Sumber |
Sumber |
Biasanya suatu projek itu menjadi gajah putih apabila seseorang ketua itu baru naik. Contohnya, sewaktu Dato' Abu (bukan nama sebenar) menjadi ketua di sebuah jabatan, beliau telah mengilhamkan untuk membangunkan sebuah Sistem Maklumat Sumber Manusia yang berkos RM10 juta. Namun sistemnya mempunyai pelbagai masalah disebabkan projek dianugerahkan melalui rundingan terus atau direct negotiation serta kegagalan mengenalpasti keperluan pengguna ketika di peringkat perancangan dan pembangunan.
Setelah beliau bersara dan tempatnya digantikan dengan seorang ketua yang baru bernama Datin Maimon (juga bukan nama sebenar), selaku seorang ketua yang baru, Datin Maimon ingin membuat suatu perubahan dan menjadi juara atau champion dengan memperkenalkan suatu yang baru. Setelah menyedari masalah pada sistem yang sebelum ini yang baru digunakan selama 3 tahun, beliau mengambil keputusan untuk tidak membaiki segala masalah pada sistem sedia ada, sebaliknya melancarkan sebuah projek baru untuk menggantikan sistem sedia ada dengan nama yang baru iaitu Sistem Informasi Sumber Manusia Terpusat dengan kos pembangunan RM20 juta.
Setelah sistem tersebut siap, maka ia dilancarkan di sebuah majlis yang penuh gilang gemilang terbilang cemerlang temberang. Semua pengguna telah diarahkan untuk menggunakan sistem yang baru kerana sistem yang lama akan ditutup secara berperingkat namun ia tidak dapat ditutup sepenuhnya disebabkan terdapat sebilangan kecil pengguna yang berkeras masih mahu menggunakannya kerana tidak biasa dengan sistem yang baru. Sistem yang baru pula walaupun dapat mengatasi beberapa masalah pada sistem yang lama, namun ia telah mencipta pula masalah yang baru.
Dua tahun telah berlalu, Datin Maimon telah bersara dan digantikan pula dengan Datuk Ahmad (bukan nama sebenar lagi), dan kitaran proses tersebut bermula sekali lagi.
Apabila pengguna atau pelanggan sendiri tidak tahu keperluan mereka, maka berlakulah bermacam2 pembaziran. Benda yang dibangunkan langsung tidak praktikal, makin rumit dan lebih banyak mendatangkan masalah daripada menyelesaikan masalah yang akhirnya ia langsung tidak diguna pakai, tidak mendatangkan sebarang faedah dan dilupus/dinyahkan begitu sahaja.
Begitulah juga dengan perkara2 lain...
tags: keperluan kehendak pelanggan pengguna tidak tahu customer user requirement design satisfaction rekabentuk projek it sistem aplikasi software perisian komputer pembangunan development system how programmer see gajah putih abai terbengkalai gagal masalah bug kaitan dengan pemimpin ketua rumit praktikal lupus pembelian perolehan tender terbuka tertutup direct nego negotiation rundingan terus project management tree tire swing cartoon dilbert
so noob ni kira salah dua-dua belah pihak; pengguna dan pembuat projek tu
BalasPadamslalu berlaku ke kes ni dalam sektor swasta?
mungkin ada tapi kurang, sebab sektor swasta mementingkan keuntungan. semua duit yang dibelanjakan haruslah mendatangkan keuntungan, bukan kerugian kepada syarikat. perbelanjaan bagi mereka adalah pelaburan, sebab itu mereka utamakan Return on Investment (ROI).
Padamada juga kat sektor swasta
Padamtapi gomen selalu outsource je semua.. haha
relak keje gomen ni.. semua harap vendor wakakaka..
eh sat.. marah plak kawan aku kat gomen yang jenuh berjaga dalam server room huhuhu.. ada la gak yang ok tu.. :) tapi biasanya free je.. :P
ada banyak cara pembangunan sistem ada yang requirement berubah-ubah ada yang tak berubah tapi banyak produk hasil
BalasPadamselalunya nak memudahkan pelangan sistem developer sediakan contoh cam bentuk atau hasil tingal pasang :)
kalau lain dari yang lain tu kena pecah kepala juga nak merekaciptanya..
same too dengan projek terbaru di terengganu. aku dgr menteri terengganu nak buat hypermarket. kecut dengan kelantan le tu. tapi yang paling badass, dulu mereka gali pantai, now kambus balik. kos free kot.
BalasPadamkes yang sama berlaku kat syarikat animasi,, yg berjaye....2 je atm.... yg lain....
BalasPadamwawasan 2020... islam hadhari... 1 malaysia..???
BalasPadamleps najib aku jamin la org len naik ayat lain lak kuar pasni
PadamTakat najib ngan pka lah kejap je..
PadamAla masa Mahathir 22 tahun pun macam2 ada.. dasar itu dasar ini wawasan 2020 dan pelbagai lagi la cogankata semua ada
dari bersih cekap amana.. bersatu padu.. semua ada..
Benda2 mcm ni berlaku di mana2. Kat jabatan kerajaan pun inilah budayanya. Masuk menteri/pengarah/ketua baru, semua tukar baru. Sistem lama takmau perbaiki. Konon nak tinggalkan legasi, nak nama glamer sebab ada benda baru.
BalasPadamPembaziran berbudaya hanya untuk ego manusia.
ohh yes trend itu mmg obvious skali... legasi lah sangat kan, pffftt...
