Rabu, 4 Mac 2015

25 Wanita yang menulis surat buat PM difitnah teruk

Segalanya dikatakan bermula pada 22 September 2013, selepas seorang penasihat usahawan, Siti Hajar Aladin menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook dan blog Anak Jerung miliknya.

Di dalam surat itu, Siti Hajar meluahkan perasaannya mengenai keperitan kehidupan rakyat di negara ini terutama kepada golongan anak muda selepas pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen pada waktu tersebut.

Malah masa tu aku sendiri pernah tulis surat yang berbaur sarkastik kepada PM berdasarkan surat Siti Hajar yang sangat viral pada ketika itu. Namun sejak itu, gadis tersebut telah difitnah dengan begitu teruk di media2 sosial oleh orang lain yang membuat akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya sehingga memburukkan nama beliau serta keluarganya.

FB klon: Wanita trauma dimaki dan diancam bunuh - Gambar Facebook Siti Hajar

Surat terbuka kepada Najib yang dikatakan menjadi permulaan segala masalah kepada Siti Hajar - Gambar Facebook Siti Hajar

Ketika meluah masalahnya kepada Astro AWANI, Siti Hajar memberitahu, hidupnya selepas itu mula terganggu selepas menyedari kewujudan akaun Facebook klon yang menulis pelbagai catatan negatif yang menyentuh isu perkauman, negara termasuk hal melibatkan pasukan bola sepak yang boleh menimbulkan pelbagai tanggapan negatif masyarakat kepadanya.

"Macam-macam ancaman sudah saya terima. Akaun palsu itu mula disedari selepas saya menulis surat terbuka berkenaan.

"Pada mulanya akaun itu menghantar beberapa mesej lucah kepada beberapa lelaki dan memburukkan saya, hairannya pemilik akaun klon itu mempunyai semua butiran mengenai saya," katanya.

Pada mulanya kata Siti Hajar, dia membiarkan sahaja situasi itu walaupun beberapa sahabat sudah menasihatinya untuk membuat laporan kepada agensi berkuasa.

"Akaun palsu itu pada mulanya hanya mencatat status biasa-biasa sahaja sehinggalah ada ketika menulis catatan yang melibatkan keharmonian semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

"Mula-mula saya malas melayan tetapi nampaknya status akaun ini semakin kritikal sehingga saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pada April tahun lepas," jelasnya.

Akaun palsu Siti Hajar yang banyak membuat provokasi dan menyebabkan Siti Hajar diancam - Gambar Facebook Siti Hajar

Katanya lagi, dia mula menerima pelbagai ancaman selepas akaun palsu berkenaan mula mencatat status mengenai Sabah dan Sarawak.

"Pada masa itu saya menerima serangan yang sangat teruk, orang ramai tidak dapat membezakan akaun asli atau palsu.

"Saya buat satu lagi laporan polis pada September tahun lepas namun malangnya saya dimaklumkan apa yang terjadi adalah di luar kuasa mereka," ujarnya.

Kehidupan semakin terancam

Siti Hajar memberitahu, dia semakin trauma selepas menerima jawapan menyedihkan daripada polis dan paling menyedihkan apabila Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) sendiri menyatakan kes itu di luar bidang kuasa mereka.

"Semua memberi jawapan di luar bidang kuasa. Aduan kepada SKMM sudah, aduan kepada polis pun sudah.

"Laporan pertama, polis meminta saya ke SKMM, apabila ke SKMM mereka kata ini di luar bidang kuasa, kata mereka Facebook ini di Amerika Syarikat (AS)," jelasnya.

Ujarnya, dia mengambil inisiatif untuk menghantar e-mel kepada Facebook namun tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.

"Saya takut. Banyak kali saya hubungi polis dan pernah dinasihatkan untuk menutup akaun Facebook sebagai penyelesaian jika tidak tahan diancam.

"Saya pernah tutup akaun Facebook namun akaun palsu itu semakin mengganas dengan pelbagai catatan baharu yang menyakitkan hati pembaca serta boleh menimbulkan gangguan ketenteraman," katanya.

Catatan terbaharu Facebook palsu Siti Hajar yang menimbulkan provokasi kepada ketenteraman kaum di negara ini - Gambar Facebook Siti Hajar

Kata Siti Hajar lagi, kali terakhir dia membuat laporan polis adalah pada Ahad lepas selepas akaun palsu berkenaan mencatat status yang memprovokasi kaum India.

"Saya takut, saya terpaksa buat laporan lagi walaupun tahu mungkin tidak ada sebarang tindakan daripada polis. Saya diancam bunuh dan saya mohon mendapat sedikit perhatian.

