Jumaat, 3 April 2015

24 Perbandingan sebelum dan selepas GST yang bullshit

Aku sejak2 Tesco boleh buat pembelian secara online guna mobile app ni, aku dah jarang pergi pasaraya. Apa yang bestnya beli secara online ini adalah ko tak payah buang masa bersiap2, bergerak pergi pasaraya, cari parking, ambil troli, cari barang, beratur kat kaunter dan balik rumah. Aku cuma perlu buka app sambil baring2 kat sofa ruang tamu, cari barang yang aku nak, sort by harga tengok jenama apa yang paling murah (aku memang cheapskate), pilih waktu penghantaran (biasanya penghantaran pada keesokan hari) dan kemudian tunggu je. Nanti bila lori Tesco sampai hantar barang, bayar je pakai kad debit atau kredit. Simple.


Cuma 3 hari sebelum GST hari tu pada 29 Mac 2015, aku order banyak barang untuk persediaan hari raya GST. Sepatutnya dia hantar barang pada 30 Mac hari Isnin malam tapi lori tak sampai2. Aku call help line dia, dia cakap order aku tak masuk sebab sistem dia ada problem. Tak tau memang betul sistem dia problem (Syarikat multinasional pun masalah sistem problem? Takkan la takde backup) atau barang banyak dah habis stok atau diorang saja tak nak jual sebab nak simpan stok untuk GST, whatever lah. Cuma at least aku dah ada senarai harga 51 barang yang boleh aku buat perbandingan sebelum dan selepas GST.

So semalam, aku order barang yang sama untuk lihat perbandingan harga sebelum dan selepas GST. Barang2 yang aku beli antaranya barang makanan, peralatan dapur, barang penjagaan diri, kebersihan rumah dan alat tulis. Berikut adalah jadual harga barang2 yang aku order:


