Isnin, 30 April 2012

15 Jadi busuk kerana pilihan sendiri

Hidup ini penuh dengan pilihan. Anda sentiasa punya pilihan. Anda bebas utk memilih dan percaya apa sahaja. Tiada orang pernah memaksa anda membuat apa2 pilihan. Cuma buatlah pilihan mengikut hati dan akal, bukan mengikut nafsu dan emosi. Buat pertimbangan pada setiap pilihan yg anda buat, nilaikan baik buruknya, fikirkan kesannya pada diri sendiri, keluarga serta masyarakat. Sekiranya pilihan kita lebih byk mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan, jgn salahkan orang lain... salahkan diri sendiri dahulu yg membuat pilihan.

Tiada siapa memaksa anda pergi clubbing sambil terkinja2

Tiada siapa juga memaksa anda minum air kencing shaiton

Adakah anda dipaksa utk merempit dan berlumba di jalanraya?

Anda masih punyai pilihan yang lain selain menagih dadah

Adakah pistol diacukan ke kepala utk memaksa anda menonton konsert Akademi Fantasia?

Salah kerajaankah jika anda membuat pilihan utk pergi ke Jom Heboh?

Jasa kerajaan jugakah jika anda membuat pilihan utk ke majlis ilmu di masjid dan surau2?

Salah org Yahudikah ramai orang Melayu memilih utk makan makanan segera di McDonald's?

Salah siapa anak2 anda menghabiskan masa di sini...

...atau di sini

Sedangkan mereka boleh memilih utk berada di sini...

...atau di sini...

...malah di sini?

Adakah siapa2 yg paksa anda utk buat seperti ini?

Atau anda lebih memilih utk berada di sini?

Adakah anda dipaksa utk datang ke stadium utk menyokong pasukan Harimay Malaya?

 Atas pilihan siapakah anda berada di sini utk menonton wayang?

Adakah kerana paksaan daripada Najib anda berada di sini?

Ataupun kerana paksaan daripada Anwar anda berada di sini?

Adakah dengan wujudnya tempat seperti ini membuatkan anda wajib mengunjunginya?

Adakah ada siapa2 paksa anda utk pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat atau solat fardu secara berjemaah?

 Adakah anda dipaksa utk menghadiri majlis ini?

Ataupun anda sendiri memilih utk berada di sini?

Kesimpulannya tiada siapa pun yang memaksa anda utk menentukan hidup anda melainkan anda sendiri yang membuat pilihan. Bagaimana baiknya anda, jahatnya anda bukanlah disebabkan sangat oleh pemimpin, parti politik, mak bapak, kawan2 dan shaiton, tetapi adalah kerana pilihan anda sendiri yang anda sendiri tentukan. Oleh itu, buatlah pilihan dengan bijak... mana2 yg sudah memilih utk berbuat kerosakan, merasakan dirinya sahaja yg betul dan tidak lagi boleh menerima nasihat org lain, tolong jangan libatkan org lain dan memberi kesusahan kepada masyarakat. Nak sangat rosak, rosakkan diri sendiri sahaja... jgn libat dan menyusahkan org lain.

Dan juga, tiada siapa memaksa anda utk memilih ini...

 atau ini....

So tak guna gaduh2... tak payah bertekak2... berjuanglah atas apa yg anda percaya, dan buang saja undi anda waktu pilihanraya nanti. 




tags: hidup punya pilihan anda tiada paksaan bebas salah kerajaan diri sendiri kebaikan keburukan masalah kerosakan menyusahkan diri sendiri keluarga masyarakat agama bangsa negara najib razak barisan nasional bn anwar ibrahim pakatan rakyat pr pengerusi suruhanjaya pilihan raya spr timbalan tan sri abdul aziz mohd yusof datuk wan ahmad omar ahli umno letak jawatan clubbing menari dance disko minum arak mat rempit penagih dadah konsert akademi fantasia jom heboh majlis ilmu masjid surau yahudi mcdonalds game arcade cyber cafe perpustakaan computer lab dewan kuliah bersih baring taman tasik pancing stadium bola sepak tonton wayang cinema shopping theme park genting casino kasino solat jumaat jemaah ceramah majlis melayu

15 ulasan:

  1. entri yg mantap
    maksud tersirat lagi tersurat..
    sungguh tak ku faham mengenai perbalahan dua seteru hukhuk

    BalasPadam
  2. best! jangan salahkan orang dengan pilihan yang kita sendiri buat.

    BalasPadam
  3. yup..
    entry yang jelas lagi neutral,
    pilihan di tangan kita sendiri,
    dalam usaha memastikan pilihan kita adalah yang terbaik,
    jangan sekali terlupa untuk berdoa pada yang ber-Haq..
    semoga di ilhamkan dengan petunjuk kebenaran ^_^

    BalasPadam
  4. suka dgn ulasan diatas.....
    tepuk dada tanya selera.....
    gunakan hak anda sebagai pengundi nanti.... suka pangkah...tak suka tak payah pangkah !

    BalasPadam
  5. salam kunjungan balas, ye betul tu pilihan ada di tangan kita sendiri dan tinggal kita pilih mana yg baik dan mana yg buruk. terserah pada kita. nice entri...

    BalasPadam
  6. salam...

    semuanya bergantung kepada hati...

    baik hati baik tindakan, buruk hati buruklah tindakan...

    BalasPadam
  7. Salam
    Post yg mudah & jelas difahami maksudnya
    =)

    BalasPadam
  8. err dari awal lg mmg dia bukan ahli umno der...post da sempoi ending lak spoil.

    BalasPadam
  9. Salam, ada yg kena PAKSA semasa program IM4U oleh PM Najib di KLCC park. Bdk2 kolej swasta WAJIB mnyediakan seribu org dri setiap kolej dri beberape buah kolej di KL.achaner tu buasir otak.......

    BalasPadam
  10. entry yang membuka minda. nak tambah satu. pilihan kita sendiri. takde sape paksa kita nak pilih syurga atau pun neraka :D

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.