Selasa, 6 September 2016

10 Hitam putih dunia komik indie/amatur tempatan

Kali ini aku nak berkongsi sedikit pandangan aku tentang dunia komik tempatan terutama dalam komuniti komik indie dan amatur. Walaupun aku suka membaca komik dan melukis untuk suka-suka dah lama, tapi aku memang sangat baru dalam bidang ini. Aku berkecimpung dalam dunia komik tempatan indie/amatur dan mainstream ini baru hampir 2 tahun.

Komik indie pertama Buasir Otak: The Komik (BO:TK) keluar pada awal tahun 2015 dan dicetak semula untuk pasaran mainstream oleh Alaf21 pada awal tahun 2016. Pada tahun 2016 ini juga kami terbitkan lagi 2 buku indie iaitu BO:TK Reloaded dan BO:TK Revolution. Setakat ini sudah ada 3 buku indie dan 1 buku mainstream diterbitkan di bawah tajuk Buasir Otak: The Komik.


Page Facebook BO:TK yang hampir setahun dilancarkan juga sudah mempunyai lebih kurang 45,000 Like manakala akaun Instagram BO:TK yang baru aktif dalam sebulan lalu kini sudah ada 3,000 Followers. Jika tiada aral melintang, ada satu lagi buku indie yang akan kami terbitkan dalam beberapa bulan lagi dengan konsep dan tema yang sangat berbeza dari yang sebelum ini.

Sejak aku menceburi bidang komik ini, banyak komik semuka yang aku lukis sendiri, ada juga berkolaborasi beberapa kali dengan pelukis lain untuk menghasilkan komik semuka, komik panjang dan muzik video komik. Ada komik yang sambutannya biasa sahaja, ada komik yang menjadi viral dan dikongsikan oleh ramai orang sehingga ada juga orang yang rembat dan reupload kat FB mereka sendiri.

Aku pernah berkolaborasi seorang pelukis lain untuk menyertai sebuah pertandingan komik anjuran MatKomik dan telah menjadi pemenang bagi kategori komik paling popular. Komik kami itu juga telah dimuatkan di dalam komik kompilasi Aku, Kau dan Cinta #3 terbitan KomikM. Selain daripada itu, aku juga telah dilantik menjadi salah seorang editor komik bagi laman web komik Sucomi (dahulunya dikenali sebagai Supreme Comichat) walaupun ilmu aku baru setahun jagung.


Dalam 2 tahun ini juga, atas nama Prince of Noob (atau Putra Nubhan di FB) ini aku telah berkenalan dengan ramai orang dalam industri komik indie/amatur ini terutama di alam maya ini dari otai yang mengepalai sesebuah komuniti komik sehinggalah anak muda yang baru nak berjinak-jinak dalam industri komik ini, malah membuat kawan dengan ramai rakan-rakan seperjuangan.

Begitulah antara perjalanan dan pencapaian aku sepanjang 2 tahun dalam industri ini. Walaupun begitu perjalanan aku sebenarnya masih jauh dan sangat cetek lagi. Cuma dalam 2 tahun ini juga ada banyak perkara yang sudah aku perhatikan, bukanlah nak kata kelemahan atau keburukan dalam industri ini, cuma suatu pandangan kecil berdasarkan pemerhatian semasa aku seperti berikut:

1. Berseorangan VS Komuniti

Ada pelukis amatur yang berkarya secara sendirian dan tidak mahu duduk di bawah mana-mana komuniti. Semua benda dia buat sendiri dari mencari idea, melukis, mencetak buku, buat promosi hingga jual buku. Ada yang menjadi, namun ada juga yang kurang menjadi dan kelihatan seperti syok sendiri.


Bukanlah tidak boleh nak berkarya dan berjuang secara sendirian, namun komuniti komik ini sebenarnya bagus, di samping dapat menambah network dan kenalan dalam industri komik itu sendiri, banyak yang boleh dipelajari dan diperbaiki apabila berkomuniti. Kita boleh saling bertukar idea, membuat kolaborasi, meminta pandangan, saling berkongsi peminat dan follower dengan membantu promosi karya masing-masing dan sebagainya.

Sekarang juga sudah banyak komuniti komik online terutama di Facebook dan Instagram, oleh itu adalah lebih baik dan mudah untuk kita bergerak secara berkumpulan berbanding bersendirian.

2. Berpuak-puak

Satu masalah berkomuniti ini pula adalah berpuak-puak. Orang yang melukis komik stroke manga Jepun ada puak dia sendiri, orang yang lukis komik stroke Malaysia ada puak dia sendiri, orang yang lukis komik dakwah ada puak dia sendiri, orang yang lukis komik doujinshi/fan-fiction ada puak dia sendiri, orang lama ada puak dia sendiri, orang baru ada puak dia sendiri, orang lukis komik kat Facebook ada puak dia sendiri, kat Instagram ada puak dia sendiri dan lain-lain lagi.


