Rabu, 16 Mei 2012

27 Selamat Hari Sifu

Seriously... gua lupa hari ni Hari Guru... gua dah 14 tahun tinggalkan sekolah. Hari tu Hari Ibu orang cakap haram, Hari Guru tak jumpa lagi mana2 ustaz cakap haram. Tapi dikesempatan ini gua nak mengucapkan jugalah SELAMAT HARI GURU buat SEMUA guru2, bekas2 guru dan bakal2 guru di seluruh Malaysia.



Cerita pasal guru, gua nak story sikit kat u all pasal satu kejadian gua di sekolah dulu. Gua duduk sekolah asrama, cikgu yg jadik warden kat situ sikit la punya garang. Sikit2 tampar, lambat keluar dorm tampar, lambat turun dewan makan tampar, lambat pergi musolla waktu maghrib tampar. Dia dah jadi macam mentor kepada warden2 yg lain, so semua warden pun dah follow perangai suka tempeleng dia.


Nak dipendekkan cerita, ada satu hari lepas bersukan main basketball, gua lepak kat dorm sambil main daun terup Sho Tai Ti atau Big Two dalam bahasa saintifiknya dengan kawan2 gua. Kemudian maghrib dah masuk, gua pun tak mandi lagi, so gua malas nak turun musolla gua tutup lampu lepak nyorok dalam bilik. Lepas solat maghrib kat musolla student tak dibenarkan naik ke bilik, diorang kena follow apa jua aktiviti kat surau tu sampai la masuk Isyak. So gua tengah baek layan daun terup dgn kawan gua, tetiba gua dengar bunyi bising2 suara warden jerit2 kat tingkat bawah. Gua dah panik, dengan cuma pakai towel gua terus lari pergi tandas kat hujung. Gua bajet nak nyorok dalam jamban, tgk2 semua jamban kunci ada orang kat dalam. Aah siot semua orang pun nak nyorok jugak. Tinggal satu je jamban yg masih kosong kat hujung, so gua pun terus #occupyjamban tu.


Dekat 10 minit gua dok dalam jamban tu, dgn peluh2 lagi, tiba2 gua dengar orang masuk tandas. Tiba2 dengar suara warder menjerit "Keluar! Kalau tak keluar saya tendang pintu". Pastu kedengaran satu persatu pintu terbukak diikuti dengan bunyi tamparan berdas2 yg sangat kuat. Aah sudah mampus aku. Lepas tu gua fikir kalau cikgu tu suruh bukak pintu gua cakap jelah gua baru naik tak tahan nak berak. Sampai turn jamban yg gua tgh occupy tu, cikgu tu jerit sekali lagi "Bukak saya cakap! Kalau tak bukak saya pecah pintu ni". So gua pun dengan cuak gila bukak pintu tu... baru nak cakap gua nak berak sakit perut, singgah sebiji penampar kat muka gua. Berpusing la jugak kepala otak gua masa tu. "Dah turun", kata cikgu tu tanpa rasa bersalah...


Time skip... gua dah masuk universiti... Bila gua masuk tahun 3, gua dengar dari member gua cikgu tu masuk satu universiti dgn gua sambung degree. Kira gua senior dia lah. Rupa2nya dia dulu guru diploma je. Ntah nak dijadikan cerita, satu hari boleh pulak gua terserempak dgn cikgu tu kat kaki2 lima fakulti. Gua ingat nak buat derk je, dia pun konfirm tak ingat aku punya. Tetiba dia boleh pulak nak tegur aku, "Wah Noob (Bukan nama sebenar), awak belajar kat sini jugak ye. Amik kos apa kat sini, dah tahun berapa, duduk kolej ke rumah sewa, amik PTPTN ke mak bapak tanggung, bla bla bla..." Aik mesra pulak cikgu ni dgn gua... Dulu bukan main hebat menampar2 budak kat sekolah sampai gua budak nerd pun terlibat, sekarang bukan main mesra dengan aku... dah lupa ke ko penah tampar gua dalam JAMBAN satu ketika dulu??? Selepas berbicara pendek... gua terus blah... dan itu kali terakhir gua nampak dia...

