mokhtar, kenaikan harga minyak bukan hanya sekadar naik harga minyak kereta semata2 dan ada orang kampung tak pakai kereta, tapi kesan tindakbalas berantai hasil daripada kenaikan harga minyak. Minyak petrol rata2 digunakan oleh kenderaan persendirian, tapi minyak diesel digunakan oleh lori2 peniaga dan sektor industri, pengangkutan awam, bot nelayan dan sebagainya. Aku tak rasa bahan2 mentah dan barang2 keperluan tu dihantar ke kilang, kedai dan pasar guna basikal. Rasa2 harga benda2 lain takkan naik ke dengan kenaikan harga minyak semua nih? Kepada pemimpin, kalau rasa tak nak menyebelahi rakyat, jangan tulis apa2 yang boleh menunjukkan kebodohan diri, senyap2 saja sudah.


Yang pasti, esok lusa minggu depan isu kenaikan harga minyak ni senyap balik dan rakyat marhaen terus menjalankan kehidupan mereka macam biasa. Berterima kasihlah kepada kerajaan.




tags: harga minyak petrol ron95 ron 95 ron97 ron97 diesel naik 20 sen meningkat terkini per liter mulai tengah malam selepas jam 12:00 nafi khabar angin whatsapp twitter sms program rasionalisasi subsidi pemandu idris jala epu unit perancangan ekonomi jpm jabatan perdana menteri hadiah kemerdekaan gambar kereta kenderaan lori motor beratur di stesyen pam minyak shell petronas petron esso caltex bhp mengamuk maki hamun pecah pam minyak tangguh terima kasih pm najib razak pengundi bn manifesto akujanji bn barisan nasional br1m kadar baru lebih tinggi gaji bonus penjawat kakitangan awam pegawai kerajaan tak turun keperluan asas tambang bas rumah pengangkutan awam teksi pelaksanaan gst tweet bung mokhtar radin ahli parlimen kinabatangan lawak bangang jenaka

125 ulasan:

  1. So noob kira kau reda ke bila minyak naik ni?
    bagi aku mmg harga minyak akan naik cuma bezanya naik sikit,banyak, cepat, lambat.

    Bila kau state pasal realiti harga barang itu mmg aku setuju!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. pdptn per kapita 1967-2005..
      i) Singapore USD600-USD 26836.
      ii)Korea Selatan USD 280- USD 16308.
      iii)Malaysia USD 290- USD5042.
      kalu petrol tak subsidi tapi income per kapita mcm K-pop tu pun tak pe ler, boleh la nak reda... nak mcm Singapore jauh sgt..

      Padam
    2. sib baek aku g keje naik motor jek. kureng skit impact nyer huhuhu......

      Padam
    3. ayam_afrika (original)3 September 2013 pada 10:33 PG

      Malaysiakini.com
      Terkini! Penurunan Harga Minyak.
      Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.
      Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.
      Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.
      Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat.


      Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga, 1.Minyak Angin 2.Minyak Senyonyong 3.Minyak Gamat 4.Minyak Dagu 5.Minyak Pengasih. 6.Minyak Yuyi Cap Limau

      Padam
    4. lawak bodoh ni dah basi la... bodoh!

      Padam
    5. Byk sgt klon aku skrg...pelik2

      Padam
    6. Teknik pembahagi bayang yang tidak sempurna tu :)
      Takkeluar icon ayam hahaha

      Padam
    7. ayam xde akal beranak ayam xde akal jd ada akal

      Padam
  2. Naek 2kupang pun mau kecoh. brim ada wei pfftt. syukur malaysia masih aman. hoyeah 1st.

    BalasPadam
  3. fedup siot.. sigh.. bila la malaysia ni nk jd negara yg betul2 membangun. x abes2 ngan trick and putar belit pemimpin. mentality orang melayu lagi.. sigh.. sedih pedih. nasib baik malaysia aman lagi.

    BalasPadam
  4. mslh kesan berantai hrga myk naik.. malaysia aman majority rakyat derita pn x guna gk.. xde nk 1st2 midnight.. puuih~

    BalasPadam
  5. Tahniah pengundi bn..kerana anda minyak naik malam ni...berita sedey buat pr yg memang telah jangkakan..subsidi IPP berbilion2...dasar penzalim!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doa yg dizalimi tu makbul, inshallah.

      Padam
    2. Saya syg cik lyn..

      Padam
    3. saya syg cik lynn lebih dari anon kat atas ni..

      Padam
    4. ni mesti orang tnb ni.. kalu suka babitkan ipp. xpe taun dpn api naik. harap2 bonus tnb bleh kasi 6 bln gaji kt staf mcm aku ni.

      Padam
  6. Bersedialah lepas ni semua barang pun nak ikutt naik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. batang aku pun nak ikutt naik...

