Berikut adalah reaksi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli:
Beli jet baharu boleh cetus kemarahan rakyat
Tindakan kerajaan membeli sebuah lagi jet peribadi baharu didakwa akan menimbulkan kemarahan rakyat di kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat terpaksa menanggung cukai baharu yang sebahagiannya akan digunakan pembelian sebuah lagi jet peribadi ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan sikap tidak peduli beliau terhadap kesempitan hidup rakyat.
"Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baharu ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baharu untuk Najib dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.
"Penggunaan jet peribadi ACJ319 sahaja sudah melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyelenggaraan. Tindakan membeli jet peribadi baharu ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST," dakwanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Rafizi ketika membuat pendedahan itu di lobi Parlimen menambah, rakyat kini terpaksa menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau dalam pada itu turut mendedahkan salinan bukti pembelian jet peribadi tersebut.
Sehubungan itu, Rafizi mendesak Perdana Menteri membatalkan pembelian jet tersebut dan memohon maaf kepada rakyat.
"Ini bukti bahawa pentadbiran beliau (Najib) terus-menerus bergelumang dengan pemborosan dan pembaziran.
"Tindakannya jelas membuktikan dia membelakangkan kepentingan rakyat. Oleh itu Najib harus memohon maaf," tegasnya lagi.
Sumber Sinar Harian.
Ini reaksi laman web MyKMU:
Pembelian Jet Kerajaan Baru Ganti Pesawat Berusia 20 Tahun
PEROLEHAN pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.
Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.
Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.
Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.
Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.
Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Dipertuan Agung layak mendapat perkhidmatan pesawat yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan sementara dalam masa yang sama, wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama.
Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian pesawat Kerajaan ACJ 319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit.
Selain itu pembelian Jet kerajaan merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai untuk sistem tender.
Pembelian Satu Pembaziran?
Ia jadi membazir kalau setiap tahun kerajaan tukar pesawat VVIP. Kalau ikut rekod, sepanjang 6 tahun menjadi Perdana Menteri, inilah kali pertama pentadbiran Datuk Seri Najib menukar pesawat VVIP, itupun untuk tujuan mengurangkan kos disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan Yang Dipertuan Agung serta Raja-Raja.
Menurut sumber yang sama lagi, pesawat lama (BBJ 737-700NG) sedang dalam proses untuk dijual – tak semestinya untuk digunakan, tapi sebagai sumber alat ganti, jadi sekali lagi, tunjukkan di mana berlaku pembaziran?
Cakap pasal rundingan terus, DAP Pulau Pinang pun tak menggunakan proses tender terbuka dalam penganugerahan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai lebih RM 4 billion. Kenapa Rafizi tak menyerang disitu?
Tapi bila difikirkan semula, Rafizi memang selalu ada masalah macam ini. Dengan tukang gunting rambut pun kena tipu (rambut tak berapa ada tapi gunting kena RM10), apa lagi cerita hal-hal beli pesawat macam ini.
Ini reaksi daripada portal pro-kerajaan KLXpress:
Rafizi Perlu Semak Kaedah Pembelian Jet Kerajaan
Pada jam 10.30 pagi tadi, Rafizi Ramli melakukan satu sidang media di parlimen yang mengatakan Kerajaan Malaysia telah membeli satu lagi jet peribadi untuk kegunaan kerajaan.
Menggunakan satu gambar keratan surat yang kononnya dikirim kepada satu syarikat yang bernama ‘Jet Premier One (M) Sdn. Bhd.’ untuk perhatian Kapten Norudin Abd. Majid oleh Jabatan Perdana Menteri.
Pada surat tersebut perkara yang tertulis adalah PEROLEHAN SATU (1) PESAWAT EKSEKUTIF KERAJAAN AIRBUS CORPORATE JETLINER (ACJ) 320 MELALUI KAEDAH SEWA BELI SECARA RUNDINGAN TERUS DENGAN SYARIKAT JET PREMIER ONE SDN BHD.
