Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Isnin, 5 Ogos 2024

0 Jadi ahli sukan adalah Hard Mode dalam kehidupan

 1. Dalah kehidupan dewasa ini ada 2 jenis kerjaya. Kerjaya yang kau hanya compete dengan diri kau sendiri, atau kerjaya yang kau kena compete dengan orang lain. Aku memilih untuk kerjaya yang compete dengan diri sendiri. Aku takde kekuatan dan kegigihan untuk kerjaya yang satu lagi.

2. Pernah seorang guru cakap kat murid dia yang tak berbakat dan nakal, kalau kau takde bakat dalam buat benda lain, seni lukis ke, muzik, sukan, berlakon, debat, pidato, muka tak lawa tak hensem, dan sebagainya, kau belajar je lah. Belajar adalah benda yang sebenarnya semua orang boleh buat dan tak perlu bertanding dengan orang lain, jadi kau belajar je lah.


Selasa, 26 April 2022

0 Bagaimana masyarakat terlalu mudah menilai orang?

1. Tular tentang gambar ini yang dikatakan dari buku teks sekolah Tingkatan 2 tapi tak pasti subjek apa. Dalam gambar tu ada beberapa budak sekolah tengah duduk bersembang sambil bermain skateboard dengan caption yang situasi tersebut menunjukkan perlakuan remaja yang tiada penghayatan agama dan kepercayaan dalam hidup.

2. Disebabkan gambar tersebut mempunyai skateboard, ia telah mencetuskan kemarahan komuniti skateboard di Malaysia kerana memberi gambaran seolah-olah bermain skateboard dilihat sebagai suatu yang tidak bermoral dan tiada penghayatan agama.



Isnin, 2 Ogos 2021

0 Buasir Otak TV: Palestin VS Israel Part 17

Walaupun ada kalanya Malaysia dan Indonesia bertengkar dan berbalah kerana sukan dan budaya, namun air yang dicincang tidak akan putus kerana hubungan mereka bagaikan adik beradik. Jika Palestin diganggu oleh Israel, Malaysia dan Indonesia pasti melupakan perbalahan dan bersatu demi Palestina. Jom tonton animasi ini.


Jumaat, 30 Julai 2021

0 Buasir Otak TV: Palestin VS Israel Part 16

Pelbagai negara hadir ke Jepun menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk bertanding dengan semangat kesukanan dan setiakawan yang tinggi, namun Israel buat macam-macam hal sehinggakan ada negara yang tidak mahu bertanding dengan negara haram ini. Oleh itu umat Islam harus bangkit dan terus bersatu. Jom tonton animasi ini.


Khamis, 15 Julai 2021

0 Buasir Otak TV: Setiap kali borak pasal bola sepak

Setiap kali bila kau dengan kawan kau borak pasal bola sepak seperti Perlawanan Akhir Euro 2020 antara England dan Itali. Jom tonton animasi ini. 



Jumaat, 12 Jun 2020

2 Yang boleh buat, buat. Yang tak boleh buat, ajar

1. Pepatah Inggeris ada mengatakan, "Those who can, do; those who can't, teach".

2. Secara literalnya ia bermaksud, orang yang dapat melakukan sesuatu dengan baik boleh bergantung hidup dengannya, manakala orang yang tidak dapat melakukan sesuatu dengan baik boleh bergantung hidup dengan mengajar.

3. Pepatah ini sering disalah ertikan apabila ia dilihat seolah-olah downgrade profesion guru, yang mana orang yang jadi cikgu kerana dia tak reti buat kerja lain.



Khamis, 11 Jun 2020

1 Buasir Otak TV: The Miracle

Diadaptasi dari kisah benar, cerita tentang seorang lelaki yang pergi ke luar negara untuk bertarung dalam sebuah Kejohanan MMA (Mixed Martial Arts) untuk merebut hadiah kemenangan wang ringgit demi membayar bil perubatan ibunya yang sakit. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 18 Mac 2020

1 Buasir Otak TV: Main bola suka-suka je

Bila kau tak pandai main bola tapi kawan kau ajak main bola, dia cakap main suka-suka je. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 13 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Akibat terlalu fanatik

Sebuah cerita yang mengisahkan pasangan suami isteri yang minat dengan bola sepak, namun kerana terlalu fanatik dan taksub terhadap pasukan kegemarannya, sang suami sanggup melakukan perkara yang keji. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Selasa, 10 Disember 2019

1 Buasir Otak TV: Team Liverpool power

Team mana yang hebat tu kawan-kawan? Jawapannya dalam video animasi ini.



Selasa, 25 Jun 2019

4 Apabila transgender mula menguasai sukan wanita

1. Di negara US antara isu yang sedang hangat diperkatakan adalah golongan transgender lelaki ke wanita mula menguasai sukan wanita. Atlet lelaki ini pada asalnya bertanding dalam kategori lelaki namun kurang berjaya. Mereka tukar jantina dan bertanding dalam kategori wanita lalu terus menang jadi juara.

2. Malah ada beberapa negeri di US yang tak memerlukan atlet membuat pembedahan penukaran jantina pun, cukup sekadar seorang lelaki itu kata diri dia wanita, dia dah boleh bertanding dalam kategori wanita. Trend ini telah meresahkan ramai atlet wanita kerana sukar bersaing dengan transgender yang dilahirkan sebagai lelaki. Mereka sebenarnya terpaksa bersaing dengan lelaki dalam kategori wanita.



