Khamis, 2 April 2015

26 Awek Myvi VS pakcik teksi VS keyboard warrior

Ramai orang sudah tahu pasal video viral sekumpulan wanita yang mengamuk di stesen minyak Petron di Shah Alam. Pergaduhan ini dikatakan berpunca daripada perlanggaran di antara kereta Perodua Myvi milik awek2 amuk tersebut dan juga Teksi Proton Exora milik pakcik pemandu teksi. Dalam kedua2 video yang dirakam oleh pihak awek dan pakcik teksi penuh dengan makian, carutan dan adegan langgar melanggar. Namun apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah sebenarnya yang menjadi punca kepada insiden ini?


Sumber Oh! Media.

Kenyataan daripada geng awekz seperti yang dilaporkan dalam akhbar Harian Metro:
“Kami hanya mahu mengambil nombor pendaftaran teksi berkenaan namun pemandunya bertindak samseng dengan melanggar kereta yang kami naiki,” kata Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid, 24.

Menurutnya, pengguna laman sosial ‘salah faham’ apabila melihat mereka menyangka pihaknya bertindak agresif dan memaki hamun pemandu teksi itu.

“Memang orang nampak kami dalam video itu sedang marah. Namun sebagai perempuan, kami tidak berdaya untuk melawan seorang lelaki apabila ditumbuk,” katanya.
Rakaman video berdurasi kira-kira dua minit itu tersebar di laman sosial dan blog sehingga menjadi viral yang menunjukkan kumpulan wanita memaki hamun pemandu teksi di sebuah stesen minyak.

Rakaman turut menunjukkan kecederaan yang dialami wanita itu serta pemandu teksi terbabit.

Sharifah Fara Ryyana yang juga penuntut kolej berkata, sebelum kejadian mereka empat beradik dan teksi berkenaan dari arah sama dan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di hadapan plaza perabot di Seksyen 7, di sini, kira-kira jam 3 petang, Ahad lalu.

“Teksi itu berada di hadapan sebelah kiri kami. Kakak saya Sharifah Fara Difla, 28, memasang lampu isyarat dan mengangkat tangan kepada pemandu teksi berkenaan supaya memberi laluan untuk masuk ke stesen minyak.

“Pada mulanya dia seperti mahu memberi laluan kepada kami, namun apabila kereta kami mahu ke kiri, lelaki itu seolah-olah cuba menghalang laluan menyebabkan kami memandangnya,” katanya.

Sumber Harian Metro.

Kenyataan daripada pakcik teksi:
“Sebenarnya apa yang didakwa mereka (kumpulan gadis itu) tidak benar malah saya berani bersumpah dengan nama Allah SWT saya ditendang dan dipukul dulu,” kata Azmi Mat Mokhtar, 54, pemandu teksi yang terbabit dalam insiden pertengkaran membabitkannya dengan sekumpulan gadis.
Kejadian jam 3 petang, Ahad lalu, berhampiran Seksyen 7 di sini, sempat dirakam sebelum video pergaduhan itu menjadi viral di laman sosial.

Video kejadian itu yang berdurasi kira-kira dua minit menunjukkan kecederaan yang dialami gadis berkenaan serta pemandu teksi terbabit.

Azmi berkata, dia sedih dan terkilan selepas dituduh bertindak secara melulu.

Katanya, pada hari kejadian, dia bersama isteri dalam perjalanan menemui anak saudaranya yang belajar di sebuah universiti di sini.

“Kereta dinaiki kumpulan gadis itu dipandu dalam keadaan tergopoh-gapah sebelum bergesel dengan bahagian hadapan teksi saya."

Sumber Harian Metro.

Kenyataan balas daripada ibu bapa awekz2 tersebut:
“Saya harap masyarakat di luar faham dengan situasi yang berlaku.

“Tak dapat nak digambarkan bagaimana perasaan saya sebagai seorang ayah apabila anak saya dipukul hingga cedera selain muka bercalar,” kata Syed Fareid Yahya, bapa kepada empat gadis berusia 20-an yang terbabit dalam pergaduhan dengan pemandu teksi dan menjadi ‘viral’ sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, dia menyerahkan perkara yang berlaku itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut kerana yakin polis dapat menjalankan siasatan dengan adil dan saksama berdasarkan bukti dan keterangan daripada saksi di tempat kejadian.

“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak sama ada anak saya berada di pihak yang benar atau sebaliknya. Biar polis siasat terlebih dulu.

“Biarlah kalau pemandu teksi itu mahu menuduh tapi tak semestinya saya mahu menuding jari kepadanya. Perkara yang berlaku juga membabitkan kes jenayah dan setakat ini saya sekeluarga masih belum membuat perancangan untuk menarik balik kes mahu pun berdamai,” katanya ketika ditemui Harian Metro dalam satu sidang media yang diadakan di Hartamas, semalam.