Terdapat beberapa perkara yang menjadi kemusykilan yang kepada surat tersebut.
Pertamanya, gambar surat tersebut yang dipaparkan hanyalah gambar sebahagian sahaja gambar keseluruhan surat. Beberapa fakta tidak dapat disah pastikan seperti siapakah pegawai yang menurunkan tandatangan, apakah isi kandung perjanjian tersebut dan pelbagai lagi.
Kedua, tawaran pembelian secara KAEDAH SEWA BELI (hire purchase) yang disebut oleh Rafizi sama seperti kaedah pinjaman pembayaran kereta dan disokong oleh gambar kepada surat itu juga menjadi persoalan. Ini kerana kaedah pembelian sebuah kapal terbang oleh langsung tidak sama dengan kaedah sewa beli seperti yang disebut oleh Rafizi.
Kebiasaan terdapat beberapa kaedah untuk pembelian kapal terbang dan sewa beli tidak menjadi kelaziman utama. Dalam hal ini, kaedah yang menjadi kebiasaan adalah Government to Government (G2G). Dalam hal ini terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh kerajaan yang membeli dan kerajaan yang menjual.
Hal ini tidak dapat dibuka kepada umum kerana terdapat faktor keselamatan. Adakalanya, sistem teknologi milik sesuatu negara menjadi barang tukar ganti (barter trade) untuk khidmat kapal terbang tersebut. Dan dalam hal ini juga, kapal terbang tersebut kebiasaanya tidak menjadi milik kepada negara yang membeli, tetapi untuk sekian tempoh waktu yang dipersetujui.
Kaedah kedua pula, dalam transaksi urusan jual beli kapal terbang, kebiasaannya, kapal terbang tersebut diberi guna pinjam dengan kadar yang amat rendah dalam tempoh yang singkat sebagai satu kaedah pemasaran sebelum kapal terbang tersebut dibeli. Terdapat juga perjanjian bahawa kapal terbang tersebut boleh diberi pinjam sehingga tempoh setahun ataupun dua tahun.
Kaedah kelaziman yang ketiga pula adalah dengan membelinya melalui pembayaran deposit dan kemudian melangsaikannya pada hujung tempoh perjanjian tersebut. Kaedah ini lazim untuk pesawat-pesawat kecil sahaja yang mana penggunaannya adalah bersifat domestik.
Ketiga-tiga kaedah untuk mendapatkan kapal terbang ini langsung tidak sama dengan kaedah sewa beli kereta yang diterangkan oleh Rafizi Ramli di dalam sidang media beliau sebentar tadi.
Persoalan tentang kesahihan surat penerimaan tawaran pembelian jet tersebut juga perlu diketengahkan. Bagaimana Rafizi Ramli boleh mendapatkan surat tersebut juga perlu didedahkan.
Kerajaan tidak akan bertindak membeli kapal terbang tersebut melalui kaedah sewa beli yang tidak pernah digunapakai di dalam industri kapal terbang.
Ini penjelasan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri sekaligus mengesahkan kebenaran surat tersebut:
Pesawat Airbus ACJ320 dibeli untuk ganti pesawat lama BBJ
Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.
JPM dalam satu kenyataan di sini berkata kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.
Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh Malaysian Airlines (MAS) sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.
"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.
Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperoleh pada 1989 dan Global Express 2001.
Ini pula komen daripada admin fanpage Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad:
Komen saya mengenai pembelian pesawat rasmi kerajaan (private jet)
1. Kita semua tahu Jet Peribadi = Private Jet atau Jet Komersial = Commercial Jet
2. Tapi pemahaman masyarakat umum kat Malaysia bila terjemah ke bahasa melayu, terus jet peribadi ni jadi hak peribadi.
3. Ini salah faham orang kita. Semestinya ia pesawat rasmi kerajaan bukan untuk kegunaan PM semata-mata.
4. Dalam konteks aviation, umur pesawat 20 tahun boleh dikatakan masih muda dan ianya BUKAN COMMERCIAL FLIGHT yang mana perjalanan banyak.