      Padam
    2. x pe cik lynn..moga2 tuhan membalas orang yg menzalimi cik lynn

      Padam
  7. Wallahi. Apa makna semua ni? Minyak naik, gaji menteri naik 3 kali ganda. Aku tak paham betul cara Najib memerintah? Confirm alasan dia nanti sbb conflik Syria. Malam ni juga aku ternampak muka risau ayah bonda sbb akan berlaku kenaikan harga barang lain. Skrang ni cuma masih dlm kebimbangan harga akan naik jika amerika menyerang Syria tapi ajaibnya blm lagi amerika serang kita pula yg mengelabah lebih naik minyak awal2. Kena ingat Arab spring dah bertahun2 berlaku, dalam tahun2 tersebut cuma beberapa ketika harga naik mendadak, dan kebanyakan masanya adalah stabil, Jadi wahai Najib rakyat mu minta sgt bertindak dgn bijak. Harga minyak dunia pun ada masa nya turun tapi harga kat negara ni tak pula turun2. Minyak tu tak da sapa yang miliki kecuali datangnya dari perut bumi milik Allah, kenapa tak dikongsi dgn rakyat yang mana tinggal di Negara yg bawahnya dikurniakan minyak. Tapi apa kan daya ia diperdagangkan secara kapitalis. Cukai kereta yang lebih separuh dari harga sebenar x cukup lagi ke. Hahaha Aku tak minta, tapi Malaysia spring bila lagi? Dapat juga den merasa jihad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini semua salah amerika. buat ancaman nak serang syria.. minyak dunia jadi naik.. ringgit jadi jatuh!

      Padam
    2. Walaupun pasaran dunia akan terjejas, amerika akan cuba stabil kan balik harga minyak dgn pengukuhan dolar, USD. Disebabkan minyak didagangkan dlm USD. Sekarang ni aku berpendapat Syria dan Iran tak da kesan langsung dgn penurunan USD dsbabkan saudi yg menjadi pengeksport utama bagi dunia dn us malah sekutu kuat us. Cuma sentimen pasaran yg takut akan pasaran matawang USD, jika us berperang dan kalah, investor akan rugi besar. Tapi kalau us menang harga minyak akan stabil balik.

      Padam
    3. Arab spring ni memang complicated, dan sekarang nampak dah target seterusnya mungkin Arab Saudi pulak. Imej arab saudi diserang perkara yang buruk berkenaan kerabat diraja dan Islamism (extremism). Kalau amerika nak lumpuh kan Saudi. Amerika cuma ada satu cara shj iaitu melumpuhkan ekonomi saudi dgn kejatuhan harga minyak. Tapi untuk ini berlaku amerika terpaksa menjatuhkan matawangnya dahulu iaitu USD. Saudi mungkin nampak seperti sekutu amerika tapi hakikatnya cuma bonek amerika atau lebih tepat lagi boneka Israel.

      Padam
    4. Menarik. Arab spring, harga minyak naik 20sen dan perang USA. Ini adalah permainan akhir zaman.

      Padam
    5. US sudah kawtim dengan raja Saudi masa nilai USD jatuh teruk dulu..
      syaratnya dagangan minyak dengan USD.. Tu USD stabil balik dan US leh cetak banyak note USD tanpa apa-apa sandaran emas.. by hook or crook US memang kena kuasai minyak kalau tak US jatuh muflis sebab USD ni kalau ikut tak laku pun kalau tak dek kerana dagangan dan kuasa minyak..

      US pun kena kuasai negara telok jangan biarkan mereka bersatu tapi tidak boleh juga biarkan mereka terus berperang yang boleh mengugat kestabilan dagangan serantau..

      Padam
    6. Betul tu anon 2:54. Cuma aku berpendapat sejarah akan berulang lagi. Umum sedia maklum bawah, seperti kata saudara, USD itu tak bernilai sama seperti kertas biasa, dan oleh itu juga amerika tak perlu takut dgn kejatuhan USD. Malah amerika sendiri akan sengajanya menjatuhkan USD untuk melumpuhkan negara2 arab. Selepas USD mungkin akan ada matawangnya pengganti dan mungkin emas akan didagangkan semula. Sistem matawang boleh direka semula walaupun amerika jatuh muflis tapi ia juga adalah hadiah kemenangan bg mereka iaitu kemusnahan negara arab. Dgn sistem yg baru mereka dapat menguasai minyak secara total.

      Padam
    7. Parah dengan hutang US berbelas triliion ti tu kalau USD jatuh ekonomi mereka hancur juga..

      Mungkin US akan backup dengan emas? mereka dah dapat carik emas2 untuk sandaran USD?

      Tiada sape tau dalam for knox tu ada emas ke tak.. Ada orang buat spekulasi dalam tu sebenarnya takda emas.. emas dah lama kena songlap.. sebab itu ianya dikawal rapi bahkan katanya presiden US sendiri tak pernah masuk periksa.. Tu US laburkan banyak duit stabilkan USD dan kuasai dunia.. Bajet luar negara lebih banyak dari bajet dalam negara.. untuk menstabilkan ekonomi mereka..

      Yang uniknya US ni, perang pun boleh menjana ekonomi serta meningkatkan teknologi mereka.. :) (sebab boleh test free teknologi mereka selain permintaan pasaran untuk senjata pertahanan) tu mereka nak sangat berperang.. huhu..

      Padam
    8. Tak ku sangka banyak juga anon yang educated kat blog ni.....Tapi najib tak menjadikan isu syria sebagai isu utama kenaikan harga minyak. Mungkin najib takut dibidas oleh pakar ekonomi seperti korang....lol. Apa pula pendapat anuar tentang isu minyak ni? Tak sabar pula nak tunggu.......

