Iklan Leaderboard

Jumaat, 14 Oktober 2016

3 Hapuskan budak-budak Wicet

Budak Wicet.

Itulah gelaran yang diberikan kepada budak-budak yang tak berapa pandai bahasa Inggeris, yang selalu tersalah ejaan atau yang cuba guna bahasa Inggeris tapi grammar berterabur dan vocal tunggang langgang. Ia digelar budak wicet kerana hal ini sering dijumpai dalam aplikasi mesej WeChat.

Sebelum ini aku pernah kritik penggunaan WeChat di kalangan remaja dan budak sekolah dan setuju untuk hapuskan budak-budak Wicet ini kerana aplikasi WeChat itu sendiri memberi pengaruh buruk dan kemudaratan sehingga boleh menyebabkan perkenalan remaja perempuan bawah umur dengan orang yang tidak dikenali sehingga boleh mengundang kepada perbuatan cabul, zina, rogol, pedofilia dan lain-lain masalah moral.


Cuma sekarang budak WeChat lebih dikenali dengan status yang mengandungi ejaan bahasa Inggeris dan kadang-kadang bahasa Melayu juga yang salah sehingga menyebabkan ia menjadi lawak dan bahan jenaka, terima kasih kepada viners Luqman Podolski dan Adib Alexx yang sering membahan mereka dalam video-video parodi jenaka mereka.


Berikut adalah perkongsian dari seorang penulis di media sosial yang mendapat lebih dari 2,000 perkongsian tentang isu budak Wicet:
" He spelled it wrong "
" Must be from wechat. Haha " 
We belong in a generation when people speak broken english, we mocked. When people make a mistake in english, we laughed. 
We embarrassed them in public.
And those shitty pages make it viral and support it. 
We push instead of pull.
We laugh instead of help. 
If you notice. Malay students are very very bad in english. We can tell by listening to their presentation in English. 
" So, we from group number three ahh, will be presenting ahhh, the ahhh green project of ahh "
There's so many 'ahh' instead of english words. Because they are lack of practices.
When the lecturer asked them, why their english is so bad eventhough they are already in second year.
" You must speak english everyday. That's how you gonna be good "
" Malulah madam, orang gelak "
" Sir, kawan saya cakap. Saya cakap english dalam loghat terengganu "
They are afraid because they know how asshole this society gonna be if they try. 
Go on and laugh at your friend.
Go on and make fun of your own races.
Go on and screenshot their wrong spelling.
Go on and embarrass them in public. 
Give more fear to them.
It is fun right ? So, just proceed. 
But, when you see Chinese and Indian make better job and income in this country. Don't just fucking be like that red shit t-shirt groups and protest about malay's rights. 
You are the one who laugh instead of help. 
Sumber FB Luqman Elly.

Sebenarnya mocking, menyindir dan melawakkan orang salah cakap ke apa ni bukan orang Melayu je, orang luar negara pun sama, even dekat negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Kalau tengok komen-komen kat Youtube atau kat mana-mana, kalau ada orang salah tulis, mesti ada je orang balas dan betulkan, tak kurang juga yang menganjing.

Sebab tu ada istilah "Grammar Nazi" yang ditujukan kepada orang yang suka je nak pinpoint dan betulkan kesalahan ejaan atau grammar orang lain kat Internet.


Aku percaya mana-mana kaum sekalipun kalau terbaca perkataan atau ayat yang ada kesalahan ejaan atau tatabahasa tak kira dalam bahasa apa pun mesti akan rasa cringe dan rasa agak melucukan, walaupun sekadar gelak dalam hati. Kawan kau typo sikit pun dalamWhatsapp pun kau dah bahan, apatah lagi kat Internet ni. Tengok je rancangan lawak kat Jepun yang bila mereka nak bercakap English tu, cuba cakap yang korang langsung takde rasa kelakar?


