Iklan Leaderboard

Selasa, 3 Februari 2015

30 Mahasiswi dibunuh peminat lelaki psiko syaitan

Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.

Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.

“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.

Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.

Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta.

“Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

“Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu.

Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.
Sumber Utusan Malaysia.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Sedih aku baca kes2 macam ni, malah tak sanggup aku nak letak gambar kejadian. Rupa cantik namun sayangnya ada pakwe berhati syaitan. Kalau aku yang ada awek secantik dan rupawan macam ini, sudah pasti aku akan jaga baik2 till jannah. Malah kalau awek aku mintak clash pun, takdenya rasa macam dunia sudah berakhir dan rasa nak bunuh2 orang.

Bunga bukan sekuntum. Hidup bukan semata2 kerana cinta. Banyak lagi perkara lain dalam dunia ni yang boleh dikejar dan dikecapi. Tak perlu rasa macam rugi gila apabila hilang cinta manusia, sedangkan cinta Tuhan itu yang harus dikejar. Tapi apabila mencabut nyawa manusia jalan yang engkau pilih, maka kau terima sahajalah balasannya di dunia dan akhirat kelak.

Dan diharap gadis2 di luar sana lebih berhati2 dalam memilih pasangan dan teman hidup. Elakkan daripada berteman dengan 2 jenis lelaki - lelaki yang jahat dan lelaki yang mentalnya tidak stabil.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Amin.


[UPDATED] Rupa2nya lelaki pembunuh tersebut bukan teman lelaki dia tapi cuma sekadar peminat yang syok sendiri dan bertepuk sebelah tangan yang psiko je. Wartawan berita ni pandai2 je letak teman lelaki.
Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.

Johari Hashim berkata pemuda tersebut merupakan rakan sekampung dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya kepada pemberita.

Selanjutnya Bernama.

So para gadis2 di luar sana, jauhkan diri daripada stalker, kalau ada orang yang sentiasa menganggu, lapor polis dan cari perlindungan. Pastikan jangan berkawan terlalu rapat dengan mana2 lelaki dan bagi harapan palsu kepadanya kalau tidak mahu bercinta pun dengannya, kerana orang lelaki Melayu ni ramai yang mental dia bermasalah.




tags: awek gadis muda pelajar mahasiswa perempuan universiti teknologi mara uitm pulau pinang maut mati meninggal dunia leher kelar teman lelaki pakwe boyfriend nursyuhada johari

30 ulasan:

  1. "Kalau aku yang ada awek secantik dan rupawan macam ini, sudah pasti aku akan jaga baik2 till jannah. Malah kalau awek aku mintak clash pun, takdenya rasa macam dunia sudah berakhir dan rasa nak bunuh2 orang.

    Bunga bukan sekuntum. Hidup bukan semata2 kerana cinta. Banyak lagi perkara lain dalam dunia ni yang boleh dikejar dan dikecapi. Tak perlu rasa macam rugi gila apabila hilang cinta manusia, sedangkan cinta Tuhan itu yang harus dikejar. "

    ------------------------------------------------------------------------------------------

    Aku rase ko tak patut cakap besar sangat dalam hal ni.. mmg pada persepsi kita nampak simple.. pada persepsi si pelaku lain pulak jadinya. Mungkin semua duit KWSP dah bubuh nama pompuan ni. Atau segala akaun duitnya dipegang pompuan ini.. atau mungkin tanah berpuluh relung, telahpun berpindah tangan ke pompuan ini..atau lebih dari itu.. kita bukan tau bila dara teruna berjumpa.. segala kemungkinan boleh terjadi.. Ini bukan masalah akhirat.. nak hidup atas dunia pun dah mcm2 celaka kene tempuh.. inikan pulak nak pikir2 pasal akhirat..

    lagikan pulak pakwe tadi dah kene mainkan dengan makwe dia.. mmg bukan bini dia lagi.. mau dibuatnya 10 rakan kelas ITM menjilat2 tetek pompuan ni depan pakwenyer.. kendian pompuan ni gelak2kan jer pulak kat pakwe sambil cakap lu ni biol..mau tak naik hangin satu badan woo..

    aku rasa ada give and take la.. kalo tak, masakan sampai peringkat ini.. pompuan ni pun satu hall. pakwe tu pun satu hal..