5. Jadi sebenarnya tak timbul isu uzur sebenarnya.
6. Kerajaan dah 6 jet rasmi ketika ini walaupun katanya nak jual salah satu, kena ingat juga, last sekali kerajaan beli jet pada tahun 2007 oleh Pak Lah.
7. Alasan ini kali pertama Najib Razak beli jet memang BODOH. Memang setiap kali tukar PM kena tukar jet ke?
8. Tun Mahathir pada awal pemerintahannya hanya guna kapal terbang 'second hand' yang kecil dan kemudiannya baru beli baru. Itupun sekali dalam 22 tahun.
9. Serius tak faham bila kata nak BERJIMAT sampai tangguhkan PLKN, cut bajet kementerian akhirnya kerajaan beli jet? Cuba bagitau kat mana signifikasinya. Its matter of time, nak tukar tak ada masalah, tapi tak selari dengan apa yang dicakap.
10. Tak belajar ke zaman Pak Lah dulu pun sama cut perbelanjaan tapi kuar jet baru. Pun buat alasan yang sama bukan untuk PM je tapi untuk YDP Agong.
11. Apa pun jua alasannya walk the talk lah. Fikir banyak perkara sebelum buat keputusan. Siapa yang dedah surat pembelian tu? Tak nampak ke ada jemuan dalam orang kanan Najib?
Komen aku:
Aku takde nak cakap apa sangat. Aku dah bagi dua2 input dari belah kerajaan, penyokong kerajaan, penyokong Tun M dan juga pembangkang, so terpulang untuk korang nilaikan sendiri kewajaran beli kapal terbang tu. Tapi kalau korang jenis macai kerajaan, pembangkang cakap macam mana pun korang akan bangkang jugak, dan kalau korang anti-kerajaan tegar, kerajaan perjelas macam mana pun korang takkan percaya jugak.
Cuma seperti yang aku pernah tulis dulu pasal isu Dr. MAZA dan DUKE dulu, aku nampak masalah ni bermula dengan masalah integriti penjawat awam yang tak bertanggungjawab dan khianat dengan mengambil gambar dokumen tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Tak nampak ke ada tulis SULIT kat situ? Surat ini bukan untuk dipertontonkan kepada awam, tapi dokumen rahsia dan terperingkat yang hanya boleh diketahui oleh orang2 tertentu yang berkaitan sahaja. Kalau macam ni la sikap segelintir penjawat awam, mudah2 sahajalah rahsia sulit negara kita diketahui oleh musuh, jangankan keratan surat, satu dokumen diorang boleh fotostat bagi pada orang lain.
Last sekali, sebuah kemusykilan daripada seorang pengguna FB:
Saya ada kemusykilan. Kenapa zaman Tun Dr Mahathir dulu, walaupun ada krisis macam2, tapi tanpa banyak menyusahkan rakyat, beliau dapat membina Putrajaya, MSC, KLCC, Litar F1 Sepang, KLIA dan macam2 lagi mercu tanda kebanggaan dan kegemilangan Malaysia. Tapi kenapa Najib sekarang, dengan menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga itu ini dan pelbagai cukai, berbelanja dan berhutang sampai berbilion2, tapi habuk pon takdak? Kenapa??? Boleh tak siapa2 jawab kemusykilan saya ni.
Ada sapa2 boleh jawab? Macai? Anybody?
tags: jet kapal terbang peribadi baru pm jpm jabatan perdana menteri perolehan surat sulit perjanjian premier one acj319 rafizi rundingan terus ganti pesawat 20 tahun suatu pembaziran gst airbus acj320 bbj najib razak
mcm biasa rakyat berjimat kerajaan membazir.... penipu.. penipu dimana2....
BalasPadamkohilal pun menipu..tu yg urus oleh pas..so?
