Isnin, 2 Februari 2015

31 Projek Buku Buasir Otak: The Komik

Setelah lebih kurang 6 bulan merancang, mengumpul rakan pelukis, berbincang, berusaha, bertungkus lumus, bekerja keras, maka akhirnya terhasil juga projek komik sulung kami iaitu BUASIR OTAK: THE KOMIK.

BUASIR OTAK: THE KOMIK merupakan koleksi himpunan komik2 pendek yang diterbitkan secara indie hasil kolaborasi 13 orang blogger dan pelukis amatur di dunia maya Internet iaitu Aika, Aujinz, Az, Cero, Dayang Deno, Deaday, Nazha Anua, Plain83, Prince of Noob, Shada Wentz, The Sharkox, Syue Artz dan Yura Yu.

Buku komik setebal 162 muka surat ini mengandungi lawak yang tak berapa nak kelakar, sindiran dan sarkastik terhadap mentaliti dan sikap tipikal orang2 kita, asam garam kehidupan, kisah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita seharian yang merangkumi pelbagai topik seperti isu semasa, berita, politik, sukan, hiburan, agama, teknologi, cinta, rumahtangga, kekeluargaan, pendidikan, persahabatan dan lain-lain.

Preview komik BUASIR OTAK: THE KOMIK:

















HARGA:
RM15 seunit

KADAR POS LAJU: 
RM6 (Semenanjung Malaysia)
RM10 (Sabah dan Sarawak)

COD: 
Hanya sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong sahaja.


Memandangkan buku ini dicetak dan diterbit sendiri, maka

STOK ADALAH TERHAD!

Untuk membeli hantarkan emel anda kepada:
princeofnoob[at]gmail[dot]com

MAAF!

DUKACITA DIMAKLUMKAN PEMBELIAN TELAH DITUTUP KERANA STOK SUDAH HABIS.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYOKONG DAN MEMBELI BUKU KOMIK KAMI INI.

NAMUN ANDA MASIH BERPELUANG UNTUK MEMBELI BUKU KOMIK KAMI VERSI DIGITAL SEPERTI DI ENTRY BERIKUT -
http://buasirotak.blogspot.com/2015/02/buku-buasir-otak-komik-versi-digital.html


31 ulasan:

  1. Kalau cod noob hantar ke :D

    BalasPadam
  2. wahhh ! Tahniah !
    Suka tengok hasil2 kerja kat atas.... all the best bro & kartunis yang lain....

    BalasPadam
  3. boss... kalau delivery sebelum 18 february???

    sebab naik cuti sem tak sempat nak baca nnti

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum 18 feb? sebulan lagi tu, insya Allah boleh sampai sebelum tu. emel aku kat emel atas tu.

      Padam
  4. Ishhhh best nya kumpulan kartun2 sindiran dan tauladan... seronok jugak kalau ada masyarakat yg tak berapa perfect... boleh diberi pendidikan dalam bentuk yg menghiburkan... dua jempol untuk usaha anda

    BalasPadam
  5. Aku rasa boleh selitkan tulisan2 kau dan rakan2 bo dlm blog ni sbg rampaian. Takla 100% kartun sokmo.

    Mmg terkejut bro. Diam2 kluar komik.

    BalasPadam
  6. Sapot komik tempatan. Mungkin akan ada volume 2 dari noob ..

    BalasPadam
  7. Tahniah Buasir Otak... Maju..

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. versi ebook insya Allah akan datang, lepas habis semua versi hardcopy

      Padam
  9. Aku cuma baca blog dari Naza, Cero n Aujinz..yang lain xpernah baca lagi..

    Maaf la..mungkin lepas ni aku akan follow..tu pun kalau rajin n sempat..

    Dulu rajin kat BO tapi sekarang nak baca pun xberapa sempat..

    BalasPadam
  10. kenapa 31 januari tu noob?apsal kalendar ko x sama dgn kalendar aku?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sengaja letak tarikh akan datang supaya jadi sticky post (artikel akan kekal di kedudukan paling atas sampailah tarikh tu)

      Padam
  11. ak slalu singgah blog lanunranggi,cerolian,dan kartunster <-- (dah naik sawang blog ni).....plain dan sharkox penah baca sekali dua je.....

    -Petai

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan juga buasirotak....tertinggal plak..

      -Petai

      Padam
    2. ko ni kartunis petai komik ujang/apo tu ke?

      Padam
    3. haha..bizila bero hujg2 tahun lepas..insyallah aku istiqomah update entri tahun ni :)

      #kartunster

      Padam
    4. ak bukan Petai yg dlam ujang tu,sekian..Petai tu name kenangan arwah kawan baik ak.tu yg ak pkai..

      -Petai

      Padam
  12. Kenapa bila saia nak emel dia tulis doesn't exist ?

    BalasPadam
  13. fuhh sempoi gak nih. aku dok baca kat blog cero, plain, aujinz je. yg lain2 blm lagi.

    BalasPadam
  14. cover gempak tunjuk kartunis versi lukisan .... x mampu beli, nak sara sendiri pun nak separuh mati, mampu promot kat orang lain je la semoga berjaya :D

    BalasPadam
  15. noob...

    ade register tak dgn KDN..ha ha ha..

    Nanti boleh kena Saman memiliki bahan chetak tampa kelulusan KDN...ha ha ha..

    BalasPadam
  16. noob klu order esok ko antar bile? ak duk putrajaya.

    BalasPadam
  17. congrats to all artists yg join in the collaboration & to admin buasir otak gak..
    alaaaa T^T dh abissss
    xnk reprint ke? puhleeaazzzzzzzz

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.