Isnin, 14 Mei 2012

24 Isteri solehah harta suami paling berharga

Hari Isnin... hari yg paling tidak disukai oleh ramai orang. Hari ni malas cerita politik, harap2nya lah. Sebelum ni aku pernah post pasal bini orang bikin berahi. Dan aku pernah cerita jugak pasal isteri impian para suami. Secara zahirnya, mereka ini adalah orang2 yg wajar dicontohi oleh para suami dan isteri. Masing2 menjaga maruah pasangan masing2, orang tengok pun sejuk je mata memandang.






Aku harap aku dapat bini yg baik2 dan akan taat pada suami. Kalau comel tu bonuslah. Cuma satu yg aku perhatikan, kebanyakan org2 yg baik dan alim2 ni, bini dia mesti comel. Sebab tu ramai yg pakai niqab atau purdah sbb tak nak bagi lelaki lain jatuh hati atau terpikat dgn bini diorg yg comel. Dan orang lelaki mcm ni pun nak kawin senang. Malah tak perlu bercinta pun sebelum kahwin. Kalau kata dia berkenan dengan sorang anak dara tu, terus jumpa mak pak dia. Bila mak pak dia tanya keje apa belajar kat mana, cakap belajar Universiti Al-Azhar buat Usuluddin, sekarang mengajar di SMKA Maahad Hamidiah Kajang, confirm minggu depan nikah. Mak pak pun sure tak mintak hantaran banyak. Yang anak daranya walaupun ada boyfriend yg keja supervisor kilang atau pegawai kerajaan F41 yg dah couple 3 4 tahun pun, terpaksa clash dgn pakwenya dan kahwin dgn pilihan dan kehendak mak bapaknya... kalau kahwin tak dapat restu mak pak nanti jadik anak durhaka...

Tapi adakah aku kena jadik alim dan warak dulu utk kawin dgn gadis2 comel dan baik latarbelakangnya? Niat pun dah salah... aku tak nak la jadi macam Md Zan Durany yg sanggup mempergunakan agama demi memikat gadis2. Hmmm takpelah... ada jodoh dapat yg comel solehah, baguslah... kalau dapat yg sedang2 pun oklah jugak... tapi at least dia faham akan agama Islam, tahu tanggungjawab dia sebagai isteri dan menerima aku seadanya so senang aku nak mendidik dan membimbing nanti. Ooh satu lagi, bukan gila politik, seriously aku menyampah gila dengan perempuan yg gila, taksub dan fanatik dengan politik tak kira dia tu Puteri Umno atau Muslimat PAS yg dok tiap2 hari update pasal politik kat Facebook dia.

Soo... ada sesapa yg boleh tolong pinangkan dia ni utk aku???



tags: suami isteri jaga maruah kehormatan pasangan ustaz azhar idrus asyraf muslim akhil hayy imam muda asyraf hizbur heliza helmi af5 tudung hijab niqab purdah calon tunang nikah kahwin pinang alim warak kuat agama soleh solehah

24 ulasan:

  1. aik. bukan awak ni dah kahwin ke? err

    BalasPadam
    Balasan
    1. ish awak ni pandai2 saja... kalau dah kahwin pun masih ada 3 kekosongan ape huehaheuhehuahue

      Padam
  2. sejuk saja lihat mereka dalam kebahagiaan ;)

    BalasPadam
  3. susah nak cari wanita solehah zaman sekarang nie...

    BalasPadam
  4. Macam mana nak pastikan Heliza tu solehah sampai nak masuk minang dia tanpa tahu latar belakang dia macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. at least dari luaran dia dah menunjukkan ciri2 solehah, pakaian pun dah semakin labuh. lagipun dia pun dah tak aktif jadi artis tapi lebih menumpukan kepada penceramah motivasi dan mengacara rancangan berbentuk islamik. lagipun lebih baik gua nak pinang dia daripada pinang zarina anjoulie lavocah

      Padam
  5. errrrr biar betul ko nak dengan tunang aku yg comel nie????

    BalasPadam
  6. demi hang prince of noob, esok aku bawak rombongan meminang dia. bagi cincin dulu sebentuk nak buat tanda. lagi mahal lagi bagus. lepas tuh cengkeram hantaran dua tiga ribu. bagi petang ni, esok tunang siap..

