Orang Jepun ini, di samping mempunyai kemajuan sains dan teknologi yang amat jauh terkehadapan, sudah menjadi budaya dan kebiasaan dalam diri mereka untuk sentiasa berusaha bagi memudahkan manusia lain dalam pelbagai jenis aspek. Mereka sering berfikir cara dan kaedah paling cepat, mudah, berkesan dan efisien dalam melakukan sebarang tugas dalam kehidupan seharian. Seperti contoh, mereka mempunyai sistem pengangkutan awam kereta api laju yang paling efisien sekali.
Setiap minit dan saat adalah amat kritikal bagi sistem kereta api mereka, dari masa ketibaan, masa berlepas, termasuklah tempoh 7 minit yang perlu mereka manfaatkan betul2 untuk mengemas dan membersihkan ruang dalam kereta api laju mereka yang juga digelar sebagai Bullet Train atau Shinkansen, memang sangat sistematik, efektif dan produktif.