Khamis, 12 Mac 2015

49 Membeli-belah menjadi lebih menyakitkan dengan GST

Dalam lebih kurang 20 hari lagi, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan di negara kita pada 1 April 2015. Berdasarkan berita yang dipetik daripada Harian Metro, konsep Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) iaitu cukai yang dikenakan berdasarkan penggunaan dan bukan pendapatan, sudah tentu mampu mendidik rakyat Malaysia supaya mengamalkan langkah penjimatan dengan hanya membeli barangan penting dan keperluan saja.


Berikutan itu, sebagai pengguna, orang ramai harus bijak mengatur strategi supaya mereka tidak berasa dibebani dengan pelaksanaan cukai ini bermula 1 April depan.
Perkara paling utama yang perlu diberi perhatian ialah menyenaraikan perbelanjaan tetap bulanan seperti bayaran ansuran kereta, utiliti dan sebagainya serta kenal pasti yang mana terbabit dengan GST untuk mengawal perbelanjaan.

Selain itu, pengguna digalakkan berbelanja di kedai berdaftar dengan GST untuk mendapat manfaat harga rendah dan mengamalkan sikap berbelanja ketika musim promosi pada harga menjimatkan.

Selanjutnya Harian Metro.


Dulu pernah keluar berita mengenai dengan GST harga barang dan perkhidmatan akan turun, maka kenapa suruh rakyat beli barang perlu sahaja agar dapat mendidik rakyat lebih berjimat? Kalau harga semakin turun, patut sarankan rakyat agar berbelanja yang bukan sekadar keperluan malah kemahuan, tak gitu?

Ramai sangat yang nak keluar kenyataan, ramai sangat nak jadi pakar ekonomi, maka bermacam2 analisa dan andaian dikeluarkan. Sehingga kini, terdapat 160 negara yang telah melaksanakan GST, yang juga dikenali sebagai VAT (Value-Added Tax) di sesetengah negara. Untuk melihat kadar cukai GST/VAT ini di negara lain, boleh rujuk di Wiki ini. Nak tahu macam mana GST nanti memberi kesan kepada kita, tengok lihat bagaimana GST/VAT ini dilaksanakan di negara2 lain.

Sebelum itu, satu yang kita kena faham adalah, dengan GST, semua barang yang dijual dan perkhidmatan yang ditawarkan akan dikenakan dengan cukai GST, kecuali barang/perkhidmatan yang dikecualikan. So apakah barangan yang tidak dikenakan GST? Antaranya adalah: 
  1. Semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport.
  2. Roti putih dan roti ‘wholemeal’.
  3. Serbuk kopi, teh dan koko.
  4. Mi kuning, kuey teow, laksa dan bihun.
  5. Ubat-ubatan penting Nasional yang meliputi hampir 2,900 jenama ubat. Ubatan ini adalah untuk kegunaan rawatan 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan.
  6. Bahan bacaan seperti buku mewarna kanak-kanak, buku altihan dan rujukan, buku teks, kamus dan kitab agama.
  7. Surat khabar.
Kejadian berlaku di hadapan kira-kira 10,000 peminat kedua-dua pasukan sejurus Felda United FC (FUFC) layak ke separuh akhir melalui keputusan agregat selepas berakhirnya saingan suku akhir kedua malam tadi.   Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/piala-malaysia-stadium-temerloh-kecoh-fufc-mara-ke-separuh-akhir-45826?cp
Sumber Astro Awani
Antara produk yang dikatakan bakal mengalami penurunan harga pula adalah seperti berikut:
  1. Ubat-ubatan
  2. Barangan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh
  3. Produk tekstil
  4. Barangan plastik seperti baldi dan pinggan mangkuk, kasut, dan selipar
  5. Perabot rumah
  6. Lampin bayi, sabun, daging, telur ayam, minyak, makanan laut, beras dan sayur-sayuran

Ok sekarang, lupakan pasal kenaikan atau pengurangan harga, tapi fokus kepada cukai GST yang bakal dikenakan iaitu 6%. Kita tengok dulu bagaimana produk2 di negara yang mempunyai GST dipasarkan seperti berikut:




Semua harga barang yang dijual akan dipaparkan harga sebenar dan juga harga selepas cukai pada tag harganya. Ini bermakna semua perkhidmatan dan barang yang dijual yang dikenakan GST, kita akan tahu berapa harga asal dan berapa cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan.

