Memaparkan catatan dengan label Sadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sadis. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Ogos 2019

2 Punca pelajar takut lapor kes buli dan salah laku

1. Sebelum ini aku pernah tulis tentang "Sisi gelap sekolah berasrama" yang kebanyakannya berkaitan budaya buli yang berbentuk penderaan fizikal dan juga mental. Ia mendapat hampir 3,000 perkongisan di Facebook. Aku juga ada tulis 2 artikel susulan berkaitan "Sisi cerah sekolah berasrama" dan juga "Kenapa orang tidak suka reunion sekolah".

2. Artikel aku ini mendapat banyak respon, kebanyakannya turut berkongsi kisah dan pengalaman pernah menjadi mangsa buli ketika di sekolah asrama, namun tidak kurang juga yang mengecam dan merendahkan mangsa buli ini betapa lembik, anak mak dan manjanya mereka.

3. Apa yang aku perasan, orang yang mengecam ini sama ada dia lah pembuli, atau dia pernah jadi "bullies survivor", jadi disebabkan itu dia rasa dia layak untuk menghina dan merendahkan orang lain yang tidak boleh jadi kental macam dia.

4. Dalam ruangan juga ada yang mempersoalkan kalau dah tahu kena buli, kenapa tak lapor pada cikgu, warden, ibu bapa? Kenapa tak pindah sekolah?

Kalau lah ia semudah itu.



Selasa, 30 Januari 2018

6 Logo Visit Malaysia 2020 bukan salah pereka grafik

Hangat diperkatakan tentang logo Visit Malaysia 2020 atau Tahun Melawat Malaysia 2020 baru yang dikatakan tidak cantik, hambar dan lemah, malah dikritik hebat oleh ramai pereka grafik tempatan. Dengan border macam setem, tulisan besar kecil, penggunaan warna pink dan hijau yang tidak match serta terlalu banyak imej yang nak dimasukkan seperti gambar KLCC, orang utan, proboscis monkey dan penyu bercermin mata hitam, menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati sehingga ada yang reka logo versi mereka sendiri.



Jumaat, 17 Mac 2017

0 Menangani sindrom takut pada penolakan

Penolakan, atau rejection.

Penolakan itu adalah suatu yang menyakitkan. Penolakan tidak pernah menyenangkan. Penolakan itu tiada sempadan, dalam pelajaran, pekerjaan, perhubungan, sosial dan sebagainya. Semua orang pernah merasa penolakan, dari tolakan kecil yang tidak membawa sebarang kesan sehingga tolakan besar yang memberi kesan luka yang sangat besar terhadap psikologi dan emosi kita.

Penolakan biasanya melibatkan dua pihak, pihak yang menaruh harapan dan pihak yang menolak harapan.



Isnin, 6 Februari 2017

7 Untuk apa sebar gambar bayi maut dikelar ibu?

Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan sebuah kejadian yang menyayat hati di mana seorang bayi maut dikelar ibu sendiri. Maka ramailah yang memberi komen, ada yang rasa kasihan, ada yang mempertahankan ibu tersebut kerana dikatakan meroyan, ada juga yang mengecam dan mengherdik ibu tersebut, tidak kurang juga yang menyalahkan suaminya sekali. Orang Malaysia ni kalau tak berpencak di media sosial memang tak sah, semua nak jadi polis nak jadi pegawai penyiasat mengalahkan polis sendiri.

Namun turut menyedihkan apabila ramai orang tanpa rasa bersalah kongsikan gambar mayat bayi tersebut di Whatsapp, media sosial dan laman web tanpa sebarang tapisan. Tidak tahu siapa yang mula merakam dan menyebar gambar tersebut yang akhirnya telah tersebar di seluruh alam maya, sama ada yang telah ditapis atau dikaburkan mahupun gambar asal tidak bertapis.



Rabu, 9 November 2016

10 Suami berlawan demi cinta isteri berakhir kecewa

Bagi seorang suami atau isteri, tiada yang lebih mengecewakan apabila mereka balik ke rumah setelah pulang dari tempat kerja dengan membawa rezeki untuk keluarga, hanya untuk mendapati teman hidupnya curang bersama lelaki/perempuan lain di rumah mereka sendiri.