Padampenipu di mana2
BalasPadamzaman nk kiamat.
pendusta di angkat sbagai pemimpin.
sbnarnya kita dh buta nk pilih mana pemimpin yang boleh menjaga rakyat.
bg aku kedua2 belah pihak gila kuasa. gila duit.
mana tak nya ko jadi pemimpin sain ko tu sgt berharga. senang2 je ko nk bg ke sedara ko kontrak juta2 .
ko je la jadi pemimpin plak..tapi ko boleh jadi pemimpin ke..ntah ketua darjah pun tak pernah jd..
PadamJet Peribadi lagi? Bukankah sudah ada Jet Peribadi sebelum ini?
BalasPadamRakyat di suruh berjimat cermat siap buat kempen "bawa bekal ke tempat kerja".
Pandai suruh je... tapi tak menunjukkan contoh yang baik
bila masa beli jet peribadi..ni macai pas yg bodoh..
Padamnombor surat tu ada (R) surat tu bukan sulit, tapi RAHSIA
BalasPadamAlasan nak elak GST 6%...byk tu 6% duit rakyat,sape nak byr.
BalasPadamDulu pun ada kes yg kita boleh trace flight rasmi gov yg dinaiki PM...so kantoi gi negara2 lain even PM kat malaysia...so beli kapal terbang baru, x perlu register atau reveal flight registration (code) kpd umum, then mana kapal terbang 2 nak pergi nobody knows...utk keselamatan PM (atau org lain).
Papepun, 'Well Done PM!!"
Jawapan dr gov...pesawat lama sebelum ni sudah melebihi 16 tahun..ikut peraturan aviation, kene tukar selepas 15 tahun utk keselamatan. Maybe risau selepas byk kes accident kapal terbang di seluruh dunia.
PadamBersangka baik je la....
patut la kau jadi ayam.. sembelih jer untuk dimakan. Habis cerita.
PadamSemestinya Najib kena berundur...
BalasPadamrangkap yang last tu takde sape2 ke nak terangkan kenapa ?
BalasPadamsebagai pemimpin negara ni kene lah bijak mengurus , perkara mcm ni sptutnya tak akan jadi kalau pemimpin bijak , sptutnya pemimpin mencari jalan untuk memajukan negara , menambahkan pendapatan negara dengan cara tanpa menyusahkan masyarakat , kami memerlukan pemimpin berjiwa tun mahadir !! , di australia , pelajar bwh 18 tahu menerima bantuan setiap 2 minggu , menerima dalam 1200 (dalam rm) , kita ? fikir fikirkan , kita memerlukan pemimpin yang cekap berfikir , bukan cekap berkata-kata , bukan hanya menanam tebu di pinggir bibir , tapi laksanakan . slm , maaf kalau salah , mohon share
BalasPadamtakpe la. belanja je la duit kami pun..kami memang bnyk duit sangat. kete besar, umah besar, tanah berpuluh ekar sorang. tak tahu nak buat apa. menteri kalau nak pun amik la
BalasPadamsoalan last tu aku dah fikir bertahun-tahun. hutang bertambah beratus bilion sejak najib jadi pm tp aku xnampak apa pun yg berubah dkt malaysia. beli apa pun xtau
BalasPadamDulu, ada banyak isu pun, kebanyakan penjawat awam takda pun sampai nak sebarkan info gini kat public or orang-orang parti pembangkang. Sebabnya dulu, kos sara hidup takda la tinggi sangat macam sekarang. Kalau kerajaan banyak berhabis duit pun, kesannya tak terasa macam sekarang ni. So, dulu kalau dapat tahu pun, masing-masing senyap je.
BalasPadamSekarang, bila dah terhimpit dengan kos sara hidup. Menteri dari parti pemerintah pulak sibuk suruh rakyat berjimat gitu gini, tapi pada masa yang sama duit banyak habis ke perkara yang pelik-pelik. Sure ada yang gatal tangan sebarkan info-info sulit macam ni.