Berbeza dengan cukai SST yang kita amalkan selama ini, pengguna tidak membayar cukai secara terus atau direct kepada kerajaan bagi setiap pembelian barangan yang dibuat kerana cukai telah diserap atau absorb terus di dalam setiap barangan yang dijual. Seperti contoh, jika sehelai baju dijual dengan harga RM100, kita sebagai pengguna hanya bayar RM100 sahaja tanpa kita tahu berapa cukai yang dah dikenakan kepada baju tersebut, so kita takde lah rasa ralat.

Akan tetapi dengan GST, kita akan tahu berapa cukai yang kita bayar kepada kerajaan setiap kali kita membeli belah. Seperti contoh, jika baju tadi dijual dengan harga RM100, kita kena bayar RM100 + RM6 (cukai GST) menjadikannya RM106. So dalam kepala otak kita, kita dah tahu yang kita sudah memberi sumbangan ikhlas kepada kerajaan sebanyak RM6 dengan pembelian RM100 itu tadi.

Andai kata baju tersebut turun harga kepada RM90 pun, kita tahu yang kita perlu menambah RM5.40 untuk diberikan kepada kerajaan. Begitu juga jika baju itu naik harga, kita tetap kena menyumbang 6% daripada harga barangan kepada kerajaan.

Selain daripada barang dan perkhidmatan yang dikecualikan, semua akan dikenakan GST. Kalau setakat beli baju RM100 kena bagi kat kerajaan RM6, atau beli topup telefon RM10 kena bagi 60 sen kat kerajaan, atau guna perkhidmatan MEPS untuk keluar duit kena caj transaksi RM1 tambah lagi 6 sen untuk bagi kepada kerajaan, takde la rasa kisah atau ralat sangat.

Tapi, bila masa ko nak beli benda2 yang berharga seperti telefon bimbit RM1,000 kena bagi kat kerajaan RM60, atau beli PC berharga RM2,000 kena pula bagi kat kerajaan RM120, rasa agak kisah dan ralat la jugak. RM120 tu banyak kot, lepas makan KFC 10 kali. Aku rasa masa tu mesti ramai yang dah hilang keikhlasan nak bagi duit kat kerajaan.

Tu baru cerita nak beli gajet elektronik, belum barang2 elektrik, perabot rumah dan kenderaan lagi. Kalau kata kita ni orang miskin, yang mampu beli cuma motor Honda EX5, katakan harganya RM3,500. Aku tak pasti kenderaan ni kena GST juga tak sebab takde dalam senarai di atas, lagipun kenderaan bermotor ni dia punya cukai sedia ada pun dah banyak, tapi kalau kena GST 6%, orang miskin tadi perlu menambah RM210 untuk diberi kepada kerajaan.

Katakan kereta paling murah iaitu Perodua Viva 660 BX pun harganya dalam RM22,000, nak beli kereta tu ko kena topup RM1320 untuk diberi kepada kerajaan. Itu baru cukai nak bagi kat kerajaan atas harga kereta, campur lagi dengan interest rate 9 tahun loan dengan bank, tambah lagi dengan cukai GST yang dikenakan pada perkhidmatan urusan pemprosesan pinjaman semua, tak ke dah berkali2 ganda kerajaan dapat kutip duit hanya dengan sebuah proses pembelian kenderaan sahaja?


Sebagai kerajaan, GST memang baik untuk meningkatkan pendapatan kerajaan. Merujuk daripada penerangan di fanpage Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad;
1. GST diperlukan untuk mencari sumber pendapatan baru buat kerajaan. Ini penting berikutan kos operasi kerajaan seperti pendidikan, kesihatan, gaji orang gomen, duit pencen, dan operasi telah meningkat.

2. Kerajaan tidak boleh menaikkan kadar cukai pendapatan dan korporat kerana ini tidak adil memandangkan hanya 1.9 juta pekerja yang membayar cukai. Lagi 6 juta pekerja? Mereka tidak bayar.

