Iklan Leaderboard

Selasa, 10 Mac 2015

24 Bahagia milik kita itu biar kita sahaja yang rasa

Hari minggu, mama mengajak semua anaknya balik ke rumah. Reunion. Lapan orang anak. Semua dah besar panjang, dah ada kerjaya, ada keluarga. Nasib baiklah, sebahagiannya kerja tidak jauh, sekitar ibu kota saja dan sebahagian lagi sejam dua perjalanan saja balik kampung.

Berkumpullah sekeluarga. Makan-makan. Gelak ketawa bersama. Lepas makan, semua duduk di ruang tamu.

Mama ajak semua duduk keliling dia. Mama ambil dua tiga album lama. Buka dan tunjukkan semua gambar pada anak-anak dan cucu-cucu. Ada yang tergelak tengok gambar lama, ada yang menangis tengok gambar arwah abah. Semua tu kenangan.

Album gambar dulu-dulu lebih mengamit kenangan peribadi kita. [Paisley]

Sambil-sambil belek gambar lama, mama bersuara,
“Zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Album gambar macam ni dah lapuk. Ketinggalan zaman. Semua album sekarang dalam henfon, komputer. Digitalkan semua. Gambar-gambar dulu semua original, tak ada edit-edit. Sekarang, susah nak beza. Kadang-kadang tak cam tu ahli keluarga sendiri.”

Kami senyum saja dengar. Memang zaman dah berubah.
“Mama tengok di internet. Dengan tab yang kamu semua belikan tu. Mama jadi hairan.

Contohnya, orang muda yang baru saja bernikah setahun dua. Ada anak kecil seorang dua. Rata-rata mereka tulis tentang kebahagiaan pernikahan mereka. Sebarkan tentang kebahagiaan mereka. Malahan, bangga dan kagum. Mama terfikir, usia pernikahan baru menginjak setahun dua, masih terlalu awal untuk simpulkan bahagia. Orang lain pun kahwin juga, perjalanan masih jauh hidup berumahtangga.

Tak diduga pun lagi dengan kepayahan besarkan anak, anak nak sekolah, anak nak masuk universiti, anak sakit kritikal, anak kemalangan, suami buat hal, bergaduh sampai nak bercerai, anak-anak terlibat kes juvana dan macam-macam lagi.

Awal-awal, memang manis. Semuanya sweet. Tapi, ingat. Di setiap kemanisan, adanya ujian.

Setiap kebahagiaan yang bangga ditayang, jangan disangka Allah tidak akan berikan dugaan demi zugaan.”

Kami cuba mencelah, ”Tapi, mama, kami cuma nak orang lain pun rasa gembira. Nak ajak orang muda segera berumahtangga..”

Mama senyum.
“Niat tu baik. Tapi bagi mama, bahagia itu biarlah kita saja yang rasa. Macam kita tengah tengok gambar-gambar sekarang ni, yang teruja dan gembira hanyalah kita. Sebab, kita saja yang melalui dan mengerti. Sedangkan di luar sana, ada macam-macam jenis orang. Ada yang tumpang gembira, ada yang cemburu, ada yang sakit hati, ada yang meluat, ada yang benci.

Kita pun tidak suka bila gambar-gambar kebahagiaan kita jadi buah mulut orang yang benci. Jadi tohmahan dan fitnah. Ingat, ramai yang suka kita, ramai juga yang tak suka kita.”

Kami anggukkan saja. Antara setuju dan tidak.
“Mama cuma nak ingatkan anak-anak dan cucu-cucu. Mama tak larang, sebab ini zaman kamu. Bukan lagi zaman mama. Misalnya, hari ini kamu canangkan di laman sosial, “Bahagianya cinta lepas nikah” dengan gambar kamu dan isteri terpapar megah. Kemudian, Allah uji pernikahan kamu tu dengan salah faham dan perkelahian.
Akhirnya, bercerai di usia muda. Masa tu, cuba kamu fikir silapnya di mana? Jangan salahkan takdir. Tapi, kerana kita kadang-kadang terlampau seronok, gembira, kita rasa kita buat tu semuanya betul.

Kita lupa Allah sedang memerhati dan menilai.

Kita lupa di dunia ini, Allah tidak penat menduga.

Kita saja yang sentiasa tersungkur diduga.

Bahagia yang sebenar-benarnya bahagia, hanya di akhirat sana.
Bahagia yang dirasai sekarang, fana dan sementara.

Orang-orang beriman, rasa bahagia diduga.”

Kami senyum, cium tangan dan pipi mama. Walaupun tidak sependapat, kadang-kadang pendapat orang tua perlu difikirkan. Mereka sudah berada di hujung jalan dengan pelbagai kutipan liku-liku pengalaman. Sedang kita baru nak mulakan perjalanan.


