Jumaat, 24 April 2015

5 7 jenis/kategori bos yang amat menjengkelkan

Bukan senang untuk jadi seorang ketua atau pemimpin yang hebat dan disukai ramai, namun untuk menjadi bos yang jelek dan dibenci ramai amat mudah. Berikut adalah 7 jenis atau kategori bos2 yang amat menjengkelkan:


1. Forward-man

Bagi seorang bos kategori Forward-man, kepakaran mereka adalah forwardkan sahaja emel kepada orang lain sejurus mendapat sebarang memo dan arahan. Mereka jarang menambah apa2 ayat pada emel tersebut atau sekadar menambah ayat "FYI", "Dipanjangkan", "Untuk tindakan", "For your action", "Sila ambil tindakan" dan "Sila uruskan". Kerjanya hanya forward emel sahaja tapi gaji dia lebih besar dari kau.


2. FollowUp-man

Hobi bagi seorang bos FollowUp-man adalah follow-up seperti mana namanya. Apa2 tugasan yang diberikan kepada orang lain atau anak buahnya, nanti sikit2 nak follow-up. Tak sampai 30 minit, follow-up lagi. Lepas setengah jam, hantar mesej Whatsapp follow-up. Setengah jam lagi, hantar emel follow-up. Tak sampai sejam, call pulak nak folllow-up lagi. Bos FollowUp-Man ini mempunyai keyakinan dan tahap kepercayaan yang rendah terhadap diri sendiri dan orang lain.


3. Pointing-man

Kebiasaannya bos Pointing-man ini sangat tidak digemari dan dibenci oleh anak buah, kerana dia suka point apa2 kesalahan kepada orang lain terutama anak buah sendiri. Dia tidak akan mempertahankan kesilapan dan kelemahan anak buah daripada orang lain. Apabila soalan2 seperti "Siapa perlu bertanggungjawab?", "Kenapa tak dapat capai KPI?", "Macam mana sistem boleh down?", "Apa punca benda ni rosak?", "Siapa yang patut buat kerja ni?" diajukan di dalam mesyuarat, bos Pointing-man ini akan terus menuding jari kepada orang lain terutama orang bawahannya. Tapi bila ada kejayaan, dia akan point kepada diri sendiri dan dapatkan kredit tu seorang diri.


4. DontKnow-man

Bos DontKnow-man biasanya dilantik menjadi ketua hanya kerana kepakaran beliau bercakap dan jual air liur, bukan kerana dia pakar dan bijak dalam pengurusan atau teknikal, sebab apabila anak buah mahu bertanya atau merujuk kepada dia mengenai hal2 kerja, dia akan menjawab "Saya tak tahulah", "Entah, saya pun tak pasti", "Ini saya tak tau ni" dan "Awak Google je lah cari kat Internet". Bila orang lain bertanya kepada dia, dia akan menjadi sama ada FollowUp-man dengan menjawab "Saya tak tahulah, nanti saya follow-up dengan anak buah saya dulu" atau menjadi Pointing-man dengan menjawab "Saya tak tahulah, nanti awak tanyalah anak buah saya sendiri".


5. GrammarNazi-man

Seorang bos jenis GrammarNazi-man amat cerewet dan terlalu terperinci mengenai hal2 remeh temeh dan membuang masa, terutama dalam penyediaan sebarang laporan, dokumentasi dan minit mesyuarat. Apabila suatu dokumen itu dihantar kepadanya, dia jarang menilai dan menyemak isi kandungan dan teknikaliti dokumen tersebut, sebaliknya lebih fokuskan pada pembetulan ejaan, nahu, tatabahasa, ayat, format, jenis dan saiz tulisan, warna yang digunakan dan lain2 yang kemudiannya diserahkan semula kepada anak buahnya untuk membuat pembetulan.


6. Meeting-man

Dalam kehidupan kerja bos Meeting-man memang sangat bosan, sangat bosan sehingga tak tau nak buat lalu diaturkan mesyuarat. Sikit2 buat mesyuarat. Pagi mesyuarat, petang mesyuarat, dalam seminggu kalau boleh tiap2 hari nak buat mesyuarat. Dah kalau asyik nak buat mesyuarat je dah bila masanya nak buat kerja? Selalunya perkara yang boleh diselesai tanpa buat mesyuarat pun nak buat mesyuarat juga. Dan bila dalam mesyuarat pula, topik dan isu yang hendak dibincangkan cuma setengah jam, lagi 2 jam melalut sembang2 kosong cerita pasal anak, pasal politik, pasal makan2, pasal benda mengarut2.


7. ComeToMyOffice-man

Bos ComeToMyOffice-man juga sama bosan dengan bos Meeting-man. Buat meeting dah selalu dah, lepas tu sikit2 panggil anak buah masuk bilik, sikit2 suruh anak buah datang menghadap dia kat bilik. Kadang2 anak buah tengah sibuk2 buat kerja pun, dia suruh datang bilik dia dengan segera. Tujuan suruh datang bilik? Sama ada jadi FollowUp-man atau sembang benda merapu2. Ntah kenapa bontot tu berat sangat nak bangun datang ke tempat anak buah untuk tanya apa2 berkaitan tugas. Bontot ada emas kot.






tags: bos ketua leader pemimpin boss annoying hated dibenci menjengkelkan jengkel menyampah meluat forward-man followup-man pointing-man dontknow-man grammarnazi-man meeting-man cometomyoffice-man

5 ulasan:

  1. moh solat jumaat dulu bohhh~

    BalasPadam
  2. Waa.. noob akhir ny ko buat jugak tread ttg boss ko. boss ak ada semua ciri yg telah ko nyatakan di atas. kikiki. btw, NARUTO keluar episod baru.

    BalasPadam
  3. memancing?
    Makan?
    terbaru, terapi urutan kaki oleh cik-cik ikan!!
    Hanya di BB Joran Restoran Terapung

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.