Bil. Produk Harga pada
29 Mac 2015
(Sebelum GST)
Harga pada
2 April 2015
(Harga sudah ditambah GST)
Perbezaan Harga Peratus Perbezaan
1 Anlene Regular Milk 800g RM32.20 RM32.20 RM0.00 0.00%
2 Areon Party Air Freshener for Car RM7.50 RM7.95 RM0.45 6.00%
3 Carrie Junior Joyful Raspberry Baby Hair & Body Wash 280ml RM8.80 RM9.35 RM0.55 6.25%
4 Century Dipper RM1.50 RM1.50 RM0.00 0.00%
5 Colgate Cavity Protection Spider-Man Bubble Fruit Flavor Fluoride Toothpaste for Kids 40g RM2.30 RM2.30 RM0.00 0.00%
6 Colgate Kayu Sugi Ubat Gigi Antikaviti 175g RM5.39 RM5.59 RM0.20 3.71%
7 Dutch Lady Low Fat High Calcium Milk 1 Litre RM6.29 RM6.29 RM0.00 0.00%
8 Faiza Mongkut Beras Wangi Thailand AAA 10kg RM45.00 RM45.00 RM0.00 0.00%
9 Gardenia Original Classic 400g RM2.40 RM2.40 RM0.00 0.00%
10 Glade Lemon Car Gel 75g RM5.50 RM5.85 RM0.35 6.36%
11 Glo Lime Concentrated Dishwashing Liquid 900ml RM4.49 RM4.49 RM0.00 0.00%
12 Gula Prai Coarse Grain Sugar 1kg RM2.84 RM2.84 RM0.00 0.00%
13 Jalen Kicap Lemak Manis 325ml RM3.20 RM3.20 RM0.00 0.00%
14 Jalen Soy Sauce 325ml RM2.80 RM2.80 RM0.00 0.00%
15 Lady's Choice Real Mayonnaise 230ml RM5.50 RM5.79 RM0.29 5.27%
16 Life Chilli Sauce 340g RM2.70 RM2.70 RM0.00 0.00%
17 Life Oyster Flavoured Sauce 250g RM2.69 RM2.69 RM0.00 0.00%
18 Life Thai Chilli Sauce 360g RM3.15 RM3.15 RM0.00 0.00%
19 Life Tomato Sauce 330g RM2.40 RM2.40 RM0.00 0.00%
20 L'Oréal Paris Total Repair 5 Repairing Shampoo 330ml RM15.90 RM16.15 RM0.25 1.57%
21 Maggi 2 Minute Chicken Instant Noodle 5 x 77g RM3.69 RM3.69 RM0.00 0.00%
22 Maggi 2 Minute Noodles 5 x 79g RM3.39 RM3.39 RM0.00 0.00%
23 Maxonic Hanger Series M2288-15 15pcs RM4.75 RM4.75 RM0.00 0.00%
24 Maxonic Pink Basin RM3.90 RM4.15 RM0.25 6.41%
25 MILO 3 in 1 Original 30x33g Stick Packs RM20.90 RM22.15 RM1.25 5.98%
26 Nescafé Classic Instant Coffee 50g RM6.49 RM6.49 RM0.00 0.00%
27 NESCAFE Ipoh White Coffee Hazelnut 15x26g Sticks RM10.99 RM10.99 RM0.00 0.00%
28 Nestlé Maggi Mi Goreng Kari Ori 5 x 77g RM4.50 RM4.69 RM0.19 4.22%
29 Nestle Milo Original 6 x 240ml RM11.89 RM12.59 RM0.70 5.89%
30 NutriPlus Classic Eggs L 10s 60g RM4.49 RM4.49 RM0.00 0.00%
31 Pen Drive 8GB USB Flash Drive RM18.90 RM20.05 RM1.15 6.08%
32 Power Rangers Drawing Block 100gsm 16 Sheets RM2.90 RM3.05 RM0.15 5.17%
33 Saji Cooking Oil 2kg RM6.25 RM6.29 RM0.04 0.64%
34 Tesco Blue In-Cistern Toilet Block 2 x 45g RM4.50 RM4.45 -RM0.05 -1.11%
35 Tesco Choice Moisturizing Shower Cream with Goat's Milk & Aloe Vera 1000ml RM6.59 RM6.95 RM0.36 5.46%
36 Tesco Choice Tropical Fruit Juice Drink Base 340ml RM3.99 RM4.19 RM0.20 5.01%
37 Tesco Colour Plus Liquid Detergent 2.8kg RM13.99 RM14.80 RM0.81 5.79%
38 Tesco Everyday Value Facial Box Tissue 4 x 100s RM3.49 RM3.40 -RM0.09 -2.58%
39 Tesco Everyday Value Floor Cleaner 2L RM4.99 RM4.90 -RM0.09 -1.80%
40 Tesco Everyday Value Large Garbage Bag 10pcs RM1.49 RM1.50 RM0.01 0.67%
41 Tesco Everyday Value Lavender Toilet Bowl Cleaner 500ml RM2.49 RM2.40 -RM0.09 -3.61%
42 Tesco Everyday Value Wastepaper Basket Small Garbage Bag 30pcs RM1.49 RM1.50 RM0.01 0.67%
43 Tesco Extra Long Life AA Alkaline Batteries 1.5V 8 Pack RM7.90 RM6.90 -RM1.00 -12.66%
44 Tesco Extra Long Life AAA Alkaline Batteries 1.5V 8 Pack RM7.90 RM6.90 -RM1.00 -12.66%
45 Tesco Extra Long Life C Alkaline Batteries 1.5V 2 Pack RM7.50 RM7.50 RM0.00 0.00%
46 Tesco Value Metal Scourer 1 Piece RM0.99 RM1.05 RM0.06 6.06%
47 Tesco Value Metallic Scourer 1 Piece RM0.99 RM1.05 RM0.06 6.06%
48 Unicorn 2B Pop Pencil 181 High Quality Blacklead Pencils 12pcs RM4.20 RM4.45 RM0.25 5.95%
49 Upin & Ipin Eraser 6pcs RM1.80 RM1.90 RM0.10 5.56%
50 Upin & Ipin Ruler 15cm RM0.90 RM1.39 RM0.49 54.44%
51 Wings Daia Blooming Garden Fabric Softener 1800ml RM4.79 RM4.79 RM0.00 0.00%
Jumlah RM345.58 RM351.43 RM5.85 1.69%
Kod warna: Harga kekal
Harga turun
Harga naik


Daripada 51 barang, 23 barang naik harga, 6 barang turun harga, selain daripada itu kekal. Dan jumlah harga keseluruhan naik sebanyak RM5.85, daripada RM345.58 sebelum GST ke RM351.43. So kesimpulan aku, selepas GST lebih banyak harga barang keperluan yang naik daripada turun seperti yang dicanang2kan oleh kerajaan.

So sekali lagi, adakah gambaran di buku ini tepat?


UTTERLY BULLSHIT!




tags: perbandingan perbezaan harga barangan keperluan barang sebelum dan selepas gst sst tesco online app aplikasi android malaysia download shopping

24 ulasan:

  1. hahahahha tahik lembu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jubo kau terkena tahi lembu ke

      Padam
  2. Yes it isn't.....selamat berhari GST! Hari-hari mau GST....guling-guling pun kena GST...eh...lilin skang kena GST tak? tolong bagi pencerahan...