Padamp/s: btw noob, nice entry n nice choice of comic strip, dilbert mmg kewl ^^
Pakai je SAP
BalasPadamSAP lagi la mahal menghabiskan duit rakyat je kalau beli
Padamtu ada system developement model yang pelbagai bagi mencapai objektif yang diharapkan.
BalasPadamSape yang biasa bangunkan sistem tahu la macamana kehendak pelangan ni kadang ubah sini ubah situ.. sistem requirement etc.. Salesman pula iakan aje tanpa merujuk programmer.. Pening programer nak develope modul..
So model2 pembangunan ni mungkins edikit sebanyak membantu dan mengurangkan gap salah faham..
Tapi mengenai orang baru masuk tukar tu normal kat mana-mana pun rombakan biasanya digunakan sebab banyak faktor.. ada tukarkan orang jawatan naikan kroni sebab mudah berkerja juga melibatkan pengaruh.. selain tukar benda baru yang dia biasa guna..
ada bos suka windows tukar semua guna windows OS nanti boss baru amsuk suka pakai MAC/Apple semua tukar guna MAC.. dan seumpamanya..
Sama juga sistem.. bukan masalah sistem lama tak boleh pakai tapi kadnag nak tunjukan pembaruan yang dia bawa maka dia tukar sistem tukar itu ini.. kiranya nak tunjuk dia buat sesuatu pembaruan la kononya.. Padahal pembaruan tak semestinya tukar tapi penambahbaikan benda yang sedia ada.. :)
Kebiasananya orang baru (boss terutamanya) lebih suka dan mudah tukar semua baru start from ground dengan apa dia biasa dan suka daripada mempelajari benda yang sedia ada dan tingkatkannya..
Perkara ini agak normal berlaku...kalau yg take over project x faham 'the bigger picture' n buat semata2 nak lepas KPI/kroni2...mmg keikhlasan dlm kerje xkan berlaku. Tp kita sebagai org bawah yg kene tempias..."bos always right!!"
BalasPadamTp yg faktor yg paling besar dlm kegagalan projek ialah melalui perundingan terus di mana drive factor tidak wujud n kerje lebih kurg je sbb duit dah masuk/standby awal2..lg2 byk berlaku di mana2 sektor kerajaan memerintah di mana byk wujudkan project berjuta2. Kroni n rasuah pemusnah negara.....siapa makan cili dia merasa pedas.
Tp sy suka gak iklan SPRM masa buka puasa..siapa yg selalu mkn duit haram mesti insaf (seketika).
siapa yg selalu mkn duit haram mesti insaf (seketika)?
Padamconfirm ke hahaha ini bergantung pada hati kalau hati mati takdanya nak insaf.. Kalau masih ada sinar mungkin terdetik gak la.. tu orang jahat atau perasuah ni orang pangil hati kering.. takdanya insaf atau termakan terasa ngan tarbiah2 ni..
Itu namanya sibuk cari harta/'pahala' dunia dr sibukkan harta akhirat. Biar kerje nelayan gaji x tentu dr gaji 5/6 angka bulan2 tp rezeki x berkat bg keluarga makan. Org kaya lg payah ke syurga sbb byk sgt bende dihisab di padang masyar dr org miskin yg kais pagi makan pagi. Bkn x boleh jd kaya, just bersyukur apa yg ada n x terpengaruh dgn rasuah/riba.
PadamMmg lumrah manusia terbeliak mata kalau dpt duit byk2 org free2 nak bg (sbb reason tertentu). Tepuk dada tanya iman.
bila jadi macam ni.. terasa rugi dengan aliran duit yang mengalir keluar :(
BalasPadamPapepun mmg suke pic pertama di atas..konsep what we think other people think utk mana2 kes mmg seronok utk difahami bersama. So, always understanding each other...jgn penting diri sendiri utk kejar harta dunia.
BalasPadamDiversity is good for our environments..
Padamorg ckp perbelanjaan utk IT selalu jd culprit dlm bajet sbb nk define harga susah.ada perisian harganya mahal,ada perisian harganya murah,ada pula yg free mcm open source, tp semua melakukan fungsi yg sama. satu lg sbb benda tu kita xnmpk secara nyata (fizikal) mcm kita beli kereta, rumah, barang, objek, benda2 IT ni hanya wujud dlm komputer secara maya sahaja, so org akan main harga charge mahal2 dgn letak benda2 yg mengarut dlm spesifikasi & quotation yg org non-IT x faham pun.
BalasPadamtu la pasal, ni pun satu hal juga...
PadamOrang IT pun bukanye paham lol..
Padamni Bill gate la start cas mahal-mahal
cuba jadi macam Richard Stallman kalau boleh bagi free je software.. Siap code2 sekali user pon boleh ubah sendiri..
dah la cas mahal lepas tu tak boleh ubah pulak code pun tak bagi cam bodoh je terikat ngan paid closed source ni..
kenapa x ramai org komen? ramai org x boleh nak hadam topik ni kot
BalasPadamorg tau politik, agama,yg lain xtau kot?
PadamYela kot..bila masuk topik politik..ramai2 emosi menyuarakan pendapat...xpun melalak/mencarut x habis smpi rosak bahagian komen dgn ayat2 smpah oleh anon. Kesian noob, rasa2 semua blog mcm 2...org ramai tau politik je..info2 lain xnak ambil tau sbb cerita politik byk melibatkn luahan emosi sedangkn topik mcm ni lebih libatkn pengalaman utk dikongsi bersama.
Padamtak dapat meluahkan melalui keyboard~
Padam