Isnin, 19 September 2016

12 Dengan kuasa wanita akan menghukumku!

Hari tu jadi wedding photographer untuk perkahwinan pelakon Saharul Ridzwan dengan pasangannya Qaabila Deena Emir. Tengah aku syok-syok ambil gambar ada pula orang rakam gambar aku. Mungkin kerana tidak tahan dengan ketampanan wajahku, ramai gadis-gadis Melayu viralkan aku di Twitter. Kuasa wanita katanya...

Tapi nasib baiklah gambar aku dalam ni blur, harap diorang tak cam sangat dan tak jumpalah akaun media sosial aku. Aku tak nak famous-famous ni. Rasa rimaslah dikelilingi gadis-gadis ni.


Ha ha ha.

Jangan marah, gurau-gurau saja.

Cerita asal baca kat portal MyNewshub ni - "Kerana ‘Kuasa Wanita’, Nasrul Nassar Trending Di Twitter".

Btw ramai lelaki yang jelek dan tak puas hati sebab kuasa wanita ni...




Aku nak kata tak puas hati pun, nak buat macam mana dah memang manusia suka pada orang yang ada rupa. Perempuan suka lelaki kacak, lelaki suka perempuan cantik. Kalau akaun media sosial perempuan cantik pun ramai lelaki follow. Letak gambar selfie gedik sikit, berduyun-duyun lelaki Like dengan kuasa lelaki. Standard lah tu.

Lagipun yang ramai follow tu pun jenis budak-budak sekolah dan budak-budak baru nak up yang tak matang lagi, yang kita pun tahu takat-takat mana je level pemikiran mereka, jenis-jenis yang tengok abang bomba atau kapten kat drama TV.

Nak buat macam mana memang macam tu lah realitinya. Lelaki hensem senang cari awek terutama perempuan yang muda-muda. Lelaki yang tak berapa nak hensem tu, cari kerja yang stabil dan duit banyak-banyak sikit, bila perempuan dah semakin meningkat usia, mereka dah semakin matang dan tidak akan memilih lelaki berdasarkan rupa semata-mata. Jangan risau...

Apa-apa pun adik-adik manis jangan risau. Biar orang cakap adik perempuan gatal ke, creepy ke, pervert ke, adik follow je blog abang, FB abang, IG abang, Twitter abang, bagi trending pun takpe... nak lagi bagus beli komik yang abang buat dengan kawan-kawan abang... abang rela dihukum dengan kuasa wanitamu.

Kah kah kah!


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kuasa wanita nasrul nassar nasrulnassar trending twitter saharul ridzwan aktor kahwin majlis perkahwinan asal brunei jurufoto wedding photographer

12 ulasan:

  1. baca je..tapi taknak komen apa-apa..hehehe..ulps..terkomen pulak..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. ProOooOTt pReeeEtT.

      -ted GAYnoff-

      Padam
    2. ProOooOTt pReeeEtT.

      -nasrul nassar-

      Padam
  3. Baca gak link yg dibagi...last2 gmbr cucu Haron Din xde sape nak kejar. Byk gak jumpa ppuan baru nak up terjimba2 tgk laki hensem..last2 menyesal x sudah. Benar kata org2 tua..nak cari laki buat suami senang je...gi kat masjid time solat subuh mana laki teruna yg ada sembahyg jemaah sama2 itulah yg dicari..bukan duda cucu 20 org. Sama gak utk sesetengah laki..cuma laki pandai sikit..buat gf cari yg cun2 seksi2..tp buat isteri jenis muslimah plak sbb leh jaga keluarga anak2...tp best sbb dah test bagai semua type.

    Biase la baru nak kenal dunia...kawin cepat2 n masa tu baru anda tau langit tinggi rendah. Muka hensem tp poket nipis pun x guna. Muka cantik tp x pndi buat kerja rumah pun sama..lum cite dah kena tebuk tupai lagi.

    BalasPadam
  4. dah lu ni kenapa?.. k la, lu mmg ensem mcm tulisan lu jgk..awesome.

    BalasPadam
  5. Kuasa wanita tu apa? Cerita ker?

    BalasPadam
  6. walaweyhh.. lama tak lepak sini O.o

    kuasa wanita ke namanya tuh?
    Hahaha.
    Power lagi kuasa boboiboy :P

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.