Iklan Leaderboard

Selasa, 1 Mei 2012

29 Jenis kawan lama yang asshole

Dalam hidup aku, kawan atau friends ada 4 tahap..

1. Sahabat atau kawan baik. Kira best friend forver (BFF) la.
2. Kawan sahaja, boleh jadi kawan pejabat, kawan sekolah, kawan taman, kawan kelab, kawan lama dan lain2, bak kata lain, kawan yg biasa2 aja, nak kata rapat dan baik sangat pun tak.
3. Kenalan, kenalan ni lebih rendah tahapnya daripada kawan, boleh jadi kawan atas kawan, kenalan yg jumpa waktu sama2 berkursus, kenalan di bengkel kereta dan lain2, tiada sebarang ikatan persahabatan yg terjalin, cukup sekadar kau kenal dia dan dia kenal kau. Kalau tiap kali jumpa kat mana2, time tu la ko mintak nombor dia padahal dah ada dlm phonebook.
4. Musuh... Tapi ni dah tak dikira kawan la. Kau kenal dia dan dia kenal kau tapi saling membenci dan tak bertegur sapa atas sebab2 tertentu. Tapi kawan2 dia mungkin boleh jadi kawan2 kau jugak.


Cuma kali ni aku nak cerita ada beberapa jenis kawan LAMA yg perlu dielakkan daripada berjumpa. Kawan2 lama ni boleh jadi kawan waktu kecik2, sekolah rendah dulu, sekolah menengah, satu Universiti, satu pejabat lama dan lain2 kategori kawan lama yg lama gila tak jumpa, tiba2 terjumpa dalam Facebook, dulu nak kata rapat sangat pun tak la. Apabila kawan lama ni tetiba ajak jumpa atau lepak kat mana2 dgn apa jua alasan, anda perlu berhati2 dan kalau boleh tak payah jumpa pun takpe. Berikut merupakan kawan2 lama yg sangat ASSHOLE dan korang kena elakkan daripada berjumpa.

1. Kawan lama yg suka mengungkit kisah silam


Aku paling tak suka bila time reunion atau gathering budak2 sekolah menengah atau member2 universiti dulu, mesti akan ada 3 4 orang yg kaki mengungkit kisah2 lama zaman sekolah/universiti dulu. Dah la kita ada yg datang bawak awek, anak bini, lepas tu kawan lama kita tu dok cerita kisah2 lama kat sekolah dulu yg kita selalu kena buli dgn senior, teringat lagi waktu kena kurung dalam locker kat asrama, kena basuh baju senior, hantar surat cinta kat awek satu kelas tapi kena reject, diingatkan kembali gelaran2 busuk kita dulu2... mmg stok kasi malu depan awek, bini kita... elok2 rasa nak jumpa kawan2 lama, tiba2 rasa nak tumbuk je muka sorang2. Nak kata budak2, sekor2 dah jadi engineer, anak dah 2 3 orang. Perangai tak ubah2... Sebab tu aku takkan pergi lagi kalau ada sebarang reunion ex-schoolmate atau ex-coursemate, sbb spesis kawan mcm ni mesti akan ada dan bilangannya pun ramai.


2. Kawan lama yg nak ajak join MLM jadi downline


Dah la lama tak jumpa, member pun SMS ajak lepak kat mamak kata nak jumpa, borak2. So kita pun dgn penuh keikhlasan hati luangkan masa utk berjumpa dgn member ni. Kat mamak, borak tanya2 khabar dlm 5 minit, dia cakap dia tgh tunggu member nanti ada member dia nak lepak sekali. Gua dah lain macam. Sekali member dia datang, bukak laptop atas meja, kemudian promote kat gua suruh join skim bodoh MLM dia. Rupanya member dia tu upline dia nak tolong member lama aku tu pancing gua jadik downline dia. Haram sungguh. Nak jaga hati punya pasal dengar la upline dia ni membebel sampai 2 jam. Balik tu sumpah gua remove dia dari Facebook gua. Tapi nombor telefon kena simpan, at least kalau dia call lagi lepas ni gua tahu siapa yg call dan gua takkan angkat.


