Iklan Leaderboard

Rabu, 4 Mac 2015

26 Suami/Isteri mu adalah sahabat baik ku

Aku ada ramai kawan lelaki dan perempuan, tapi semua sahabat baik aku adalah lelaki. Aku tak percaya yang ikatan dan hubungan sahabat baik / best friend / BFF boleh wujud di antara lelaki dan perempuan terutama bagi mereka yang sudah masuk ke alam dewasa. Persahabatan baik di antara lelaki dan perempuan bagi aku hanya boleh wujud di kalangan pasangan kekasih yang bercinta dan suami isteri sahaja.


Sahabat baik adalah orang yang paling rapat dengan kita.
Sahabat baik sentiasa ada ketika kita susah dan senang.
Sahabat baik adalah teman untuk kita ketawa dan menangis.
Sahabat baik adalah orang yang kita boleh bercakap tanpa rasa segan silu atau berselindung.
Sahabat baik adalah orang yang boleh tegur dan nasihat kita tanpa kita rasa sakit hati atau sentap.
Sahabat baik adalah orang boleh kita meluahkan masalah dan berkongsi segala rahsia.
Sahabat baik adalah orang yang tahu akan titik putih dan hitam dalam kehidupan kita.

Sebab itu jika seorang lelaki yang sudah berkahwin, tapi ada sahabat baik dengan perempuan lain, atau seorang perempuan yang sudah berkahwin mempunyai sahabat baik lelaki yang lain, hubungan suami isteri itu susah nak berjaya dan bahagia serta kebarangkalian untuk gagal itu tinggi.

Bagaimana seorang lelaki itu boleh berkongsi segala2nya bersama seorang perempuan yang selain isterinya?

Bagaimana seorang perempuan itu boleh berkongsi segala2nya bersama seorang lelaki yang selain suaminya?

Apa pula perasaan seorang suami atau isteri yang tahu pasangannya mempunyai sahabat baik yang berlainan jantina?

Suami dan isteri seharusnya bukan sekadar HOUSEMATE, ROOMMATE dan FRIENDZONE, tapi juga SOULMATE dan BEST FRIEND.


Jika anda ada sahabat baik berlainan jantina sebelum berkahwin, lebih baik anda berkahwin sahaja dengan sahabat baik anda.

Jika tidak dapat membuatkan pasangan rumahtangga anda menjadi sahabat baik anda, jangan mencari sahabat baik lain yang berlainan jantina.

Jika anda mempunyai seorang sahabat baik berlainan jantina tetapi anda berkahwin dengan orang lain, maka suka atau tidak anda terpaksa downgrade hubungan sahabat baik tersebut kepada kawan biasa sahaja. Kegagalan anda untuk berbuat demikian menyebabkan anda boleh menjerumus kepada pengkhianatan terhadap pasangan dan kecurangan dalam rumahtangga.


Anda boleh menilai kembali sejauh mana hubungan anda dengan pasangan anda, dengan rakan anda, dengan orang lain dan sesiapa sahaja melalui Diagram Venn hubungan sesama manusia ini.




tags: best friend bff forever for life husband and wife suami isteri sahabat rakan kawan teman baik rapat sejati kahwin curang lelaki perempuan lain

26 ulasan:

  1. Nurul Izzah ialah contoh terbaik kegagalan rumah tangga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoi najib pun pernah gagal dlm rumahtangga lar...

      Padam
    2. Kawinkan jer Najib dengan Nurul Izzah tu.

      Tong taik biar sama ngan tong taik.

      Padam
    3. Shrek is love,Shrek is life4 Mac 2015 3:58 PTG

      najib perampas !!

      Padam
  2. Anwar Ibrahim4 Mac 2015 11:35 PG

    You ulang I saman, you ulang I saman!

    BalasPadam
  3. Ai setuju this entry.. batas berkawan lelaki dan perempuan kena jaga..tambah bila dh kahwin.
    hai..salam kenal.. done follow sini

    BalasPadam
  4. Demi Allah, mari kita semua berpoligami:

    http://www.utusan.com.my/pendidikan/4-anak-daripada-4-madu-1.65846

    BalasPadam
  5. best friend aku semua perempuan... so camne kena pilih 4 dari ramai tu ke.....hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaa..kalau playboy tak panggil la pmpn tu bestfren..ni mesti ramai bestfren pmpn sebab ko jenis lembut2 yang dok lepak ngn pmpn je. hahaha.

      Padam
    2. Shrek is love,Shrek is life4 Mac 2015 3:55 PTG

      ko mesti gay/bapuk. perempuan memang suka kwn dgn puak puak ni

      Padam
  6. suamimu teman baikku...
    boleh buat novel dah ni..

    BalasPadam
  7. Aku ada ramai kawan pompuan okay aje? Tuhan suruh tutup pandangan pada perkara maksiat...susah jugak kalau tak ada kawan pompuan tapi DVD Porn satu rak...itu yang kemungkinan tak ada pompuan nak buat kau jadi kawan sebab dari jauh depa dah kenai kau siapa...and then tambahan pulak bila tgk adegan berpeluk dalam TV pun dah jatuh berahi...itu yang bahaya tuh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. oi debed gile.. x blh bezakan ke kawan biasa dgn kawan baik? aku pn ramai kwn pompuan.. dh lama x komen ingt dh baik gile dia sekali masih gile

      Padam
  8. Alhamdulillah
    Selepas 6 tahun berkawan dan jadi kawan baik, aku selamat bernikah dgn dia.

    Memang lain hubungan kami, kat umah suami isteri tapi bila kuar jalan2 da mcam member2 dah!

    hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life4 Mac 2015 3:56 PTG

      tak tanya pun.peduli apa dgn kehidupan ko

      Padam
    2. Kesah plak aku dgn kehidupan ko .. Mcm ko sorg ada laki/bini dlm dunia ni..

      Padam
    3. aku pun x heran dgn kehidupan ko

      Padam
    4. heran?plak......................

      Padam
    5. betull..peduli apa dengan kehidupan ko..

      Padam
    6. Halamak banyak plk butthurt kat sini
      hue hue hue

      Padam
  9. best friend takde, boyfriend takde *pergi mereput sensorang

    BalasPadam
  10. best friend takde, boyfriend takde *pergi mereput sensorang

    BalasPadam
  11. Alamak aku pun ada kawan baik lelaki tapi aku dah berkahwin tapi dia belum.so macam mana doh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malang betul laki kau dpt bini mcm kau ..

      Padam
  12. "Jika anda mempunyai seorang sahabat baik berlainan jantina tetapi anda berkahwin dengan orang lain, maka suka atau tidak anda terpaksa downgrade hubungan sahabat baik tersebut kepada kawan biasa sahaja."

    Setuju sangat bab ni. Kita kena jaga keharmonian rumah tangga orang lain juga, bukan rumah tangga kita sahaja :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...