Berdasarkan rekod lepas, Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 33 gelaran dan 15 kali naib juara, manakala kedah mempunyai 4 gelaran dan 7 naib juara. Kali terakhir Kedah membawa pulang Piala Malaysia adalah pada tahun 2008 selepas menewaskan Selangor 3-2 sekali gus mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi pada 2007.
Ok cukup untuk pengenalan. Siapa menang, siapa kalah, tunggu sahaja malam ini. Aku cuma nak tulis sikit tentang tertutupnya minda sebahagian manusia bila melibatkan sukan kenegerian ini bila ada yang bergaduh hanya kerana orang buat jangkaan dan ramalan siapa menang siapa kalah.
Pertamanya, aku lahir di Johor, membesar di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan akhirnya menetap di Selangor. So dalam pertandingan sukan aku nak sokong siapa? Aku rasa aku tak perlu menjadi anak jati mana-mana negeri untuk menyokong mereka. Aku boleh lahir di Melaka, tetapi menyokong pasukan JDT, atau lahir di Terengganu, tetapi menyokong pasukan Pulau Pinang.
Nak kata aku tiada semangat patriotik kenegerian? Alah kau orang pun sibuk sokong pasukan bola England la, Brazil la, Argentina la, Man Utd la, Liverpool la, Real Madrid la, Barcelona la, padahal macam lah korang lahir, membesar atau tinggal kat sana.
Namun untuk bola sepak malam ini, harapan aku adalah Selangor menang, bukanlah aku ni penyokong kuat atau anak jati Selangor ke apa, cuma mungkin sebab aku duduk di Selangor.
Tetapi prediction aku pula, Kedah yang akan menang.
Aik? Macam mana ni? Aku berharap Selangor menang tapi ramalan aku Kedah yang menang?
Itu yang korang kena tahu bahawasanya HARAPAN dan JANGKAAN adalah suatu yang amat berbeza sama sekali.
Bila nama pun jangkaan, suka hati la nak jangka apa pun. Kalau aku jangka pasukan kegemaran aku kalah pun tak semestinya aku tak menyokong mereka. Contohnya kalau pasukan Malaysia lawan Sepanyol pun, walaupun aku sokong Malaysia dan berharap Malaysia menang, tapi aku tetap jangka Sepanyol menang. Sama la macam bila Lee Chong Wei lawan Lin Dan, aku memang letakkan harapan LCW yang menang, tapi mungkin aku akan jangka Lin Dan yang akan menang.
Harapan dan ramalan tu benda yang berbeza. Harapan memang kerana kita menyokong, tetapi ramalan dibuat berdasarkan banyak faktor seperti kajian, realistik, statistik, sejarah, kekuatan dan macam-macam faktor lagi. Maka tak semestinya kerana kita menyokong suatu pasukan, kita kena juga jangka yang mereka akan menang. Begitu juga walaupun kita tidak menyokong suatu pasukan, tidak semestinya kita kena jangka yang mereka akan kalah.
Ada orang berharap Selangor menang dan menjangka Selangor akan menang.
Ada orang berharap Selangor menang tetapi menjangka Kedah akan menang.
Ada orang berharap Kedah menang dan menjangka Kedah akan menang.
Ada orang berharap Kedah menang tetapi menjangka Selangor akan menang.
Maka tak kisahlah korang nak harap dan jangka apa pun, terpulang kepada pendapat masing-masing. Sama la contohnya dalam pilihanraya aku berharap parti A kalah, tapi aku jangka parti A akan menang juga. Hanya kerana aku jangka parti A menang tidak menjadikan aku penyokongnya.
Simple je kan?
Dah tu benda simple pun nak gaduh macam orang gila tu dah kenapa?
Baca juga - "Menilai tahap kematangan Melayu dalam bola sepak".
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: harapan sokongan jangkaan ramalan prediction bola sepak piala malaysia final akhir 2015 selangor vs kedah stadium shah alam
Ok...tak meriah tanpa jdt..haha👅👅
BalasPadamPrRoooOoootTtT d muka jdt. Lega baq unx.
Padam- bohsia jdt@tumblr-
Dua dua ada kelebihan sendiri,bagi saya pasukan yg bermain lebih baik dan ikut perancangan jurulatih akan menang. Mana menang mana kalah tak pe, yang penting bolasepak kita tetap meriah dan bermutu.
BalasPadamikutilah selalu jangkaan kerana harapan akan hanya mengecewakan.
BalasPadamArtikel yang menarik, kan bagus kalau ramai berfikiran seperti itu.. Maka pergaduhan antara penyokong bola sepak dan lain2 sukan dapat dielakkan.
BalasPadam