Kredit: Muhammad Rusydi of Rusydee Artz | Lukisan Dakwah



Sebelum ini aku dah pernah tulis beberapa kali pasal benda ni. Sejujurnya aku adalah orang yang agak jengkel dan annoying bila tengok orang lain menunjuk dan menayangkan kebahagiaan mereka di media sosial. Tayang rumah baru, tayang perabot baru, tayang kitchen cabinet baru, tayang kereta baru, tayang gambar makanan, tayang gambar anak baru, tayang result anak dapat UPSR 5A, habis semua benda yang hanya mendatangkan kebahagiaan kepada dirinya mahu ditayangkan, tanpa mereka sedari yang kebahagiaan tersebut hanya mereka sendiri yang rasa, bukan orang lain, so apakah sebenarnya keperluan mahu menunjuk2kan kebahagiaan anda kepada orang lain?

Anda boleh kata, saya tayang segala benda tu sebenarnya tiada niat nak menunjuk. Habis tu kalau tiada niat nak menunjuk, buat apa tunjuk pada orang lain? Niat itu lintasan hati, bila seseorang upload sahaja apa2 gambar di media sosial, dia sebenarnya bukan sahaja memang telah berniat untuk menunjukkan gambar tersebut kepada orang lain dan mahu orang lain tahu mengenainya, malah ia telah disusuli dengan perbuatan.

Perlu ke orang lain lihat kebahagiaan korang? Perlu ke orang lain tahu mengenai kemewahan hidup korang? Tahu tak perbuatan tu sebenarnya boleh mengundang sifat ujub, riak dan takbur tanpa anda sendiri sedari malah ia juga turut boleh mengundang sifat biadab jika bermula di peringkat muda lagi.

Walaupun perbuatan menayang2 kat Facebook ni ramai orang buat tak kira jantina, tapi biasanya orang perempuan yang lebih suka menayang kebahagiaan mereka berbanding lelaki. Mungkin kerana mahukan perhatian, tidak mahu orang lain tahu yang dirinya tidak bahagia dan tidak mahu kalah dengan kawan2 dan kenalan lain.

Ingat lagi suatu ketika dahulu, kita hanya berkongsikan kegembiraan dan kebahagiaan kita hanya pada kawan rapat dan ahli keluarga yang terdekat sahaja. Namun kini, semua orang termasuk orang yang tiada kaitan pun perlu tahu akan kebahagiaan kita.





tags: wahai pengguna media sosial bahagia itu biar kita sahaja yang rasa loser pathetic

24 ulasan:

  1. Sekarang dengan menunjuk dah boleh jadi satu sumber pendapatan.. dengan mencanang semua cerita kehidupan boleh dapat populariti.. dan sebab tu orang sekarang tak kisah apa orang fikir bila dia menunjuk.. tak kira la menunjuk kebahagian.. menunjuk kesenangan atau menunjuk rutin harian & kehidupan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau orang ambik kesempatan dengan merompak atau buat benda2 tak elok jangan bising la leps tu... sendiri salah tunjuk nama identiti sebenar tunjuk rumah.. zmn sekang mudah je nak ceroboh orang punya rahsia..lebih2 lagi pompuan-pompuan yg kuat berblogging hati2 zmn la ni orang makin lama ad yg makin jahat dan ada juga orang makin baik....apapapun show off memamng tabiat manusia dari kecik sampai ke tua nak mampus dari muda2 show off sapa paling best smpi ke tua2 nak mampus nak banding anak sapa kerje paling the best didalam dunia...tak banding tak best tak "thrill" keseronokan bersembang tu jugak terletak pada showoff nya hehe2

      Padam
    2. ProOoooOOOooOoOttTTt !! D muka sirosli. Argh lega ..

      Padam
  2. Jangan lupa satu lagi, spesis tayang susu. Susu perah. Apa korang share gambor susu tu nak bagi aku minum ke ape?

    BalasPadam
  3. Apa yang buat kita ketawa tengok gambar lama? Sebab kebenaran yang sahih.. Memori tanpa editing.

    BalasPadam
  4. Pempuan biasa la. Nakkan perhatian, pujian, lg org puji lagi dia tergedik gedik dkt fb. Semua nya nak jadi attention whore ...

    Tapi x pnah aku jumpa plak member2 aku yg pempuan duk buat status gaduh betekak dgn laki masing2.. Setiap2 hari adalah hari bahagia ala2 cinderella happily ever after .

    Berkahwin tapi xpenah gaduh? Hari2 bahagia .. Hari2 hepi dlm facebook? Bullshitt..

    Seriously i dont give shit what de fak status, pic , moment in your facebook ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan bini aku ade je yg gaduh ngan laki update kat FB. Bukan sorang tp 2-3 org.

      Sesetengah pompuan mmg jenis terlalu ikut emosi. Kalau time hepi nak upload aku ble paham la. Ini gaduh ngan laki pun nak share. Pelik.

      Padam
    2. Kalau ikut reality sebenarnya orang yang bahagia tu dia takkan menunjuk kebahagiaan dia dekat orang lain.