    BalasPadam
  7. heliza comel. bakal isteri solehah. macam sy. eh? kakaka

    BalasPadam
  8. kalo hari2 citer politik tak best jugak... dah mcm tgk tv3 plak...ehehehe

    BalasPadam
  9. Pelik budaya Malaysia, artis comey pakai tudung dinobatnya jadi idola dan wanita solehah. Kalau ikut Islam, yang cantik-cantik ni kita suruh duduk rumah takut jadi fitnah.

    Perempuan solehah tidak menunjuk-nunjuk di pentas ceramah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk menjadi contoh la kepada wanita lain yang tak tutup aurat dengan sempurna.buktinya diorang tutup aurat dengan sempurna pun masih boleh lawa,berkerjaya,popular. BAEK HANG PI MARAH ARTIS KE SESIAPA YG PAKAI TAK CUKUP KAIN, MENUNJUK DIPENTAS CERAMAH,BERITA TV, NYANYIAN. hang nak cakap dorang tu ape pulak? perempuan jalang?

      Padam
    2. itu contoh saja maaa... mcm la heliza tu nak kat aku pun adoiyai kao ni. tapi kalau dia jadik bini aku pun aku suruh stop duduk rumah sajaaa...

      tapi mcm mana pula kalau perempuan tu berceramah atas pentas politik atau pergi demo tengah2 jalan campur laki perempuan? datangkan fitnah atau tidak?

      Padam
    3. Kalau tak cantik, walau solehah dan berilmu pun puak jantan tak pandang juga. Tapi kalau artis comey pakai tudung terus jadi solehah !

      Padam
    4. Jadi perempuan cantik memang untung kerana lelaki pasti sanjung tetapi kelebihan pasti datang dengan ujian, apakah dia syukur atau kufur !

      Malah jadi perempuan cantik ni, calon suami datang bergolek-golek tanpa perlu usaha. Cukup tayang muka di Fb, atau letak pic di blog pasti ada yang mahu berkenalan. Tapi hidup mereka jarang bahagia, kalau tak kerana sakit jiwa, tak subur, rumahtangga bergolak pasti masalah datang bertimpa-timpa. Allah maha adil, diberi satu kelebihan didatangkan padanya cubaan!

      Padam
    5. Bukan not typical Malay..tapi TIPIKAL MELEIS....

      Padam
  10. nk minang heliza? heliza xsuka "Patrick"

    BalasPadam
  11. Perempuan yang solehah hanya jaga auratnya utk suami =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk diri, mak pak n keluarge juga cik elea

      Padam
  12. wanita adalah insan yg lemah lembut dan cantik. jagalah kecantikkan, kehalusan dan kelembutan itu dengan sentiasa berada di dalam rumah....kat luar byk debu dan cuaca pula panas...nanti muka berminyak dan kasar.. :)

    BalasPadam
  13. Prinsip asal bagi kaum wanita secara umum dan calon perempuan secara khusus adalah bersifat dengan sifat malu dan sopan. Ia berhias hanya untuk suaminya dan menutup rapat auratnya dari pandangan orang lain.

    BalasPadam
  14. Wahai lelaki, ingat, wanita adalah tanggungjawab kamu. Lelaki bertanggungjawab menjaga kemaslahatan seorg wanita; memberi perlindungan untuk dunia dan akhiratnya. Wanita tidak perlu pening2 fikir mcm-mcm, yg penting jaga solat 5 waktu dan menunaikan fardhu2 yg lain.

    yg jadi pening dan stress, bila lelaki dan wanita meninggalkan ajaran agama....

    BalasPadam
  15. banyak post kamu pasal kawin noob. rasanya bila umur dah makin meningkat, lelaki dan wanita yg masih single akan jadi sentimental. selalu berbicara pasal pasangan dan perkahwinan. mungkin itu satu cara utk meluahkan 'frustration'; keinginan utk berpasangan. takdelah nak kata awak x normal. saya fikir itu lumrah. kawan2 saya yg lewat 20-an dan 30-an yg masih single dah masuk fasa begini. naluri dan peer pressure membuatkan keadaan jadi begini.

    bagus nak cari pasangan beragama. tp keserasian kena dilihat juga. kamu mungkin dpt pasangan yg baik dan alim tp entah macam mana rasa x serasi pula. contoh, bila berbicara takde kesinambungan... cepat je dah habis topik. bila bersama, rasa x selesa (bkn sebab bau dia busuk ke apa). ada org bila kita berkawan, kita rasa senang, ada org yg kita rasa menyampah bila berkawan.

    so my point; cari juga org yg serasi dgn kita bukan setakat beragama aje.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.