Tak salah nak berkumpulan malah ia sebenarnya baik, cuma yang menjadi masalahnya apabila sesebuah puak merasakan puak mereka lebih hebat dan atas dari puak yang lain, dan merasakan puak lain tidak boleh dan tidak layak untuk bercampur dengan puak mereka kerana merasakan puak mereka begitu istimewa dan eksklusif sampai orang lain nak sertai tak boleh.

Sepatutnya setiap orang harus lebih terbuka dan berlapang dada, belajar menerima perbezaan dan boleh bekerjasama dalam pelbagai hal dan saling bantu membantu. Dan lebih baik jika seorang pelukis itu menyertai banyak komuniti dalam mengembangkan bakat dan networknya daripada hanya duduk di satu komuniti dan merasakan diri begitu istimewa dan tak boleh bercampur dengan komuniti lain

3. Populariti mengatasi kualiti

Aku banyak jumpa pelukis yang sangat berbakat, yang boleh melukis dengan sangat cantik dan hebat, malangnya dia kurang popular. Ada juga aku jumpa pelukis yang lukisannya biasa-biasa dan simple sahaja, tetapi jauh lebih popular dan mempunyai sangat ramai pengikut.

Disebabkan itu ada pelukis berbakat yang mengeluh dan merungut kerana merasakan bakatnya tidak dihargai. Yang sebenarnya bukan orang tidak hargai karya dia tetapi kerana dia tidak popular. Kita kena faham dalam industri seni kreatif tak kiralah lukisan, penulisan, lakonan, muzik dan sebagainya, populariti itu mengatasi kualiti.


Lihat sahaja penyanyi, ada yang vokal sangat mantap tapi album tak laku pun kerana tidak popular, sebaliknya ada penyanyi yang suara sengau tapi jual album laku keras kerana dia popular. Maka samalah juga dengan seni lukis pun. Maka kalau kau nak ramai orang hargai karya kau, nak karya kau sampai kepada lebih ramai orang, nak karya kau dibaca oleh orang ramai, kau kena popular.

So macam mana nak naikkan nama kita dan jadi popular? Sertai komuniti, buat kawan, lebarkan network, dan yang paling penting, cipta peminat. Macam mana nak cipta peminat? Jangan sekadar buat illustrasi atau fan-arts sahaja, sebaliknya buat komik yang bukan sekadar memenuhi selera peminat komik tetapi juga komik yang boleh dibaca oleh orang biasa.

Di Malaysia ada 3 genre komik yang agak mudah untuk popular di kalangan masyarakat umum, iaitu komik dakwah, komik lawak kotor dan komik sindiran. Genre lain juga boleh popular cuma agak lambat dan mungkin akan dapat membentuk fan-cult atau kultus peminat.

4. Elitis

Ini adalah masalah yang aku perasan wujud dalam industri komik tempatan ini, iaitu merasakan diri seorang elitis.

Orang ini baru pandai melukis lebih dari orang lain sikit, dah rasa diri elitis. Baru ramai sikit follower kat Instagram, dah rasa diri elitis. Baru komik viral sikit, dah rasa diri elitis. Baru dapat terbit sebuah buku, dah rasa diri elitis mengalahkan kartunis mainstream yang dah bertahun-tahun lukis kat majalah komik.


Apabila diri dah rasa elitis, dia dah tak pandang orang lain. Pelukis dari kumpulan komuniti lain dia tak pandang, yang dari puak lain dia tak pandang, pelukis muda yang baru nak berjinak-jinak dia tak pandang. Dia dah rasa tak perlu nak cari network lain, kerana dia merasakan dengan peminat yang ramai itu sudah cukup, malah dia tak perlu cari orang lain kerana orang lain yang akan terhegeh-hegeh cari dia.

Kadangkala dia merungut kenapa Like dia sikit sedangkan hasil karyanya dirasakan bagus dan berkualiti. Tapi bila ada pelukis lain mahu sokong dia dengan Like komik dia, Share komik dia, tulis komen, dia sikit pun tak pernah balas, tak pernah sekali pun nak Like kembali komik orang lain yang menyokong dia. Dia anggap pelukis lain hanya sekadar peminat di matanya, bukan sebagai rakan seperjuangan dalam industri yang sama.

Aku dengan pelukis yang rasa diri elitis ini sekali dua bolehlah tahan, tapi kalau dah asyik kita je yang menyokong dia tapi dia sekali pun tak pernah sekelumit rasa nak menyokong kita kembali apatah lagi nak jenguk pun tidak, maka tidak mengapalah, lebih baik aku mengundur diri dari terus menyokong kau, kerana kau hanya mahu orang sokong kau tetapi tidak pernah pun kau mahu menyokong rakan industri yang lain.