      Padam
    9. Anon 4:59. Kenapa amerika masih nak perang kalau dorang tahu yg dorang masih lagi dalam crisis ekonomi dgn hutang bertrillion2. Ini mungkin kita boleh rumus kpd 3 kemungkinan
      1. Amerika tak kisah dgn USD kerana pada satu tahap kelak ia akan lumpuh juga.
      2. USD sbg matawang dunia. Reserve (rizab) ada di semua negara ddunia, so amerika boleh pinjam sbg bond.
      3. Perang mmg boleh buat duit, kalau syria hancur amerika yg akan dapat contract membangun semula negara yg telah hancur.

      ttg emas tu, aku rasalah, emas skrg byk kat Europe sbb masa revolusi industri byk emas dikaut dan dimonopoli oleh bank eropah sprti Rothschild dll.

      Padam
    10. PKR pertikaikan kenapa sekarang sedangkan masa minyak turun harga minyak tak turun pun lol..

      yerla kerajaan BN ni tau "naik" aje.. hohoho..

      Padam
    11. Interesting, walaupun agak pelik jika us sengaja jatuhkan USD, semata2 hendakan negara2 arab lumpuh, tapi sejarah telah tercatit yg USD pernah lumpuh dan USA dalam great depression. Tetapi kesan kejatuhan USD bukan sahaja akan effect USA tapi seluruh dunia, baik dari segi dagangan, tukaran matawang asing dan rizab suppression. So satu dunia akan dalam crisis. Adakah ini mungkin berlaku?

      Padam
    12. Semua dah pasang palam la.. semua dah kena ikat..
      tu semua ikut kata.. :)

      Padam
    13. Pasang palam? Itu mungkin sekadar permainan politik, hanya gologan tertinggi yg memainkan peranan tetapi rakyat yang akan memainkan peranan lebih besar jika conflik berlaku. Sesebuah negara mampu digula2kan olehkuasa asing disebabkan kejahilan pemimpin tetapi tidak pada rakyatnya. Sebab tu pemberontakan tak dapat dielak. Siapa yg untung besar jika conflik berlaku kalau bukan kuasa barat.Biarpun negara arab seperti saudi ada hubungan strategik dan akrab dgn usa, ttp majoriti rakyat nya benci dgn usa. Jadi mana lagi penting bg usa? Hubungan strategik itu atau memecah belahkan rakyatnya?

      Padam
  8. Tu la kan noob, kenapa sekarang kan? Ada lobster di sebalik coral...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tergelak guling2 tengok reply twitter minah tu.

      naikkan harga minyak supaya boleh salurkan ke br1m. tapi aku tak dapat br1m! tapi aku juga xde kete. so no komen.

      tak terjejas lagi buat masa ni sbb aku still pakai public transport n harga tiket belum naik. tapi selain penurunan harga kete yang akan membuatkan kl lebih jem sbb makin ramai orang macam aku akan mampu beli kete, aku juga berharap diorg improve sangat2 public transport..

      Padam
    2. yang reply twitter tue bukan ke bini si Effi Obefiend

      Padam
    3. Sebab perairan kita semakin baik la Plain..
      Sudah pulih dari pencemaran hahaha.. :P

      Padam
    4. hahahahaha...
      apa ko merepek ni SHEATON!!

      Padam
    5. pengudi BN yang bongok sebab dorang caya sama BN..
      kalau BN naikkan harga minyak sebelum PRU mesti pengundi BN x pangkah punya BN...
      kesimpulannya, pengundi2 BN yg bongok..

      P/S: jangan pakai nama lynn boleh...kesian kat lynn...aku syg die..

      Padam
    6. aik!! baru aku komen dah ilang dah komen anon yg ckp plain bongok tu..

      -anon yg kat atas-

      Padam
    7. @hime - a'ah aku pun tergelak baca reply minah tu, tapi takde la sampai guling2 XD... oh harga tiket public transport blom naik? nnt naik la tu huhuu adesss...

      @aujiz - hah ye ker? XD

      @deknon 3 sept 12:06PTG - tu la kan, makin banyak lobster dan segala spesis udang yg ada, sampai ada yg boleh hidup di atas darat dan menyerupai manusia serta mengawal ekonomi

      @deknon 3 sept 3:44PTG - haa? pakai naka lynn? ko maksudkan sape ni deknon? ni ko cakap dgn aku ke dgn adik beradik anon ko yg lain?

      Padam
    8. oops, *nama*, bukan naka... typo :p

      Padam
    9. x.. tadi ade anon pakai nama lynn pastu dia ckp ko bongok sbb ko tanya "Tu la kan noob, kenapa sekarang kan?"..tu je..

      -anon yg atas plain83 sama-

      Padam
    10. Malaysiaku yang subur dan aman damai :)
      Malaysia boleh

      Padam
    11. oh ye aku rasa noob yg delete komen dia sbb dia pakai nama lynn yg di edit di sertakan dengan perkataan lucah sikit..

      Padam
    12. ehh.... aku lupa...lagi satu dia ckp ko bongok..ala senang aku tulis baliklah apa dia komen"sbb kalau buat sebelum PRU, mesti xde orang undi BN...bongok punya plain.." camtulah lebih kurang..

      Padam
    13. tergelak aku baca komen budakhingus ni. beriya-iya dia nak terangkan kenapa plain kena bongok dengan si lynn hehehe.......