3. Kawan lama yg taksub dengan politik dan tak boleh terima pandangan orang lain


Dalam Facebook member sorang ni tak habis2 cerita pasal politik, dedah konspirasi sana sini, kutuk kerajaan, update pasal Bersih, teori konspirasi freemason illuminati, share macam2 benda yg aku tak nak ingin nak ambik tahu pun. Satu hari terjumpa la dekat majlis kahwin member yg lain, duduk pulak satu meja. Tengah2 nak makan nasi minyak tu, dah la jumpa pun jarang2, dia nak jugak bukak cerita pasal politik dia. Apa yg dia dah tulis dalam Facebook tu dia ulang sekali lagi kat situ. Bila kita nak bagi pendapat yg berbeza sikit dgn ideologi politik dia, habis kita dihentam balik dgn gelaran2 busuk, dikatanya pencacai kerajaan, katak bawah tempurung, tak up-to-date, kuno, percaya sgt kat tv3suku dan mcm2 lagi hinaan. Lepas tu mulalah keluar petikan2 dari UAI dan Nik Aziz dgn riak2 wajah yg penuh emosi. Damn... kerana taksub sgt dgn politik dan pemimpin sanjungan lu, lu sanggup cari pasal dan merendah2kan kawan lama lu sendiri. Elok2 kawan tak pasal2 ko jadikkan gua lawan. Kawan mcm ni mmg gua downgrade ke kenalan sahaja, tak pun musuh. Pi mamposlah dgn lu punya ideologi.


4. Kawan lama yg tiba2 nak mintak tolong


Nak kata dulu kawan rapat, tak jugak, cuma pernah la sekelas dgn dia dulu. Kat Facebook pun tak Add Friends lagi, tapi tetiba dapat SMS dari dia kata nak jumpa sbb perlukan pertolongan. Kita ni dengan baik hati pergilah jugak jumpa. Bila dah jumpa, dia kata dia nak pinjam duit sikit untuk tolong dia clearkan hutang mak dia dgn along dlm RM5,000. Kita pun mana la ada duit sebanyak tu, tapi dia cakap bagi la berapa2 yg kita mampu pinjamkan, nanti dia dapat gaji minggu depan dia pulangkan balik. Kebetulan dlm wallet ada RM500 baru keluar tadi nak pergi beli jam G-Shock, dgn hati yg cukup mulia dan atas dasar pernah sekelas dahulu, pinjamkan la jugak RM500 pada dia, dan dia janji nak bayar balik minggu depan. Tiba minggu depan, tunggu punya tunggu member tak call pun. So dah masuk minggu kedua badan mula la hangin, bila call balik nombor dia, ada assistant perempuan dia jawab "The number you have dialed is currently unavailable". Gua mula panas hati, hantar SMS, kat report dia tak receive pun. Hantar email kena bounce balik. Telefon member2 lama gua yg lain, tanya macam mana nak contact mamat ni, rupa2nya bukan aku sorang je kena, member2 sekolah yg lain pun ramai yg dah kena scam dgn dia. Mmg nokharom sungguh, mmg alamat kalau terjumpa lagi lepas ni mmg kena tibai la.


5. Kawan lama yg berlagak dengan kejayaannya dan membandingkan dgn diri kita


Gua paling pantang orang2 tanya pasal berapa gaji gua, apa pangkat gua. Biasa berlaku pada kawan lama yg betul2 dah lama tak jumpa, takde relation pun kat Facebook, seperti tetiba terjumpa kat seminar di ibu kota. Perbualan dimulakan dgn bertanya khabar, dan kemudian topik seterusnya yg ditanyakan pada kita, kerja kat mana, gaji ko sekarang berapa, sekarang dah jadi bos ke belum, kereta apa aku pakai? Apa keperluannya kau nak tahu hal kerja, gaji, kereta aku ni? Kemudian dia ceritakan pula kisah kejayaannya sekarang ini jadi IT Manager di sebuah syarikat multinasional (sambil menghulur bussiness card), gaji bulan ni baru je cecah 5 angka, tengah tunggu Honda Civic yg dia booking keluar minggu depan... Apa kejadahnya kau nak cerita segala kebanggaan dan kejayaan diri kau kat aku? Aku tak tanya pun lah lahanat! Owh mungkin kau nak bagitahu aku yg walau result SPM aku waktu sekolah dulu jauh lebih baik dari kau, tapi akhirnya kehidupan kau lebih berjaya dari aku? You know what? Aku sedikit pun tak ambil peduli. Tiada sekelumit rasa cemburu pun dalam pundi kencing aku.