Turut hadir peguam yang mewakili sekumpulan remaja berusia 20 -an terbabit, Sarah Mohd Ali.
Harian Metro pada Isnin lalu ada melaporkan mengenai video ‘viral’ membabitkan aksi dan perang mulut antara beberapa gadis dengan pemandu teksi yang tersebar di Internet dan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.

Insiden pada 3 petang itu di stesen minyak di Seksyen 7, Shah Alam, gadis terdiri daripada empat beradik berkenaan difahamkan dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di kawasan itu.

Tiga daripada mereka mendakwa ditumbuk pemandu teksi itu sehingga cedera di muka.

Menurut Syed Fareid lagi, dia turut menerima maki hamun dan ugutan orang ramai menerusi laman sosial termasuk bersikap kurang ajar dan bertindak tidak rasional.

“Ada antara mereka yang memuat naik status di laman sosial untuk tindakan memalukan saya dan keluarga. Apa pun saya redha dan menyerahkan segalanya kepada polis kemudian kita tahu kebenarannya.

“Semua mangsa kini trauma dan anak keduanya yang juga lemah semangat kerap menangis akibat insiden berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, abang kandungnya, Syed Farieh Yahya berkata dia juga tidak dapat menerima hakikat apabila anak saudaranya itu ditampar dan cedera terutama di muka.

“Kudrat perempuan ni tak kuat kalau nak dibandingkan lelaki. Kalau kena tampar selalunya dia hanya mampu menjerit untuk meminta pertolongan.

“Saya juga terkejut dengan insiden yang menimpa anak saudara saya dan saya harap polis dapat menjalankan siasatan berdasarkan keterangan saksi dan bukti yang kukuh,” katanya.

Sumber Harian Metro.

Aku nak cakap banyak pun tak boleh. Aku takde kat situ, aku tak tahu perkara sebenar yang berlaku. Yang pasti mesti ada salah seorang yang pusing cerita. Tak dinafikan dalam video tu awek2 tu mulut agak longkang, dan pakcik tu pun agak kurang ajar dengan melanggar2 dan menghimpit2 kereta budak2 tu, tapi kalau kita nak menghukum terus awekz2 tu yang salah, atau pakcik teksi yang salah, memang tak adil. Bak kata pepatah, biar tersalah maaf jangan tersalah hukum. Lagipun biarlah polis buat kerja diorang siasat kes ni.

Dan masa ni lah nampak banyak komen daripada keyboard warrior yang "cakap tak guna perempuan pakai tudung tapi perangai cam sial", atau "pemandu teksi ni atas jalanraya memang sial", atau "semua pemandu Myvi ni memang cam celaka". Sampai bila kita nak berfikiran yang tudung tu menggambarkan sikap peribadi seseorang? Asal pemandu teksi je memang perangai macam sial? Asal bawak kereta Myvi je memang bawak cam celaka?

Stop generalizing people.

Memang dalam kehidupan kita ni, shit happens, lebih2 lagi bila kita tahu yang kita hidup dalam fucked up society. Benda tu kita memang tak boleh nak elak, kalau bukan disebabkan diri kita sendiri, mungkin orang lain. Tapi macam mana kita menangani tahi itu sama ada mahu terus tambah tahi atau flush tahi tu sehingga hilang dari pandangan, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Yelah, takkan sebab tahi tu kau nak drag tahi tu sampai berhari2, berminggu2, berbulan2 dan bertahun2?




tags: video penuh sambungan viral amukan awek gadis perempuan shah alam pemandu teksi gaduh pakcik rakam

26 ulasan:

  1. tak nampak depan mata, tak berani komen lebih.
    Hal mulut longkang, kalau dah kena penumbuk, penendang rasa susah nak keluar ayat-ayat suci murni dari mulut. Lagilah kalau hilang sabor.

    Tunggu siasatan polis la nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bg akaklah kan....kalau kita tak biasa ckp kotor.....marah mcm mana pun mulut akan terkawal dari keluar perkataan yg kotor2....nak2 pulak kat area public camni....lg la nak kena jaga kesopanan dan kesusilaan sbb sifat malu yg ada pd seorg wsnita....bg perempuan la...bg org lelaki mmg dah biasa dgn bahasa kasarnya...kalau marah..

      Padam
  2. mulut tajam vs penumbuk padu sama power..

    BalasPadam
  3. Saya tak tengok pun video tu, eemm.. takde kepentingan untuk tengok..
    Apa-apapun kita doakanlah moga terbuka hati mereka untuk saling memaafi..
    Jadikan teladan buat yang lain..

    BalasPadam
  4. aku pun pelik sesetengah kawasan tertentu, kalau kita bagi signal nak masuk atau nak selekoh, lagilah dia makin laju. kalau tetiba kita dapat juga masuk, terus dia cucuk belakang kita. entahlah kenapa tamak. macam terus sampai destinasi ke apa ntah.

    Tapi setengah kawasan lagi (selalu kawasan orang educated sikit), kalau kita bagi signal, memang terus bagi walau sesak barat lalulintasnya.

