Iklan Leaderboard

Sabtu, 26 Mei 2012

18 1Malaysia semakin tidak masuk akal

Telah menjadi suatu kebiasaan apabila seorang pemimpin yang baru naik, mereka akan memperkenalkan sesuatu dan idea yang baru untuk menunjukkan bahawa mereka adalah champion. Jarang sekali mereka nak meneruskan agenda dan idea daripada pemimpin sebelum. Seperti contoh Ali merupakan seorang ketua jabatan IT di sebuah organisasi telah memperkenalkan sebuah Sistem Pengurusan Akaun. Kos pembangunan sistem tersebut adalah RM1 juta. Setelah 3 tahun berkhidmat, beliau telah ditukar dan telah digantikan dengan ketua baru iaitu Abu. Abu melihat sistem tersebut mempunyai beberapa kelemahan. Untuk mengatasi kelemahan itu, instead of Abu cuba membaiki sistem yang lama itu yang dengan kos hanya RM100K, dia telah memperkenalkan sebuah Sistem Pengurusan Akaun 2 yang baru agar dapat menjadi champion dan pencetus kepada perubahan dan pembaharuan. Kos sistem baru yang dibangunkan semula daripada scratch itu bernilai kos RM2 juta. Sistem yang lama dilupus dan digajah putihkan begitu sahaja. Apa kaitan dengan tajuk entry ni?


Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri telah memperkenalkan slogan Wawasan 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Kemudian apabila Pak Lah naik menjadi PM, beliau telah memperkenalkan slogan baru iaitu Islam Hadhari. Tatkala slogan baru ini mulai popular, slogan lama telah mula dilupakan dan tidak dicanang2 lagi. Bukan sahaja slogan dilupakan malah projek2 Mahathir juga telah dicantas dan dibatal seperti Jambatan Bengkok Johor-Singapura, dan Pak Lah mula menjadi perintis kepada idea2 pembangunan baru seperti Koridor2 Barat, Utara, Selatan dan Timur. Namun setelah Najib naik menggantikan Pak Lah menjadi PM, slogan2 Pak Lah pula dilupakan dan Najib mencetus slogan yang baru iaitu 1Malaysia.


Teras kepada slogan 1Malaysia adalah PERPADUAN antara kaum, agama, masyarakat bandar dan luar bandar, golongan kaya dan miskin dan lain2. Namun slogan ini telah menimbulkan banyak kekeliruan terutama pemahaman di antara orang melayu dan bukan melayu. Disebabkan pencetus idea ini adalah Najib dan ramai rakyat dan penyokong PR yang benci dengan Najib disebabkan Rosmah dan kontroversi Altantuya, maka ramai di antara mereka yang tidak menyokong slogan 1Malaysia ini hatta memakai baju, topi, pin kolar, klip tali leher, key chain dan apa jua benda yang ada logo 1Malaysia, memberi Salam 1Malaysia dan sebagainya kerana tidak mahu dilabel dan dikaitkan sebagai peminat Najib. Penyakit ini dinamakan sebagai 1Malaysiaphobic atau 1Malaysiaphobia.



Now the real thing. Pada asalnya 1Malaysia ini hanyalah slogan berkenaan perpaduan. Tapi tidak tahu idea siapa, Najib mungkin, telah mengkomersialkan slogan ini untuk digunakan dengan lebih meluas, maka terciptalah Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIRIM), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Menu 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan macam2lah lagi kat sini, namun semua yang menggunakan nama 1Malaysia ini lebih berbentuk perkhidmatan dan bantuan.


Dan apabila 1Malaysia mula digunakan ke atas produk atau barangan, penggunaan slogan ini dah mula mengarut, exaggerate dan tak masuk akal. 1st sekali muncul Email 1Malaysia (thanx to Skulluv for the reminder) yang sangat2 kontroversi, kemudian muncul Chopper 1Malaysia. Menurut Amenoworld, harga sebiji USD150,000 sebiji (kalau aku tipu maksudnya Amenoworld yang tipu korang). Motor ini dikatakan sebagai satu pendekatan untuk mempromosi negara kita dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar whateverlah.


Terbaru muncul pula produk 1Malaysia yang terbaru iaitu sebuah komputer tablet, pesaing kepada iPad dan Galaxy Tab iatu 1Malaysia Pad... Seriously, DAFUQ IS THIS?


Gua tak kisahlah kalau ia merupakan tablet ciptaan Malaysia (walaupun rekaan nampak sebiji Made in China), tapi kenapa namanya perlu 1Malaysia Pad??? Apa kaitan dengan perpaduan pun? Siap ada app 1Malaysia Messenger lagi, kalah BBM. Kalau nak menunjukkan ciri2 Malaysia, kenapa tak dinamakan TuahPad ke, Wira Tab ke, UmnoPad ke?  Kenapa perlu 1Malaysia Pad??????????????????? Dah la sticker jenama 1Malaysia Pad tu macam tampal atas brand lain. Rebrand produk China ke kak? Dah la harga mahal RM999. Nak tengok specs apa semua, tengok la kat Amanz ni, tak kuasa aku nak reviewnya.
Diorang taktau ke at least separuh daripada kumpulan sasaran pembeli yang terdiri dikalangan orang2 yang ada sindrom 1Malaysiaphobic takkan beli tablet ni.