    Lagipun Melayu UiTM.. manalah tinggi sangat pemikiran derang.. tahap Ibrahim Ali adala..sekian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. aku tak cakap besar, malah aku rasa bukan aku seorang yang berpandangan macam ni, jika tidak sudah pasti ramai orang bunuh awek dia asal ada isu. ini kes terpencil yang jarang2 berlaku.

      2. kalau duit KWSP letak nama awek, lelaki itu bukan sahaja syaitan tapi bengap.

      3. apsal komen kau macam celaka sangat siap jilat tetek bagai? ko ingat ko komen macam tu tahap pemikiran ko kira dah tinggi sangat lah ke?

      Padam
    2. Ini Alasan ko untuk menghalalkan pembunuhan tu?.. Cek balik ayat ko biol..Atas Alasan apa sekalipun apa hak lelaki tu nk cabut nyawa ppuan tu.. Amek kepala ko hntak kt dinding..nk tunjuk pandai Konon..puihhhh

      Padam
    3. Komen pertama tu memang Jenis2 Manusia Yg simpatinya x kena waktu n tmpt.. Yg Jenis Konon Think out of the box kepala hotak camsial.. Gi Mampos la lu brader..cer kena Kat family ko..Apa ko rasa..bodoh bangak Sial

      Padam
    4. Ladies n gents, contoh komen di ats skali itu adlh contoh terbaik dari sorg lelaki bebal yg pernah kne main dgn awek cun tp jahat. Penulisannya yg penuh dgn emosi itu meningkatkn lg kmungkinan yg dia bercakap berdasarkn pengalamannya sendiri. Sekian analisis picisanku - detektif anon

      Padam
    5. Aku rasa komen yg atas sekali tu nak cakap pompuan tu pun mesti ada buat salah besar jugak sampai tergadai nyawa dia..

      Nyawa manusia sekarang lebih murah dari nyawa itik ayam. Sama2 la kita hati2.

      Padam
    6. Anon 5:53 - kau kena jadi saikik macam aku baru orang nak dengar kau ha ha ha ha!!!

      Padam
    7. Melayu UiTM.... Tahap pemikiran Ibrahim Ali sahaja...
      Walaupun agak bengap tapi sumpah AKU ROTFLMAO part tuh...

      For every action there is a reaction....

      Cuba kalau ganti awek tuh pulak yang bunu pakwe dier sebab gaduh...
      Mesti ade defender yang nak mempertahankan awek cun tuh...

      Padam
    8. bodoh la kalau berdebat dengan org yang guna "mungkin" ni. mana ada fakta.semua dia mungkin.memang la sedap tulis ayat panjang kalau ada mungkin. Selagi bukti tak ada, kes ni jgn memandai tambah fakta mungkin bodoh tu.hormat la arwah. Cuba kalau mak ko mati kena bunuh dengan perompak. Sedap2 org komen "mungkin makcik tu pelacur yang pau duit pelanggan dan pelanggan di ambik duit tu dan bunuh makcik tu". apa ko rasa?mcm bahlol la anon 5.05 ni

      Padam
  2. Sy rasa parti2 politik sepatutnya bkerjasama dalam menekan golongan yg tamak utk menurunkan harga, bukannya saling bertengkar antara satu sama lain..

    Betapa bodoh parti2 politik di Malaysia ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xde kaitan dgn pembunuhan ngeri ni..

      Padam
  3. Dah tertulis.
    Takkan lewat walaupun satu saat atau cepat satu walaupun satu saat.

    Perempuan yg baik utk lelaki yg baik.

    Innalillah wa inna ilaihi rojiun.

    Semoga keluarganya tabah dengan kehilangan.

    BalasPadam
  4. Pd pdapat aku yg jujur ni, kalo gambr arwah pmpuan ni xkuar, konpem xkan viral berita ni. Sm kes dgn pmpuan cntik yg muka kena toreh tahun lalu. Kenapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. kalau yang cantik mesti jadi viral. cuba yang tak cantik. hmm hmm

      Padam
  5. dia bunuh pun tak lama dia akan ikut jugak... hukuman mati kan...

