Iklan Leaderboard

Isnin, 3 Oktober 2016

5 Logik peniaga yang sering beri perkhidmatan buruk

Aku pernah pergi ke sebuah restoran. Aku duduk tiada siapa layan. Aku panggil beberapa kali baru pelayan datang ambil pesanan. Kedai tak ramai orang tapi tunggu makanan lama gila. Lepas tu orang yang order kemudian dapat makanan dulu. Lepas setengah jam baru makanan sampai. Itu pun tak sedap mana. Bila panggil nak bayar, dekat 10 minit baru datang. Aku nak bagi duit pun lembab. Maka kedai tu terus aku ban dan takkan datang lagi.


Masa bulan puasa aku pernah beli makanan di pasar Ramadhan. Sampai waktu berbuka, bila rasa makanan, makanan dah basi, atau keras, atau rasa macam makanan semalam. Selepas itu, sepanjang bulan puasa, aku langsung tak beli dah makanan kat gerai tu.

Ada pernah pergi ke sebuah pasaraya kecil. Aku masuk nak cari barang tapi tak tau kat mana. Nampak seorang pekerja tengah berborak dengan kawan sekerja dia. Aku jumpa dia dan tanya barang tu ada kat mana. Dia cuma tunjuk guna jari dia, cakap dekat sana tu, lepas tu sambung borak dengan kawan dia. Itu kali terakhir aku pergi pasaraya tu.

Ada suatu ketika, aku order barang dari Internet yang kedainya kat Lembah Klang. Aku tengok ciri-ciri dan fungsinya macam menarik, so aku ingat bila dah dapat, aku nak review kat blog ni dan promote sikit kat korang. Malangnya, dah la penghantaran sangat lembab, hantar pakai kurier ekspress tapi 4 hari pun aku tak terima lagi sampai aku kena pergi collect sendiri kat pejabat kurier, lepas tu produk tu pulak taklah sehebat dan secanggih yang aku harapkan kerana tak menepati fungsi dan ciri-ciri yang diwar-warkan dalam websitenya. Maka terus aku tak jadi nak review dan promote.

Ini baru sebahagian pengalaman buruk yang aku pernah hadapi dalam berurusan membeli barang atau perkhidmatan di negara kita. Aku percaya ramai yang pernah juga menghadapinya, dan aku percaya tak semua peniaga pun yang hampeh macam tu, mungkin hanya segelintir... segelintir yang ramai.

Ya, aku hairan dengan segelintir peniaga yang selalu bagi layanan buruk pada pelanggan. Mereka hanya fikir untuk jangka pendek sahaja. Buat muka masam, tarik muka, tidak mengucapkan terima kasih, tak layan pelanggan, bagi kualiti perkhidmatan yang teruk dan lembab, menipu dan sebagainya, benda-benda ni dah biasa kita hadapi kat Malaysia ni.

Aku tak faham dengan logik mereka. Apa mereka ingat dengan memberi layanan buruk dan perkhidmatan yang tidak berkualiti, pelanggan akan datang lagi ke kedai mereka? Makin ramai pelanggan akan datang membeli produk dan menggunakan perkhidmatan mereka?

Nak jadi peniaga yang berjaya, kena fikir untuk jangka masa panjang. Dengan memberi layanan bagus, kualiti perkhidmatan dan produk yang baik, pelanggan bukan sahaja rasa gembira dan puas hati, malah mungkin akan datang lagi ke kedai anda dan akan turut sama rekemen dan tolong promosikan pula pada kawan-kawan dan orang lain juga secara percuma.

Kalau ada pelanggan yang teruk pun, sebagai orang berniaga perlu sabar kerana "business is patience". Bersabar ini bukan dalam hal keuntungan sahaja, tetapi juga bersabar dengan karenah pelanggan. Kalau salah dia pun, cuba selesaikan dengan baik. Biar dia tak beli pun akhirnya asalkan imej dan reputasi kita tak buruk. Ini kerana kalau kau bergaduh dengan pelanggan pun, walaupun akhirnya kau menang, tetapi pelanggan tetap akan lari.

Benda ni paling asas kot dalam perniagaan, tak perlu hadir seminar bisnes bayar beribu-ribu pun untuk mengetahui dan mempraktikkannya.

Baca lagi artikel lain yang berkaitan di sini:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: logik peniaga bagi layanan perkhidmatan mutu kualiti produk teruk buruk hampeh

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. PwoowoOottT !

      -kunyit manoff-

      Padam
  2. Majoriti (bukan semua) org melayu part service mmg hempeh, nak untung atas angin je...kalau kaum lain lyn pelanggan bagus tp pasal kos tu cite kedua. Mana2 produk yg dijual kena balance untung dan servis kalau nak pergi jauh. Byk perniagaan yg high profile jatuh sbb ada kes servis buruk yg jd viral.

    BalasPadam
  3. sabar tu ada hadnya, aku paling tak suka kalau pelanggan berlagak datang kedai, gaya macam nak beli 1 kedai, padahal beli gula2 hacks rm0.50 jer (contoh). kadang aku tengok peniaga kemain melayan lagi pelanggan, cakap "selamat datang", "terima kasih",berbudi bahasa, tapi pelanggan hargai tak? bila peniaga buat muka masam, malas nak layan pelanggan macam jenis monyet pakai baju tuxedo, dah mula di viralkan dekat laman sosial, padahal salah sendiri. Memang jenis suka burukkan belakang2 je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarla dia nak berlagak... Layankn aje... Senyum n ikhlaskan hati... Biase la kje bhgian service nie. Hati kne sado. Mnusia bukn satu je ragamnyer... Layankan je la...
      Saya ckp ats pglman... Kje kat byk jnis kdai mkn... Byk ilmu n pglman kite dpt jd frontline yg kne brdepan dgn customer.. Kdg2 sedih kdg2 sronok. Tp kne pndai2 la twist hti n mind utk positive n senyum wlau kne mrh... Rasul kan cth trbaik kite... Heee... Wlaupun pnat ngan krenah mnusia, kne ltak dri kite dlm situasi plgan. Bru kite bole senyum n ikhlas bkerja. Utk plgan bajet n acah high class or smemangnya high class, mcm sy ckp td, senyum n lynkn aje... Kite ikhlas, insyaAllah, dorg okk ngan kite... Tp kalau tak okk pun, sy selalu cakap dalam otak, stakat mana la ko bole bwak hrta ko kt kbur... Kadang rasa kesian sebab dorg kadang tu tak sedar pun yg dorang hanyut dgn harta dunia. Senyum dan doakanlah semoga dia berubah... Huuuuu

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...