      Padam
    14. hahahah... aku pun tergelak skali wahai ayam afrika versi bunshin no jutsu XD

      biasa la tu anon lambat pickup sarcasm, mmg cepat melatah membongokkan komenter yg lain ^^

      Padam
    15. Aik...still x puas LG jd klon ayam afrika? Guna la ayam madagaskar ke,ayam mesir ke...

      Padam
  9. MOHON LEPASNI UNDI PR BANYAK2 SUPAYA HARGA BARANG TURUN...LOL...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah kah kah! Muka Guan Eng nak turunkan harga barang.. kah kah!

      Padam
  10. meleis bengang sekejap je. cukup 5thn kita kasi turun itu minyak. kita kasi itu br1m Brang brong.. confirm itu meleis undi kita lagi. Hahahaha...

    BalasPadam
  11. betul ckp mahathir...melayu mudah lupa.kecoh la kejap.ujung2 PRU14 ntt diamlah.Dulu kene umpan ngan kain pelekat,skang ngan BRIM.Bila kita kata cina cerdik...mulalah marah.Hakikatnya depa mmg pandai,BRIM amik jugak but still cari pemimpin yg tahu urus ekonomi ngan baik.Kecoh skang pun x guna.Tunggulah 5 thn lg...bende yg sama jer berulang.pfffffftttt

    BalasPadam
  12. im not surprise...

    kita dok pung pang pung pang pun tarak guna... takde apa yg berubah..

    hope wakil2 PR yg dilantik can do something other than just talking.. we want result...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nk arapkan pr? aptb

      Padam
    2. PR pon harapkan rakyat join demonstrasi dorang...Chait!!

      Padam
  13. kesian kt menteri kena bidas kaw kaw punya. hahahaha... PON, kalau ditanya kemana perginya hasil negara, nanti diaorg akan ckp bayar gaji, buat hospital sana sini. buat pembangunan sana sini. and then projek hancur lebur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ni PM sendiri umum eh.. dulu menteri.. sebelum PRU persatuan minyak yang umum hahaha..

      Tabik kat PM yang berani umum huhuhu.. dulu tarak berani nak umum kasi orang lain umum dan kena bidas..

      Padam
  14. well said..x yh ak buat entry lgi..thumb up

    BalasPadam
  15. teori PON mmg betul. minyak naik harga barang naik. br1m naik, gaji gomen naik, peniaga pun naikkan harga ikut suka mak bapak diorg. so ape benda yg turun ntah aku pun xtau. babi punya bn!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minyak tak naik pun harga barang naik sebab nilai duit semakin rendah..

      Hutang kita pon banyak.. Kita tengok dan lihat kebijaksanaan menteri2 kewangan kita urus duit dan hutang makin bertambah atau berkurang..


      Padam
  16. teori PON mmg betul. minyak naik harga barang naik. br1m naik, gaji gomen naik, peniaga pun naikkan harga ikut suka mak bapak diorg. so ape benda yg turun ntah aku pun xtau. babi punya bn!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bn mmg babi, tp tulis sekali dh laa... babi!

      Padam
    2. "Cakap! sapa babi negara!? Cakap!?" -Kj

      Padam
    3. Buthurt Negara detected lol.

      Padam
  17. Apa yg dengar sebelum ni kadar BRIM akan dinaiikan tahun depan, dijangka sekitar rm800-1000..dengan kelayakan smpi kpd gaji sederhana (isi rumah rm5k-7k). Hopefully kalau perkara ini betul at least dpt conter back minyak naik 20 sen.

    Mmg dah dijangka naik 20sen, BN xkan naik sebelum PRU, suicide politik namanya. Selepas 3 tahun x naik + harga minyak dunia still tinggi, for sure selepas tarikh merdeka mereka laksanakan.

    Kalau PR menang PRU13, spt janji Anwar mengatakan minyak turun 20sen/30sen/50sen....hopefully xde benda coming back in return mcm tax tinggi dan lain2. Sy pun dgr rmi ckp "menyesal undi BN, sbb 2 harga minyak naik"..tp spt apa noob ckp..selepas beberapa bulan/tahun smpi ke pru14..isu ini mcm dah lapuk. Tp still harga barang bila dah naik sebelum ni xkan turun2 lg.

    Harga barang naik sbb 2 benda utama, gaji penjawat awam naik n minyak naik. Sbb minyak naik rmi rakyat faham sbb apa kesannya..tp kenapa gaji penjawat awam naik barang naik sekali?

    Sbb....gaji penjawat awam merupakan benchmark gaji di malaysia. Kalau kerajaan gaji naik, org swasta pun kene selaraskn gaji supaya gaji swasta sama/melebihi gaji kerajaan..even org jual kuih pun nak naik harga kuih sbb mereka nak merasa kenaikkan yg sama mcm penjawat awam.

    So, minyak kalau turun smpi rm1 per litre, harge barang xkan turun...n akan naik jugak setiap kali gaji pejawat awam dinaikkan. Ekonomi secara umum mcm ni. Senang cite anda jual karipap 30sen...jika anda jual karipap smpi 20 tahun...adakan harga 30sen jugak? Even kalau anda jual karipap 30sen, jika jual benda yg sama pada hari yg sama di Singapore, 60sen karipap pun masih laku lagi dijual n dianggap murah.

