Selasa, 31 Mac 2015

12 Elakkan ditipu peniaga selepas pelaksanaan GST

Tinggal kira2 beberapa jam lagi sebelum tanggal 1 April 2015 yang merupakan hari yang dinanti2kan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ini kerana bermula tarikh tersebut sama ada suka atau tidak, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan mula berkuatkuasa, dan kita akan lihat sejauh mana keberkesanan dan impak pelaksanaan GST kepada negara, kerajaan dan rakyat amnya.

Aku tak mahu ulas banyak lagi pasal GST kerana sebelum2 ini dah banyak kali aku ulas dan bagi pandangan aku, cuma memandangkan kemungkinan realiti selepas pelaksanaan GST adalah amat berbeza seperti mana yang dijangkakan, maka aku nak kongsikan satu cara yang boleh kita gunakan untuk mengetahui sama ada harga barangan tersebut berpatutan atau tidak selepas dikenakan GST. Caranya adalah dengan menggunakan aplikasi Android MyKira GST.

Sumber gambar
Dengan pengenalan GST bermula esok di Malaysia, kini sebuah aplikasi khusus untuk mengetahui sama ada sesuatu barangan adalah dalam lingkungan harga yang dibenarkan ataupun sebaliknya telah pun dilancarkan, dinamakan sebagai MyKira GST.

Aplikasi yang diterbitkan untuk pengguna Android ini, membolehkan pengguna menyemak harga daripada lebih 10,000 produk runcit, dan mengetahui sama ada harga yang ditawarkan adalah dalam julat harga yang dibenarkan ataupun sebaliknya.

Walaupun objektif utama aplikasi ini daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri adalah sesuatu yang baik, namun implementasinya boleh dikatakan agak kurang mesra pengguna.
Untuk menyemak sesuatu harga, pengguna diperlukan untuk menaip terlalu banyak info – termasuk nama kedai, dan juga lokasi parlimen kita. Disamping itu, setiap carian barangan juga perlu dipilih berdasarkan cadangan yang diberikan (setelah kita taip sesuatu perkataan), dan bukannya meliputi berdasarkan carian kasar untuk sesuatu produk. Disamping itu, aplikasi ini juga dilihat berfungsi dengan sedikit lambat berbanding kebanyakkan aplikasi lain – berkemungkinan besar adalah kerana ia berasaskan kepada web sepenuhnya. Mungkin ini adalah kerana versi pengenalan awal, dan mungkin pelbagai pengoptimasian tambahan perlu dilakukan untuk menjadikan aplikasi ini lebih menarik.

Bagi anda yang ingin menyemak harga barangan yang dikenakan pasca GST sama ada dalam lingkungan ataupun sebaliknya, boleh memuat-turun aplikasi MyKira GST ini pada peranti Android anda hari ini. Versi untuk iPhone dijangka hadir pada bulan April kelak.

Sumber Amanz.

Muat turun aplikasi Android MyKira GST di Google Play - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.govmy.kpdnkk.mykiragst.

Aplikasi ini aku rasa istimewa sikit sebab ia dibangunkan sendiri oleh kawan aku. Oh btw, kalau korang nak buat website atau blog korang versi Aplikasi Android, boleh klik banner berikut:

 Web 2 Android App

Memandangkan GST baru sahaja diimplemen, pasti akan timbul macam2 isu. So aku harap dengan adanya aplikasi ini, kita sebagai pengguna boleh semak sendiri harga barangan dan terus laporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya harga yang dijual diluar daripada julat yang dibenarkan. Tak perlu nak semak senarai harga barang satu2 kat website Jabatan Kastam.

Malah dimaklumkan yang beberapa barang dijangka akan menjadi lebih murah seperti set televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, seterika, pengering rambut, lampin dan minuman ringan selepas pelaksanaan GST, termasuk juga dengan harga kereta yang diberitahu kastam akan turun hingga 3%.

Ya, mungkin akan ada banyak barang yang akan turun harga, tapi hanyalah sekiranya peniaga revise semula harga asal barangan daripada pengiraan SST (Sales - 10% and Services - 6%) ke GST, seperti contoh harga Milo yang semasa SST berharga RM10, semak harga semula menggunakan GST dan kemungkinan harganya lebih rendah iaitu RM9, kemudian barulah tambah dengan GST 6% untuk dijual kepada pengguna menjadikan harga barunya RM9.55.