MOTIF & MORAL OF THE STORY? Entah... Jangan occupy jamban selain daripada anda nak berak.

Oh tidak lupa juga selamat hari guru buat bakal guru graduan UPSI kita... Cikgu Adam Adli...

Juga kepada guru sehari cikgu Yusry KRU dan Lisa Surihani

Dan tidak lupa juga kepada cikgu kesayangan gua... Cikgu Ija...
 


PROBLEM???


tags: selamat hari guru 16 mei cikgu sifu sifoo warden sekolah rendah menengah asrama kisah kejadian kenangan jamban tampar tempeleng adam adli upsi yusry kru lisa surihani teach for malaysia heliza helmi ija

27 ulasan:

  1. Guru pada hari ini diselamatkan oleh muridnya.

    BalasPadam
  2. Salam En. Noob,

    Budak hostel tak sah kalau tak ponteng surau.saya penah gak ponteng (roll call).Nak nyorok bawah katil tapi tak sempat kecikkan badan, warden dah bukak pintu, terus kantoi ha ha.

    BalasPadam
  3. warden tu tampar ade sampai pekak tak? nak hantar kawan aku kt die nt.

    BalasPadam
  4. jangan lupa cikgu suraya yang lejen tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya cikgu suraya tu wujud ke tak? waktu sekolah dulu xsempat mentelaah subjek cikgu suraya ni...

      Padam
    2. sebenarnya, cikgu suraya ni power, boleh membengkokkan besi padu yang keras.

      aku pon tak paham mana lulusan cikgu suraya ni sampai power macam tuh sekali

      Padam
  5. kenapa yer kebanyakan warden laki suka2 nak tampar student.memanglah salah student tapi xde ke cara lain nak denda.dbuatnya student tu jatuh terhentak ke ape ke mcm mana?sapa nk b'tanggungjawab? kalau aku pun jumpa balik warden mcm tu mmg xle nak mesra2 bagai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb budak2 sekolah laki ni bila dah kena tampar baru ada kesedaran sivik. tapi sebenarnya tak sedar pun...

      Padam
    2. lempang ni budaya mengarah dalam paksaan. Bila yang berkuasa boleh buat sesuka hati sampai menyusahkan orang dibawah kekuasaan dia, sampai bila-bila pun orang tak respek dan tak hormat orang macam tu.

      Buat la hari apa pun, jangan harap nak sambut untuk orang yg macam tu. Hari guru untuk guru yang mendidik, bukan untuk guru yang melempang tapi tak mendidik.

      Padam
  6. Balasan
    1. ya kenapa ye? too old to be cool or too young to be awesome?

      Padam
    2. haha saja tanya. takkan sensitif kot. hehehe..btw, i jumpa blog buasirotak ni sebab selalu nmpk U komen kat blogserius. sila update blog ni laju2 k? =)

      Padam
    3. ko dgr tu noob....update laju2 mengalahkan obe...jgn asyik mengomen kat blog org jerk sambil promote. xbleh blah.....muahahhahahaa...buat obe marah jek...

      Padam
  7. kena tampar xpernah...kena rotan ada sekali...eheheheh =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tampar ngan cikgu tak pernah, ngan senior pernah, kena rotan pernah jugak sekali... tapi yang paling pedih, kena sindir!

      Padam
  8. Best kena tampar, ada benda nak cerita ngan kawan2 sekolah dulu, kalau jenis tak penah kena tampar/hukum tu yg tak best, takde kenangan indah kat sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa bila kena tampar baru jadi kenangan indah? Kalau belajar rajin2, dapat harumkan nama negara, lagi best kenangan tu.

      Padam
  9. bila masa plak si lisa ngan yusry jadi cikgu..

    BalasPadam
  10. Ustaz mana kata haram sambut hari ibu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo.. salah ustaz internet la.. ingatkan ustaz yang ada tauliah..

      Padam
    2. noharoom sungguh la anon ni... gua cakap ada orang (eg. ustaz azhar idrus) berpandangan hari ibu ni haram... nak baca pandangan dia lu google je lah... cari la pandangan orang lain sekali. nak semua kena suap dalam kerongkong susah la

      Padam
    3. Anon mmng suka kena suap la Noob :D

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.