Isnin, 20 April 2015

12 Mat Saleh fasih loghat Ganu kini semakin popular

Kisah menarik seorang lelaki berbangsa Inggeris yang begitu fasih berbahasa Melayu loghat Terengganu pernah menjadi viral di internet beberapa tahun lepas.

Dikenali  dengan gelaran Mat Dan dalam kalangan penduduk pulau-pulau di sekitar Terengganu atau nama sebenar Daniel Tyler menjadi  Pulau Kapas sebagai destinasi percutian kali ini sebenarnya sudah 6 tahun menjelajah pulau di seluruh Terengganu.

Mat Dan menunggang motor di Terengganu jadi perhatian orang ramai.

Semasa admin membuat pengambaran di Pulau Kapas baru-baru ini dan berbual dengan para pelancong yang ada di sekitar Pulau Kapas dan antaranya Mat Dan.

Kami begitu teruja dengan kepetahan beliau bercakap dalam bahasa loghat Terengganu dan bermulalah temubual yang panjang dengan beliau.

Beliau sorang yang peramah dan mudah mesra dengan pelancong asing dan juga pelancong tempatan menceritakan bagaimana beliau mampu menguasai loghat Terengganu dengan baik iaitu dengan mendengar setiap perkataan dan bergaul bersama penduduk setempat serta bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa pantai timur itu.

“Saya pada mulanya agak susah untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan mengambil keputusan untuk belajar bahasa Terengganu supaya memudahkan saya berhubung dengan orang ramai”, katanya.

“Setelah mencuba dan terus mencuba akhirnya selepas 3 tahun saya mampu bertutur loghat Terengganu dengan baik” tambahnya.

Beliau sempat bergurau mahu mencari calon isteri dalam kalangan orang Terengganu sendiri.

“Saya masih solo dan andai dijodohkan dengan orang Terengganu, saya terima sahaja kerana saya pun masih dalam proses mencari calon” katanya dengan nada ceria.

Mat Dan 30 tahun, yang berasal dari Bristol England turut memberitahu beliau telah memeluk agama Islam sejak 18 bulan lalu menggunakan nama Mohamad Karim Daniel dan kini semakin mendalami ilmu agama secara berasur-ansur.

Mat Dan turut mempromosikan konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) ketika di Pulau Kapas.

Ketika ditanya mengenai konsep kerajaan negeri iaitu Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diilhamkan oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, beliau menyambut baik gagasan tersebut terutamanya prinsip ke-4 TTB iaitu Intergriti yang memfokuskan mengenai kebersihan di lokasi tumpuan ramai supaya negeri Terengganu terus menjadi pilihan pelancong.

Beliau turut berharap seluruh rakyat Terengganu terus menyokong pentadbiran kerajaan negeri yang sentiasa mengutamakan kebajikan semua rakyat.

Sumber dari Terengganu Times.



Berikut adalah video2 Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler yang pernah viral dan famous dulu:



Video beliau ditemuramah oleh Harian Metro:


Dan kini, setelah Facebook peribadi beliau penuh dengan 5,000 kawan maya dan tidak lagi boleh accept friend baru, beliau telah create fanpage baru iaitu Mat Dan - Daniel Tyler untuk tatapan2 peminatnya. Dengan mendapat lebih dari 10,000 Like dalam tempoh hanya 3 hari, memandangkan beliau bukan sahaja seorang mat saleh yang pandai cakap loghat Terengganu, malah sudah pun memeluk agama Islam dengan nama Mohammad Kareef Daniel Abdullah, maka populariti fanpage beliau dijangka bakal menenggelamkan page2 troll dan parodi yang lain seperti Amran Fans dan Abdul Rani Kulup Fans.

Cuma harap janganlah petik nama Ahmad Maslan kat FB Mat Dan, kesian tak pasal2 kena natang.





tags: mat dan dang din daniel tyler mohammad kareef abdullah mat saleh pandai boleh bijak cakap fasih loghat bahasa terengganu teganu ganu tranung pulau kapas viral popular video facebook fb fanpage page

12 ulasan:

  1. Tahu pasal mat dan ni last year tengok kat you tube and iklan kat tv

    BalasPadam
  2. mende tau duk petik maslan..maslan tu..buat malu rakyat je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh GST

      kau jadi kan malam royi ku lebih bisjut
      6% cinta mu buat aku hanyut
      dalam pelukan asmara
      pinjamkan hati mu royi
      menjadi peneman bisjut dalam suka dan duka

      Ost GST
      terkadang bicara mu hanya ilusi
      ilusi mimpi royi dan bisjut
      engkau janjikan bahagia
      tetapi pahit jua akhirnya
      bisjut yg ku gengam
      akhirnya jatuh kebumi
      tanpa kusedar royi ku ambil bangla

      OST
      hadir mu tidak didendang
      pergimu
      dinanti semua
      segengam royi dan bisjut menjadi peneman
      menunggu gst pergi
      pergi hilang dari pandangan magazi

      Oh GST
      mesti aku kini sudah mencintai mu
      hatiku ini telah terukir 6%
      walau aku tahu perasaan ini salah
      aku tak mahu kita berpisah
      bicara dengan rela
      aku ingin kita jadi satu
      tetapi apakah daya
      seperti bisjut dan royi yg tak mungkin bersatu
      begitu juga kita

      katakanlah GST 6%, katakan lah rindu awak 6% GST

      bisjut atau royi yang kau mahukan?

      salam cinta 6% utk noob

      Padam
  3. bahasa teganu mmg kasar cikit. setakat natang tu biasa lahh , dgn member2 pun panggil natang.. xcaya tanya UAI(utube)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Natang UAI xdok kuliah doh ke ke natang2 ganu ni..

      Padam
  4. Was2 page tu mmg dia atau fake, sebab gambar yg dia post dlm tu semua mmg dh ada kat internet. Cover photo dia pon screenshot dari video yg atas tu.

    BalasPadam
  5. Hebat omputeh ckp ganu, cinabeng duduk berpuluh tahun dkt mesia tergagap gagap ckp mlayu.

    BalasPadam
  6. klau mat saleh nak jadi org melayu kemain semua nk friends bagai klau bangla, myanmar,nepal nk jadi melayu semua lari siap maki lg. hahahah tipikal melayu sama cam org arab.

    BalasPadam
  7. haha baaru je tngok video ni td ttbe tajuk ni plak yg naikk.. haha ada kebetulan nii?

    BalasPadam
  8. takde sapa nak check ke dia ada permit or passport or taraf kerakyatan?
    ooooo pasal dia omputih jadi tak perlu check.arab pun takyah check
    kalau bangla,myanmar,indon kena check

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.