Isnin, 23 April 2012

14 Melayu dan karut berpisah tiada

Cerita kali ni ada kaitan dgn post sebelum ini berkaitan kepercayaan org melayu terhadap benda2 paranormal, supernatural, alam mistik, kuasa ghaib dan uncle seekers. Ni cerita lama dalam bulan lepas... pasal seorang perempuan nak jual anak kat Facebook sebelum dia buang kat tong sampah disebabkan terlalu stress anaknya kena sawan nangis. Aku tak nak komen byk pasal kisah ni sbb dah byk blog cover, boleh baca kat link2 kat bawah. Dan wanita ini pun dah delete post pasal nak jual anak ni kat FB dia.


Kemudian dia bagi alasan yg nak jual anak dia sbb ikut petua org dulu2 utk hilangkan sawan tangis. Tak tau samada mmg betul dia nak jual atas alasan tu atau just some cover up story.


Kemudian perlakuan dia disokong oleh seorang komentar yg mengatakan bayi tu kena jual dgn harga ganjil seperti 15 sen atau 25 sen...


Really DAFUQQQ??? Mcm ni pun ada ke? Shaiton yg merasuk budak tu boleh kena makan suap dgn 15 sen je? Dia nak buat apa dgn 15 sen? Sekarang ni nak beli kuih pun 40 sen seketul.

Ni memang adat melayu atau petua org tua2 ke? Zaman millenium ni biasanya kalau org cakap petua org tua2 mmg dah tak boleh pakai, contohnya jgn panjat pokok betik nanti busung, tersiratnya mereka nak melarang budak2 panjat pokok betik takut jatuh. Jangan duduk atas bantal nanti bontot ada bisul, tersiratnya tak elok duduk atas bantal sbb org buat letak kepala kat situ. Jangan meniarap angkat kedua kaki ke atas nanti mak bapak mati cepat, tersiratnya posisi tu agak tak sopan terutama kalau anak dara yg buat. Dan macam2 lagi lah petua dan pantang larang orang dulu2 yg ada maksud tersirat. Cuma bab jual anak kalau dapat sawan tangis memang aku tak pernah dengar.

Sawan tangis atau bahasa saintifiknya colic, merujuk kepada saudara Wiki ini atau di web Al-Islam Hospital ini, ia boleh disbbkan oleh pelbagai simptom yg saintifik. Tapi yang aku pasti kalau ada pun gangguan daripada syaitan atau makhluk halus, penawarnya adalah bacaan ayat2 suci Al-Quran. Boleh rujuk juga laman web Syifa-AlHidayah.

Tapi seriously, menyalahkan kepada perkara2 SUPERNATURAL setiap kali ada masalah berlaku perlu dibendung dlm masyarakat kita, seperti mana kita selalu terbaca cerita2 mistik ni kat Harian Metro atau Kosmo. Kalau tidak setiap kali orang buang bayi, mereka akan menyalahkan bisikan makhluk ghaib, setiap kali orang makan rasuah, mereka akan salahkan shaitoooon, setiap kali orang pergi berdemo, mereka akan salahkan kerajaan suara halus yg mereka dengar dalam mimpi.

Sumber Nescafeais dan Sozcyili.

* Kesian jugak ibu muda ni kena hentam kaw2. Yang peliknya bapak dia mana? Takde pulak orang nak hentam bapak dia. Sbb tu dalam hal membesarkan anak2, kedua ibu bapa kena main peranan, tak boleh sorang pun lepas tangan. Tapi kalau mak aku la yg cakap mcm tu kat aku waktu aku kecik... serius aku sedih...


tags: norazlina ebon jual anak di facebook ibu muda bayi baby sawan tangis nangis petua orang tua dulu harga ganjil 15 25 sen khurafat paranormal supernatural alam mistik kuasa ghaib uncle seekers adat melayu colic kepercayaan tahyul karut marut

14 ulasan:

  1. erk, camni pun ada ke? mohon aku dulu xde sejarah sawan tangis. nanti 15sen kerugian, tahyul2~~~~ tp yang aku pernah dengar, klu baby nangis, tue sebab nama yg kte (pama) bagi kat baby xsesuai ngan baby, so mohon tukar nama. tapi tahyul-mahyul ker tersirat ke..yg tue aku xthu...

    BalasPadam
  2. Oh,phm ni.penah dgr petua ni tp mengarut ajerlah.gaya moden tp percaya lg bende2 karut .anak sy dulu pun penah gak kene sawan tangis.ikhtiar jumpa imam jer,dia bg air yassin pastu digalakkan ibu yg byk2 doa dan baca AlQuran.Okeylah sket.Mmg rasa meroyan tp family kene support lah.

    BalasPadam
  3. facebook tak buat account untuk parents. thats why bapak jadi glow in the dark. kehkeh

    BalasPadam
  4. bawak la jumpe mana2 ustaz....nak kawin dulu pandai cari org cerdik pandai agama...tapi bila anak sakit cam ni trus nak buang dalam tong sampah....klu anak tu sehat dan dah besar n dengar cite mak dia nak buang dia dlm tong sampah kan pelik. sian budak tu...

    agaknye klu mak pompuan tu tau anak dia jadi cmni bila da besa...da lama kot dia kene jual...hahahah.....

    BalasPadam
  5. x paham gak ngn org2 melayu yg mengaku moden...tp maseh percaya ngn bende2 karot nih...jika kamu seorang islam...percayalah bahawa setiap anak yang lahir akan dijaga oleh malaikat...kite yg da tua bangka nih pon ade malaikat jage...inikan pulak dgn baby kecik mcm tuh....bile org percaya bnde2 karot2 nih...si shaitonnirrojim pn suke lar...tuh yg kejap2 dok ngacau budak tuh...kalau da mak bapak x solat..kat dalam rumah langsong x dengo ayat2 suci..mane x shaiton suke kacau...sesekali tuh waktu maghrib...bapak2 nyer azan ler....nih x, waktu maghrib ler dok tekinja2 bawak anak g paso mlm....shaiton igt kawn dia maghrib2 jalan...da follow blik umah...x ke asyik melaung jew budak tuh...haiiiisshhhh...panjang jugak aku membebel....jge2 lar akidah kite..toksah lar percaye mende2 karot nih....

    BalasPadam
  6. ini anak ahmad al-bam yang punya...harga karut....haha

    BalasPadam
  7. apa yang nampak x selalu nya betol.apa yang betol x selalu nya nampak.

    BalasPadam
  8. kalau ikut fakta sebenarnya budak nih kena sakat dengan Ummu Shubyan, Shibyan apa kejadah aku lupa...anak aku pernah kena, masa dia umur 1-3 bulan dia duduk rumah mak mertua aku...tiap-tiap malam dia menangis, mana ada istilah perubatan sawan tangis...tak do eehhh!! nak jadi cerita, satu malam kat rumah mak mertua aku, anak aku mengamuk meraban terjerit-jerit...aku dengan wife aku bawak lari malam tu juga! benda paling pelik, sebaik aje kami keluar dari pagar rumah...anak aku terus diam...sampai sekarang dia tak menangis...kalau menangis pun menangis manja aje...kalau ada masalah cenggini suruh mak budak tuh bawak anak dia keluar dari tempat yang dia menangis tuh...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.