Selepas trend Gangnam Style dan Harlem Shake menular ke seluruh dunia, kini trend baru Kiyomi pula semakin popular di kalangan negara2 Asia Tenggara terutamanya Thailand, kemudian Indonesia, Filipina, malah Malaysia juga tidak ketinggalan. Kiyomi adalah sebuah lagu K-Poop yang dinyanyikan oleh seorang artis Korea iaitu Hari. Kiyomi/Gwiyomi/Kwiyomi merupakan internet slang Korea yang merujuk kepada seseorang yang comel atau cute.
Buku biografi isteri kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor setebal 164 muka surat bakal diterbitkan dengan harga RM150 yang dilihat mampu dimiliki semua rakyat Malaysia, pelajar universiti khususnya yang menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 tiada alasan lagi untuk tidak memiliki buku ini kerana dalam buku ini mengandungi pelbagai bacaan berilmiah seperti pengalaman dan perjalanan hidup beliau sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini dan yang paling penting, ia akan menjawab segala kontroversi, tohmahan dan fitnah kepada beliau. Lagi berita di Sinar Harian.
Telah menjadi suatu kebiasaan apabila seorang pemimpin yang baru naik, mereka akan memperkenalkan sesuatu dan idea yang baru untuk menunjukkan bahawa mereka adalah champion. Jarang sekali mereka nak meneruskan agenda dan idea daripada pemimpin sebelum. Seperti contoh Ali merupakan seorang ketua jabatan IT di sebuah organisasi telah memperkenalkan sebuah Sistem Pengurusan Akaun. Kos pembangunan sistem tersebut adalah RM1 juta. Setelah 3 tahun berkhidmat, beliau telah ditukar dan telah digantikan dengan ketua baru iaitu Abu. Abu melihat sistem tersebut mempunyai beberapa kelemahan. Untuk mengatasi kelemahan itu, instead of Abu cuba membaiki sistem yang lama itu yang dengan kos hanya RM100K, dia telah memperkenalkan sebuah Sistem Pengurusan Akaun 2 yang baru agar dapat menjadi champion dan pencetus kepada perubahan dan pembaharuan. Kos sistem baru yang dibangunkan semula daripada scratch itu bernilai kos RM2 juta. Sistem yang lama dilupus dan digajah putihkan begitu sahaja. Apa kaitan dengan tajuk entry ni?
Wanita Pertama kita Kak Rosmah dapat anugerah dari universiti luar negara lagi yahoooooo. Hebat betullah Kak Mah kita ni aku kagum betul. Bang Jib selaku PM pun tak selalu dapat anugerah mcm bininya. Macam ni baru betul, bak kata pepatah, "Behind Every Successful Man There Is A Woman". Tapi utk kes Kak Ros kita, mungkin "Behind Every Successful Woman There Is A Man" atau "In Front of Every Man There Is A Successful Woman".
Kepada haters2 di luar sana, jgn jeles OK... sekurang2nya Kak Mah ada anugerah... korang ada??? At least kalau dah tak jadik First Lady nanti, dalam resume CV Kak Mah penuh dgn anugerah dan pencapaian, senangla nak mintak kerja lain nanti.
Fan page Stevens Institute of Technology dah start kena spam dgn haters Kak Mah kita mcm diorg buat kat fan page Curtin University dulu. Eiisshhh jaki betullah diorang dgn Kak Mah. SAPPORT LA WEEII!
tags: rosmah mansor najib razak first lady malaysia flom wanita pertama terima anugerah kehormat honours stevens institute of technology texas america usa curtin university australia facebook
Tak habis lagi dengan Najwa Latif, muncul pulak penyanyi Youtube baru Tasha Manshahar. I dont care sape2 nak nyanyi kat Youtube but seriously... came on laah people... takkan semua org mengidap penyakit "Artis wanita Youtube muda yg comel, bertudung, main gitar dan ada original song sangat AWESOME". Dan tak habis2 buat lagu pasal Facebook. Facebook tu tersangat hip sehinggakan layak dibuat lagukah???
"Kita berkenalan hanya dalam laman Muka Buku"
"Bermula di Facebook You IM I dulu taktahu malu"
First come Yuna, then Najwa Latif, after that Ainan Tasneem, Tasha Manshahar, lepas ni tah sape pulak. Padahal byk lagi org2 dan indie band yg lebih awesome tapi sbb mereka lelaki dan tidak cumel maka hits dan like tak banyak.
Seriously, kalau sesape nak jadik jugak so-called Youtube artist, korang nyanyilah lagu apa korang nak tapi tolong jangan nyanyi lagu yg ada Facebook, Twitter, Friendster, Myspace, Google, Yahoo, Redtube, Fakku atau apa sahaja term2 yg berkaitan dgn Internet... ia sangat memualkan... bleeeerggghhhh
tasha manshahar yuna najwa latif ainan tasneem be mine cinta muka buku facebook artis youtube perempuan bertudung cute la sangat main gitar pedo