Bagi saya menganggap generasi muda menggemari hiburan adalah terlalu umum. Memang benar kami menggemari hiburan tetapi hiburan yang bagaimana? Adalah silap kalau mengkelaskan generasi muda menggemari hiburan yang bertaraf rendah, menghina intelektual dan menyuburkan hedonisme. Saya percaya kalau generasi muda dilihat semudah itu, sebenarnya ini sangat tidak adil kepada mereka. Sikit sahaja yang gemar hiburan membodohkan diri, selebihnya tidak.
Barangkali disebabkan pandangan umum generasi muda suka hiburan sedemikian, maka stesen televisyen belumba-lumba menurunkan taraf intelektual program hiburan hingga serendah-rendahnya. Salah satunya lahir program hiburan MeleTop (ejaan pun sengaja disilapkan) di Astro. Baru-baru ini program MeleTop memberi anugerah kepada artis dalam majlis yang spektakular. Dari aspek produksi, saya melihat sudah boleh diangkat ke taraf antarabangsa. Tetapi itu kulit bukan isi.
Maaflah kalau tulisan saya tidak sehebat wartawan hiburan yang membuat liputan penganjuran acara MeleTop itu minggu lalu. Tetapi saya percaya kemampuan saya melihat jauh lebih ke dalam, bukan menyapu lapisan luar sahaja. Daripada sebahagian besar tulisan itu, kebimbangan saya ialah wartawan hiburan pun turut larut dalam kancah hedonisme yang menjadi ancaman utama generasi muda. Mereka kembirikan keazaman untuk berfikir di luar kotak apabila tidak ada tulisan yang analitikal.
Hingga tulisan ini dihasilkan, saya belum membaca lagi ulasan yang "luar biasa" mengenai acara MeleTop. Saya faham laras bahasa penulisan hiburan, itu bukan masalahnya. Yang dipersoalkan ialah pemikiran. Tetapi apabila memuji MeleTop secara melulu, saya fikir ini bukan satu sikap yang bertanggungjawab terutama kepada generasi muda.
Saya cuba meluangkan masa di depan televisyen untuk menonton program yang disasarkan kepada khalayak yang segenerasi saya. Anugerah MeleTop yang saya tonton bertali arus dengan persoalan, "Inikah sajian kepada generasi saya". Bolehlah dijadikan satu kajian kes tentang rendahnya nilai pemikiran dalam program yang disasarkan kepada generasi muda.
Kalau dilihat bab pengacara majlis pun sudah cukup menunjukkan rendahnya pemikiran pelawak-pelawak kita. Seni bagi mereka adalah terloncat-loncat dan terkinja-kinja di atas pentas. Sedarkah apa yang mereka lakukan di atas pentas mencerminkan tahap pemikiran kepada umum? Artis yang boleh dipuji seperti Neelofa dan Siti Nurhaliza juga terseret dalam program yang memberikan tanggapan salah terhadap generasi muda.
Artis atau pelawak yang “suka bagai nak gila” apabila menerima Anugerah Meletop itu memang sudah dijangka. Ini kerana lingkungan alam fikir mereka sempit dan kecil. Tidak hairanlah mereka seolah-olah menjulang trofi Anugerah Meletop seperti trofi Oscar di Anugerah Academy. Bagi mereka ini pencapaian terlalu besar. Itu menunjukkan kualiti yang ada kepada sebahagian artis yang dijadikan umpan untuk menaikkan penarafan (rating) program hiburan tempatan. Kalaulah Anugerah Meletop pun mereka gembira bagai nak gila, tidak tahulah saya gagasan masa depan mereka.
Adalah tidak tepat dan tidak adil membuat kesimpulan mudah bahawa generasi muda menggemari corak hiburan dan gelagat para artis seperti yang ditunjukkan dalam program Anugerah MeleTop. Buktinya saya bukanlah tergolong dalam kelompok generasi muda yang bercita rasa terlalu tinggi. Cita rasa saya terhadap hiburan adalah pada paras orang kebanyakan yang lain. Tetapi saya menolak hiburan begini. Maknanya orang lain juga sama.
Oleh kerana itu para artis harus mempertingkatkan nilai dalam persembahan. Mereka tidak boleh selesa dengan program hiburan bercita rasa rendah. Ini bukan tanda aras kejayaan. Saya melihat penyusutan nilai pemikiran generasi muda makin ketara dalam dunia hiburan.
Sudah pasti kita semua sangat bimbang dengan senario yang menyelubungi generasi muda hari ini. Tentulah tidak munasabah untuk ditanya peranan program seperti Anugerah MeleTop, Melodi dan sebagainya dalam konteks pembinaan negara oleh generasi muda. Tetapi pada masa yang sama tentulah tidak wajar kita membiarkan kerosakan-kerosakan dilakukan ke atas generasi muda dengan alasan ada segelintir merelakan mereka dirosakkan dan diperbodohkan.
