Selasa, 3 Mac 2015

12 Nasihat dan harapan kepada para cendekiawan muda

Bila keluar keputusan SPM, pasti ada yang gembira, namun pasti ramai juga yang bersedih dan kecewa. Dan macam biasa, nasihat2 tipikal yang biasa kita dengar adalah seperti "gagal SPM bukan bermakna kita gagal dalam kehidupan", "result SPM bukan segala2nya", "jangan risau sebab dulu pun ramai orang yang SPM tak cemerlang tapi akhirnya masih boleh berjaya dan jadi kaya". Ya, itu adalah nasihat2 biasa yang kita dengar diberikan kepada orang yang lemah dan kurang bijak dalam akademik untuk menaikkan semangat dan memujuk hati mereka, namun bagaimana pula dengan mereka yang cemerlang dan mendapat result yang bagus?

Gambar hiasan

So untuk kali ini, aku tak mahu memberi nasihat kepada mereka yang result SPMnya kurang cemerlang, sebaliknya aku hanya nak bagi nasihat kepada mereka yang resultnya SPMnya cemerlang sahaja, memandangkan orang yang mendapat A pun sudah semakin kurang dalam ujian SPM tahun ini.

Nasihat aku pada mereka yang mendapat result baik dan cemerlang, jangan berhenti menjadi bijak, jangan menjadi bodoh dan jangan gagal. Ya, jangan sesekali gagal, anda memang tiada ruang untuk gagal, kerana anda semua adalah harapan dan masa depan negara. Bukannya orang yang kurang cerdik itu tiada harapan, cuma yang cerdik pandai ini adalah harapan negara.

Ini kerana negara kita sudah penuh sangat dengan orang2 bodoh. Bodoh itu bukan bermaksud mereka yang kurang cerdik atau kurang cemerlang dalam akademik, tapi orang yang benar2 bodoh. Kita tak perlu tambah lagi orang2 yang bodoh, dungu dan tolol yang sudah melambak2 dalam negara kita.

Apa yang kita perlukan sekarang adalah untuk melahirkan golongan cerdik pandai, ilmuwan dan cendekiawan muda yang kita lihat sudah makin kurang mendapat tempat di hati anak2 muda zaman sekarang. Ramai anak muda yang memilih untuk menjadi bodoh kerana ia lebih popular dan nampak lebih cool, manakala yang cerdik pandai ini nampak macam nerd dan poyo.

Anak2 muda kita juga kini telah dimomokkan secara berlebihan dengan konsep "jadi diri sendiri tak perlu ikut telunjuk orang lain", "buatlah apa sahaja yang anda minat" dan sebagainya sehingga ada orang pada mulanya bijak dalam akademik akhirnya memilih untuk menjadi penyanyi, pelakon dan sebagainya hanya kerana minatnya yang bagi aku satu kerugian besar.

Kenapa aku kata golongan cerdik pandai ini adalah harapan negara? Aku tak mengharapkan mereka akan menjadi pemimpin dan mentadbir negara kita kerana untuk menjadi ahli politik dan seterusnya menjadi pemimpin untuk mentadbir negara/negeri, tak perlu susah2 belajar tinggi2 pun boleh jadi.

Aku cuma mengharapkan cendekiawan2 muda ini dapat menjadi golongan pakar dan professional seperti doktor, jurutera, saintis, pensyarah dan lain2 lagi, lagipun golongan2 ini dah semakin tak ramai pelapis di kalangan generasi muda.

Sebab kalau orang muda sudah tidak ramai yang minat menjadi doktor, siapa yang nak merawat dan buat pembedahan untuk kita semua bila kita sakit?

Kalau orang muda tidak minat nak jadi jurutera, siapa nak buat pembangunan infrastruktur negara kita?

Kalau orang muda tidak minat untuk jadi saintis, siapa nak buat penyelidikan yang dapat meningkatkan ketamadunan manusia?

Kalau orang muda tidak minat untuk jadi pensyarah, siapa pula nak ajar generasi yang lebih muda untuk menjadi harapan negara?