Seriously, janganlah kaitkan 1Malaysia dengan produk lagi. Gua tak mau tengok lepas ni ada kereta 1Malaysia, notebook 1Malaysia, set barangan elektronik 1Malaysia, telefon bimbit 1Malaysia, Windows 1Malaysia, jalur lebar 1Malaysia, basikal 1Malaysia dan lain2. Tak perlulah nak jadikan bahan lawak lagi. Cukuplah dengan produk2 berjenama Mydin rebrand 1Malaysia yang dijual di KR1M. Setakat ni gua tak pernah dengar lagi barangan berjenama kereta Wawasan2020, motor Islam Hadhari. Cukup2lah...

Aku rasa kalau kat negara lain keluar produk dgn jenama 1USA Pad, 1Japan Tab, Motor 1Indonesia, Handphone 1Canada, rasa rakyat diorang pun takde yang nak beli.



tags: slogan 1malaysia wawasan 2020 islam hadhari najib razak abdullah badawi mahathir mohamad produk 1malaysia pad android china chopper

18 ulasan:

  1. aku pun tak paham dengan slogan ni, memula nampak okay tapi makin lama makin mengarot..

    produk2 satu malaysia ni mungkin akan lagi banyak memandangkan pru nak dekat..nak tarik undi, sapa taw kan. mana taw nanty ada handphone brand satu malaysia ke.. haha kalau ada kau nak beli tak noob??? heheh

    BalasPadam
  2. Email 1Malaysia apa cerita?

    BalasPadam
  3. hahaha..diorang da obses sangat da kot dgn 1malaysia tu..tp tu lah, not bad ape tagline tuh..=D

    BalasPadam
  4. haha~..
    ayat menguji betul..
    tergelak-gelak gbro..^.^

    yang Benar, Ringkas, Sopan, Peace..^.^
    NINJA

    BalasPadam
  5. Makin lama makin menjadi.Barangnye pon taknampak menjadi jugak.Setakat lekat nama itu je , barang nye bukan buatan 1Malaysia.

    BalasPadam
  6. Nampaknyerr 1 Malaysia telah diguna pakai tak kiralah apa jua keadaan.... sama ada politik mahupun segala bantuan yang di salurkan

    banyak duit kerajaan telah dikeluarkan kali ni.... ianya amat membimbangkan apabila selepas PR nanti.... mana nak cekau duit nak cover balik...



    Thanks ziarah blog kami ni....
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair door trim kereta

    BalasPadam
  7. Aku berfikir. Menghadam pendapat..Erm.Just smile ja la. :)

    BalasPadam
  8. mmg rebrand pun.. Proton tu pun seb bek awal2 da kuar.. Kalau baru nak kuar konfem nama dia pun jadi 1Malaysia rebrand

    BalasPadam
  9. patot tab tuh letak nama rostech ka, bikmama ka, baru kena. nampak macam hi class sket..

    BalasPadam
  10. wah infonya bagus sob..
    sangat bermanfaat & lengkap lagi..
    makasih ya :)
    salam kenal :)




    #Happy BLogging :D

    BalasPadam
  11. noob pelan jalur lebar 1malaysia dah ade la..

    pek projek komputer 1 malaysia..haha

    http://40.76.my/Malaysia/celcom-broadband-skmm-starter-sim-pack-mobile-internet-mobile-broadban-1202-08-junelaw@1.jpg

    BalasPadam
  12. Spender 1Malaysia ada tak?

    BalasPadam
  13. 1 lagi terlupa..rumah urut 1 Malaysia..hehehehe

    BalasPadam
  14. 1. Untuk meningkat semangat cintakan negara.
    2. Untuk menaikkan semangat politik PERPADUAN
    3. Untuk melaksanakan 1 Nation 1 Community
    4. Untuk mengimplementasikan hasrat Wawasan 2020.
    5. Untuk mengenyangkan perut org2 yang berpengaruh.
    6. Untuk memperkukuhkan perkara duniawi.
    Yang selebihnya Auntie Rosmah boleh jawab..

    BalasPadam
  15. korang search cari soalan percubaan kelantan 2012 .....banyak 1 malaysia....apasal nak tarik kelantan ker

    BalasPadam
  16. UMNO dh boleh pencen.. 55 thn sdh

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 Malaysia semakin merepek lebih2 lagi kalo UMNO ada. Ada orang patut tukarkannya jadi tema berkaitan Islam. 1 Malaysia adalah duniawi, kat akhirat mana ada satu malaysia nanti.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...