Iklan Leaderboard

Jumaat, 9 September 2016

5 Janji palsu perkhidmatan kurier yang lembab

Aku nak cerita sikit. Aku ada beli barang secara online minggu lepas. Hari Selasa baru-baru ni penjual tu mula pos barang aku guna satu perkhidmatan kurier dari Petaling Jaya. Dia bagi aku tracking no. Malam Selasa aku semak kat website kurier tu, barang aku dah masuk dalam sistem dia.

Hari Rabu aku semak, barang aku dah dihantar ke pejabat kurier cawangan Shah Alam, lepas tu sangkut kat situ seharian. Hari Khamis aku semak, barang aku baru dalam perjalanan untuk pergi ke pejabat kurier cawangan Kajang. Aku dah panas. Petang tu aku telefon hotline customer service courier tu, mereka berjanji akan hantar esok.


Hari Jumaat pagi ni, aku tengok barang aku baru sampai di pejabat kurier cawangan Kajang. Aku tak tahu apa masalahnya perjalanan dari Shah Alam ke Kajang pun ambil masa sampai 2 hari. Pagi tu aku call lagi, minta dia hantar hari ini juga. Pegawai yang in charge berjanji barang aku akan sampai hari ini.

Aku tunggu sampai ke petang, tak sampai-sampai juga. Call pun takde, apa pun takde. Aku tengok dalam sistem, masih lagi berada di pejabat kurier Kajang. Aku dah semakin panas hati. Aku telefon mereka dalam pukul 5.30 petang, operator bertugas divert panggilan aku kepada pegawai bertugas, aku tunggu dalam 5 minit sambil dengar lagu bodoh, panggilan aku terputus.

Aku telefon semula, aku marah operator tu kenapa divert tapi takde orang jawab, dia cakap pegawai tu tengah engaged, dan dia janji akan call aku semula.

Ya, mereka JANJI...

Pukul 6.15 petang, aku tak dapat panggilan dari mereka. Aku call semula nombor hotline mereka hanya untuk mendengar "Maaf, waktu operasi kami telah tamat. Kami beroperasi bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang".

Babi tak babi.

Dah dua kali mereka buat janji palsu kat aku. Satu janji kata barang akan sampai hari ni tapi tak sampai-sampai, satu lagi janji kata nak telefon balik tapi tak telefon-telefon.


Aku biasa juga hantar barang guna perkhidmatan kurier. Selalu aku pos komik guna perkhidmatan kurier PosLaju, biasa kalau kawasan Lembah Klang, hantar hari ini esok akan sampai. Kalau luar kawasan Lembah Klang mungkin lusa baru sampai, malah kalau hantar Sabah Sarawak pun dalam 4 5 hari mesti dah sampai.

Ini hantar dalam kawasan Lembah Klang je pun. Dah masuk hari ke-4 pun tak sampai-sampai. Esok lusa dah cuti. Hari Isnin dah cuti Hari Raya Haji. Tak pasal-pasal hari Selasa baru boleh dapat. Itu pun nasib, kalau dibuatnya perangai bangang macam ni lagi, ntah hari Rabu atau Khamis minggu depan pun belum tentu dapat. Silap haribulan dia suruh aku pergi ambil sendiri kat pejabat dia. Kalau aku kena ambil sendiri tanpa notis, lebih baik tak payah buat syarikat perkhidmatan kurier, tolol.

Aku tak tahulah apa masalah syarikat macam ni. Apa point bukak syarikat perkhidmatan ntah kalau benda simple pun tak boleh nak urus dengan baik.

Kalau perkhidmatan kerajaan tu logik la kalau ada macam-macam hal, ini perkhidmatan syarikat swasta kot. Tolong jangan buat perkhidmatan kurier kalau perkhidmatan yang ditawarkan SANGAT LEMBAB.

Kalau korang nak pos barang guna courier service, aku cadangkan guna PosLaju je lah. Murah pun murah, laju pun laju. Yang lain-lain tu dah lah mahal, lembab pulak tu. Tutup je lah syarikat tu pergi mereput dalam jamban je lah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: perkhidmatan kurier syarikat courier services lembab review ulasan banding beza poslaju nationwide express macam siput aduan khidmat pelanggan customer service helpdesk hotline call center

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tahniahh kepada anda kerana dpt tempat prrtama...! Nii hadiahnya..prOoTt arghh lega baq hang..

      Padam
    2. jibai sirosli meyamar jd ted manoff

      -GaynouTantei

      Padam
  2. genesys is skynet...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...