Percayalah industri komik tempatan ini tak besar mana pun. Pusing-pusing nanti orang itu juga yang kita akan jumpa balik. Tak perlu sombong dan rasa diri hebat sangat. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.


Akhir kata, sepertimana aku menulis blog ini, aku pun tidak tahu sehingga mana aku akan aktif dalam bidang komik indie/amatur tempatan ini. Selagi aku masih ada semangat dan minat untuk berkarya, aku akan terus berkarya, dan mungkin jika sudah sampai masanya, aku akan berhenti jua.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: pandangan kritikan tentang dunia industri komik tempatan local indie mainstream arus perdana amatur

10 ulasan:

  1. Ok...semoga semuanya berjalan dgn lancar..prOoTt

    BalasPadam
  2. Jangan salah faham apabila melihat gambar diatas tu..! Sekali imbas macam rosmah pulak yang sedang bertanya dan diberikan taklimat..! Sementara yang lain sekadar pemenuh frame gambar ajer la..!

    Beriya iya sangat kenapa? ada kena mengena ke?

    Soal yang lebih utama disini ialah keperluan membelanjakan wang rakyat yang sebegitu besar disaat ekonomi negara yang tidak menentu?

    Apa perlunya dibelanjakan duit negara melebihi setengah bilion ringgit untuk projek yang tidak menjana ekonomi negara?

    The prime minister today launched an urban rainforest park at a whopping cost of RM650 million, hoping it would be as iconic a symbol for Kuala Lumpur as London and New York’s sprawling public parks.
    Datuk Seri Najib Razak said the government aspires to turn Kuala Lumpur into more than a centre of economic progress and into a “liveable” city that is “world-class”, noting that the residents of such cities would typically demand for a recreation area and a green lung.
    “That’s why London’s Hyde Park is [synonymous] with London; Central Park is [synonymous] with New York; so I want one day Taman Tugu to be synonymous with Kuala Lumpur bearing the status of a global city,” he said in a speech, prior to launching the project now called Taman Tugu.
    “So this is a project that is the country’s pride, this is a national project, this is a project that will bring Malaysia to the level of a developed country when the time comes,” he later added, having noted the target for the park’s completion in mid-2018.
    sumber-malaysias-own-central

    Apa perlunya membelanjakan wang negara sebegitu besar di saat pemotongan bajet dilaksanakan di setiap Kementerian dan Jabatan?

    Kalau duit tu datang dari dana koperat...apa pulak pulangan yang bakal dinikmati oleh syarikat tersebut? tanah ditengah tengah bandaraya Kuala Lumpur???

    Sekadar nak ada taman? sekadar nak masuk dalam peta? Ini projek syok sendiri namanya..! Ini projek khayalan dan angan angan sekelompok kecil rakyat..! Sebahagian besar rakyat tidak merasa kesannya secara langsung..!

    Lebih malang kalau projek ini nanti merupakan satu lagi projek nak sakau duit dan tanah rakyat..! betul ke?

    Taman yang ada sekarang ni pun tak terjaga dengan sempurna..! Sampah dengan rumput pun sama banyak..! Kerajaan cuma reti membina dan kemudian tidak reti menjaga dan menguatkuasakan peraturan..!

    Khabarnya banyak tanah di sekitar Parlimen sudah bertukar status..! Banyak mana dah bertukar?

    Cukup cukup la rakyat disenda dengan gurauan bodoh pemimpin yang dilihat tidak sensitif dengan desakan hidup yang menghimpit rakyat saban hari..!

    Ada hutan habis ditebang pokok kayunya..! Dibandar sebok pulak nak mengekalkan hutan..!

    Keperluan siapa sebenarnya yang pemimpin kerajaan benar benar jaga?

    Lu Fikir La Sendiri!!!



    PUTRA MERDEKA at 12:13 PTG

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg kau merapek ni shayaatiin.

      Padam
  3. Sinar Harian: 'Tun M- Anwar buat PM TAK TIDUR LENA'


    Hubungan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin baik bakal membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak dapat tidur malam.

    Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mendakwa, ia juga bakal menambahkan sokongan rakyat terhadap pembangkang.

    "Kita harapkan suasana baru ini di mana Tun M dan Anwar dapat memperbaiki hubungan antara mereka dan memberikan lonjakan baru kepada pembangkang serta membuatkan Najib tidak dapat tidur malam," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Wisma Amanah hari ini.

    Dalam pada itu, Khalid berkata, rakyat negara ini tidak menafikan ketokohan yang ada pada dua individu terbabit serta potensi gandingan ini sememangnya menjanjikan satu gabungan pembangkang yang berkesan.