Orang yang tertekan hidup memang mudah buat perkara yang dilarang.
sape tak bengang kalau kita yang rakyat marhen ni je dok kne berjimat itu ini sbb kos meningkat. itu kena kurangkan, ini kena kurangkan. dah tu yang atas tu dok sakan hidup mewah itu ini ditanggung guna duit gomen sampai gaji tak sentuh pun takpe. Kita ni hidup nak makin selesa, makin berkemampuan dan makin berkembang, kalau gini gamaknye, mengecut lagi de la. Nak tak nak, usaha la sendiri cari keje yang gaji lagi elok atau buat bisnes sikit2. duit tu bukanlah apa yang paling penting, tapi nak dapatkan atau jaga yang paling penting tu kebanyakannya perlukan duit.
Padamhmm., elok la tu., aku pakai jer la kereta buruk.,
BalasPadamsesuai la dgn taraf kau..
Padamaku sgt2 suka komen ni,nasib baik xder button like
PadamMoga yang miskin menjadi selesa dan dipermudahkan hidup,
BalasPadamMoga yang berpecah belah kembali bersatu,
Moga yang memimpin memahami dan membantu yang dipimpin,
Moga yang dipimpin mendapatkan pemimpin yang terbaik,
Moga yang kaya tidak lupa diri membantu si miskin,
Moga yang miskin tidak sesat menyusahkan diri,
Jadikan hidup kami lebih baik dari semasa ke semasa,
Terbaik bagiMu, maka terbaiklah untuk kami,
Terbaik bagi kami, kepadaMu kami bersyukur,
Pulangkan ke jalan yang benar bagi yang tersesat,
Kekalkan di jalan yang benar bagi yang telah menemuinya,
Bukakan minda dan suara kami untuk menegur yang salah,
Bukakan minda dan hati mereka yang ditegur,
Semoga semuanya selamat dan bahagia,
Dibawah rahmat dan kasihMu,
Amin Ya Allah.
Babi,celaka..manusia dilaknat,makanlah kau duit haram..tempat kau hanya layak di bawah kaki aku.
BalasPadamkepala kau pulak dibawah kaki sapa..
PadamKalau memang pemimpin berjiwa rakyat,naik je la pesawat komersial.dh la time ni suruh rakyat berjimat,ko pulak boroa.xbole ke naik pesawat komersial?malu ke?dh hutang berbillion ringgit masih ada lg prasaan nk beli pesawat br?skang ni rakyat tnggung sume hutang yg kau buat wahai najib.ko peduli ke rakyat mlaysia bpuluh ribu kluarga melayu dh bkerja xde rumah?mngsa banjir d klntn dduk dlm khemah berbln2?ni sume kje makcik2 pakcik felda yg undi pmimpin biol,bodo,sombong,boros,zalim dan kaki fitnah ni.tnggung la dosa smpai kiamat.semoga makcik2 pakcik2 cepat taubat,sblm terlambat.sekian.
BalasPadamWalaupun aku penyokong pas,tapi aku masih respek dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir,najib adalah perdana menteri yang paling dibenci dalam sejarah..kesian dengan golongan rakyat yang menderita..najib dah patut tukar dengan orang lain..beban pada negara.takda sumbangan langsung,cuma tau nak joli duit je.
BalasPadamkorang yg mengaji bodoh pakai je lah kereta buruk..yg korang nak bising pe hal..dulu tak nak belajar pandai2..
BalasPadamapa punya bodoh la macai pakatan kat sini yg suruh najib naik pesawat komersial..yg marah kat sini macam la dia
BalasPadambaayar cukai..tengok diri sendiri dulu..pakai hset mahal keta mahal pastu duk merungut duit tak cukup..kebodohan apakah inj
adoi macai rosmah dh butthurt meroyan lak kt blog nih
Padammacai guan eng ni meroyan pasaipa
PadamWei macai umngok bodo,ko ingt mlysia ni ada satu shj private jet pemimpin boros ko nak naik?pemimpin mlysia ada 3 lg jet peribadi la bodo macai umngok.mslahny dia pg beli lg satu ko phm x bodo.len kali dh bodo tu jgn bg kt org len.dok diam2 sudah.sekian.
