Sumber gambar |
1. Kalau nak buang air besar atau berak, check dulu tandas apa yang korang guna. Kalau tandas cangkuk, maka korang kena bercangkung. Kalau tandas duduk, korang kena DUDUK, bukan CANGKUNG atas mangkuk jamban tu, baik dengan berkasut mahupun tanpa kasut. Rasa geli peha dan bontot anda akan terkena pelapik mangkuk tandas sebab ada sisa2 air kencing orang lain kat situ? Basuh dan sembur la kesan air kencing tu pakai air paip, kemudian keringkan pakai tisu tandas atau lapik pakai tisu, lepas tu duduk!
Kalau korang cangkung jugak atas tu sampai pecah lalu bontot korang terkoyak, aku tak peduli. Aku cuma tak suka nak bersihkan tapak kaki atau kasut korang kat mangkuk tandas tu.
2. Kalau nak kencing, pergi kencing kat mangkuk kencing (urinals) yang disediakan tu. Kalau malu orang sebelah tengok atau tak nak kencing berdiri, pergi kencing dalam tandas. Dan sekali lagi, ikut panduan no 1. di atas semula. Nak kencing cangkung guna tandas cangkung, nak kencing duduk guna tandas duduk.
Tapi jangan pula korang masuk tandas cangkung atau duduk pun korang nak kencing berdiri jugak, tu yang air2 kencing bersepah merata2 kat tepi2 mangkuk tandas. Nak kencing berdiri kencing je lah kat luar tu kat mangkuk kencing berdiri. Atau bersihkan sisa2 air kencing anda di bibir2 mangkuk tandas tu.
3. Air kencing dan taik anda adalah milik anda sendiri, dan anda yang sepatutnya menguruskannya sendiri, bukan orang lain. Lepas kencing atau berak, sila bersihkan, jirus, sembur dengan air dan flush. Kalau flush rosak, takung air dalam baldi dan jirus ke dalam mangkuk tandas atau sembur dengan paip air sampailah tahi anda hilang dari penglihatan. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyumbang ke arah tandas awam yang kotor dan jijik.
4. Mangkuk tandas duduk seperti gambar di bawah perlu menjadi standard dan piawai kepada semua tandas awam. Bukaan mangkuk jamban yang lebar serta air paip terus pancut dari bawah yang juga dipanggil bidet untuk memudahkan proses basuhan atau mencebok. Tak perlu letak air paip getah dalam tu. Dengan cara ini, bukan sahaja mudah nak cebok malah permukaan lantai juga tidak akan basah lenjun.
5. Dan ini pula adalah trend terbaru, iaitu duduk lama2 dalam jamban sebab main handphone. Tandas awam tu tempat untuk kau buang kekotoran dari badan kau, bukan tempat kau main handphone lama2. Tandas awam bukan tandas bapak kau, orang lain nak guna juga tandas awam, ini duduk dalam tandas awam sampai setengah jam jadah apa? Jangan jadi bodoh boleh tak? Nak main henpon dalam tandas lama2, guna tandas kat rumah sendiri.
6. Bagi pengusaha tandas awam pula, sila pastikan perkara2 asas berikut wajib ada dalam tandas awam:
- Air
- Tisu
- Sabun
- Penyangkut seluar dalam tandas
- Tiada sebarang kerosakan.
Dan penting untuk setiap tandas awam mempunyai tandas untuk warga OKU, dan tandas OKU ini haruslah boleh digunakan setiap masa, bukan hanya menjadi tempat stor penyimpanan barang2 tukang cuci tandas.
Lain2 hal seperti basuh tangan selepas kencing atau berak, cara membasuh tangan menggunakan sabun dengan betul, keringkan tangan dan sebagainya tu pandai2 korang sendiri. Aku cuma concern hal yang melibatkan orang lain dan benda2 yang digunakan bersama.