Kalau orang muda tidak berminat untuk menjadi cendekiawan, siapa yang akan dapat membongkarkan penipuan2 MLM dan produk2 ajaib yang scam dan menipu orang Melayu?

Sudahlah pekerjaan2 bawahan sudah dikonker oleh warga asing, aku tak sanggup nak lihat satu hari nanti yang menjadi doktor di hospital, yang menjadi jurutera di syarikat2 besar, yang menjadi saintis di pusat penyelidikan, yang menjadi pesyarah di universiti2 tempatan dipenuhi juga oleh warga2 asing hanya kerana sudah tidak ramai pelapis baru di kalangan warga tempatan yang layak.

So kalau anda seorang ibu bapa yang ada anak yang genius, anda seorang cikgu yang ada anak murid yang cerdik, anda seorang kawan kepada seseorang yang bijak, terus galakkan dan bagi influence kepada mereka untuk mereka terus menjadi pandai, dapat menjadi harapan negara dan seterusnya dapat menjadi ikon kepada generasi2 baru.




tags: result keputusan spm 2014 cemerlang nasihat orang pelajar calon pandai bijak cerdik cendekiawan

12 ulasan:

  1. Tapi kan noob. Org bodoh yg jd pemimpin & buat dasar negara ni .. Yg otakbijak jd golonganprofesional mkn gaji hanya ikut saja peraturan org bodoh yg politician pembuat law negara ... Kekekeke ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju, maksud harapan orang2 bijak ni lebih hina dan boleh dibuli2 masa mendapat jawatan profesional dan tak kan dpt tmpt pun sebb diorang pun kena perintah ngan orang bodoh....mcm biasa dulu kini selamanya melayu bodoh menipu melayu pandai.

      Padam
    2. orang bodoh yang jadi pemimpin tidak boleh merawat orang sakit. walaupun hakikatnya golongan professional ini hanya ikut sahaja dasar yang dibuat orang yang bodoh, tapi kita masih perlukan golongan professional ini untuk menggerakkan negara. sekarang ini pun kita dah kekurangan doktor pakar di malaysia, kalau ada emergency pun pesakit terpaksa menunggu lama disebabkan kekurangan doktor. yang bodoh tu biarlah bodoh nak buat macam mana, tapi yang bijak pandai ini harap jangan mengubah haluan menjadi bodoh juga.

      Padam
    3. Dr kurang sebab ramai Dr yg bhijrah sama ada p join private @ oversea. Nowadays all about money. Akibatnya sepital gomen yg tanggung beban ... Org atas duk goyang kaki. Xda penyelesaian ..Org bawah ni lah yg keja mcm kuli batak ... Bkn stakat Dr je staff paramedik pun sama... Nk cite pun xda mood

      Padam
    4. mmglah dr berhijrah, masa belajar susah2, nasihat jd duktur boleh kayo, senang... bila kerja spital gomen tengok doktor swasta kayo-jutawan, klinik swasta plak senang masa byk utk famili.....

      Padam
  2. Nak maju dalam kerjaya byk disebabkan 1 benda, iaitu pandai cakap.....spm cite no 2. Utk ppuan kena muka cantik mcm emma maembong, xde ambik spm terus melimpah ruah sponser nak dia..dlm tgn rm10k sebulan..pas2 kawin dgn vip terjamin hidup smpi tua.

    Skrg plak degree leh beli kat uni swasta...so keep calm n money will handle the rest

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya gua setuju. tgk dato siti spm hampeh je tapi harta bertimbun. dkt mesia ni yg penting ko ada rupa pandai nyanyi2 blakon sikit2 buat lawak. mmg kaya la kau. contohnya zizan razak ... keta je evo X .. tu blum duit kat bank pastu dpt plak awek hot emma mambong ... ko keja doktor mati 2kali hidup pun blum tentu bleh bli ekekekeke ...

      ini lah mesia broooo ...