    Jgn ckp sy, semua org pun x suka minyak naik. Cuma isu utama mekanisma apa yg boleh turunkn harga barang? Mcm xda..melainkan pindah negara lain mcm Thailand, Indon, etc..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol tak yh pindh pun 2x5 smaa je problem ngan malaysia

      Padam
    2. Hmm..kalau pindah thailand maybe kos brg keperluan rendah termasuk kereta, tp harga petrol sana still mahal smpi rm3++ per litre..kita naik 20 sen jd rm2.10 pun dah bising, lgkan naik smpi rm3 lebih..meroyan terus

      PRU13 dah lepas, bising pun x guna. tunggu je la pru14 nanti..hopefully x lama smpi 5 tahun.

      Padam
    3. Dalam akujanji kata BR1M kata 1.2K kenapa 800 ke 1000 plak..

      Padam
    4. Estimate je..kalau 1.2k dlm aku janji bagusla...x tau la brim3 kata rm800, brim4 nak dekat pru14 baru rm1.2k atau total semua brim utk 4-5 tahun BN memerintah rm1.2k. kang BN pun pndi pusing2 ayat gak..org politik mmg mcm 2..

      Padam
    5. persoalannya, berpatutankah kadar penurunan harga minyak dengan peningkatan gaji kerajaan?
      kalau berpatutan, asal nk kena naikkn harga minyak..biar jelah harga minyak n gaji penjawat awam seperti yg sebelum ni..

      Padam
    6. Kalau anda jd pemimpin, lg2 PM, adakah anda turunkn harga minyak, kekalkan harga for next 20-30 years, atau naikkan dgn keadaan semasa skrg di mana harga minyak setong melebihi $100? Tepuk dada tanya selera.

      X silap di Venuzuella harga minyak tersangat murah sbb itu teknik kerajaan memerintah utk kekal berkuasa n populist..lg2 venuzuela merupakan top 2 oil reserves terbesar di dunia (200 ribu million barrels) berbanding malaysia no 28 (3 ribu million barrels). Tp something in return as well di Venuzuela.

      Padam
    7. Kita pergi Mars je la..
      Buat penempatan baru kat sana..

      hahaha

      Padam
    8. saudara ayam afrika, PM naikkan harga minyak ke atau turunkan subsidi minyak?
      masalah aku skarang aku nk tau kalau harga minyak naik siapa yg akan terkena kesannya?
      kalau kata harga minyak naik pastu gaji gomen pon naik simultaneous dengan harga barang...so sapa yg rugi kalau harga minyak naik?

      Padam
    9. Papepun harga minyak x kira naik 5 sen, 20 sen n 78 sen tetap akan menaikkan harga barang secara x langsung. Su yg effect mmg penduduk sendiri. So, damage has done...so nasihat sy kpd kerajaan kene buat something so significant kpd penduduk terutama pendapatan rendah n sederhana supaya subsidi yg dikurangkan (dengan menaikkan harga minyak) dpt 'diganti' dengan sesuatu benda yg lebih baik.

      Tp kalau kerajaan buat pelarasan/naik gaji pun still barang naik gak, bg BRIM pun barang naik gak..so kalau anda jd pemerintah apa yg anda akan buat? Kalau turun balik harga minyak ke harga asal RM1.90 atau lg rendah pun x kira minggu depan atau tahun depan, ia xkan membuat harga barang akan turun, akan tetap sama.

      Padam
    10. jawapan ni la aku nk..

      tapi kalau aku jadi pemerintah..ermm.............entah..aku masih belum cukup matang untuk jawab persoalan ko.. sorry

      Padam
    11. Biasakan diri dengan konsep "if u r wearing their shoe, r u doing the same thing?" Dr situ kita lebih memahami antara satu sama lain.

      Kita lumrah manusia dah terbiasa dengan teknik 'menyalahkan org lain' tanpa berfikir mcmana nak selsesai keadaan. Dengan kata lain, always find people's fault than solving problems. Just jd insan yg bertanggungjwb memahami masalah/perasaan/tanggungjwb org lain.

      Sbg contoh: anda bising parent anda x bg apa yg anda nak masa kecil/remaja dulu..tp anda x tau betapa susah nak hidup dgn kos sara hidup tinggi and demand anak2 muda terhadap teknologi..tp kita masa 2 'I dont care' ur problem, 'I nak apa I nak'. Even skrg budak lepas SPM demand nak kereta MyVi/Swift utk bwak belajar ke uni/kolej...tp x kesian parent sanggup tambah hutang utk bg apa yg anak nak.

      Padam
    12. kita cipta kereta tanpa minyak la..

      Ada tengok kat astro channel dicovery ke apaorang buat kereta pakai angin aje.. huhu..

      murah dan efisyen tak terkesan dengan kenaikan minyak.. :)

      cuma produk2 macam ni biasanya akan kena sabotaj dengan pengeluar minyak kalau laku takda sape nak beli minyak bengkrap pulak mereka..

      apapun mari kita ramai-ramai cipta produk2 tanpa minyak.. bagus untuk kesihatan dan poket kita..

      Padam
    13. Sebelum ni ada ciptaan kereta guna air masa zaman pak lah...still smpi skrg senyap je. Technically..apa2 kereta guna tenaga selain petrol/diesel mmg xkan power. Kalau buat kerera 100% battery power pun xleh pecut laju mcm kereta kita pakai skrg. Sbb 2 wujudnya hybrid car..time laju pki diesel, time slow/traffic jem pki battery.