    BalasPadam
  6. Dh lh..lbh baik jgn mnghukum..dari trsalah beri hukum

    BalasPadam
  7. Teringat kes bunuh & bakar awex yg noob pernah ulas. Awek dia punya la syg dkt balak bleh dia p bakar. Kejam !!

    BalasPadam
  8. aku baca kat surat khabar dgn tgk berita..xde pulak cakap tu teman lelaki dia. laki tu cuma angau tahap psiko dan direject cintanya oleh keluarga perempuan tu dan jugak arwah kerana disyaki penagih dadah. beza tu antara teman lelaki bunuh awek dengan lelaki gila angau bunuh perempuan yang dia minat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la ramai komen atas nun yg tabur fitnah, ayahnya siap cakap laporan polis pernah dibuat terhadap gangguan oleh lelaki tu sbelum ni...2 minggu lepas arwah pun ada ikut misi bantuan banjir di Kelantan...

      Padam
    2. betul. ayat kena tepat. ni kes lelaki gila tak dapat pompuan yang dia nak pastu dia pi bunuh pompuan tu. Tidak ada di mana2 kenyataan mengatakan teman lelaki kepada arwah. Hormati arwah dan kisahnya.

      Padam
  9. Bahaya betul psiko sampai tahap cmtu. Ibu bapa diharap lebih prihatin benda2 cmni. Si anak pulak jgn segan2 ceritakan masalah pada ibu bapa jika ada diganggu orang lain. Zaman sekarang ni bukan macam dulu. Sekarang ni psiko punya ramai..kalau tak puas hati, mula la jumpa bomoh..tak pun macam kat atas,sampai tahap bunuh.

    Aku ada kenalan..dia minat kat awek tu. Awek tu pulak tak layan langsung dia sbb awek tu pun suka kat org lain. Hal kecik je tu..cari la awek lain. Hati ni bukan boleh main paksa2. Ni tak, disebabkan tak puas hati, kenalan aku tu pergi sihir awek tu sampai buta mata. Ya Allah, memang hilang akal abis perbuatan dia. Masa tu la dengan kawan2 aku menyesal..kitorang gagal membimbing seorang rakan ke jalan yang betul. Tu la nasihat aku kat korang sume..jika ada rakan2 kita yang spesis taksub dan angau sampai tahap sanggup buat apa sahaja ni, kita tolong la bimbing dia..kita ajak dia lepak lebih kerap dgn kita..ajak dia pergi solat berjemaah kat masjid..dgr masalah dia dan cuba bantu dia lupakan org tu. Bukan apa, takut sama ada kalau dia tak cederakan diri sendiri, dia akan gi cederakan orang lain.

    BalasPadam
  10. Aku akan jaga baik2 till jannah". I feel u broo noob. U forever alone, i oso foreva alone. We are the foreva ever ever eva alone. Alone in da dark..

    BalasPadam
  11. terima kasih noob kerana perbetulkan tajuk. :)

    BalasPadam
  12. Jd cantik sgt kena toreh muka, kelar leher...so sbg pengajaran. ..bersyukur dgn apa yg ada n even bf atau suami muka x hensem mcm korea, as long dia syg anda sepenuh hati cukup perfect bg anda.

    Kpd yg laki...jgn kejar sgt kecantikan nk cari pasangan..cantik x bwak kemana..cari yg betul2 hargai anda n terima kita seadanya...itu yg buat hubungan bertahan smpi ke jannah

    BalasPadam
  13. lelaki mental mcm ni dia bunuh perempuan tu mesti dia fikir 'kalau aku xdpt awek ni, aku akan pastikan lelaki juga xkan dpt dia'.... harap eddebed x ikut jejak langkah beliau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Edebab walaupun dia gila tapi masih ditahap gila2 remaja kayy... We lurrveee edebab ..

      -bff edebab-

      Padam
  14. Minah 'Prediksi Togel' xnak komen ke tttg hal ni..

    BalasPadam
  15. Erm.. dari sudut laen..bapak dia dah buat report polis sejak minah ni tingkatan 5 iaitu 4 tahun lalu...so polis buat ape?..aritu sorang janda kena bunuh dekat PJ, siap kena bakar rumah dengan lelaki yang dia reject...n janda tu juga dah buat report polis...so in the end..sekian wassalam..

    BalasPadam
  16. kerana cinta ditolak snggup bunuh,ish2

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...