      Padam
    2. kita tak perlu ramai dato siti dan zizan razak, tapi kita perlu lebih ramai doktor dan saintis di malaysia.

      Padam
    3. Masa saya balik UK (belajar) dan Jepun (bekerja) dulu, teruja nak terapkan dan ubah mentaliti masyarakat dan sesiapa yang saya kenal disekeliling demi membawa kebaikan dari luar.

      Ujian pertama ialah sekitaran tempat saya sendiri (R&D) dikelilingi oleh ~100 pengurus Jepun, ~100 jurutera Cina, ~150 jurutera melayu dan selebihnya India sekitar 10 orang. Walaupun senior-senior melayu dan cina juga india ini telah lama dihantar ke Jepun atas urusan department masing-masing. Biasanya dihantar 6 bulan - 24 bulan. Duduk di Jepun, budaya Jepun boleh diaplikasikan. Bila balik, hasilnya kelaut jugak akhirnya. Bukannya pakat-pakat tak tahu yang budaya Jepun tu bagus.

      Akhirnya, saya gagal mengamalkan kebaikan-kebaikan semasa berada di Jepun dan UK, walaupun sekitaran kerjanya di sini hampir sama di sekitaran asal.

      Agak sukar membawa budaya luar untuk diamalkan disini kerana sekitarannya memang mencabar. Langsung tak sama. Sukar dikongsikan. Sekarang sudahpun ada anak-anak, namun apa yang diperturunkan masih banyak lagi pembetulan perlu dibuat, dijaga, dikawal..hatta pelbagai pelat dan loghat percakapan English UK pun saya tidak berjaya terapkan kepada keluarga. Inikan pula kepada masyarakat lain.

      Sedangkan saya telah berbelanja besar untuk keluarga untuk mengamalkan sekitaran luar dibawa masuk ke dalam rumah.

      Jika dibayangkan usaha saya untuk mendapatkan keluarga yg mengikut jejak saya sendiri pun gagal (hampir secara total), apatah lagi usaha pihak kerajaan, ulamak-ulamak berceramah boleh kata tanpa henti, juga guru-guru serta pelbagai agensi yg berniat untuk membawa kebaikan dan kejayaan kepada negara, namun kebanyakannya kelaut juga akhirnya (tidak dinafikan, ada yang berjaya mendapatkannya, namun tidak ramai).

      Saya berpendapat, ini adalah tanda-tanda kiamat sajalah seperti disirahkan Nabi. Memang banyak jalan sukar untuk mengajak kebaikan. Tok imam di kampung pun dah macam-macam pening kepala nak jaga kariah.

      Semoga usaha Noob ada sinar pada masa hadapan.

      Padam
  3. Betul. Kita perlukan lebih ramai golongan muda sebagai bekerjaya professional di negara kita ni. Yang boleh membantu merancakkan dan mambangunkan ekonomi negara.

    BalasPadam
  4. Ramaikan saintis2 Islam, pakar2 ekonomi Islam, pakar perniagaan Islam, jurutera Islam dan semua lapangan jadikan kita sebagai pakar. Pakar di sini bukan bermaksud menjadi doktor pakar atau sebagainya, tetapi pakar yang memang ahli dan faqih dalam bidang tersebut. Bukan sekadar PhD atau gelaran2 professor.

    Hanya dengan kekuatan ilmu kita mampu maju dan mengatasi negara2 lain dan seterusnya menjadi satu kuasa yang didengari, dihormati dan boleh dijadikan contoh. Dengan ilmu kita mampu mencipta teknologi dan ekonomi sehingga digeruni, hanya dengan ilmu kita mampu berada di atas semula. Sejarah dan masa kini telah membuktikannya.

    Wang dan politik tidak akan dapat menandingi kekuatan ilmu dan kesatuan.

    Perlu diingat juga, ilmu itu perlu diamalkan. Juga jangan berhenti untuk terus belajar dan mendalami sehingga akhir hayat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sangat setuju. Sy macam kenal dengan tuan punya ayat di atas..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.