      So, nak x nak in 50 years time still demand kereta biasa tinggi. Sabotaj dr negara pengeluar minyak pun ada jika ada model yg bagus tnpa guna minyak kelak. Pasal kereta guna minyak sawit pun smpi skrg senyap je. Nak betul2 jimat, pasang NGV je...sgt murah tp powerfull, tp makan space.


      Nak lg bgus..jumpa Tony Stark ambik idea unlimited power kat dada dia utk buat kereta x perlu charge setahun. Wujud ke dia?!

      Padam
    14. bias cam c1ba1 dak ni ye,memang something wrong ak perati cara tulis dia...

      Padam
    15. Sy bgtau fakta je...minyak naik ke turun ke penyokong PR tetap sokong PR sbb perasaan benci kat pemimpin BN. Same goes to penyokong BN. Yg sy tau bila minyak naik mmg jd bola tangung pemimpin n penyokong PR hntam BN...xde sesiapa yg memuji n menyokong harga minyak naik.

      Sy berfikir di tempat kerajaan memerintah...dengan harga minyak dan naik balik $100 setong n habis duit parti/kerajaan utk gula2 pru13...adakah sy naikkan harga minyak atau kekalkan? Jwpn sy....sy kurangkn harga jd 20sen seliter utk kekal popular di mata rakyat..tp penyokong PR still membenci kerajaan BN smpi bila2 n harga barang tetap sama/naik.itu adalah fakta...

      Padam
  18. MANA MACAI??? BILA KUAR ISU MINYAK NAIK HARGA, MACAI2 TERKELU LIDAH XDE APA NAK DIHUJAHKAN LG KAH KAH KAH... MANA2 MACAI YG SUKA MINYAK NAIK SILA BYR HARGA PENUH TANPA SUBSIDI... SANGGUP BERKORBAN DEMI NEGARA LA KATAKAN... PUUUUII

    BalasPadam
  19. yang menjadi persoalan sekarang..kenapa lelaki kelantan malas kerja dan paksa bini kerja..adakah mereka tiada telur..lelaki kelantan isap dadah,curi motor,ragut..nafkah zahir ditidakkan tapi nafkah batin melampau-lampau..tu yang satu family dekat 16 orang..abahnya tak mahu kerja dah tu hidup susah..kerajaan disalahkan..hidup nak bergantung macam kera..tu kelantan suka bela kera..pantang lepa semua nak di stimnya..petrol pon nak stim..sudahnya petrol naik 20 sen..itu puncanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. apsal mmg ramai ke org lelaki kelantan malas keje suruh bini kerja tau nak kongkek je? cibai punya red warrior... idup JDT!!!

      Padam
    2. kenapa kelantan? kah3

      Padam
    3. Bullfreaking horseshxt.

      Padam
    4. kecewa dengan awek kelate kot sebab diaorang yang come lote ni suka carik balak kelate aje.. :)

      Padam
  20. kesian kerajaan kena tanggung beban subsidi..biarla dorang nak tarik balik pun..kita kan masyarakat yang redha..

    BalasPadam
  21. tak kira parti mana memerintah, kalau memang kena naik harga, apa nak buat...

    hellloooo kepada blogger Tanpa Nama...nak cakap sikit bukan semua lelaki kelantan malas kerja yer..jangan salahkan satu2 negeri okay!! malas itu adalah lebih kepada sikap individu tu sendiri yer... tolong jangan jadi manusia stereotype...

    BalasPadam
    Balasan
    1. org kelantan butthurt detected kah kah kah

      Padam
    2. Sebenarnye ianya menguji kebijaksanaan menteri2 pegawai kerajaan kita mengurus takbir dana, pelaburan dan kewangan negara.. banyak subsidi dan manfaat boleh diberi menandakan kerajaan dan pegawai2 kita cekap tapi semakin banyak hutang dan semakin kurang subsidi tu fikir la sendiri

      Macam mak bapak le kalau kayaraya mampu mewah boleh bagi elaun banyak kat anak dia tapi kalau makin kurang makin tersepit maknanya makin banyak masalah la mak bapak tu mengurus harta, elaun pun kena catu....

      Padam
  22. Takda apa nak push BN pun sebab dalam akujanji/manifesto BN takda nak turunkan harga minyak barang etc.. lain la kalau PR yang memerintah boleh la buat demo desak kerajaan PR turunkan harga minyak sempena menepati manifesto mereka..

    Jai kena bersyukur BN naikan minyak sebab kurang kita bergantung kepada kerajaan (subsidi) bangga la dapat bayar minyak tanpa subsidi yang banyak dari kerajaan jadi rakyat yang berdikari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ko nk berdikari sangat x payah ade kerajaan...bodo PIANG..
      benda dah btul2 pon salah ko nk tegakkan jugak ke..ADOIAI...

      Padam
    2. Betul tu tak payah ada pilihanraya
      tak perlu buat subsidi semua cukai je..

      hahaha

      Padam
  23. beza dalam rm5.++. Beratur sejam dua nak isi minyak dah bazir minyak dua tiga ringgit. Tu belum kira masa bazir.

    Duhhh!!!!! Cam bodo pun ada.

    Tapi akupun beratur jugak.
    Ada la 3 minit beratur. Sama bodo jugak.

    Undilah ikut suka hati.

    Merepek ape aku ni?