Harga Milo = SST RM10 GST RM9 + 6% = RM9.55

Sepatutnya begitulah pengiraannya, bukan sekadar tambah sahaja harga asal RM10 dengan GST 6%, itu dah macam kita bayar harga barang yang dijual dengan cukai SST pastu tambah lagi pulak 6% cukai GST, contohnya:

Harga Milo = SST RM10 + 6% = RM10.60.

Memandangkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sendiri pun mungkin kekurangan kakitangan untuk memantau pelaksanaan GST supaya lebih telus sehingga perlu menambah lebih 800 pegawai baharu dalam tempoh tiga bulan ini, maka sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk melaporkan sendiri sebarang penipuan dan manipulasi harga yang dilakukan oleh peniaga, dan salah satu caranya adalah dengan menggunakan aplikasi MyKira GST ini.

Cuma satu je aku agak keliru dengan GST ini. Dulu dalam SST ada Cukai Perkhidmatan sebanyak 6%, bezanya cuma tiada Cukai Barangan tapi Cukai Jualan. Selepas ini Cukai Jualan 10% digantikan dengan Cukai Barangan 6%, tapi Cukai Perkhidmatan masih kekal 6%. Akan tetapi kenapa banyak perkhidmatan semasa SST takde pun kena caj 6% tapi lepas GST kena pula caj 6%, seperti contoh perkhidmatan keluar wang MEPS, perkhidmatan pos/poslaju, perkhidmatan topup prepaid, perkhidmatan renew domain, perkhidmatan insurans, perkhidmatan MyEG, perkhidmatan Touch N Go, perkhidmatan kad pelajar KTMB dan lain2 perkhidmatan lagi.

Apa beza perkhidmatan dalam Sales and Service Tax (SST) dan perkhidmatan dalam Goods and Service Tax (GST)? Ada sesiapa boleh beritahu?




tags: aplikasi android mykira gst kpdnkk semak harga julat price naik turun dibenarkan kerajaan

12 ulasan:

  1. Bhai Noob...

    "Cuma satu je aku agak keliru dengan GST ini. Dulu dalam SST ada Cukai Perkhidmatan sebanyak 6%, bezanya cuma tiada Cukai Barangan tapi Cukai Jualan. Selepas ini Cukai Jualan 10% digantikan dengan Cukai Barangan 6%, tapi Cukai Perkhidmatan masih kekal 6%. Akan tetapi kenapa banyak perkhidmatan semasa SST takde pun kena caj 6% tapi lepas GST kena pula caj 6%, seperti contoh perkhidmatan keluar wang MEPS, perkhidmatan pos/poslaju, perkhidmatan topup prepaid, perkhidmatan renew domain, perkhidmatan insurans dan lain2 perkhidmatan lagi.

    Apa beza perkhidmatan dalam Sales and Service Tax (SST) dan perkhidmatan dalam Goods and Service Tax (GST)? Ada sesiapa boleh beritahu?"

    Itulah taktik dan teknik menipu Maha Agong.... Hahaha... satu Malaysia kena tipu.... Hahaha

    BalasPadam
  2. harap aplikasi ni boleh jadi panduan pengguna. selain elak dari kena tipu.

    salam ziarah

    BalasPadam
  3. Antara fakta dan sentimen....ternyata kebanyakan rakyat Malaysia termasuklah YB dan pelaksana masih lagi mengekalkan mentaliti kelas ketiga.....-akurakyatbiasa-

    BalasPadam
  4. Leh gunakan #‎aduangst‬ untuk aduan GST.

    BalasPadam
  5. Dalam Negara Dunia Ketiga, pergilah kemana2 pun, tolong berpegang dgn konsep DNA ini. Inipun kawan aku yang mengajor 4 tahun aku bersama dia. DONT TRUST ANYBODY.

    Tak kira di mana2, di pejabat, di masjid, hinggakan dalam kaabah sekalipun, konsep DNA perlu dipegang dengan sebaik2nya. Jika di negara maju pun kita kena tipu, inikan pulak negara dunia ketiga.

