Iklan Leaderboard

Selasa, 14 April 2015

6 Jadilah seorang ahli pasukan yang Hebat

Sukar untuk kita bekerja bersendirian, malahan amat sukar untuk kita boleh mencapai suatu kejayaan dan kegemilangan secara berseorangan. Disebabkan itu kita perlu bekerja dalam kumpulan, sebuah kumpulan yang akan menggerakkan usaha untuk mencapai suatu objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Itulah yang dikatakan Kuasa Pasukan atau Team Power.


Setiap ahli dalam kumpulan mengaktifkan kekuatan nilai Kuasa Pasukan dengan masing-masing "melakukan bahagian mereka":
  • Mereka mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.
  • Ahli yang setia kepada pasukan, kumpulan atau masyarakat mereka.
  • Menyedari akan keperluan dan peranannya untuk orang lain.
  • Semua orang mempunyai sumbangan yang perlu dilakukan.

Namun jika kumpulan ini tiada kuasa kumpulan, dengan masing-masing gagal mengetahui peranan dan tanggungjawab, tidak mahu menerima arahan ketua, sukar memberikan kerjasama, keras kepala, tidak mahu membantu orang lain, mementingkan diri, rasa iri hati, hanya buat hal sendiri dan bekerja secara silo tanpa mempedulikan ahli kumpulan yang lain, maka kewujudan kumpulan ini adalah suatu yang sia-sia dan kegagalan dari mula lagi.

Adakah kita sanggup menjadi beban kepada pasukan kita dan mengheret pasukan kita ke arah kegagalan? Adakah kita ingin menjadi punca akan kegagalan pasukan kita? Adakah kita menjadi biawak hidup dalam pasukan sedangkan ahli pasukan yang lain yang terpaksa menanggung tugas dan peranan yang kita abaikan dalam kumpulan? Sebab itu pentingnya Kuasa Kumpulan dan Sokongan Kumpulan.


Kuasa kumpulan adalah apabila setiap ahli sentiasa mengingati sesama sendiri secara konsisten untuk mencapai matlamat setiap ahli agar tercapainya Matlamat Kumpulan. Dengan kuasa Team Support, setiap ahli perlu menyokong orang lain secara rela hati agar melaksanakan tugas mereka dengan baik dan memastikan tiada ahli yang menjadi beban kepada ahli kumpulan yang lain.

Setiap ahli kumpulan dalam sebuah pasukan ada masanya mereka memerlukan Sokongan daripada ahli kumpulan yang lain.

Sebuah pasukan juga perlu mempunyai kuasa Semangat Berpasukan atau teamwork dengan setiap ahli memahami peranan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta mempunyai kuasa Pemikiran Berpasukan yakni berfikiran kreatif dan bersatu padu untuk menuju ke arah suatu matlamat.


6 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...