Selasa, 11 Oktober 2016

7 Telefon pintar candu moden yang melalaikan

Zaman sekarang zaman hamba... hamba kepada telefon pintar.

Aku banyak kali terserempak dengan orang yang masuk lif sambil tengok telefon, lepas tekan tingkat yang nak dituju, sekali dia keluar kat tingkat lain sebab terlalu leka main Whatsapp kat telefon. Kadang-kadang memang rasa kelakar dan rasa nak gelak, tapi ia secara tidak langsung menunjukkan yang ketagihan kita dengan smartphone sudah semakin parah sehingga ke tahap lalai dan kemungkinan boleh membahayakan diri dan orang lain.

Pelukis: Plain83

Nak masuk lif, tengok smartphone.
Nak makan, tengok smartphone.
Nak berjalan, tengok smartphone.
Nak memandu kereta, tengok smartphone.
Nak berak dalam jamban, tengok smartphone.
Nak menonton wayang, tengok smartphone.
Dalam mesyuarat pun, tengok smartphone.
Kat rumah ada TV besar depan mata pun, masih tengok smartphone lagi.

Orang kalau boleh dah tak boleh hidup tanpa smartphone. Mata tu kalau boleh 24 jam nak mengadap smartphone.

Pelukis: Lanun Ranggi

Ya, memang zaman sekarang ni smartphone tu penting, tapi berpada-padalah. Janganlah terlalu obses dan ketagih sampai leka, lalai dan tak ingat orang sekeliling sampai nampak macam orang tak betul serta menyusah dan membahayakan orang lain.

Pelukis: Elly Elias.

Lain-lain entry berkaitan isu smartphone pada hari ini:

Lain-lain artikel lain berkaitan Whatsapp, aplikasi mesej dan rakan maya:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: telefon pintar candu moden lalai leka gila genius tak betul obses ketagih

7 ulasan:

  1. Plain83...sombong gilaa komen xpernah nk siarr..budak2 80,90an dulu walaupun xde hp masih boleh bertemu semangat kebersamaan megatasi segalanya..trnyata indah juga kebersamaan walaupun tidak selalu...U💘ME

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jibai ayam nigga meyamar jd ted gaynoff. ProoOotT d muka jamal jamban.

      -ted Tantei-

      Padam
  2. zaman dah berubah..itu belum lagi kesan kat anak2 yang suka main telefon pintar ni. Aku sanggup bagi anak aku tengok tv daripada ralit tengok cerita kat telefon..

    BalasPadam
  3. Tapi dalam lif selalunya line tak kuat, or maybe takde.
    Mesti kaki main henfon dalam lif tu sekadar skrol-skrol gallery tengok gambar selfie sendiri wahahahaha

    BalasPadam
  4. Yes...ramai jadi 'hamba' popcorn ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Typo...hamba handphone...org skrg snggup beli hp mahal2 n luangkan masa lebih kat hp..smpi lupa benda basic n tanggungjawab anda.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.