    K bye noob.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian pada orang yang betul2 habis minyak.. mau tersadai kat jalan sebab orang yang masih ada minyak nak penuhkan tangki mereka.. :|

      Padam
    2. tu la pasai, kesian betul pada org yg bebetul kehabisan minyak :(

      Padam
  24. mohon noob ulas pasal pakai tudung xleh kerja...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni pon nak ulas ke?
      ko pikir sendiri lah...

      Padam
  25. mak ok aje minyak naik. tak rasa dizalimi pun. byk lagi perkara kat dunia ni aku nak fikir selain minyak naik. baik tingkatkan amal ibadat, kot2 mati esok, bukannya minyak kete tu jadi amalan yg dihitung kat alam barzakh tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak2 adik nk beli handpon baru mak...ala..RM1000 je pon mak...kalau mak simpan duit tu pon bukannye boleh bawak masuk kubor pon...hehehe..boleh la mak...boleh la..eh..

      Padam
    2. Betui juga kalau mak sedekahkan duit mak yang ada tu pun ibadah semoga laluan mak untuk ke alam barzakh esok dipermudahkan.

      boleh la kami guna duit mak tu untuk topup duit minyak kami

      terima kasih mak

      Padam
  26. hahaha.tahniah pengundi BN.kesian org miskin macam korang.harga minyak naik,gelabah.

    Jadi la macam aku.kawin dengan anak bos,terus jadi kaya.hahahah.bli kete pun guna duit company dohhhh.masyukk

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus bagus boss ko ada anak pompuan lai dak?
      hahaha

      Padam
    2. konfem anak bos ko gemuk xde org nak. ko pon gemuk jugak mcm emak ngko.

      Padam
    3. gemok apanye,kurus kering je anak2 dia.dah la sekor2 kepala angin,dari bapak sampai ke anak.tapi tu blakang citer,yang penting dapat harta.hahaha.

      yang gemoknya sekarang ialah aku.keje rilek je brader.kehulu-kehilir buat gaya sibuk.Gaji staff bayar rendah,masuk kat aku yang banyak.hahaha.

      Padam
  27. Aku tetap rasa subsidi ni tak bagus untuk negara kerna dana yang disalurkan pada subsidi lebih elok digunakan untuk pembangunan atau meningkatkan mutu perkhidmatan didalam Malaysia ni.

    Namun sebelum nak kurangkan subsidi, harusnya kerajaan tetapkan harga siling awal2 terhadap barang2 keperluan dan juga mana2 perkhidmatan. Malahan kerajaan masih tidak menawar sebarang alternatif kepada masalah yang bakal dihadapi oleh warga Malaysia nanti.

    Sepertimana abam Noob cakap mengenai tindakbalas berantai dari kenaikan harga minyak, rakyat2 yang berpendapatan rendah dan sederhana yang akan mula merasai kesusahan yang tak perlu. Kenapa diaorg perlu bekerja lebih masa untuk meningkatkan pendapatan? Sesetengah masyarakat tak ingin berkorban masa untuk mencari pendapatan sampingan. Mereka rasa lebih berbaloi berluang masa dengan keluarga.


    Mungkin dengan pengurangan subsidi, kerajaan boleh tambah dana biayai MRT. Tapi bukan semua negeri yang rasa khidmat MRT nanti. Negeri2 lain perlukan perhatian dari segi perkhidmatan pengangkutan juga.

    Aku pun tak larat nak naik kereta gak.. harap pada masa akan datang (atau terdekat), aku boleh naik bas atau keretapi untuk ke tempat kerja aku. Aku lebih suka menghabiskan masa membaca buku, korek maklumat dan bertegur sapa dengan penumpang2 daripada menghabis masa memandu kereta ke pejabat sambil menghadapi kesesakan lalulintas.



    p.s : subsidi minyak lebih banyak bawa keburukan daripada kebaikan.

    p.s.s : MyRapid (Prasarana) mohon cepat2 melobi projek daripada kerajaan. Kitaorg perlukan banyak bas nih...

    p.s.s.s : kita sebagai negara pengeluar minyak, kenapa perlu nak jual minyak ikut harga pasaran antarabangsa pada rakyat sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. X tau betul ke x..pasal isu pengeluar minyak...minyak kita gred tinggi,hanya sesuai utk minyak kapal terbang je..kalau nak guna minyak keta..xde pilihan utk import dr luar negara..itu jawapan petronas.

      Padam
    2. eh takkan lah minyak mentah kita kena tapis sekali terus hanya jadi minyak kapal terbang je?

      Padam
    3. Ko ingat dalam msia ni ramai ke yg tau minyak itu ditapis berperingkat?petronas pun 2x5 mcm BN

      Padam
    4. hahahaha..

      minyak kita kualiti tinggi katanya so boleh ditapis banyak peringat berbanding minyak lain yang low class tak boleh ditapis banyak peringkat hohoho..

      Ontah lor.. sape yang goreng..

      Sebab ada orang cakap syarikat minyak kena beli minyak dari petronass kalau nak jual dalam Malaysia.. tak tau la minyak tu yang digali kat malaysia atau minyak yang petronas gali kat negara orang bawak balik Malaysia..