PadamSenyap plak macai Rosmah ni. Tadi meroyan macam kera tak dapat nenen Rosmah
Padammacai peliwat dah masuk
PadamKah kah kah bontot lu dah panas ke macai Rosmah oi. Pi isap nenen mak lu tu kah kah kah...!
Padammacai peliwat dah panas bontot sebab kena liwat...
Padampi meliwat dengan nuwar berahi la kah kah kah....!
Aik macai Rosmah tak puas lagi isap nenen mak kau ke? Asyik lepaskan tantrum kau kat sini je. Er.. Kau paham tak ape maksud tantrum? Maklum la macai Rosmah kan bodoh macam lembu Shahrizat kah kah kah...!
PadamMacai mic subramaniam memekak kat blog ni buat pa?
BalasPadamMacai mca liow tiong lai pn nk melalak kat sini ke woi?
PadamSelalu aku fikir,
BalasPadamkalau kerajaan bertukar tangan, perkara sama berulang (isu membazir duit rakyat) atau ada perubahan?
tk yah fikir, yg penting kasi tukar najib dulu baru fikir psl tukar kerajaan
PadamAdik adik yang dihormati. Utk pengetahuan adik adik jet tu utk kegunaan sultan, sultanah, PM dan suaminya dan seangkatan nya.
BalasPadamJet tu bukan utk Najib semata mata. Jet lama dah berusia 20 tahun. Kos selenggaraan setahun dah boleh beli jet baru. Jadi apa salahnya di zaman GST ni kerajaan beli jet baru. Barula ada kelas nnt PM n Suaminya nak main golf dgn Obama n Michelle kat Hawai. Takkan la mereka nak naik Air Asia pulak. Nnt kena tempah tiga seat utk dua org. Kan rugi tu namanya.
Jgn risau...lama2 isu ini akan basi..bagi masa sebulan..sure ada isu lain yg lagi panas.
PadamIsu ini sebenarnya isu lama yang sudah selesai dibangkitkan semula untuk menutup masalah-masalah dalaman dan korupsi yang berlaku dalam kumpulan orang membangkitkan isu ini.
PadamPerbandingan Mahathir dan Najib adalah tidak kena kerana jangkamasa memerintah kedua-dua individu ini sangat ketara berbeza. Keadaan juga berbeza. Perbandingan yang setara ialah dengan membandingkan antara Mahathir dan Nik Aziz.
BalasPadamPerkara yang menarik ialah Mahathir bijak mengambil peluang harga komoditi dan tenaga (tenaga kerja dan sumber tenaga) yang masih rendah dan menggunakan peluang itu membangun pelbagai infrastruktur, walaupun ketika itu memang banyak tentangan dari pihak-pihak yang mungkin berfikiran tidak jauh.
Penentuan harga adalah mekanisme bebas yang ditentukan oleh masyarakat sendiri iaitu penawaran (peniaga, pembekal dsb) dan permintaan (pembeli, pelanggan, pengguna). Sistem perbankan yang berasaskan faedah hari ini juga menambah harga suatu barang dari hari ke hari tanpa ada hujung.
Setuju 100% dengan perenggan pertama. Harap2 ada yang mampu sambung..explain la sikik..buruk baik apa yang dibawa..hidangkan kat pembaca BO..
PadamPerenggan kedua dan ketiga, jauh tersasar. (Harap2 ini bukan ulasan budak UiTM dah la.. sama mcm Naib Canselor UiTM jugak...jangan bimbang, boleh diperbetulkan..bukan merapu 100%...ini hanya ulasan pendek separuh masak jer..harap ada yang berani tampil explain dgn lebih sesuai..)