6. Kawan lama yg nak ambik kesempatan bila ada kepentingan


Sedang gua panggil semua kontraktor dan vendor buat lawatan tapak bagi yg nak masuk tender kat company gua, salah seorang daripada kontraktor tu mcm ku kenal. Borak punya borak, rupa2nya dia tu kenalan gua waktu tengah belajar kat universiti dulu, pernah sama2 satu team main bola tampar wakil kolej. Rupa2nya lepas je graduate, beliau membuka syarikat sendiri ehsan daripada bapanya seorang bekas ketua cawangan UMNO. Minggu depannya dia hantar dokumen tender kat pejabat gua sebelum dateline. Gua ingat itu kali terakhir gua jumpa dia, tapi itu adalah permulaan suatu malapetaka. Setiap hari gua terima panggilan dari dia tanya khabar, kadang2 time gua nak tido pun call lagi mengalahkan BFF gua sendiri... cuba ambik hati gua dgn ajak gua lepak restoran seafood nak belanja minum lepas office hour, ajak gua pergi karaoke, main bowling, pergi spa urut badan, nak sponsor gua iPad dan macam2 lagi offer yg sangat mengarut dan annoying. Nasib iman gua kukuh, gua tak termakan dgn segala godaan dan pancingan daripada member lama gua tu. Elok keluar result tender, company member gua tu tak dapat. Lepas tu terus tak contact dan hilang begitu sahaja. Sampaikan gua kawin pun tak datang, hari raya pun tak hantar SMS. Lu buat baik dgn gua hanya bila ada kepentingan, bila dah xde kepentingan, lubang hidung pun tak nampak. Kawan mcm ni mmg sial!

So harap2 korang pun tak tergolong dalam mana2 kategori kawan yg sangat asshole tu. 


tags: jenis kategori kawan sahabat baik rakan kenalan musuh lama sekolah rendah menengah taman kolej universiti kelas perlu dielak dijauhi ditolak suka mengungkit kisah cerita silam dulu ajak mlm downline upline skim cepat kaya taksub politik penting diri minta tolong pinjam duit berlagak ego sombong ambil kesempatan kepentingan

29 ulasan:

  1. dalam dunia ni biasa la, mcm2 perangai manusia. kdg2 kawan baik sendiri yang paling kita percaya pun boleh jadi musuh dalam selimut.

    BalasPadam
  2. macam mana pon...qarin tetap qarib dengan kamu...

    BalasPadam
  3. hahaha.. kalau cerita sebenar ni,
    mahunya kecik hati kawan2 ^_^

    BalasPadam
  4. Untuk kawan no 5..sila tengok maksud ayat terakhir surah Dhuha.

    BalasPadam
  5. harap2 xda kawan yang mcm tu..terasa hati kowt

    BalasPadam
  6. Gua termasuk dalam golongan nombor 2....

    BalasPadam
  7. no 1 tu mmg dah biasa kena... aku dah ban dah segala jenis perjumpaan reunion. no 2 tu aku pernah kena scam sekali ngan member sekolah suruh join mlm... member siap bawak bmw nak menunjuk kat aku... mmg sial la...

    BalasPadam
  8. hahaa. mak aihh, dasyat punye kwn mcm tu.

    BalasPadam
  9. aku pilih jadi kawan kategori yang ke-5, dan untuk kawan lama, jadi asshole pun ok jugak.. hahaha..

    Bagus.. benda2 macam ni ramai orang tak ambil peduli. Bila dah kena, baru sedar. Kali ni ko sedarkan orang lain dgn artikel ini.

    BalasPadam
  10. paling tak suke jenis kawan yg no 2 tu, huhu

    BalasPadam
  11. =) betul ...ada spesis kwn mcm ni...so blah n carik buddies yg boleh dipercayai & x makan kwn =)

    BalasPadam
  12. Biasa kena dgn jenis kawan no 2. Tapi bukan
    kawan lama. Semua jenis baru baru kenal.
    Boring betul......