Jika cukai korporat dinaikkan pula, ia akan menjadikan Malaysia kurang menarik buat pelabur. Lebih teruk, silap-silap syarikat Malaysia juga lari ke luar.

3. kerajaan perlu kurangkan kebergantungan kepada Petronas. Cukai daripada Petronas adalah tidak ‘sustainable’. Kalau harga minyak jatuh, maka kuranglah pendapatan kerajaan.

Penurunan 30% harga minyak sahaja menyusutkan pendapatan negara sebanyak RM20 billion. Oleh itu, sumber pendapatan lain diperlukan.

GST adalah sumber yang ‘sustainable. Ianya begitu kerana selagi mana orang berbelanja, maka akan ada pendapatan untuk kerajaan.

Mereka yang berbelanja lebih, akan membayar cukai yang lebih. Kebiasaannya orang yang berbelanja lebih adalah orang yang berkemampuan.

Ya, GST memang baik untuk kerajaan, untuk menambah pendapatan kerajaan, kantung duit kerajaan akan bertambah setiap kali rakyatnya membeli barangan atau menggunakan suatu perkhidmatan selain yang dikecualikan.

Walaupun cukai GST itu selepas ini memang wajib dan kita terpaksa membayarnya, namun aku tak rasa memang ada orang yang benar2 ikhlas dan suka membayar cukai GST tu setiap kali membeli barang dan tersenyum apabila melihat jumlah wang yang perlu disumbangkan kepada kerajaan, kalau kaedah tanda harga yang sama digunakan seperti negara2 GST lain. Sedangkan ko buat loan kereta kena interest 3.5%, atau ko beli barang pakai kredit kad kadang2 kena caj 2 atau 3% pun dah rasa sakit hati, apatah lepas ni kena tambah lagi 6%?

Aku lebih suka kaedah lama di mana kita hanya perlu membayar harga barangan dan perkhidmatan yang dinyatakan tanpa  kita tahu pun berapakah sebenarnya jumlah wang yang pergi kepada kerajaan sebagai cukai, sekurang2nya takde lah rasa ralat atau sakit pedih ulu hati.

Inb4, info di bawah ini sangat tahi. Kita tunggu jelah 1 April 2015 nanti tengok banyak ke tak banyak barang dalam troli tu.





tags: cukai gst goods serives tax vat value added tax didik berjimat beli barang perlu sahaja harga barang perkhidmatan naik turun

49 ulasan:

  1. kerajaan yang 'bijak' lahir dari pengundi yang 'bijak'. good

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://www.amenoworld.net/2015/03/kerana-gst-kita-bagi-brim-tambahan-300.html?m=1

      Padam
  2. Shrek is love,Shrek is life11 Mac 2015 pada 7:11 PTG

    gambar last memang tipu. sapa percaya memang bodo. kl lepas gst boleh beli brg banyak,apasal gst 6% je buatlah 70%ke apa lg untung boleh beli brg berkali-kali byk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Shrek. Gua dengar lu ni gay yg gemar bro code. Name gua Neil. Dan gua ade satu 'nail' yg hebat. Lu mau tengok ka, Shrek my brada?

      Padam
  3. Balasan
    1. Grammar nazi ;-)...

      Padam
    2. Terima kasih atas teguran, sudah diperbetulkan.

      Padam
  4. tak kira ko penjilat pembangkang atau penjilat kerajaan masih buta... last2 akhir sekali yang aniaya orang miskin ngan golongan pertengahan... so far ak tak pernh rasa sangat apa kerajaan buat ni betul2 nmpk gaya tolong orang miskin ngan efektif haha2 tunggu br1m je la nmpknya...

    BalasPadam
  5. apapun tak de siapa suka bayar lebih even 6 sen sekalipun apatah lagi RM6++.. orang kaya pun tak suka apatah lagi orang miskin. Apapun kerajaan cuba menyakinkan GST bukan satu bebanan pada rakyat tapi majoriti merasakan ia bebanan.. sampai nak buat pengeluaran kat mesin ATM pun kena GST tang tu saya rasa sangat2 melampau.

