Ahad, 15 September 2013

10 Segmen Terjah Blog Awekz #21

Setelah Segmen Terjah Blog Awekz musim pertama tamat sebelum ini, kini segmen ini kembali untuk musim kedua. Dalam segmen ini, 10 blog awekz atau blogger wanita akan ditampilkan untuk sama2 kita terjah dan blogwalking. Untuk musim baru ini juga, aku akan menulis short review untuk semua blog yang diterjah. Semua blogger yang diterjah dalam segmen ini secara automatik juga akan dimasukkan dalam bloglist Terjah Blog Awekz di bawah sekali. So sesiapa yang rasa blognya nak kena terjah, sila tinggalkan komen di bawah, tapi hanya untuk awekz sahaja, lelaki tak layan.


1. Ailyl Rozanna
Blogger: Ailyl Rozanna
Review: Design dan susun atur blog agak kemas serta tidak berat untuk loading. Penulis berasal dari Johor ini telah mula menulis blog sejak tahun 2009 dengan follower rang ramai lebih daripada 6K. Mostly entry blog lebih bersifat peribadi, travelling experience serta product review. Kadar kekerapan update adalah lebih kurang 1 atau 2 entry seminggu.



2. Kisah Emas Putih.com
Blogger: Uzu
Review: Blogger yang berasal dari Sabah ini agak terkenal juga dengan hampir 5,000 follower serta pernah tampil di Harian Metro. Dengan tema warna pink menyerlahkan lagi sifat kewanitaannya. Kebanyakan entry adalah mengenai berita, isu semasa dan informasi. Entry boleh dikatakan diupdate setiap hari.



3. Iylia Made Tales
Blogger: Iylia Syazwanie
Review: Design blog yang agak simple dan ringkas dengan background putih dan tak semak. Blogger yang berasal dari Kota Bharu ini lebih banyak entry berbentuk peribadi, product review, resipi dan lain2. Boleh dikatakan update dalam 2-3 entry sebulan.



4. Ilham Hati
Blogger: Misz Aisya
Review: Bakal cikgu yang berasal dari Kelantan ini banyak menulis entry berbentuk peribadi, pandangan serta luahan hati. Kekerapan update dalam 2-3 entry sebulan dan telah mula menulis sejak 2011. Design blog agak ringkas, mungkin background boleh ditambah baik lagi.



5. Zie Madini's Territory
Blogger: Zie Madini
Review: Blog yang serba merah ini boleh dikatakan agak terkenal di kalangan blogger wanita dengan hampir 4K follower serta lebih dari 1 juta pelawat. Penulis yang berasal dari Kuching ini banyak menulis mengenai peribadi, aktiviti serta peniagaan online yang dijalankannya. Sangan aktif berblog boleh menulis banyak entry dalam sehari.



6. Archi's Student
Blogger: Diya Hanun
Review: Dari segi design, sekali tengok dah boleh agak ini adalah blog seorang gadis muda. Penulis yang juga merupakan student architecture amat gemar melukis kartun dan membuat doodles. Pengisian blog lebih kepada entry yang bersifat peribadi, makanan, informasi serta kartun. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada update baru.



Blogger: Miss Hearty
Review: Template blog yang digunakan agak simple dan kemas serta mempunyai ciri2 kewanitaan. Antara kandungan blog adalah berita semasa, tips, review novel, resipi dan lain2. Penulis ini menulis dengan kekerapan 1-2 entry dalam seminggu.

 

Blogger: Izyan Masri
Review: Blogger yang merupakan seorang bakal akauntan ini mempunyai lebih daripada 2 ribu follower. Banyak entry bergambar yang menjurus kepada hal peribadi seperti aktiviti melancong, hal berkaitan universiti, resipi dan lain2. Design blog pun simple, tak crowded sangat, cuma penulisnya agak jarang update mungkin disebabkan kesibukan belajar.



Blogger: Daygku Nurhayati
Review: Design yang sangat simple, ringkas dan tidak banyak widget ini membuatkan blog ini cepat untuk dipaparkan. Lebih banyak menulis hal berbentuk peribadi serta entry bergambar. Walaupun tidak kerap update blog, namun aktif di Twitter.



Blogger: Arfahani Arsad
Review: Juga mempunyai design blog yang sangat simple. Penggunaan background putih dan tulisan yang standard sebenarnya bagus dan memudahkan orang baca isi kandungan entry. Merupakan bakal doktor yang sedang menuntut di Mesir. Penulisan lebih kepada hal peribadi, pengalaman berjalan, nasihat, resipi, tips dan lain2. Dalam sebulan ada 3-4 entry yang dikongsikan.





tags: segmen terjah blog awekz awek #21 blogger perempuan wanita promote blogwalking tips trick tutorial link 

10 ulasan:

  1. aahaha..aku nak juga :)
    http://missjiemarsin.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Aku nak juga :

    http://mancisdahbasah.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Eh nak juga :
    http://walkstatic.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Terima kasih Noob :| Comel comel awek tu

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. minta noob maklumkan sekali blogger yang mana masih single...

    BalasPadam
  7. eiisss popuan lajuu jer sonok bile promote blog diorg bukan best pun puii nexttt

    BalasPadam
  8. wah best2 blog2 tu pandainye sis semua. Sis yg nak shawls cantik2 meh sini..

    http://shawlsntudung.yolasite.com

    BalasPadam
  9. awhhh, this is so sweet of you.. thanks for the review! really appreciate it! :))

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.