Ahad, 12 April 2015

18 Panduan pengguna bijak elak dan hapuskan GST

Aku baru lepas makan lobster goreng kunyit kat sebuah restoran, tapi lobster aku kail sendiri. Apa2 pun terima kasih kepada kerajaan kerana tidak mengenakan GST pada lobster segar. Kita ada pilihan, kenapa perlu makan sardin dalam tin yang tidak berkhasiat yang kena GST sedangkan ada lobster yang bukan sahaja fresh malah tidak kena GST? GST sebenarnya melatih kita untuk menjadi pengguna yang lebih bijak. Sebenarnya banyak cara dan teknik yang boleh digunakan untuk mengelak dan menghapuskan GST.


Seperti saranan Dato Ahmad Maslan, harap lepas ini pelajar UiTM menjadi lebih bijak dengan elakkan makan di luar dan masak sendiri di kampus untuk elakkan GST. Jangan masak Maggi sebab Maggi ada GST tapi belilah lobster. Kalau pihak pengurusan marah sebab memasak di kolej, abaikan kerana siapalah mereka jika hendak dibandingkan dengan Timbalan Menteri Kewangan, sudahlah CGPA beliau 3.85, lagi membuatkan penuntut UiTM tidak layak untuk mengkritik beliau.


Lagipun kerana GST ini, seperti iklan2 promosi yang ditweet oleh Dato Ahmad Maslan, berlumba2 peniaga menurunkan harga barang mereka. Sebelum GST mana pernah berlaku fenomena pasaraya2 turunkan harga, bagi diskaun dan buat promosi2 sebegini.


Jangan lupa juga untuk mempraktikkan teknik2 reverse engineering MP Langkawi Dato Ir Nawawi Ahmad untuk menghapuskan GST dengan cara tawar-menawar harga barang. Penemuan teknik yang layak menerima hadiah Nobel ini tidak perlu lagi dipertikaikan kerana ia terbukti berkesan ketika beliau membeli barang di Low Yat, lagipun beliau seorang Engineer yang bertaraf Ir. Siapalah kita yang tiada Ir. ini untuk mempertikaikan beliau.


Ok esok nak pergi MyDin untuk guna teknik reverse engineering ni untuk beli lobster.




tags: lobster tiada gst sardin kena dato ahmad maslan uitm masak sendiri kolej kampus jangan makan luar iklan peniaga pasaraya promosi diskaun turun harga barang twitter dato ir nawawi ahmad hapus cas 6% teknik cara panduan tak bayar gst reverse engineering mydin perbandingan harga lebih murah

18 ulasan:

  1. Ahahahaha.. Kenapa dgn menteri2 ni..seriously dorg need pihak yg bole analysis Pr dorg ni..Seblum dorg release Apa2 statement.. Sgt2 pathetic.. Memalukan Dan balik2 berlaku.. Xboleh diterima..damn

    BalasPadam
  2. Satu lagi statement baghal dari ir nawawi(aku xtau fake acount atau betul2 dia tulis) dlm fb

    Petua Utk elak kena gst .. Beli lah apa2 barang online kemudian pos ke langkawi. Langkawi bebas cukai. Bila barang dh sampai langkawi anda ambik la barang dkt situ .. So anda dh elak utk gst ..

    Satu lg tweeter ahmad maslan ada tunjuk harga barang turun dkt giant kesan dari gst konon nya. Tapi bila check balik rupa harga promotion giant selama dua hari ..

    Xlama lg kita semua akan sakit otak. Otak sakit dgn statement shit mulut2 menteri cgpa 3.85 ni & menteri2 ketum yg lain.

    BalasPadam
  3. Genius seyh... Nobel prize for everyone!!!!

    Tak tahu samaada menteri troll rakyat ataupun fake shit....

    BalasPadam
  4. Aku lebih rela kena gst drpd membaca kenyataan maharaja lawak mega nih...kahkahkahkahkah.

    BalasPadam
  5. Suruh budak2 u masak? Hahaha. Tak boleh blah

    BalasPadam
  6. kat mane ye nak kail lobster? pakai umpan ape ye?