      Padam
  28. Sejak 2011 lagi Sinar Harian dedahkan penipuan subsidi minyak yang tidak wujud?

    baca kat sini weh - http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/09/sejak-2011-lagi-sinar-harian-dedahkan.html

    BalasPadam
  29. Ciss..konon nk amik hati rakyat naikkan br1m.tu pun bukan semua yg dpt. Naikkn bonus penjawat awam pn bukan semua yg keje dgn kerajaan.habis yg keje sendri dgn swasta ni cemane?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa PM bgtau...next brim kelayakan lg tinggi pendapatan isi rumah boleh cecah 5-7k..so golongan pendapatan rendah n sederhana leh dpt. X mcm brim sebelum ni kelayakan gaji kecil je..tp still bwak mercedes pun beratur gak (org bisnes sendiri yg ada rumah banglo xde payslip sendiri).

      Mungkin rmi komplain ada brim still x selesai masalah minyak.tp bila announce ada brim pun beratur gak...kutuk balik pun ada gak. Susah nak bg brim dgn adil sbb ada rakyat pun mengelat tipu payslip supaya nak dpt duit brim.

      Padam
  30. aku sokong PON..kot yer pun dia nak naikkan harga minyak selepas PRU,jgn lah berjanji bagai tak naikkan harga minyak sebelum PRU..takut hilang undi dek kerana kenaikan harga minyak,..
    tapi apa yg menjadi persoalan aku selepas membaca perbincangan dari rakan2 fb ialah,

    Harga RON 95 = RM 2.10/liter (+ subsidi kerajaan 0.63sen)
    Harga RON 97 = RM 2.70/liter (tiada subsidi)

    Kalau tiada subsidi dari kerajaan,
    Harga RON 95 (RM2.10+0.63sen) = RM 2.73 per liter
    Harga RON 97 = RM 2.70 per liter

    Kenapa harga RON 95 lagi mahal dari RON 97 jika tiada subsidi 63sen untuk RON 95?? RON 97 jimat 3sen lagi dari RON 95 sedangkan 97 lagi bermutu tinggi dari 95 kan..sapa2 yang boleh betulkan? ketahian apakah ini?

    Oh ya, menurut sumber dari rakan2 aku,kerajaan bercadang memperkenalkan semula minyak RON 92 supaya rakyat dapat lebih penjimatan ...
    By : Datuk Hasan Malik, Menteri KPDNHP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy perasan isu beza harga ron97 n ron95 sebelum subsidi...kene investigate dulu utk double check harga sebenar.

      Tp isu ron92 kene ingat...x semua kereta boleh pki ron92...byk org ckp ron92 x sesuai utk kebanyakkan kereta di malaysia sbb ia akan byk merosakkab engin jangka masa panjang, n less powerfull for sure. Motor ex5 boleh la utk ron92.

      Padam
    2. kita barangkali perlukan kereta buatan amerika kalau nak pakai ron92 secara berturut.

      aku rasa banyak kereta2 kat malaysia boleh je pakai ron92. tapi kene tuning enjin dulu lah. kalau tak tuning, dapat dengar enjin knocking la jawabnya.

      Padam
    3. Banyak yang kita tak tahu sebenarnya, kita disuap buta2 pasal harga jualan minyak :) tanpa tahu butiran bagaimana harga jualan minyak tersebut terhasil, berapa sebenarnya kos penghasilan dan jualan.. Berapa kos sebenarnya menghasilan seliter ron95, ron97 dan seumpamanya dan kenapa ianya dijual pada harga rm2.7.. rm2.8 dsb..

      Subsidi atau diskaun tu sebenarnya apa dan bagaimana adakah cukai yang dikecualikan atau apa? Kalau di Amerika minyak dijual tanpa subsidi tapi masih ada perbezaaan harga di antara pengeluar juga tempat tapi di Malaysia semua sama, kenapa? adakah semua syarikat ni membeli ron95 dan ron97 dari pembekal yang sama? atau mereka memproses minyak mentah mereka sendiri tapi kena jual pada harga yang sama?

      Kalau baca Bagaimana harga minyak ditentukan Sebenarnya ada banyak faktor mempengaruhi harga minyak ni yang menyebabkan harga minyak berbeza-beza di kawasan atau tempat.

      Moralnya kita tak boleh samakan harga minyak negara kita dengan negara orang kerana faktor-faktor yang mempengaruhi tidak sama. Kerana adakah kos penghasilan minyak ron95 di Malaysia sama dengan Singapura? Maka kita kena bandingkan harga? Oh minyak kita masih murah.. lol.

      Selagi kerajaan atau syarikat minyak tak telus memberi kita info yang berkaitan selagi itu kita akan diperbodohkan dan terima bulat2 harga minyak yang ada.

      Padam
    4. gua rilex pkai lejen 110 isi minyak ron97.......nampak tak statement aku kaya disitu.....

      bABI bUNGmOKTAR... bINi dIA minYAK pEnUHkOT..

      Padam
  31. Bila membabitkan duit dri poket aku, aku tak boleh nk rasional. Wpun 20sen tp impact dia besar. Hanya macai bn yg suka bila minyak naik. Diorang punya poket pon masyuk.tiap2 minggu pegi mesyuarat jkk dpt 50rgt masuk poket. Kahkahkah. Hidup macai hidupla bn

    BalasPadam
  32. bak kata Ustaz fathul bari..' harga barang ketetapan Allah'
    ini ustaz yg cakap, bukan aku..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.