    Kesimpulannya, aku tengok kawasan. kalau tiba di kawasan org tamak taknak bagi masuk lorong walaupun kau bagi lambai tangan pun kedekut gila, memang aku terus masuk sukahati. kalau pergi kawasan orang educated, memang aku bagi signal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau orang yang masuk dari simpang aku bagi je. kalau orang jenis x educated potong line, xnk ikut barisan suka suka ati guna potong Q tetiba nak masuk... lu pikir la sendiri....

      Padam
  5. tak laku la pasni diorang...

    BalasPadam
  6. We are living in a fucked-up society...aku setuju 200% statement tu...kalau jadi kat aku pun...belum tentu aku mampu bertindak rasional sebab we are living in a fucked-up society..kalau tak aku yang mengamuk, foresure pihak sebelah sana yg mengamuk...ini semua salah masyarakat kita sendiri....dah berak tak mau flush...........and shit happen all the time in a fucked-up society....-akurakyatbiasa-

    BalasPadam
  7. Org kita biasanya suka menghukum....ada isu mcm ni mula tangan rasa gatal nak tembak balik org yg disangka bersalah...mcm noob ckp, u consider guilty until u r proven not guilty.

    Bg sy, bila berlaku isu mcm ni, sy malas ambil port nak fikir sapa betul sapa salah. Yg penting kita belajar dr kesilapan mereka n ambil pengajaran mana yg kita mampu perhatikan. Sbnrnya mereka xde kaitan dlm hidup seharian kita....so buat apa sakitkn hati fikir semua ni? Lgpun byk antara kita suka busy body n tumpang bergosip sekali....tp cukupla mulut buat dosa kering.

    Always listen more, speaks (even write comment) less. Then we can be a better person on judging people and ourself. Pengajaran: Jaga budi bahasa, jgn jadi samseng kat jalan raya suka hati langgar peraturan. Nasib x baik jd viral, sapa x malu even kdg2 benda ni berlaku di mana2, cuma xde ambil video.

    BalasPadam
  8. Hehehe.. Lawak gile.. Kdg2 berlaku gini elok jugak.. Sebagai hiburan.. Tgk awek2 yg mcm xleh nak berak setahun gini.. Best..

    BalasPadam
  9. Lagi myvi buat hal : https://www.youtube.com/watch?v=g38BjC-H7Q4

    BalasPadam
  10. Sapa yang mula2 sebar tanpa usul periksa tu taraf lahanat wartawan hiburan.

    BalasPadam
  11. Melayu sama melayu gaduh.. cina india tepuk tangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu kelentong,kencing,berak,cirit sama melayu siang malam..'melayu' tepuk tangan..

      Padam
  12. Diorang ni boleh je setel slow2.. Tp masing2 sme nak tunjuk kemaluan.. Yg laki nak tunjuk *****nya. Yg pompuan nak tunjuk *****nya. Last2 sape yg rugi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah.. Mlm2 pastu melekat semule diorang tu mcm belangkas..

      Padam
  13. Ramai sangat perempuan urban yang biadap atas jalanraya sekarang ini. Bangganya bapak dia sebab ajar anak perempuan mulut seperti pelacur lorong.

    BalasPadam
  14. Nak tengok Awek catfight...

    Hampa...
    Birthday aku berakhir macam ni jek...

    BalasPadam
  15. pempuan fizikal lemah tapi mulut dia punya power macam celaka ..
    vs jantan plak fizikal kuat tapi tuhan bg dia sifat sabar ...

    agak2 korang leh sabar ngan minah mulut celaka ni??

    kalo aku malas nak ckp byk ... masuk dlm keta berambus lagi baik ... daripada kena tangkap video uplod di fb utube jd bhn makian org ..

    BalasPadam
  16. xpyh nak samseng sgt la dgn jantan. kang dah kahwin mengangkang juga kena kongkek gak ngan laki masing2. gua cuma kesian video perlakuan dia ni dah jadi hak milik internet ... dah beranak bercucu mesti dia malu tgk video ni keh3.. lg2 tukang tgk anak2 cucu2 masing gekekekekeke..

    skrg suma tindak tanduk perlakuan kita di perhatikan & direkodkan .. ati2 guyss...

    BalasPadam
  17. My comment Im the girls fault.nowadays girls are terrible misbehaviour Because they r rich spoil brad I belive the park cik is innocent.I have manytime see old tension driver they r all polite

    BalasPadam
  18. My comment Im the girls fault.nowadays girls are terrible misbehaviour Because they r rich spoil brad I belive the park cik is innocent.I have manytime see old tension driver they r all polite

    BalasPadam
  19. Nak sangat aku tahu kebenaran sebenar cerita ni...
    Siapa jujur, siapa pusing cerita...

    BalasPadam
  20. Tengok cara awek berpakaian pun, dah tak hairan la dengan mulut longkang derang. Ada tak yang teringin buat bini, silakan. Didikan bro..didikan.. patut la ahli keluarga pun mcm tu..

    BalasPadam
  21. Comey blake...sapa ade no tipon awek2 ni,tulang rusuk ak dah getar2 ni...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.