Memanglah kalau ikutkan tak baik gelakkan orang yang salah eja, tatabahasa atau penggunaan perkataan, tapi bila kita betulkan dengan niat nak memperbaiki, kena cop juga sebagai "Grammar Nazi". Kena kecam jugak "Alah aku salah sikit pun nak betulkan, poyo la".

Bila orang gelak, cakap memperlekehkan mereka.
Bila kita betulkan, cakap kita poyo.
Bila kita diam, kita jadi ignorance pula.

So kesimpulannya, status-status budak Wicet tu memang kelakar sebab perkataan yang diorang guna memang lari jauh maksudnya dari apa yang mereka nak sampaikan. Malah aku percaya ada juga yang dibuat-buat salah kerana nakkan perhatian, nak troll atau sekadar sarkastik.

Video Luqman dengan Alex tu pun kelakar. Bila budak-budak Wicet kena bahan, secara tak langsung orang akan belajar juga penggunaan perkataan Bahasa Inggeris yang betul. Orang pun mungkin akan lebih bijak kalau nak guna perkataan dalam English dengan cari kat Google atau tanya cikgu English mereka, secara tak langsung mereka juga dapat belajar dan memantapkan lagi Bahasa Inggeris mereka.

Tapi jangan salah faham, aku bukan sokong atau suruh korang gelakkan orang lain yang salah grammar, spelling bila mereka cuba cakap bahasa Inggeris. Aku sendiri pun bila orang cakap bahasa Inggeris berterabur, dalam hati mungkin rasa kelakar tapi aku takde la nak gelak depan-depan. Satu sebab nak jaga hati, satu lagi sebab aku sedar English aku pun sama level je dengan dia atau ntah-ntah lebih teruk.

Malah kalau aku nak betulkan English dia pun, aku punya English pun teruk juga, dan aku pun tak pasti betul ke apa yang aku cuba betulkan, so at the end lebih baik kita cakap broken English sama-sama hahaha.

Even dalam mesyuarat kat tempat kerja pun, kalau ada orang cakap broken English, takde siapa pun yang gelakkan, takde siapa pun yang tegur untuk betulkan. Sebab masing-masing pun tahu mother tongue kita bukan English pun. Tu yang keluar slang manglish, cakap Inggeris loghat Kelantan, Terengganu dan sebagainya tu. Asalkan faham sudah.

Dan orang yang betul-betul pandai cakap English pun, yang mother tongue dia English pun, atau mat salleh yang datang dari US atau UK pun, kalau berbual dengan orang lain, jarang diorang tiba-tiba tegur betulkan grammar pun. Pelancong dari luar negara yang datang Malaysia, bila dia cuba berkomunikasi dengan orang Malaysia yang cakap broken English, takdenya tiba-tiba dia nak betulkan grammar korang. Yang akan tegur dan betulkan grammar korang adalah cikgu dan pensyarah Bahasa Inggeris korang je.

Akhir kata, language comedy, budak-budak wicet, grammar nazi, biasanya ia cuma wujud dalam rancangan komedi, Internet dan di kalangan budak-budak baru nak up je. Once ko dah dewasa, dah mula bekerja, dah semakin matang, ko dah takde rasa nak gelakkan orang atau jadi grammar nazi dalam dunia sebenar pun.

Ni aku campur-campur bahasa Melayu dengan English ni jangan cakap aku budak wicet lak koh3.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: budak wicet wechat salah english bahasa inggeris broken luqman podolski adib alexx vines youtube baling kamus oxford

3 ulasan:

  1. Jgn fikir sgt broken english...even apa kita ckp melayu hari2 pun x semestinya 100% betul dr segi tatabahasa ataupun segala hukum bahasa...cuma sy xleh tahan jenis yg spell shortcut mengarut2 smpi lari jauh maksud. Kalau just dr segi grammar je salah kita x kisah janji isinya sampai

    BalasPadam
  2. Vocab bukan vocal #grammarhitler

    BalasPadam
  3. #silameninggal

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...