Kita nak menuju negara maju, tapi sikap dan mentaliti kita di tandas awam lagi pun masih berada di kelas ketiga, macam mana nak mencapai negara maju?
Baca lagi - Kenangan manis di tandas awam.
tags: tips panduan tutorial guna tandas awam jamban dengan betul duduk cangkung berak kencing buang air besar kecil mangkuk berdiri kotor jijik cuci tahi taik shit sabun tisu istinjak sangkut seluar main telefon smartphone handphone
Ye untuk perempuan ada tambahan tiada siapa nak tengok sisa pad atau darah haid anda. Sangat mrnjijikkan.
BalasPadamOrg Malaysia ni ,masuk tandas pun sampai kena ajar. tambah2 kalau tandas free ,lagi la masyemmm ,nak masuk betulkan pin tudung pun kadang2 tak sanggup.
BalasPadamOh Rozana
BalasPadamkota Dhaka ini berjarak seribu kilo dari matamu
tapi tak secenti pun pernah kau tempuh aku
dari angan-anganmu
mengenai bisjut & royi semalam
Oh Rozana
di sini ada pikiran mengenai bisjut & royi,
gedung-gedung bisjut & royi, senyuman jejaka bangla
dan bintang jatuh kunikmati sendiri di taman kosong
Oh Rozana
waktu membeli bisjut
di tampah tua milik
ibu di kota Dhaka
juga cinta, ia memberiku satu ketul bisjut, tiga ketul royi
biarkan aku simpan bisjut & royi
dusta dan mimpi-mimpi di bawah bantal
biar kubawa dalam tidur
Bersama kenangan menjamah bisjut & royi
Nak bisjut?
Berkecai jamban.. Berak kuar bom agaknye... Gile ah..
BalasPadammakanya pakei otak~halamak hai orang malaysia.nak elak bontot kotor tapi tak sedar kau boleh kotorkan bontot orang lain.hidup jangan nak menang sendiri.
BalasPadamkau lupa satu benda.vandalisme.tulis ayat hiprocrates lah lucah lah kat pintu tandas.bosan sangat ke tunggu tahi keluar?haih..
Nyilu punggung aku tengok gambar punggung kena toreh dengan jamban pecah tu...
BalasPadamkes jamban pecah berlaku di Quality Hotel beberapa tahun dahulu....akibat cangkung atas tandas duduk...
Padamkalau pergi dkt tandas2 asrama uni pn sama jgk... haih 2 org yg ada pelajaran belajar sampai masuk u tpi xpandai nk jaga kebersihan tandas...huhuhu jijik!
BalasPadamx paham knapa org cangkung atas toilet duduk.. klu geli pergila ke tandas cangkung.. duh
BalasPadamTandas di Bangla paling bersih
BalasPadamAku lagi prefer toilet cangkung. kalau toilet duduk ni aku rasa jijik berkongsi tempat letak punggung dengan orang lain lagi2 yang jenis tak reti cuci. So kalau terpaksa guna toilet duduk, langkah yang terbaik alas tisu 3,4 keping dekat toilet bowl tu. Yang bidet tu pulak masalah sebab air kadang2 kecik so tak sampai. kau nak bukti pergi laa toilet sunway pyramid. bau bacin gila, aku syak semua orang lap guna tisu.
BalasPadambrp kali ko pi sunway pyramid??...ak lebih rela berak kat sunway pyramid dari berak kat caltex depan sunway tu.........
Padam-petai
Yang dah ada anak jangan buang pampers kat dlm tong sampah...ni pancut dlm burit je pandai.dah ada anak, taik anak buang merata.
BalasPadamEhh silap buang pampers dlm tong sampah...jgn buang dlm tandas
Padam1 lagi.... setelah cebuk... sila gantung / letakkan balik hose pada penyangkutnya... jgn biar berjuntai mcm tu je.... (utk toilet yg guna hose... biasanya kat RNR lebuhraya)
BalasPadam