      Banyak kawan2 aku yang memang jenis selalu bergaduh laki bini suka sangat post pasal kebahagiaan dorang tu, tak masuk lagi update hari2 cerita pasal perkembangan anak2 dorang. Tapi aku tahu di sebaliknya dorang selalu gaduh laki bini. So yang si bini ni post2 pasal kebahagiaan sebab nak counter balik emosi dorang konon2 nak pujuk diri sendiri laa tu.

      Padam
  5. "Alhamdulillah....result baik.Sikit je lagi nak 4 flat.Tapi xpe la. Mungkin xde rezeki sem ni"
    Ayat camni pun macam haram jugak.

    BalasPadam
  6. Share video xxx la n gambar xxx... Baru la syok...

    BalasPadam
  7. apa yangdi update tidak serupa bikin dengan apa yang terjadi dalam realitinya. semua status adalah annoying.

    BalasPadam
  8. setuju. ramai yg rasanya agak bangga berkahwin di usia muda sampai kadang jadi serupa riak. tambah lagi pasangan hensem/lawa dan dikurniakan anak yg comel. apatah lagi bila jadi popular di instagram. tp betul pun, bukan semua org suka tengok. lagipun org ckp kalau suka sgt menunjuk nnt tak tahan lama, kalau jd apa2 kelak, sapa yg malu? mereka dan keluarga mereka jgk

    BalasPadam
  9. post kat fb gambar pegang duit bnyak..ayat "alhamdulillah,bisnes dah bagi hasil..semuanya rezeki tuhan".

    Orang komen : bagus la..jgn lupa diri dan riak bila duit dah bnyak

    dia balas : eh,tidak..aku sentiasa ingat asal usul diri..

    kemudia dia post gambar duit lagi..dan lagi..dan barang2 dia beli..

    mindblown!!!!!

    BalasPadam
  10. Hang sembang macam mana pun noob..julahak2 ni xmakan saman punya...dunia akhir zaman

    BalasPadam
  11. nasihat yang baik dari Mama... nasib baik apa yang dia naitkan tu sampai pada anak anak... mudah2an kepada semua...

    btw mungkin kita kena buang titik hitam yang ada dalam hati kita bila ada perasaan cemburu dan sakit hati... orang alim beritahu saya... bila lihat kebaikkan, ambil kebaikkan saja utk masuk dalam hati... supaya hati akan menjadi baik... jangan ambil keburukan kerana keburukan lebih mudah berkembang dalam hati berbanding kebaikkan... lebih kurang kita nampak orang tayang duit dan wujud rasa riak pada statement dia... ambillah kebaikkan seperti duit tu... tapi jangan dilayan perbuatan riak dia tu.. kalau tak hati kita pun akan subur dengan rasa yang sama

    BalasPadam
  12. Typo perkataan perkataan "biadap"-->"biadab" k.. Tu je noob.

    BalasPadam
  13. 99 dari 100 org yg duk menayang dkt fb tu perempuan. apa boleh buat mmg tujuan 99% perempuan malaysia tujuan hidup mrk ia'ah utk berkahwin dan menunjuk kebahagiaan mrk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...perempuan bila dah kahwin tu kira dah berjaya la dalam hidup diorang. Tu yang nak tunjuk tu yg dia dah berjaya dan bahagia kononnya.

      Padam
  14. Tunjuk benda yg baik berlaku kpd kehidupan kita spt upload gmbr bercuti, dpt hadiah, rumah n keta baru, anak comel sbnrnya another kebahagiaan dlm dunia sosial. ...iaitu dpt byk like n positive comment. Klau bukan sbb adanya like n comment, xde orh nk sibuk upload status. Yes, ppuan perlukan perhatian n Like dr user FB lain sgt critical samada dia dpt perhatian yg diingini atau x.

    Bukan share bnda bahagia..even time bad mood n emosi pun nak share...n dia hrapkn respond user lain gak yg memahami situasi dia. By da way, actually org lain xkn membantu sbnrnya, maybe byk dedah aib sendiri. So masa 2 kita perlukn kawan yg sbnr in realiti yg betul2 bantu kita masa susah. Ataupun jgn sibuk cari Why is happend...tp lebih cari How to solve the issue.

    BalasPadam
  15. Yang duk post gambar anak kau hari2 dekat social media tu tak reti takut ke? Zaman sekarang ni banyak orang psycho, dengan pervertnya lagi, dengan kes culiknya lagi. Lepas tu gambar berlaga2 pipi cium bagai laki bini ingat sweet ke? Hari2 pulak tu kau post gambar macam nak beromen, dengan caption "oh tuhan. terima kasih atas kurniaan isteri/suami yang sempurna semoga kasih sayang kami bertahan sampai jannahhh." hmmm..........

    BalasPadam
  16. Hmm... Realiti akhir zmn... Nauzubillah...
    Saya datang ziarah, baca entry dan follow...
    Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu... :-)

    BalasPadam
  17. Kenapa segelintir,(*segelintir ke?) perempuan suka pakai tudung tapi lebihan tudung dilonggokkan diatas payudara? Kesian lelaki...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...