Saya bukan dengan sengaja menyasarkan kritikan kepada MeleTop sahaja tetapi ini salah satu contoh sikap kesengajaan stesen televisyen dalam konteks membina generasi muda. Malah banyak program hiburan lain yang menyumbang kepada kerendahan nilai pemikiran generasi muda. Tidak sepatutnya hiburan dipisahkan terus daripada citra seni. Malangnya hiburan kita terlalu nipis seninya sekalipun para artis secara bawah sedar mengaku diri sebagai anak seni.
Saya percaya pengamal media dan stesen televisyen mempunyai keupayaan untuk mengubah keadaan yang semakin tenat ini. Sudah tentu kita semua tidak mahu generasi muda yang akan menggalas tanggungjawab membina negara menjadi mangsa kepada sajian hiburan yang tidak membina.
Perkara ini akan membuatkan mereka berada dalam dunia asing yang selesa sedangkan realiti adalah sebaliknya. Kakak-kakak dan abang-abang wartawan hiburan boleh menyuntikkan perubahan. Gunakanlah pena di tangan untuk mengubah masa depan anak bangsa.
Nukilan Roslan Hanafi di Utusan Malaysia.
* * * * * * * * * *
Bagi aku ini adalah rencana yang menarik yang diterbitkan dalam sebuah surat khabar mainstream, lebih2 lagi akhbar itu adalah Utusan Malaysia, maka aku tertarik untuk kongsikan di sini.
Namun benda ini bukan benda baru. Kita sudah terlalu lama disogokkan dengan hiburan yang melampau dan keterlaluan dan generasi muda pula sudah terlalu ramai yang menagih hiburan2 hedonisme seperti ini.
Para artis dan selebriti diiktiraf pula dengan pelbagai pengiktirafan dan anugerah yang glamor dan popular, para wartawan dan jurnalis pula terus mengangkat dan menjulang mereka, manakala para ilmuwan dan cendekiawan semakin tidak mendapat tempat di dalam hati anak muda.
Baguslah...
tags: inikah sajian pemikiran generasi muda hedonisme anugerah meletop era rencana artikel utusan malaysia
pertama ditempat ku selalu~
BalasPadamdlm masa sama complain la mentor legend kat tv3 napa x complain? pala toh la roslan ni len kali tag sekali mentor legend tu pun 2x5 masa mlm tu pun orang buat event merapu.. puih
Padamkentut sket ProooooooooooooooooooOOOOoOOOoOoOot kat muka Tanpa Nama argh lega bak hang~
ko ni bodoh ke ape sirously??
PadamSirosli sirosli tah hbs2 kentut. Berak atas muka kang baru tau ..
PadamIni semua salah UMNO
PadamSetuju juga dengan penulisan di atas
BalasPadamCukupkah sekadar itu tahap pemikiran generasi pendokong negara ini?
Takut juga memikirkannya, bimbang ramai 'pelakon telenovela dan sinetron' yang bakal menggagas tunjang negara ini.
Kerjanya 'berlakon' je nanti
Program tu satu contoh antara banyak lagi program yang lain.
BalasPadamNak sembahkan sesuatu yang ada nilai intelektual tinggi, perlu banyak kerja juga.
Bg sy...semua ni sbb demand issue...kalau xde demand utk hiburan oleh rakyat, xde la acara atau majlis2 sebegitu rupa. Apa yg sy nmpk skrg, artis skrg dpt pengiktirafan tinggi oleh masyarakat..dengan senang mendapat gelaran Datuk n payment melimpah ruah utk certain show/drama..even artis biasa pun boleh beli Ferrari...menjadi artis adalah laluan best utk org2 melayu yg x beberapa pandai n nak short cut dlm hidup dgn ada muka n aura.
BalasPadamMmg x dinafikan...org2 pandai last2 kerje makan gaji...org yg x pandai buat business sendiri n org yg pandai kerje bawah org yg x pandai. Tak dinafikan yg perkara di atas ialah normal di seluruh negara...tp spt noob ckp..xkan kita still nak berlandaskan hiburan utk nmpk lebih up-to-date n berjaya? Cukup2 la bala yg menimpa negara...dgn banjir, musin panas, denggi...itupun still x nmpk lagi musibah yg diberi kpd kita semua. Tp apakn daya..bila duit berbicara...semua boleh kaw-tim.
Takde astro, tak pernah tengok meletop.. Tapi dengan lambakkan rancangan hiburan generasi sekarang lebih berangan nak jadi artis berbanding kerjaya profesional lain. katanta emma maembong sekolah sampai tingkatan 2 pun boleh popular & hidup senang.. Sogokkan rancangan hiburan mempengaruhi mentaliti generasi sekarang. dari sekecil2 anak sehingga setua2 atuk.. semua berangan nak jadi artis..
BalasPadamNoob sila mulakan gerakan #anakmudacintailmu
BalasPadamRancangan macam ni dpat tarik penaja, sekaligus dapat kembongkan poket penganjur.
BalasPadamRancangan ilmu tak dapat tarik penaja, so penganjur pun takde motivasi nak anjur.
well said...
Padamsesuai sangat dengan fikrah meleisiens masakini = tahi.
BalasPadamMaharaja Taklawak Mega menggalakkan anak muda Malaysia berfikir ke?
BalasPadamsmua ada je yang tak kena si noob ni .. dengki dengan org je keje ..
BalasPadam