    Di negara dunia ketiga, hanya 2 orang yang masih tinggal untuk dipercayai. Ibu dan Bapa kita. Jika dapat ibu bapa yang bertanggung jawab, bernasib baiklah kita. Selain daripada kedua ibubapa kita, haha..hatta adik beradik kita sekalipun, sekalipun dia itu seorang yang berulang alik ke masjidilharam saban waktu azan sekalipun, jangan anda ingat dia takkan menipu anda.

    Inikan pula menteri, ahli parlimen, peruncit, pekerja gomen yang tersangatlah jauh dari ikatan persaudaraan dengan kita. Sorilah yer.

    Mula2 memang aku tak suka dengan DNA ni.. tetapi benarnya ada. Sekurang2nya kita tak sakit hati kemudian hari.

    BalasPadam
  6. GST: Sistem cukai lebih efisen. Semua dah tertulis dlm resit, so duit tax kita bayar 2 akan pergi straight ke gov...so pekedai xleh nak sentuh duit tax 2 utk masuk dlm poket sendiri.

    SST: Sistem cukai sedia ada, selalunya % tax berbeza2 mengikut jenis tax (sales, service). Selalunya pekedai dah include sekali dlm harga jualan. So bila pekedai nak byr tax kpd gov..so pekedai tau selok belok nak byr cukai seminimum mungkin. In other words, kdg2 duit cukai kita masuk dlm poket mereka, mereka claim less sales, so pay less tax.

    GST menyebabkan gov dpt tax lebih sbb SST selalunya dpt sikit dprd pekedai terutamana cha ya nun alif sbb mereka mahir dlm bisnes adjust2 figure. Pasal GST nak support keborosan duit kerejaan kesebelum ni...ni antara mereka dgn Allah. Tp ramai penganalisis ekonomi meramal sistem GST lebih baik dr SST, cuma rakyat kena biasakan diri dgn culture shock ni, sbb byk brg naik....n once barang naik, barang xkan turun even kalau tiada tax dikenakan sekalipun, still leh adjust supaya harga maintain n x turun.

    Ada dgr cite, sekumpulan peniaga cuba naikkan harga barang (spt short cut naik 6% terus) sbb masa ni nak dpt untung lebih..then put blame on gov sbb byk harga barang naik. Sbb diaorg dah biasa tax SST yg kita byr sebelum ni dah masuk dlm poket peniagan sendiri & pay less to gov.

    BalasPadam
  7. Salam 1rasuah ,

    rakyat ingat kerajaan prihatin,

    1. bagi brim rupanya ambil balik guna gst.
    2. Banyak hospital tapi nurse biadap, doktor pakar dan alatan takde.
    3. Banyak sekolah rupanya nak bagi kerja pada spm sikit A.
    4. Banyak IPT rupanya tempat awang hitam, china doll dan mahasiswa spm serendah 3A
    5. Banyak projek pembangunan rupanya nak kayakan kroni.
    6. Banyak jabatan kerajaan tapi perkhidmatan lembab rupanya nak tanggung biawak hidup (PA)
    7. Kuarters polis cantik rupanya dalam hancur.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tengok ramai je yang bodoh time spm bila masuk U result gempak. Yang konon cemerlang spm tapi dekat U jadi haram jadah. Sebab? Spm bukan segalanya okay mat KEDEPAN? Adil ialah tidak menjustifikasi, saksama dalam membuat keputusan. Bodoh ialah menampal komen KEDEPAN kau ni di seluruh pelusuk alam siber. Mohon kebelakang, hee.

      Padam
  8. Apa kejadah lokasi parlimen..kena isi...

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. SST = Diimplemen kepada hanya few perkhidmatan (Service Tax), dan barangan, terutamanya yang diimport (Sales Tax)

    GST = Diimplemen kepada hampir semua perkhidmatan dan barangan samada yang diimport, mahupun yang local made.

    BalasPadam
  11. KAlau tak salah,

    SST= Cukai yg dikenakan kepada produk akhir jualan dan perkhidmatan.

    GST= Cukai dikenakan di setiap level yg melibatkan barangan dan perkhidmatan, sama ada pembekal, pemborong, pengedar dan penjual.

    Sbb tu GST lg menguntungkan kerajaan dan membebankan pengguna sbb cukainya berulang dan para pembekal/pemborong/pengedar boleh claim balik dgn kerajaan manakala pengguna tak boleh claim.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.