    BalasPadam
  7. makanan mewah org kaya tak kena gst
    -din tembakau

    BalasPadam
  8. Apa point kerajaan beria-ria nak laksana GST, jika menteri beria-ria sarankan rakyat elak GST?

    Siapa boleh jawab?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan nak laksana gst supaya telus sistem percukaian. Sebelum ni, x perlu pun tunjuk kat resit brp charge sst tp skrg kat resit dah tunjuk gst brp byk. So, peniaga lebih aware dalam bab cukai ni dan pengguna pun lebih aware la jugak brp byk cukai yg diorang bayar dan tahu mana peniaga yg ambil kesempatan.

      Lagipun gst ni, peniaga2 sendiri yg akan filing gst return kat kastam tiap bulan,atau setiap 3 bulan. Jadi, mudah utk kerajaan kutip cukai, semua dah jadi tanggungjawab peniaga sendiri utk bayar atau claim gst kat kastam.

      Kenapa menteri beria-ia saran rakyat elak gst? Sebab menteri ni nak nampak hebat je...bajet boleh selesaikan masalah rakyat la. Isu topup pun bercanggah dengan apa yg kerajaan dah tetapkan. Nampak sgt menteri ni ghairah nak bercakap je lebih...sebab tu la byk statement menteri yg pusing sana pusing sini.

      Itu pendapat aku la...kalau ada salah fakta ke boleh betulkan.

      Padam
    2. tapi kenapa barang gst lagi tinggi dari sst?

      Padam
    3. 1. Sebab ada brg yg sebelum ni tak kena sst tp skrg kena gst, jadi ada brg yg jadi mahal.

      2. Ada brg 10% sst , skrg 6% gst.masih lg mahal sebab ada peniaga yg x buang sst dulu, baru ganti dgn gst.

      3. Ada brg yg x kena gst tp pun boleh jd lg mahal sebab servis2 yg digunakan utk membolehkan brg tersebut dijual dikenakan gst, maka kenaikan kos ini menyebabkan peniaga naikkan harga brg. (tp Point ni x brp nak strong la..sebab peniaga boleh claim balik gst yg diorang bayar dr kastam). mungkin boleh jadi pd peniaga yg x berdaftar la...

      Btw, ini semua teori je....kalau dah memang dunia ni kejam dan dipenuhi dgn pemimpin yg zalim, nak pelik apa kalau rakyat semakin terbeban. Peniaga fikir keuntungan semata-mata, pemimpin nak jaga periuk nasi sendiri...hmmm

      Padam
  9. Bahaya bhai urutan kaki menggunakan cik-cik ikan

    BalasPadam
  10. Salam 1rasuah,

    Degree pensiswazahan mungkin sebab itu 3.85 hehehe. Cuba check result spm dia. Takkan terkejut kalau hanya dapat serendah 3A! Ramai sekarang buat macam itu. Apply gomen tak dapat maka beli master jadi lecturer. Akibatnya mahasiswa 2 kali bodo! Tukang ajar tak pandai ajar di sekolah. Lecturer tak pandai ajar di ipt. Bila grad standard engineer poli cabuk. Tolak BN undi PR. Kembalikan keadilan sosial. Agar semua rakyat berfungsi dalam masyarakat ikut kepandaian masing-masing.heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am. ) biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    BalasPadam
  11. Pasal ahmad maslan..he is useless.

    Pasal gst, sy amat 2 galakkan lumpsum sekali harga jualan dgn gst...pengguna sakit hati tgk harga display lain, kat kaunter add lg 6%. Nak xnk kita terpaksa telan gst ni...sbb so far sy x yakin even klau PR ambil alih, typical politicians akan setuju setiap bnda yg add money to their account. X caya google 'anwar still laksana gst jika perintah msia'. Sama mcm ahli parlimen dpt naik gaji, gst pun akan ttap setuju kpd mana2 parti perintah. Then rakyat yg sentiasa rugi.

    BalasPadam
  12. aku akan pergi kedai ko kalu ada anak ikan

    BalasPadam
  13. Aku tak tau air mata yang keluar ni hasil ketawa dari lawak yang berlebihan atau sedih kerana menyaksikan kesengalan yang terlampau. :D

    BalasPadam
  14. woww!!!!!....daouble save.....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.