Iklan Leaderboard

Khamis, 26 Februari 2015

28 Ritual bangang geng2 MLM memperdayakan mangsa

Ini adalah suatu bentuk kebodohan dan ketahian. Geng2 MLM sudah ada satu ritual baru untuk memperdayakan mangsa2 mereka, iaitu dengan mengumpulkan mangsa2 mereka yang majoritinya orang MELAYU depan sebuah kereta mewah (contohnya BMW M5 berwarna kuning yang hanya ada 8 unit sahaja di Malaysia) dan menjerit terpekik2 terlalak2 dengan begitu bersemangat untuk meyakin dan memberi harapan palsu kepada para downline dan prospek yang mereka juga boleh membeli kereta mewah seperti mereka setelah join program MLM mereka.



1. Perniagaan yang betul adalah dengan mempromosikan barangan dan produk yang dijual, bukan mempromosikan harta dan kekayaan.

2. Kereta itu liabiliti dan bukan aset kekal yang mana nilainya akan jatuh dan pemiliknya adalah penanggung kos.

3. Cara paling mudah mengaburi mata orang untuk menunjukkan yang kita kaya dan berjaya adalah dengan menunjukkan kereta, kerana kereta mudah dibawa ke mana2. Rumah pula tidak boleh dibawa ke hulur ke hilir untuk menipu orang.

4. Namun kereta yang dijaja tu boleh jadi ntah sapa2 punya, mungkin sendiri punya, mungkin sewa, mungkin pinjam, mungkin curi.

5. Dalam senarai orang terkaya di Malaysia mahupun di dunia, tiada seorang pun orang MLM tersenarai.

6. Dan aku tak pernah nampak ahli perniagaan yang benar2 berjaya dan kaya raya seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary, atau Robert Kuok, atau Ananda Krishnan, atau Bill Gates sekali pun, terpekik terlolong macam orang gila dan tayang kereta mewah mereka semata2 nak tarik orang lain join dan beli produk mereka.

7. Percaya kepada skim MLM hanya kerana upline anda menayang kereta bererti anda seorang yang dungu, lebih tepat lagi, melayu dungu, jika anda melayu.

8. MLM - Melayu Lipat Melayu.

9. Adakah mengutuk MLM bererti menjatuhkan perniagaan melayu? Kalau modus operandi suatu MLM itu sangat bodoh, aku rela digelar penjatuh perniagaan melayu daripada tengok orang melayu diperbodoh2kan.

Kredit video: Blog Serius.




tags: ritual bangang leader mlm upline downline terjerit jerit terlolong terpekik kereta bmw m5 5 series besi buruk kuning tarik join multi level marketing scam skim piramid menipu perdaya mangsa video

28 ulasan:

  1. melayu dengki melayu tu lah noob tak habis2

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan...melayu dengki kpoop anjing ha ha!

      Padam
  2. Cer ko search dkt mudah keta ni second 70k je kah3 . try bawak bwk bmw x6 la brader harga 500k lebih. Ni keta reput yg dh nk kong lg 2 tahun ko bawak .

    Ada musibat sorang ni duk tayang fairlady second harga 70 80k bajet kaya la tuh tayang dkt fb. Keta honda aku lg mahal dari keta dia ni kah3 ..

    MLM & bangang berpisah tiada.

    BalasPadam
  3. Nk cepat kaya + xperlu keja keras = melayu

    BalasPadam
  4. nasib baik tak tunjuk toyota celica fastback tahun 1978....mcm mustang!!

    BalasPadam
  5. Menarik, rasa nak join.

    BalasPadam
  6. MLM - Melayu Lipat Melayu.

    nice acronym...

    BalasPadam
  7. dulu pernah ada housemate join mlm,rupanya dia kena paksa ngan lecturer dia. hampeh tul. siap suruh tipu mak ayah, guna duit ptptn.

    BalasPadam
  8. Kereta bleh bli P.A system pun x mampu bli. Sah2 sangat terdesak nak cari downline.

