Tabiat merupakan tingkah laku yang terjadi secara automatik sehingga menjadikan ia seolah-olah robot yang telah diprogram. Ia menghasilkan tindakan kita setiap hari sehingga ke suatu tahap yang kita sendiri tidak menyedarinya. Seperti contoh semudah tabiat setiap kali bangun pagi:
- Setelah dikejutkan dengan jam loceng di telefon bimbit, pasti kita akan menekan butang Snooze dan masuk tidur semula.
- Setiap kali kita menggosok gigi pasti ada lebihan ubat gigi yang jatuh ke sinki
- Cara kita mencuci rambut kita dengan meletakkan syampu di tangan atau kepala dan terus menggosoknya di atas kepala.
- Ketika mahu buang air besar kita terus bercangkung di atas tandas duduk.
Di atas adalah pattern yang telah diprogramkan dalam hidup kita, dan tanpa kita sangka ia bukan tabiat yang baik dan betul yang dikenali sebagai lousy patterns. Oleh itu kita haruslah sedar akan pattern ini dalam kehidupan kita, cuba buang tabiat buruk dan ubah tabiat tersebut, bukan sekadar mengubah tapi mewujudkan tabiat yang luar biasa agar dapat menghasilkan hasil yang luar biasa. Seperti contoh:
- Jika kita set jam loceng pada jam 6.00 pagi, kita cuba bangun jam 5.50 pagi dan bila jam loceng berbunyi, kita dengan bangganya berkata, “Aku lebih awal dari kau.”
- Elakkan lebihan ubat gigi jatuh ke sinki setiap kali kita menggosok gigi dengan menekan ubat gigi bukan di atas berus gigi tapi di dalam berus gigi dan mulakan gosokan pada bahagian gigi yang paling dalam dulu.
- Untuk mencuci rambut, setiap kali kita menekan syampu di atas tapak tangan, sebelum meletakkannya di kepala anda, campurkannya dengan air dahulu kerana itu yang terdapat di dalam arahan pun!
- Duduk di atas tandas duduk apabila mahu membuang air besar.
Berikut adalah contoh tabiat yang kita sudah biasa buat pada setiap hari sehingga sudah menjadi kebiasaan tanpa menyedari yang ianya bukan cara yang betul atau ada kaedah yang lebih baik dan efektif untuk melakukannya:
- Lifehack: 21 Things You Are Doing Wrong Every Day
- Buzzfeed:18 Things You’ve Been Doing Wrong Your Whole Life
- Crazy Russian Hacker: 10 Things You've been Doing Wrong Everyday
- APlus: 8 Everyday Activities You've Been Doing Wrong
- Cosmopolitan: 19 Things You're Doing Wrong
Sebelum kita mula menghasilkan tabiat yang luar biasa, kita perlulah mengkaji dan menilai tabiat anda terutama tabiat2 yang buruk yang boleh mendatangkan keburukan dan masalah kepada orang lain, seperti bangun lambat, pergi lewat ke tempat kerja, tidak menepati masa, selalu mungkir janji, tidak mematuhi peraturan jalanraya, buat kerja last minit, banyak bercakap tapi kurang bekerja, selalu curi tulang, berkepit dengan telefon 24 jam sehari dan lain2 lagi lousy pattern, kemudian buatlah perubahan. Walaupun ia mungkin hanya perubahan yang kecil dan mudah tapi hasilnya mungkin akan menjadi lebih luar biasa.
Siri Motivasi Peningkatan Diri:
- Kenalpasti Pattern/Corak dalam diri anda
- Berubah menjadi insan yang Luar Biasa
- Jadilah seorang ahli pasukan yang Hebat
- Menghadapi Cabaran dengan tenaga positif
- Lakukan tugas dengan Semangat Keghairahan
- Meningkatkan ketahanan dan kekuatan Mental
- Kunci dan prinsip utama kepada Perubahan
- Komunikasi berkesan dengan Kuasa dan Tenaga
- Rahsia ke arah Kepimpinan Hebat dan Luar Biasa
tags: kursus motivasi teaming for quantum growth performance training dr lawrence walter ng know your pattern corak lousy
Best lak baca entri ni. Bagus nasihat di ending tu PN
BalasPadamArtikel ciplak yang menarik.
BalasPadamnie Lawrence Walter Seminars punya nie ..nampak sangat cite pasal shampoo lah,,ubat gigi lah,,jumpa kat airport lah,,hhahahhaa mesti yg tulis nie baru pergi seminar dia . .
BalasPadamNoob, bab syampu tu buat apa nk campur air rambut kan dh basah ..
BalasPadamAda satu tips nk bangun awal. Bg yg kerja ada yg set jam sama dgn jam punckad/ thumbprint .. Try cepatkan jam 10min dari jam office. N u will know the difference ..
Aristotle tak pernah cakap tuh..
BalasPadamFake quotes..
But a good message nonetheless
Tak kisahla artikel ciplak ke ape ke asalkan ilmu berguna apa salahnya share.. Btw, harap korang boleh modify sket design website bagi nama penulis dok blah atas. Ni kalo org lain tulis pon org dok noob.. Noob..
BalasPadamPedulik hapa aku sapa yg tulis. Aku nk mention noob jgk. I luuurrvvveee u noob
Padammemang nama penulis duduk belah atas bawah dari tajuk tu, tapi mungkin kecil sangat kot. apa2 pun, entry ni bukan aku tulis, kesian kat penulis lain penat2 tulis aku jugak dapat kredit huhu
PadamNak buat camne...dah blog ni asyik Noob je yg update, memang automatik aku pun pikir noob yg tulis td.
Padamak rasa memang kena buat sesuatu la... aku dulu2 pun tersilap gak.. position situ mcm x sesuai sgt kot... tak pun highlight kan nama besar sket ke mcm mana?
Padamgood job noob..maklumat berilmu..
BalasPadam-peminat sinetron endon
Mmg susah nak ubah habit aku yg suka tido lewat.. Semuanya kerana nak tengok berita.. Haih.... Azam.. Mesti tido awal. Mesti tido awal.
BalasPadamPernah dengar satu statement...kalau buat satu benda 2 sebyk 3 kali berturut2...lama2 akan jadi habit, dan habit sgt sukar utk dibuang. Tp pastikn habit itu ialah positif, bkn negatif.
BalasPadamGood contents. ;) n worrk noob
BalasPadam