    BalasPadam
  6. Habislah makin pokai student2 yang dari family biasa2 mcm saya. T_T

    BalasPadam
  7. GST terlaksana poket gomen, najib & rosmah semaik tebal. manakala rakyat masih hidup dlm kemiskinan, gaji xnaik2 .. taraf hidup makin menurun . .

    nak tunggu gst maNSUH Tunggu je lah PRU14 nanti. bagi bim bram broom rakyat senyap lupa segalanya apa yg BN buat. BN menang lagi ... keh3 .. baghal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perancangan Allah SWT lebih baik..lantak lah de nak GST ke SST ,MATI..kte tengok jer la..
      lg de makap lg bosa perut de,,lg banyak penyakit,,minyak pon banyak..beban..
      silap silap dah MMT

      Padam
  8. Bila GST di laksana. Xkira rakyat miskin ke kaya suma kena .. Yg paling terbeban mesti lah golongan pendapatan rendah ...

    Ini lah hadiah dari BN sebab mengundi BN tempoh hari .. Syabass & tahinah BN kerana berjaya menyusahkan rakyat yg dh sedia susah..

    BalasPadam
  9. Nak buat gst bole. Tapi taraf hidup rakyat ko kena setel kan dulu, jln raya kasi tip top, pengangkuta awam kasi bagus .. Lampu2 jln tambah ke kawasan pedalaman & lain2 di fikirkan perlu..

    Aku rasa rakyat dh byk membayar pd kerajaan. Masih xcukup lagi kah? Mangsa2 banjir dkt pantai timur masih lg xterbela. Rumah2 masih hancur .. Org tingal dlm bangsal, dlm kemah masih ramai berpanas terik..

    Rakyat yg susah lg mau perah duit? Serious aku xphm apa yg dlm kepala botak najib skrg ... .

    BalasPadam
    Balasan
    1. peduli apa ko paham ke tak paham dalam otak najib.
      bukannya ko pun pi tolong mangsa banjir kat pantai timur pun.
      lagi satu...kan ke orang kelantan suka kata orang umno kapir...
      takkan nak minta bantuan orang kapir kot kan...minta la bantuan dari saudara baik lim kit sial tu
      lu plak lelebih

      Padam
    2. Haha.. Macai Najib sentap. Mesti org kaya ni..

      Padam
    3. haha...macai peliwat sentap...
      mesti kaki buntut dan orang kaya ni..

      Padam
    4. mangkuk anon 708 ni kalu join geng kulup rani bagus ni. Ayat dh powerr !!.. Tinggal bontot je kasi kilat ... Tapi sayang duk Potpet2 mcm tong kosong ... Xda sapa yg peduli kah3 ...

      Padam
    5. Lol anon 708 lekk arr. Yg lu pg2 dh emo ni kenapa .. . gaduh dgn bini ke xdpt semalam. Ke gaji xmasuk lg ? Lek2 meh wa blanja mapley roti najib satu ghahah2..

      Padam
    6. lu mesti suka makan roti peliwat nuwar berahi kan

      Padam
  10. Nak laksanakan GST katanya utk menambah pendapatan negara, tapi pemerintah pun banyak lagi yang mewah2. Kenapa tak kurangkan je perbelanjaan diorang yg dah senang - lenang ni. Sepatutnya pemerintah la yg kena bantu negara dulu baru la pow dari rakyat biasa kalau x cukup.

    April nanti topup pun kene GST. Possible ke yg harga topup tetap sama selepas GST?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la PEMIMPIN PUKIMAK NAMANYE...
      KO PEGI CEK STOR RUMAH DE..BPE BYAK BARANG DE BAZIRKAN
      TOLONG RAKYAT LG BAGUS LA

      Padam
  11. Tenaga kerja tak kena GST ker?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti ada yang akan kena sebab tenaga kerja dikira sebagai perkhidmatan.

      Padam
    2. Maksudnya kalau kita bekerja, kita boleh kenakan GST pada majikan la?...

      Padam
  12. *facepalm*

    Tak suka Malaysia, pegi la tinggal kat Singapore, Thailand, Afrika, Nicaragua..blablabla..
    Lagi baguih, pergi tinggal kat 5 negara terbaik ni.. Canada, Belanda, Norway, Sweden dan Denmark.

