Khamis, 12 Februari 2015

10 Buku Buasir Otak: The Komik versi Digital

Seperti yang sedia maklum, sebelum ini kami telah menerbitkan buku komik kami sendiri iaitu BUASIR OTAK: THE KOMIK dan telah pun SOLD OUT! Jutaan terima kasih kepada semua yang telah membeli buku komik kami. Walaupun buku versi bercetak telah habis dijual, namun kami masih menerima banyak email tempahan. Kami memohon maaf kerana kami masih belum bercadang untuk mencetak semula komik ini dalam masa terdekat.

Namun bagi yang tidak berkesempatan atau terlepas peluang untuk membelinya, jangan risau kerana kini anda boleh membeli buku komik Buasir Otak: The Komik versi digital di Google Play Books dengan hanya RM10!



Cara untuk membeli sangat mudah:

1. Pastikan anda ada komputer atau telefon pintar atau tablet Android ataupun IOS.

2. Pastikan anda ada akaun email Google Gmail. Kalau takde lagi, sila buat sekarang!

3. Buka Google Play Store atau Apple App Store, cari Google Play Books dan install aplikasi Google Play Books tersebut.


4. Buka aplikasi Google Play Books.


Buat carian "buasir otak" dan pilih buku Buasir Otak: The Komik;


Ataupun klik sahaja URL berikut:


5. Klik butang BUY RM10.00 untuk membeli komik Buasir Otak: The Komik versi Digital.


6. Buat pembayaran menggunakan Credit atau Debit Card.

7. Anda kini boleh membaca komik Buasir Otak: The Komik di mana sahaja anda berada dengan menggunakan peranti elektronik anda.


Untuk melihat preview buku Buasir Otak: The Komik, layari entry berikut:



TERIMA KASIH KERANA MEMBELI DAN MENYOKONG KAMI!


10 ulasan:

  1. Penggunaan teknologi dengan tujuan urusniaga menjual/membeli yang mudah dan comel!

    BalasPadam
  2. kat blackmart alpha ade x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, tiada kat blackmart alpha. Beli la, nak yang free je. Sokonglah industri komik dan karya anak melayu tempatan.

      Padam
    2. (insert troll face here)

      Padam
    3. Torrent punya link ade

      Padam
  3. fuuhhh, camna aku nk join buat komik sekali?

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat masa ni belum ada plan lagi nak buat versi ke-2. nanti kalau ada plan aku bagitau.

      Padam
  4. cis klu buat diskaun rm09 dari buku best jugak apa2 jela

    BalasPadam
  5. Oh Rozana

    Di kala kepikiran tentang bisjut & royi
    Yang tidak tahu entah di mana
    Sering hati ini teriak dengan teriakan bangla
    Mencari menunggu kedatangan jejaka bangla
    Sampai kamu menangis tanpa bisjut & royi
    Sampai bangla pun teriak tanpa seketul bisjut

    Oh Rozana

    Bangla merasakan bisjut & royi
    Sangat letih menunggu warga bangla yang di nanti
    Sangat berat melepaskan bisjut & royi ini
    Terlanjur masuk dalam hati
    Sampai kepikiran juga
    Apakah mungkin bila nanti bisjut & royi itu dijual
    ia akan mendapat sambutan jejaka bangla?

    Oh Rozana

    Apakah itu bisjut & royi?
    Ataukah ia hanya perkataan semata-mata?
    Tapi hatiku tegar membeli bisjut & royi
    Walau akhirnya ianya basi juga

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  6. kitaorg collect komik lawak kampus n sewaktu dgn nya.kt kdai buku mana jual ? bleh tambh collection ni

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.