Khamis, 30 Ogos 2018

3 Bukan mudah melahirkan atlet wanita yang handal

Nama Fatin Syahirah tiba-tiba menjadi bualan para netizen. Siapa Fatin Syahirah? Beliau bukan gadis yang terkenal kerana TikTok, tetapi beliau adalah wakil negara untuk sukan papan selaju atau skateboard kategori wanita dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, Indonesia. Beliau menjadi viral kerana persembahannya yang agak hambar dalam pusingan akhir acara "Women Street" yang menyebabkan beliau mendapat tempat terakhir dalam kalangan 8 peserta.



Isnin, 25 Disember 2017

2 Kisah bola keranjang dalam HOPS: The Redemption

Seorang pemuda terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain bola keranjang di sebuah taman, mengingatkannya semula sebuah memori silam ketika di zaman sekolah menengah yang sudah lama dia lupakan.

Apakah sebenarnya memori silam itu? Adakah sebuah memori manis atau pahit? Apakah yang sebenarnya yang terjadi kepadanya ketika di sekolah menengah?



Ahad, 24 Disember 2017

1 Kisah bola keranjang dalam HOPS: The Legacy

Mengisahkan tentang seorang pemuda yang tidak dikenali memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak Tahun 3 yang dibuli oleh kanak-kanak Tahun 5, cara dan teknik bermain bola keranjang untuk mengalahkan pembuli mereka.

Apakah yang bakal berlaku? Siapakah yang akan memenangi perlawanan ini? Adakah kumpulan pembuli atau kumpulan yang dibuli yang akan menang?



Isnin, 20 November 2017

2 Kisah bola keranjang dalam HOPS: The Beginning

Sebuah cerita lama yang mengisahkan tentang seorang pemain bola keranjang sekolah yang juga pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah berasrama penuh bertemu dengan seorang pelajar junior Tingkatan 1 yang berbakat sehingga tercetusnya satu perlawanan bola keranjang 1 lawan 1 yang epik di antara mereka.

Apakah yang bakal berlaku? Siapakah yang akan memenangi pertembungan epik ini?



Jumaat, 10 November 2017

0 Perlumbaan epik demi merebut gelaran Raja Drift

Teknik drift atau meluncur menggunakan kereta adalah satu teknik pemanduan yang popular dalam dunia permotoran dan perlumbaan bermotor. Biasanya teknik drift dilakukan ketika mahu masuk ke selekoh, di mana kereta akan meluncur dengan tayar belakang menggelincir dan badan kereta menyenget untuk masuk ke selekoh sambil mengekalkan kawalan kereta dan kelajuan output yang tinggi.

Ada lagenda dalam sukan permotoran bawah tanah di mana terdapat seorang perempuan yang sangat hebat dalam teknik drift sehingga beliau digelar Raja Drift. Lama memegang gelaran itu, muncul seorang pemuda ingin mencabar Raja Drift tersebut dalam sebuah perlumbaan kereta demi untuk merampas gelaran tersebut.

Berjayakah pemuda itu dinobatkan sebagai Raja Drift yang baru?



Selasa, 17 Oktober 2017

2 Impian yang gagal bukanlah untuk selamanya

Semua orang ada impian.
Semua orang memiliki cita-cita.
Setiap orang mahu mencapai impian mereka dan mengharapkan ia menjadi realiti.

Akan tetapi hakikatnya tidak semua mampu memperoleh apa yang mereka impikan.
Tidak semua orang akhirnya berjaya menemukan cita-citanya akibat gagal di tengah jalan.

Namun andai anda gagal menggapai impian anda, usahlah kuburkan impian tersebut bersama anda, sebaliknya wariskanlah impian tersebut kepada generasi baru.

Curahkan ilmu dan bakat yang anda ada kepada mereka. Berikan bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan kepada anak-anak muda agar generasi akan datang akan terus maju dan membina kejayaan.

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Impian Yang Gagal oleh Nikey Ze.



Selasa, 10 Januari 2017

16 Skill bertaraf dunia, netizen bertaraf toksik

Sentuhan magis pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, terus mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada pagi tadi.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).


Ahad, 30 Oktober 2016

5 Harapan dan jangkaan itu suatu yang berbeza

Malam ini perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 antara pasukan Selangor menentang Kedah yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam untuk mengulangi perlawanan akhir tahun lepas dengan Selangor menjadi juara.

Berdasarkan rekod lepas, Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 33 gelaran dan 15 kali naib juara, manakala kedah mempunyai 4 gelaran dan 7 naib juara. Kali terakhir Kedah membawa pulang Piala Malaysia adalah pada tahun 2008 selepas menewaskan Selangor 3-2 sekali gus mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi pada 2007.



Selasa, 13 September 2016

11 Kejayaan dan simbolik di sebalik Sukan Paralimpik

Dalam kejohanan Sukan Paralimpik 2016 di Rio, Brazil, 3 atlet Malaysia telah berjaya mencipta sejarah mengharumkan nama Malaysia dan berjaya membuatkan lagu Negaraku berkumandang sebanyak 3 kali di bumi Rio apabila mereka memperoleh pingat emas dalam 3 acara malah melakar rekod dunia iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dan juga Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual).

Kejayaan memperoleh pingat emas ini melayakkan mereka untuk memperolehi imbuhan RM1 juta serta pencen bulanan RM5,000 daripada kerajaan, malah mereka turut mendapat ganjaran kereta Kia Sportage dan unit kediaman yang dihadiahkan oleh syarikat Naza Corporation Holdings serta tiket penerbangan percuma seumur hidup oleh syarikat Air Asia atas kejayaan luar biasa mereka ini.