    Khalid berkata, Amanah menyambut baik perkembangan ini malah menerusi Program Deklarasi Rakyat yang pertama sebelum ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa penglibatan Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali adalah perkara yang dinanti-nantikan oleh setiap pihak.

    "Saya sendiri pernah memaklumkan kepada Tun Mahathir agar bekas Perdana Menteri itu memikirkan langkah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan," katanya.

    Tun Mahathir sebelum ini membuat kejutan apabila hadir ke mahkamah semalam bagi memberikan sokongan kepada Anwar berhubung petisyen dibawa bekas timbalannya itu untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan tanpa perkenan Raja-Raja Melayu.

    Dalam pada itu, menjawab kepada soalan wartawan, Khalid memaklumkan bahawa sekiranya Amanah dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) mewujudkan kerjasama dalam PRU akan datang, ia tidak akan memberikan kesan kepada mereka berhubung pembahagian kerusi selepas ini. - SH
    celahgelegar at 6:12 PM
    Share

    BalasPadam
  4. Aku tak berani nak label diri sebagai pelukis komik amatur/indie, tapi apa yang aku harapkan pada industri ni adalah kebersamaan untuk maju.
    Pendek kata, kalau nak maju, maju sama-sama, bukannya maju sebab jatuhkan orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. [SIASATAN PPD SELESAI] Menu RMT Nasi Putih & Sosej adalah FITNAH


      RANTAU PANJANG – Kes selesai. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas menganggap isu sebuah sekolah mengajikan nasi putih dan sosej kepada murid menerusi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) selesai selepas penyiasatan.

      Pegawainya, Ahmad Termizi Musa berkata, ia bukanlah nasi putih seperti mana yang digambarkan sebaliknya nasi goreng cina bersama sayur, telur dan daging cincang.

      Bagi menarik minat murid katanya, pengusaha kantin menambah sajian sosej goreng dalam masakan tersebut.

      “Kesemua murid yang menerima RMT turut disajikan dengan buah tembikai dan air Milo, tapi ia tidak pula disebarkan dalam laman sosial.

      “Kita akui berlaku lebihan makanan kerana hampir 20 murid RMT dari tahun satu dan tiga tidak hadir ke sekolah, kerana UPSR berlangsung minggu ini,” katanya.

      Terdahulu, Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Datuk Ab Aziz Abdullah yang ditemui berkata, perkara itu adalah suatu tuduhan yang tidak berasas dan bermotif negatif untuk menjatuhkan nama baik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Kelantan.

      “Masa tu pihak kantin masih dalam proses menyediakan hidangan sarapan untuk murid dan belum siap sepenuhnya.

      Sosej yang diletakkan dalam nasi goreng itu adalah lauk tambahan penender kantin sendiri untuk menarik minat murid untuk bersarapan," beliau dipetik sebagai berkata.

      Sebelum ini, seorang bapa yang juga seorang guru di salah sebuah sekolah dekat sini, menyebarkan gambar mengenai menu RMT di SK Chicha Tinggi.

      Bapa murid sekolah ini mendakwa, menu itu tidak bersesuaian dengan kadar bayaran RMT sebanyak RM 2.50 seorang.

      Selepas menerima laporan itu, pihak sekolah melakukan siasatan segera dan mendapati tuduhan itu tidak berasas sama sekali.

      Pihak PPD menghantar wakil bagi menyelidik perkara tersebut dengan pihak sekolah, kantin dan murid penerima RMT itu sendiri.

      Termizi berkata, hasil siasatan mendapati seramai 94 daripada 149 murid mengambil RMT pada hari berkenaan. - SH

      celahgelegar at 9:17 PM

      Padam
  5. Jibai sirosli meyamar jadi ted manof. ProoOotT d muka noob.

    -GAYnouTantei-

    BalasPadam
  6. Komitmen.
    Komitmen pelukis kartun/komik.
    Komitmen penerbit.

    Dan komitmen perlukan pengorbanan masa.

    BalasPadam
  7. Sy rasa komik no 1 yg org suka baca/tgk ialah komuk zunar....Komik yg x nmpk sensasi susah nak naik maju utk tatapan typikal rakyat malaysia.

    Papepun nak tau mentaliti rakyat tu bagus ke x tgk dr apa mereka suka baca..baca FB ke, baca zunar ke, baca surat khabar metro ke, baca mangga ke, baca novel cintan cintun atau baca buku ilmiah atau buku non fiksyen yg membuka minda n idea utk menjadi lebih maju.

    Utk noob, majukan komik yg anda usahakan skrg...suka mesej yg disampaikan spy buka minda kita n berubah lebih baik. Kdg2 setiap entry yg noob buat sebelum ni boleh digambarkan dgn komik simple saja, less word using but pictures that represent thousand words.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.