    BalasPadam
  3. Ini Malaysia bro..negara maju dunia ketiga.. hahaha.. tak suka malaysia, pegi tinggal kat bora-bora la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau pernah tinggal kt bora-bora k?

      Padam
  4. Majority banyak x setuju dgn gst ni... Budak kecik pun kena bayar cukai sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada negara ke yg x kena cukai

      Padam
  5. Barangan bayi dikesan. Nub dah kawin dan ada anak, tahniah. Mne si anon pussy hunter? Kau boleh teruskan kejar pussy sampai mampos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob dah kawin ke??

      Padam
    2. noob kantoi kikiki

      Padam
    3. Anak noob suka upin ipin ek.. Wife minum anlene pregnant lagi ke?

      Padam
    4. Anak noob suka upin ipin ek.. Wife minum anlene pregnant lagi ke?

      Padam
    5. Mungkin noob perasan budak2, tu yang pakai carrie junior body wash dengan toothpaste for kids.

      Padam
  6. Boleh dijadikan fakta dalam buku sejarah 10 tahun lagi, hahaha

    BalasPadam
  7. Kalau tahun ni PRU..confirm kerajaan memerintah akan tumbang. ...tp PRU lambat lagi tahun 2017/18....sy rasa rakyat akan lupa pasal isu GST ni. Sama mcm konsep harga minyak naik...pas2 ada isu lain yg terkini, so isu ini akan hampir dilupai....

    Life goes on with GST...xde pilihan kena stay malaysia skrg.....bkn byk duit nak stay luar negara.

    BalasPadam
  8. pi duduk jerman la cik noob..

    BalasPadam
  9. Bagusnya kau.Rajin buat perbandingan...

    BalasPadam
  10. Oh GST

    kota Dhaka ini berjarak seribu kilo dari matamu
    tapi tak secenti pun pernah kau tempuh aku
    dari angan-anganmu
    mengenai bisjut & royi semalam

    Oh GST

    di sini ada pikiran mengenai bisjut & royi,
    gedung-gedung bisjut & royi, senyuman jejaka bangla
    dan bintang jatuh kunikmati sendiri di taman kosong

    Oh Rozana

    waktu membeli bisjut
    di tampah tua milik
    ibu di kota Dhaka

    juga cinta, ia memberiku satu ketul bisjut, tiga ketul royi

    biarkan aku simpan bisjut & royi
    dusta dan mimpi-mimpi di bawah bantal
    biar kubawa dalam tidur
    Bersama kenangan menjamah bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  11. Salam 1 rasuah ,

    Kerajaan akhirnya menyertai 160 negara yang melaksanakan gst walaupun agak terlewat.

    Begitulah bunyinya ayat nak perdaya rakyat. Ingat semua rakyat degree spm sedikit A ke, senang senang nak tipu.

    Apa yang membebankan daripada negara maju kerajaan cepat cepat tiru, tapi apa yang baik tidak pula dicontohi, contohnya;
    1. Gaji ikut jam (per hour) kita masih per month.
    2. Kilang atau lombong untuk rakyat tempatan , di sesetengah tempat pihak kilang yang membina sekolah dan pusat komuniti di sesuatu kawasan tapi di Malaysia , kilang untuk pendatang asing.
    3. Nak masuk U mesti lalui ujian tapisan jika tak lepas mesti diulang, hitler pernah gagal masuk akademi seni begitu juga Yonro dari cerita sin chan yang terpaksa mengulang ujian untuk masuk U, tapi di Malaysia, boleh masuk KU, turunkan graf, melalui kursus tertentu, degree boleh dibeli dengan mudah tanpa skor spm.
    3. Gaji sektor swasta lebih tinggi dan dipandang mulia tapi di Malaysia sektor awam yang lembab dan tidak cekap terlampau dimanjakan hingga cukai dan hasil negara lebih banyak mengalir kepada mereka daripada kepada orang miskin.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
  12. Aku dah buat repot kat KPDNKK. Pasaraya cine, mahal gile semua hrge sblm dicaj gst (check jugak apps gst tu konfirm melebihi julat). Bnding ngan kedai melayu lebih murah lebih murah. Dah dua pasaraya kantoi naikkan harge... Dua-dua cina..

    BalasPadam
  13. byk ko beli barang jenama tesco bero..haha..aku pun slalu beli brand tesco je..ok what brand die..not bad..jimat byk..

    BalasPadam
  14. buku tu eja "sedikit" pun salah. -.-

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.