    Makcik Felda pun tak bising2 bayar GST. Kami lebih rela mati dalam keadaan tegak demi membayar GST dan mengkayakan Najib dan Rosmah. Kowang apa tau, nak rosakkan Malaysia, boleh la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pantat ape ..makcik felda tu bukan tau menaip..klau pandai dah lama ko ni kne sumpah seranah...makcik tu tengok perut najib pon dah tau jenis apo orang tu..ko tu yang rabun

      Padam
  13. dulu org bekerja yg gaji tinggi je kena byr cukai, pas ni budak kecik nk beli baju sekolah pn kena byr cukai... gampang punya Babi Negara

    BalasPadam
  14. Domino pizza turun rege bulan 4 ni. Jom.

    BalasPadam
  15. Sy selalu tgk kat bil beli barang kat kedai minimart atau gaint...so far xde tulis tax x kira sales tax atau seumpamanya. Tp persoalan utama ialah adakah harga dlm resit 2 sbnrnya dah masuk tax sbb peruncit atau gaint still akan bayar cukai kpd gov dgn sistem tax sediada. Yg obvously ada tax ialah mcm McD, Pizza n seumpamanya yg akan tulis sales tax 5% n service tax 10% kalau dine in.

    So bila GST kick start, mmg sy diberitahu dlm resit akan tulis GST sekali utk SETIAP barang yg dibeli...so setiap baris ada tulis GST utk setiap barang sbb x semua brg dikenakan GST. Bukan lump sum total harga dan add 6% GST. So kita fhm yg tax dah tunjuk siap2 dlm resit n pengguna aware.

    So, sy x pasti adakah harga utk barang yg sama akan still naik atau turun lepas GST kick-off sbb kita x pasti barang yg kita beli skrg dah masuk sekali cukai SST sebelum ni. So wait n see.

    P.S. - Dlm iklan ada kata 60% barang akan turun, 30% akan kekal lagi 10% akan naik. X tau betul ke x.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 lagi....yg sy fhm antara GST dilaksanakan sbb nak pastikan pekedai atau peruncit still kena bayar tax. Kalau sistem SST skrg, byk berlaku hidden tax dalam jualan, tp x declare dlm resit sbb harga dah sekali dgn tax masa jual. Bila peruncit nak declare brg byr tax, so diaorg claim pengguna x byr pape tax kat peruncit..so less tax paid to Gov utk tunjukkan mereka buat less sales tp sbnrnya dah byk buat sales tp mengelak tax...in other words, sbnrnya pengguna dah byr hidden tax kpd peruncit tetapi tax tersebut peruncit telan sorg2. So GST ni utk pastikan tax utk setiap brg anda bayar akan gi kpd Gov dan digunakan semual dlm Bajet setiap tahun.

      Sama mcm kita declare pendapatan LHDN, so kita key-in based on payslip amount (official), tp ada gak yg dpt pendapatan yg off record utk elak bayar cukai. Situasi yg sama dgn sistem SST skrg..cuma GST lebih telus sbb everything dlm sistem..cleh lari. SST xde sistem mcm GST skrg, so leh lari byr tax.

      Tp bagi saya, kita kena lihat end reslut bila next April..kalau secara umum byk harga naik dr harga skrg..mmg sy akui sistem cukai skrg membebankan. Bukan nak kata saya penyokong Gov, cuma sy dah buat homework sy n sy selalu dengar ada peruncit xnak register GST sbb diaorg xnak byr cukai lebih kpd Gov dr hidden tax yg kita bayar sebelum ni.

      Padam
    2. BTOL NI BRO..JAWAPAN KO PALING BERNAS DALAM BANYAK2 KOMEN KAT SINI..SAPE YG BELAJA TAXATION TAU GST N SST NI BNYAK PERBEZAANYA..TP AP2 PON KENA TGGU APRIL NYA RESULT SELEPAS DILAKSANAKAN..BERKEMUNGKINAN MEMBEBANKAN...