"Saya tidak mahu jadi apa-apa kepada saya dan keluarga, saya kini buntu, tidak tahu apa yang perlu di buat dan mengharap segalanya berakhir dengan segera tanpa berlakunya sebarang kejadian yang tidak diminta," jelasnya.

Sumber Astro Awani.

* * * * * * * * * * 

Salahkah beliau menyatakan pandangan dan pendapat di media sosial sehingga difitnah sebegini rupa?

Teruk sangatkah penulisan dalam surat beliau sehingga beliau dihukum sebegitu rupa?

Di mana kebebasan bersuara jika orang yang berbeza pandangan dizalimi dengan begitu teruk?

Apakah pihak berkuasa langsung tiada kuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perkara ini hanya kerana Facebook berada di US?

Adakah alasan yang sama akan diberikan kepada fitnah yang sama apabila dilakukan terhadap pemimpin kerajaan?

Apakah keselamatan rakyat biasa yang memberi kritikan kecilnya terhadap pemerintah itu di luar bidang kuasa mereka, sedangkan semua kes media sosial yang melibatkan pemimpin pemerintah boleh dalam bidang kuasa?

Jika beginilah cara penyokong politik menutup mulut dan membunuh karakter individu yang bukan duduk sebaris dengannya, dan pihak berkuasa pula berkata ia di luar bidang kuasa mereka, maka jangan peliklah jika saban hari mereka semakin sukar mendapat sokongan dan kepercayaan daripada orang ramai.

Ini isu yang dilaporkan oleh berita dan yang menjadi viral, bagaimana pula dengan ramai lagi individu2 lain yang menjadi mangsa fitnah politik akaun palsu di media sosial yang tidak dilaporkan berita dan tidak menjadi viral yang tiap2 boleh jumpa kat group dan fanpage2 politik?

Aku tak nampak sinar bagaimana mentaliti masyarakat dan ketamadunan negara boleh terus meningkat jika macam ini permainannya. Kebebasan bersuara disekat dengan pembunuhan karakter melalui fitnah dan penipuan keji.

Aku harap beliau serta keluarga tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.




tags: siti hajar aladin surat buat dato seri najib razak viral akaun facebook fb palsu profile fitnah tipu pembunuhan karakter penipuan dajal

25 ulasan:

  1. there's someone can go far beyond "border" to WIN, what ever cost it takes....same goes with this case....its all about psychological wars...

    BalasPadam
    Balasan
    1. laaa first ke!? proooooooooooooooooooottttttttttttsket kat muka anon hahaha lega bak hang~

      Padam
    2. ProoOOOooOoOOoOtTTtTT !! D muka sirosli & edebab. Arh legaa

      Padam
    3. Ini semua salah UMNO-BN!

      Padam
  2. umno mmg celake

    BalasPadam
  3. jangan bicara tentang perjuang kalau tak sanggup ambik risiko.. ambik ko

    BalasPadam
  4. menulis surat kpd PM tu tak salah. tp apa motif org2 yg memburukkan dia? manusia tak pernah puas selagi tak berjaya menjatuhkan orang lain.

    BalasPadam
  5. kesian dia. rasa tak selamat kt Malaysia ni T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh kawen ngan titew, titew akan selamatkan awak ..

      -Ahmad-

      Padam
  6. SKMM hanya berkuasa bila melibatkan umno shj

    BalasPadam
  7. Ala minah ni pn sengal. Senang je nak senang kat Malaysia ni. Pi keje ngan mane2 ahli parlimen pembangkang lelaki selama 2-3 bln. Pastu bln ke-4 kau pi ngadu kat PM. Kate la ahli parlimen pembangkang tu molest kau. PM n konco2 akan tolong reka jalan cerita utk kau. Confirm kaya goyang kaki lepas tu..

    p/s - jgn lupe letak tanda itam kat dahi time ngadu ngan PM

    BalasPadam
  8. Ahli politik..dgn golongan bangsawan..kroni saja dpt pembelaan..Rakyat marhain. Dibongokan.

    Itu pun rakyat x sedar2...

    BalasPadam
  9. Silap diri sendiri, siap letakkan nama dan gambar sendiri. Kalo remain anon, takde siapa peduli pula. Sekuriti sistem ni, bukannya Malaysia saja yang gagal, IT sekuriti ni boleh kata hampir semua negara tak ada sekuriti. Firewall Router dan segala cascading ni cuma melambatkan saja pencerobohan dilakukan, hatta bank2 yg canggih pun, kalo ada rasa nak hack jer.. tak lama.. memang IT sekuriti ni terlalu facepalm.

