Baca juga artikel berkaitan di MyNewshub ini.
Aku tak nak ulas banyak kerana aku pernah tulis hal ini dulu di artikel ini - "Diskriminasi antara golongan majoriti dan minoriti". Perkara ini digelar "Reverse discrimination" atau diskrimasi terbalik diskriminasi yang dilakukan oleh golongan minoriti terhadap golongan majoriti. Dalam hal ini, orang Cina yang rasis terhadap orang Melayu dan Islamophobia terhadap agama Islam.
Walaupun luar nampak baik dan berkawan, tapi tak dinafikan ramai orang Cina masih membenci dan tidak menyukai orang Melayu dan juga agama Islam, seperti mana masih ramai orang Melayu yang membenci dan tidak menyukai orang Cina, walaupun kita sudah 59 tahun merdeka dan 53 tahun usia negara Malaysia ini. Malah lebih menyedihkan jika pemimpin masyarakat yang juga mempunyai banyak pengaruh yang mengemai kebencian ini.
Sepertimana orang Cina. orang Melayu juga bukanlah semuanya berakhlak mulia pun. Sewaktu Karpal Singh meninggal dahulu pun, respon dari orang Melayu ini lebih kurang teruk jugak pun. Perkauman ini tidak mengira bangsa dan agama, kat mana-mana pun mesti akan wujud orang berotak pendek macam ni. Namun aku masih percaya wujud ramai orang Cina yang baik hati seperti mana wujud orang Melayu yang baik hati.
Bagi yang dah lama ikuti penulisan aku di blog akan tahu yang aku seorang yang tidak suka dengan perkauman, diskriminasi, prejudis, pergaduhan, penghinaan mana-mana kaum/agama, kejumudan dan juga ketaksuban.
Aku percaya apa jua kejahatan dan keburukan sesuatu adalah kerana masalah individu bukan kaum, agama, negeri, negara dan apa-apa kumpulan masyarakat yang diwakilinya.
Konsep aku senang, kita sebagai anggota dalam sebuah masyarakat atas dasar "mutual understanding" dan "mutual respect".
Sebagai seorang individu, kau hormat aku, aku hormat kau.
Kau hormat keluarga aku, aku hormat kau.
Kau hormat bangsa aku, aku hormat kau.
Kau hormat agama aku, aku hormat kau.
Sekali kau hilang rasa hormat pada aku, keluarga aku, bangsa aku, agama aku, aku tetap akan hormat pada pada keluarga kau, bangsa kau, agama kau, kecuali kau, cuma kau, hanya kau, sebagai seorang manusia yang bangsat.
So kepada orang Cina yang menghina kematian arwah Datuk Dr Haron Din, yang hina Melayu, yang hina Islam, yang hina negara Malaysia, anda memang bangsat. Sama bangsat juga dengan orang Melayu yang menghina orang bukan Melayu dan agama lain.
Kau orang menghina orang lain tidak menjadikan kau itu lebih mulia pun. Orang mati kemalangan, kau hina. Orang mati di hospital luar negara, kau hina. Kau hina kematian orang lain, macam lah kau tu takkan mati dan hidup kekal abadi? Jangan bongkak sangat. Kau pun tak akan tahu macam mana kau akan mati nanti.
Tonton video MatLuthfi ni dan mungkin kau boleh hadam sesuatu.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: jeff oi cina dap hina twitter kematian meninggal haron din pas kutuk melayu islam dendam politik
sedih...
BalasPadamNtahlah, sedih Sgt bca
BalasPadamNtahlah, sedih Sgt bca
BalasPadam1 Malaysia!
BalasPadamRisiko jadi ahli politik. Terbalik, Masa nik aziz mati dulu orang cina ramai ucap takziah, melayu pula ada yang hina nik aziz siap kencing banner gambar dia. Dunia politik
BalasPadamRespect comes both ways. Learn to respect others and others will respect you. Do not impose your views and beliefs on others if you can. Others will automatically give you the due respect.
BalasPadamdorang tidak menghina melayu atau islam...dorang menghina ulama palsu yg menjual agamenye
BalasPadamKdg2 kita pun ter'double standard'...sy pun ramai akui ramai org melayu kutuk kaw2 Karpal Singh bila beliau meninggal especially masa beliau menentang hudud. Benda yg sama berlaku kpd Haron Din di mana ramai non muslim hina kematian beliau.
BalasPadamSy akui bukan senang nak puaskan semua pihak, lagi2 dah masuk bab politik n agama. Disebabkn Malaysia berbilang kaum x seperti negara lain, bukan senang nak bertoleransi n bersepakat utk satu2 isu..cuma zaman skrg ada media sosial, senang berlaku kebebasan bersuara tanpa ditapis atau dinilai dulu sebelum mereka post. Lagi2 isu2 yg panas n mencetus emosi, once emosi terlibat dalam membuat keputusan (komen dalan media sosial), mula 2 benda2 yg x sedap di dengar. Kalau zaman dulu bengang mcmana pun simpan dlm hati n after few days benda 2 mcm remeh je nak dibangkitkan.
Nasihat sy...repsect is important but plz control urself when making comments in FB dan sebagainya...selalunya media sosial tempat normal luahkan perasaan...sometimes silent (x perlu komen) is better n wiser, listen to every parties and then u can decide for urself which 1 is the best, sharing it when necessary.
dorang tak menghina ??? habis tuu dorang tengah puji ke tu ?? dorang menghina agama islam sedar la sikit ...kau islam ke ape?
BalasPadamDAP ni mmg sah anti Islam.
BalasPadam