Inilah sebuah kisah sebenar yang sempat dirakam sehingga menyebabkan sang suami bergaduh teruk dengan kekasih isterinya sehingga berdarah dan cedera teruk, namun sang isteri tetap memilih kekasih gelapnya sehingga sang suami terpaksa berlalu pergi dengan perasaan yang sangat hampa dan kecewa.


Rabu, 4 Mei 2016

8 Kawalan dan pencegahan kemalangan jalan raya

"Pemandu tak sedar dan merempuh kon yang diletak sebelum kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam lubang," kata saksi kejadian, Muhd Khairul Mihar, 41, mengenai kemalangan di Jalan PJU 10/1, Damansara Damai berhampiran Park Avenue Kondominum di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, sepasang suami isteri berusia 50-an dan 60-an, cedera apabila kereta Toyota Vios dinaiki mereka terjunam ke dalam lubang penyelenggaraan Indah Water sedalam 12 meter.

Menurutnya, kedua-dua mangsa meminta pertolongan daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian.



Jumaat, 18 Mac 2016

5 Sebuah kisah romantis sadis yang menghayat hati

Romandis, sebuah kisah romantis sadis yang sangat menghayat hati...



Selasa, 4 Ogos 2015

12 Kepimpinan melalui tauladan mana layak dicontohi?

SPRM telah menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma dan bukannya daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.

Pertama sekali, ia sudah mengesahkan yang transaksi RM2.6 bilion ke dalam akaun bank PM yang didakwa sebelum ini adalah benar2 wujud walaupun telah dinafikan dengan begitu beria sekali.

Kedua, aku faham derma tu bukanlah sama seperti derma kepada orang susah atau anak yatim piatu. Ia adalah sumbangan untuk dana bagi hal2 berkaitan politik BN, seperti mana juga parti lain seperti PAS, DAP dan PKR yang memperolehi dana daripada pelbagai sumber termasuk sumbangan dan derma.

Namun, memasukkan sejumlah besar wang derma kepada akaun peribadi? Kenapa akaun peribadi? Kenapa tidak derma ke akaun amanah parti?


Khamis, 2 April 2015

26 Awek Myvi VS pakcik teksi VS keyboard warrior

Ramai orang sudah tahu pasal video viral sekumpulan wanita yang mengamuk di stesen minyak Petron di Shah Alam. Pergaduhan ini dikatakan berpunca daripada perlanggaran di antara kereta Perodua Myvi milik awek2 amuk tersebut dan juga Teksi Proton Exora milik pakcik pemandu teksi. Dalam kedua2 video yang dirakam oleh pihak awek dan pakcik teksi penuh dengan makian, carutan dan adegan langgar melanggar. Namun apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah sebenarnya yang menjadi punca kepada insiden ini?



Selasa, 3 Februari 2015

30 Mahasiswi dibunuh peminat lelaki psiko syaitan

Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.


Rabu, 31 Disember 2014

21 Apabila protokol lebih penting daripada kecemasan

Masih lagi isu banjir, tapi sebelum tu jawab dulu soalan berikut:

Jika kenderaan2 ini bertembung di lampu isyarat simpang empat, kenderaan mana yang harus bergerak dulu?

A - Van ambulans yang tengah membawa pesakit kritikal ke hospital.
B - Bomba yang dalam keadaan terburu2 kerana ada kebakaran.
C - Kereta polis sedang mengejar penjenayah.
D - Rombongan kenderaan yang membawa VVIP untuk melawat mangsa bencana.



Khamis, 21 Ogos 2014

29 Mengaku murtad boleh menjadikan anda popular

Tidak diketahui apa punca seorang lelaki mengaku telah murtad di Twitter. Mungkinkah ini salah satu caranya untuk lariskan produk? Entahlah...

Orkid Anggerik, @phleumic atau nama sebenar, M. Faiz Syahmi mengisytiharkan dirinya telah murtad. Namun, dia mengakui bahawa dia percaya Tuhan itu wujud.