    BalasPadam
  9. Bodohlah sape join ni. bukan cepat kaya tapi cepat kayap

    BalasPadam
  10. kalau dia boleh buat dakwah dengan penuh semangat macam ni kan bagus..
    dan kalau yg dgr org buat dakwah reramai sambut dgn semangat mcm ni kan bagus..

    tp tu semua kalaulah..T_T

    BalasPadam
  11. MLM lagi..isu lama ni..mampuih pi la kat depa..skali dengan org yang ikut depa pun pi mampuih. apa pun tak boleh. MLM ni umpama satu penghinaan bila dituduh kat ramai org.

    "oi mat, wah..makin mewah..bisnes MLM ke?"
    "Siooott!!lancau la. Ko jgn nak tuduh aku bisnes haram jadah laknatullah mcm tu.Aku jual produk dherbs je pun"

    BalasPadam
  12. Bunuh diri punya promosi..

    BalasPadam
  13. d'herbs tu mlm jugakan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak wahai saudara/saudari.

      D'herbs tu kita bli barang pukal jenama dherbs.Contoh produk d'herbs bernilai RM 500, tapi kita dapat diskaun sebab bli banyk, kita bayar RM 300 lbih je. Kita jual ikut harga yang tertera pada kotak barang tu..ataupun nak murah sikit pun boleh. Maka kita akan dapat la untung lebih kurang Rm 100 lebih tu. Kalau kita beli bnyak, lagi bnyak dapat diskaun dan lagi besar untung kita. Ala, macam yang orang jual2 kat pasar malam tu la. Aku pun buat jugak..tapi kecik2 je. sekadar nak RM200-300 sebulan je sebab keje opis ni pun dah sibuk. Jual je la produk yang ko rse kwan sekeliling ko suka.

      Padam
  14. kalu ada p.a system nanti ada musik death metal sbg backgrounddd.......

    BalasPadam
  15. Kenapa masih ada yg tertipu dgn MLM??
    Bangang sangat ke bangsa kita ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tertipu sbb kena pukau dgn kwan ngan ayat2 kononnye boleh bantu mak ayah bleh bwakbg haji..diorg bnyak target student..sbb student sng untk dipengaruhi..saya thu..sbb saya ade time video tu dirakam..huhu

      Padam
  16. Balasan
    1. Kita hanya pakai EX5 ja..

      Padam
  17. giler la jerit camtu...sanggup tu abiskan suara menjerit2 cam orang gila

    BalasPadam
  18. Kesian. Terlupa bawak microphone. Esok pi klinik kerajaan mintak mc sebab sakit tekak

    BalasPadam
  19. Kalu duit..banyak...tapi bengap. Apa guna...biar miskin...hina...jgn.. Perangai hina mcm...ni

    BalasPadam
  20. Haaaa������..kete pinjam rupanye..penipu nk mampus MLM...

    BalasPadam
  21. Kepala hotak 8 unit dlm bumi... dah la kereta sewa sehari semalam je, mgaku sndri pnya... manusia brsifat tahi kering mcm ni r yg merosakkan nama bisnes n network marketing.. group n leadership yg promote harta kekayaan lebih drpd bnefit produk n prniagaan tu sndri. X dinafikan trdapat lbh 300 syarikat haram MLM yg dibanned.. tp msih bnyak company2 yg kkuh n follow rentak bsnes yg spatutnya spt amway, usana, score a, dll... ad produk, ad jualan, ad pembeli... bukan dok promote kreta cabuk, pastu suh cari org...

    BalasPadam
  22. Hmm..mmg bangang pon..snggup paksa pjuk rayu bgai untuk msuk biz mlm bangang ni,klo org x join,diorang akn perlekehkan org tu,bila da msuk,duit abiz mlayang,pulangan haprak pon x dpt..diorg bnyk target student n warga asing,sye tahu sbb sye da kena..n sye da join..huhu..nme biz kat ats tu Pencil.my

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...