    Apapun nasiblah hidup di Malaysia. Negara lain telah mencanak2 nak jadi negara maju, hatta Korea dan Vietnam yang 20 tahun dulunya teruk jauh ditinggalkan kemajuan yang ditunjukkan oleh Malaysia, kini sudah jauh mengorak langkah meninggalkan Malaysia tersemput2 kian tenggelam menongkah arus dan pelbagai masalah keperibadian pemimpin. Hanya barua2 UMNO saja yang masih tak boleh terima keadaan ini. Kritik sikik jer, macam budak2 kecik, disuruhnya pegi duduk Myanmar dan Bangladesh!!!! WHATTTT THEEEE FUCKKKKK!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa baik kau ulang darjah satu balik.Ayat serabut cam sakai.Nak cakap pasal security? Ko tahu apa pasal security? Dari ayat ko nampak sangat ko ni pencacai yang berangan nak jadi hacker tapi sekadar tersekat di kasta script kiddies.

      Padam
  10. Mcai2.umno.. Memang mcm..tu...keje malas...tau nak mengampu...ada yg dapat AP,,dapat projek...tapi yg level paling bongok...pun jadi macai...walaupun dpt payung n topi umno jer....

    BalasPadam
  11. Sakitnya ku disini didalam hatiku..Sakitnya ku disini didalam hatiku..Sakitnya ku disini didalam hatiku..Sakitnya ku disini didalam hatiku...

    BalasPadam
  12. Haramkan la FB ni....merbahayakan n lebih beri kesan buruk...skrg ni ramai org letakkan check FB lebih darjat tinggi dr solat 5 waktu..so benda kat FB semua disangka benar even banyak yg fake n spam.

    Sy fhm situasi tuan punya badan..cuma nsib x baik sbb ada macai yg sanggup jatuhkan maruah dia kaw2 smpi xleh tunjuk muka kat public sekalipun. Kat malaysia pun xde polis cybertroper khas nak lyn pengadu2 personal mcm ni...kalau kes fitnah kak mah terus skmm cari smpi lubang cacing pengguna fake FB even smpi ke bahagian komen pun mereka cari siapa pengomen fitnah kak mah.

    BalasPadam
  13. Kita tidak tahu siapa yang menulis FB tersebut. Boleh jadi sesiapa sahaja.

    Boleh jadi yang menulis itu ialah pencacai politik (PAS, UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC, Gerakan dsb).
    Boleh jadi yang menulis itu ialah bekas kekasihnya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah kekasihnya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah tunangnya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah bekas tunangnya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah adik angkatnya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah suaminya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah peminatnya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah adik beradiknya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah keluarganya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah kawan-kawannya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah pesaingnya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah musuhnya.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah rakan karibnya sendiri.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah orang yang tidak dikenali yang saja-saja sahaja.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah agen CIA, KGB, Mossad, MI9, SIDS atau lain-lain.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah seorang badut sarkis.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah sekumpulan perompak.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah George Soros.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah Bill Gates.
    Boleh jadi yang menulis itu ialah Mark Zuckerberg.
    Atau boleh jadi yang menulis itu ialah dirinya sendiri.


    Semua orang boleh jadi dirinya dalam dunia maya itu.

    BalasPadam
  14. diluar bidang kuasa SKMM? apa kata lapor secara direct kepada Ketua twitter dan FB negara? mungkin dapat selesai isu ini. btw skmmmmmm hanya berfungsi kalau melibatkan pembangkang jer.

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Cyber999 Help Centre
    Cyber999 is a service provided for Internet users to report or escalate computer security incidents. Computer security incidents may be reported to Cyber999 via the following ways:

    1. Online Form

    2. Email

    Security incidents may be reported to MyCERT by sending an email to cyber999 [at] cybersecurity.my

    Please include the following information or artifacts, if available

    Source of attack.
    Destination of attack.
    Email header.
    Log files.
    Time of attack.
    3. SMS

    Please provide a brief description of the incident and send it to 15888 using the following format: CYBER999 REPORT to 15888

    4. Phone Call

    Office Hours: 1-300-88-2999 24x7 (Emergency): +6019 - 266 5850 Calls to MyCERT and the Cyber999 Hotline is monitored during the business hours (9:00 AM – 6:00 PM)

    5. Fax

    +603 - 8945 3442
    Please use the fax template here

    6. Cyber999 Mobile Apps

    BalasPadam
  18. Report je kat cybersecurity.. Diorg je yg leh monitor fb rakyat malaysia.. Apeke bengap skmm xtau psl tu? Die gi tanya kerani je kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. time diye pegi tu budak praktikal yg jaga kaunter. mana la diye tau sangat

      Padam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.