    BalasPadam
  13. no. 5, ni aku nak komen sikit~ lain orang, lain jalan kejayaannya, ada orang yang berjaya melalui perniagaaan, ada orang yang berjaya melalui education & research, & ade pulak yang berjaya melalui jalan politik~ lagipon bukan semua orang kejar benda yang sama, ada yg nak harta kekayaan, ada yang bersederhana~ ada yang kejar pangkat & kuasa~ nk sibuk compare2 kejayaan ni pasal apa ?? patutnya dah makin berjaya, makin rendah diri, makin tahu hormat "JALAN" orang lain~

    btw, gua ade kawan no.4, lupa diri cakap konon boleh hidup sendiri tanpa aku, katanya aku ni MUNAFIK~ pui~ dia yang munafik tak sedar diri~ bila sesak, aku jugak yang diakui 'KAWAN'~

    member2 MLM mana berani ajak gua masuk MLM jadi downline, mesti ajak gua jadi upline la~ hahahaha~

    betul2 kawan gua, gua add facebook dia, "kawan" yang ada dalam list kt atas ?? mereka yang add saya~ hahahaha~

    BalasPadam
  14. Dalam persahabatan tiada tawar menawar utk harga sebuah persahabatan.

    BalasPadam
  15. wahhhh...aku ada byk kawan2 yg dalam kategori2 yg ko cerita kat atas ni..paling tak tahan bila kawan2 sekolah jenis yang dok ungkit2..ada ker dok citer pasal aku sembunyi dalam tandas sebab tak siap kerja sekolah..malu la aku..kahkahkah..

    BalasPadam
  16. aku pon ada kwn, suka tikam blakang. sorg lg cpt meroyan. aku x gduh pon dgn dia, tetiba emo ngan aku...biasalah manusia. cari engkau ble dia nk pinjam brg2 ko je. tu pon jap lg jadi harta dia...

    BalasPadam
  17. Standard ar bro mmg realiti kehidupan mcm tu mg xle nk lari dr perkara mcm tu lumrah kehidupan

    BalasPadam
  18. aku ada kawan yg tba-tiba sms nak duit padahal x pernah tanya khabar pun. main hai hai bila jumpa kat u ja.

    BalasPadam
  19. terbaek punya en3
    aku baca sambil senyum sendiri

    BalasPadam
  20. wakaka.dulu aku pernah mengorat awek member aku.trus awek tu tinggalkan member aku dan melekat kat aku.ohsem juga aku ni..playboy nusantara la katakan.lepas merasa,tinggalkan je

    BalasPadam
  21. hebat kau zack. boleh berkenalan?

    BalasPadam
  22. kawan.. macam2 yag aku jumpa..

    BalasPadam
  23. assalamualaikum.
    lain macam la entry ni, habis tu kawan mcam mana yang kamu nak?
    bersyukur la brother at least depa ada ngan hang kat dunia ni, ajaq hang pengalaman hidup.

    BalasPadam
  24. itu sebab dah susah nak cari istilah sahabat dlam dunia sekarang ni...

    BalasPadam
  25. Wah..gua suka bab kawan yg asshole tu..tambah2 member pejabat gua.. ada dah sampai level pukimak pun ada.. jadi mcm boss gua pulak amik kesempatan nak betulkan ibadah dan gerak geri gua..padahal gua maintain lepak bilik senirik jer..

    Paling gua terkejut, wktu awal2 gua balik dr UK lepas belajar dulu..gua tak hingin pun pedulik pasal accent yorkshire gua..tapi dia xdpt terima sbb dlm kelas sekolah dulu, manglish dia lebih baik dr gua.. padan la bapak dia engineer, mak pun pegawai gomen.. gua cuma ada ibu bapa penoreh getah jer..standard la graduate mesia ni..ada PhD pun, mcm katak dalam tempurung, ditanam pulak 50km dlm tanah gitu..

    Benci giler kawan2 arsehole ni.. lu punyer idea mmg besh.. tergerak hati gue nsk berblog pasal ni pulak..

    Hidup ini bersandarkan dgn konsep pukimak, no friends is ok.. try to be self-sufficient and independxxx..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...