      Padam
    3. Btul tu Ayam Afrika. Isu GST ini telah diputar belit. Sepatutnya pihak yang ditekan adalah golongan korporat dan bisnes melebihi nilai ambang GST.

      Padam
    4. dari segi pungutan cukai.. GST mmg bagus..susah nak mengelat dan nak seludup barang..pendapatan kerajaan pun bertambah..amatlah diharapkan perniagaan kemaluan dan dadah juga dikenakan GST supaya kerandut kerajaan makin berkembang..benda yang simpan di dalam kerandut ni biasanya senang terkeluar..
      yang sakit hati nya sekarang ni mcm mana kerajaan berbelanja..dah macam palat..macam dah takde hari esok..

      Padam
    5. ayam afrika adalah nama samaran terbaru plain83

      Padam
    6. Golongan peniaga besar (revenue RM500k setahun) tak terkesan sangat dengan GST ni coz kalau dorang register dorang boleh claim balik kat govt. Additional kos dorang utk upgrade sistem tapi tu pun one time je. Peniaga kecik yg tak register tak boleh claim so dorang ni nak tak nak kena naikkan harga. Bila dah naikkan harga susah la nak bersaing dengan peniaga besar kan... Sbg cth. kalau saya buka kedai runcit kat kg semua kos spt elektrik, bil telefon, stok brg perniagaan etc. akan kena gst. maka secara lojiknya harga barang kat kedai saya akan ditentukan setelah mengambil kira semua kos tambahan disebabkan gst. since saya tak boleh nak claim naturally saya akan jual lebih mahal dari syarikat yg berdaftar gst.

      Padam
    7. X PAYAH PENING KEPALA LA ASAL DUIT KLUAR JA ..LBIH JA ..MEME
      BUTOO LA GST..

      LANTAK P LA NAK TAU PASAL GST

      Padam
  16. aku suka cara kerajaan berfikir. sangat "telus" dan "bijaksana" dalam meningkatkan ekonomi negara.
    seterusnya aku akan komen dalam hati je.

    -EncikRambo-

    BalasPadam
  17. Oooo. GST yeeee. Ko tunggu PRU akan datang yeee.
    BN + GST = BNGST

    BalasPadam
  18. Bahan bacaan yg dikecualikan GST tu adakah termasuk komik dan majalah?
    Sebab kan, masa aku beli komik hari tu harga dah naik dah dulu walaupun belum impliment GST.
    Aku rasa para pembekal dan penjual ni pandai amik kesempatan bab naik harga.
    Belum GST dah naik. Bila dah GST kasi naik lagi...

    BalasPadam
  19. macai umno yang pprt, kampung, felda dan miskin, aku tanya apa kabar..?

    BalasPadam
  20. Kena tengok jugak pd peniaga tu. Kalau kedai kg je tp jual harga mahal melampau konon gst, kena buat aduan lah. Gst utk perniagaan yg untung 500k setahun, klo tak salah lah. Dan katanya harga kereta akan jd murah (bos gua lah ckp, bkn gua). Org cina ni gua tgok rileks je, diorg lg suka gst

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan bohong..tak semua cina suka gst dan tak semua melayu tak sokong gst. mostly melayu umno sokong gst.

      Padam
  21. Aku sangat berbangga dengan Barisan Nasional kerana teknologi GST mampu merubah hidup rakyat dari miskin kepada kaya. Dengan adanya GST kita mampu bersaing dengan bangsa Cina didalam kekayaan. Tak sabar rasanya mahu menjadi orang kaya. GST untuk anda. Rakyat didahulukan. Terima kasih Barisan Nasional

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn? Serius x sabar menunggu gst dilaksanakan.

      Padam
  22. Kan gomen kata GST ni bagus. Mmg bagus la.

    Kalo ko mampos terkangkang pun, gomen tetap xde rugi apa2 sbb leh pow mcm biasa. Tu la kowang apasal bebal sangat? Pegi la pindah ke Zimbabwe sana, selamatkan duit kowang dari GST.

    BalasPadam
  23. Hakikatnya GST itu jauh lebih baik dari SST yang sedang diguna pakai sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAKIKAT PANTEK DUIT KO KLUAR LEBIH BULAN 4 NI APAHAL!!

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.