Rabu, 4 Jun 2014

15 Perokok lebih diutamakan berbanding bukan perokok

Keadaan dan budaya sekarang dalam negara kita adalah "Semua tempat dibenarkan untuk merokok kecuali tempat yang dilarang". Kerajaan seharusnya perlu menjadikan "Semua tempat adalah kawasan larangan merokok kecuali tempat yang dibenarkan", barulah hak orang yang tidak merokok lebih diutamakan. Ini tidak, hak orang yang merokok pula yang lebih diangkat kerana mereka boleh merokok di mana2 sahaja yang mereka mahu selagi ia bukan kawasan larangan.



Isnin, 2 Disember 2013

17 Kisah kematian tragis kereta dan bendang

Semalam 2 berita kematian aku baca di mana kematian kedua2nya amat tragis dan sadis. Satu di US dan satu lagi di Kedah. Satu kisah pelakon yang terkenal dengan kisah keretanya akhirnya berakhir dengan kereta, satu lagi kisah 3 adik beradik yang lemas akibat dibunuh dengan kejam.



Rabu, 6 November 2013

14 Kempen politik yang paling sedih abad ini

Sebelum pilihan raya kecil DUN Sg. Limau hari tu, aku adalah tertengok berita kat TV3, dan adalah tertengok sedutan berita pasal kempen BN bagi PRK Sg. Limau, dan adalah tertengok sebuah adegan yang sangat  menyedihkan yang menyebabkan aku terpaksa muntah. Aku ingat aku sorang perasan, rupa2nya ada jugak orang upload kat Youtube. Bagi yang boikot berita TV3, anda seorang yang bertuah dan bernasib baik kerana dapat menyaksikan semula rakaman kempen ini.



Isnin, 22 Julai 2013

37 Kegilaan patung Minion McD yang kesian

Apa jadah la pasal mainan patung Minion dari filem animasi Despicable Me 2 pun nak berebut2 macam orang hilang akal, beratur dari awal pagi tengah malam macam nak dapatkan tiket final piala FA atau nak dapatkan tiket percuma konsert akhir Akademi Fantasia, bila patung tu habis habis pekerja kena maki hamun. Pathetic gila... kesian pulak aku tengok.


Rabu, 17 Julai 2013

115 Adakah Islam mengajar kepada keganasan?

Siang tadi tersebar berita dan gambar seorang remaja Cina yang dikatakan telah diculik, dibelasah dan dibogel kerana menghina Islam di Facebook.



Jumaat, 5 Julai 2013

41 Tak malu ke orang lain tahu kau gila seks?

Malam Jumaat, malam yang selalu dikaitkan dengan pasangan yang sudah berkahwin. Bagi yang belum kahwin, jangan pula ada berzina atau melakukan onani dengan alasan malam Jumaat. Tapi aku percaya kalau orang lelaki jangan kata malam Jumaat, hari2 juga mau malam Jumaat. Sebab orang lelaki ni dah memang lumrah nafsu seksualnya lebih kuat berbanding wanita. So aku tak heran kalau ramai lelaki yang gila seks. Tapi amat malang kalau anda itu seorang Melayu Islam, tak kira sama ada bujang atau sudah berkahwin dan ada anak2 dengan secara terbukanya menunjukkan yang anda ni memang gila seks di Facebook.



Selasa, 19 Februari 2013

153 Bahasa Malaysia tidak bernilai di negara sendiri

Ini sebuah kisah yang aku pernah dengar dari seorang rakan suatu ketika dahulu. Dalam sebuah mesyuarat sebuah syarikat di negara Korea, seorang warga asing dari US telah dijemput untuk memberi pembentangan. Sebelum mesyuarat bermula, semua ahli mesyuarat yang berwarga Korea berbual dengan warga US itu dalam bahasa Inggeris. Namun bila bermulanya mesyuarat, ia dijalankan sepenuhnya dalam bahasa ibunda mereka iaitu Korea.



Rabu, 17 Oktober 2012

72 Fenomena gadis melayu tudung bermain gitar

Apabila gadis melayu bertudung menyanyi sambil main gitar di Youtube...