Iklan Leaderboard

Jumaat, 30 Januari 2015

10 Koleksi foto gaya hidup anak orang kaya Malaysia

Apa sebenarnya yang lebih hebat dan membanggakan daripada menjadi seorang anak yang kaya raya dan hidup mewah senang lenang hasil kekayaan ibu bapa? Tiada, tiada apa yang membanggakan pun sebenarnya. Mereka cuma bernasib baik kerana dilahirkan dalam keluarga yang kaya. So tiada satu kebaikan pun sebenarnya menunjukkan kekayaan dan gaya hidup mewah kita kepada orang lain, apatah lagi apabila koleksi gambar anak2 muda kaya ini dikumpulkan dalam sebuah akaun Instagram yang diberi nama The Rich Kids of Malaysia... seriously?

http://instagram.com/therichkidsofmalaysia/

Akaun The Rich Kids of Malaysia (RKOM) ini mengandungi gambar2 kehidupan dan gaya mewah orang2 yang kaya di usia yang muda. Gambar kereta mewah, rumah mewah, percutian mewah, makanan mewah, barang mewah yang mahal, segala2nya mewah. Mungkin pemilik akaun ini nak mendapat inspirasi daripada rancangan realiti #Richkids of Beverly Hills yang memaparkan kehidupan dan gaya hidup mewah anak2 orang kaya yang tinggal di Beverly Hills, US dan juga akaun instagram The Rich Kids of Tehran yang juga mengandungi gambar2 anak orang kaya yang tinggal di Tehran, Iran.

http://instagram.com/therichkidsoftehran

Namun apa yang aku dapati dalam Instagram RKOM tu bukan semua gambar2 kekayaan dan kemewahan itu dihantar sendiri oleh pemilik gambar tersebut. Ada yang memang sengaja hantar nak tayang kekayaan dia kat orang lain, ada juga dihantar oleh kawan2 atau orang lain yang jumpa gambar mereka di Instagram atau Facebook milik peribadi tanpa kebenaran, malah gambar individu yang orang lain hantar tu pun dah buat komplen dan minta gambar mereka dibuang dari Instagram RKOM tersebut.


Aku harap pemilik akaun IG RKOM tu delete la akaun ni, kerana langsung tak mendatangkan apa2 faedah malah menambahkan pula kebencian orang terhadap golongan2 elitis ini yang mungkin realitinya hanya mewakili 1% sahaja daripada penduduk Malaysia. Suka sangat meniru benda2 bodoh dan sia2 yang dibuat oleh orang luar.

Juga bukan semua anak orang kaya tu teruk dan berlagak, malah pasti ada juga yang baik, merendah diri dan selalu menderma kepada orang miskin, namun mereka juga pasti terkena tempiasnya apabila gambar mereka diupload ke IG RKOM tanpa kebenaran.

Adalah lebih baik kalau buat IG khas untuk "The Poor Kids of Malaysia" dan sertakan sekali maklumat2 cara untuk membantu mereka seperti akaun bank, alamat dan sebagainya, sekurang2nya dapat juga memberi peluang kepada orang ramai membantu orang yang lebih memerlukan. Daripada mewujudkan kebencian masyarakat terhadap orang kaya, lebih baik mewujudkan rasa kasih dan prihatin masyarakat terhadap orang miskin.

Atau mungkin juga boleh buat IG untuk "The Success Kids of Malaysia" seperti yang dicadang oleh Aishah Amin, sekurang2nya boleh menjadi contoh dan role model kepada anak2 muda yang lain untuk menjadi insan yang lebih berjaya dan cemerlang.

Sumber Malaysian Digest.

Akhir kata, kaya dunia tidak semestinya kaya di akhirat. Sekian.




tags: the rich kids of malaysia rkom instagram facebook ig email to richkids.malaysia@gmail.com anak orang kaya gaya hidup mewah tayang kekayaan kemewahan gambar foto luxury lifestyle wealth mahal lv bag naik kereta ferrari belia muda

10 ulasan:

  1. aku malas bergambar sebb aku akui aku loser dan tak berjaya mcm orang lain ang penting ak tak menyusahkan semua org............ opssss

    BalasPadam
    Balasan
    1. keh 2 aku pertama lagi lah haha2 loser tak org dpt first? keke2

      Padam
    2. proooOOOOOooootTTTttt dimuka sirosli . aargghhh lega !

      Padam
  2. Meleis nak dijadikan contoh? Kamon la.. dalam meleis2 dunia ketiga.. berapa kerat sangat yg boleh dibuat contoh..?

    Untuk dapatkan contoh, mmg payah..tapi aku rasa debed mmg cekap bende2 saikik gini.. mungkin Ashaari Manis boleh dijadikan contoh.. mana tau?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni apahal main petik aje nama pak mertua aku ni? ke atau pak mertua orang lain...typo.

      Padam
  3. Typikal manusia....dah kaya mesti nak menunjuk...baru berbaloi bermewah2...tp kbykan yg sibuk berlagak mewah sbb kebanyakan kes dr keluarga kaya....ada yg kaya gak, tp yg berasal dari susuah selalu x menunjuk2 sgt...so byk2 bersyukur

    Sbnrnya org yg dilahirkan kaya sebenarnya kena menolong org yg miskin n memerlukan...dr situ dpt pupuk persefahaman n perpaduan...tp kbykan dah kaya sibuk kumpul harta lebih n sibuk kayakan anak beranak 7 keturunan...tp byk zakat fitrah je tiap2 tahun, zakat lain x byr..siap merungut zakat malaysia mahal.

    BalasPadam
  4. Banyak plak masa dia nak update anak-anak orang kaya Malaysia.

    BalasPadam
  5. gambar aku ada tak?

    BalasPadam
  6. aku berterima kasih dengan buasir otak kerana mengajar aku erti sabar dan kemahiran hidup...ha ha ha ha!

    BalasPadam
  7. Ada gak yg saje copy paste gmbr org lain...pas2 ckp dia anak org kaya...senang nak pancing awek atau menunjuk2 semata2 ketagih like n comment.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...