Khamis, 15 Januari 2015

16 Andai SATU yang berjaya, AKU lah orangnya

Andai seratus yang berjaya, AKULAH di antaranya.
Andai sepuluh yang berjaya, AKULAH yang pertama.
Andai satu yang berjaya, AKULAH orangnya.

Sekeping 'motivation board' digantung megah di hadapan tapak perhimpunan pelajar di sebuah sekolah rendah. Motivation board yang mampu memberi inspirasi untuk anak-anak tekad berusaha demi mencapai sebuah kejayaan.


Melihatkan motivation board ini berada di posisi yang sentiasa boleh dibaca oleh para murid, hampir setiap hari, menimbulkan tanda tanya, adakah semangat ini yang hendak di tanam ke dalam fikiran anak-anak?

Kita tidak mengatakan ayat ini salah, malah ia terbuka kepada persepsi bagaimana kita menghadamkannya. Cuma secara bawah sedar, kita seolah-olah cuba indoktrinasi pengaruh ke-AKU-an yang sungguh mementingkan diri. Segalanya berkisar tentang AKU.

Bagi mencapai cita-cita sebagai AKU seperti di atas, AKU perlu memastikan orang lain tidak menang. Dan, ianya bukan kerja mudah. Setiap anak-anak perlu menjadi superhuman yang saling bersaing. Setiap mereka perlu punyai otak yang sangat pintar, diri yang sangat berdedikasi, sanggup berkorban masa dan kegembiraan, mampu menganalisa soalan peperiksaan, mampu menganalisa jawapan orang lain supaya jawapan kita jauh lebih baik, mampu berfikir secara strategik dan kreatif, mampu mengesan siapa musuhnya (baca: pesaing), punyai sikap positif yang tinggi, tahan diejek sebagai ulat buku, mat skema, tahan dibuli, tahan dipulaukan, cekal, tabah, pantang undur dan segala-gala sifat yang perlu ada pada superhuman. Jika tidak, mana mungkin mampu kita memastikan kedudukan kita di tempat teratas.


Akhirnya akan lahir manusia-manusia individualistik yang tidak pandai bergaul, tidak berminat dengan pandangan orang lain, malah tidak menghormati pun. Dia menganggap hanya dirinya, ilmunya, pengalamannya, pendapatnya sahaja yang penting. Ini akan menjauhkan diri mereka dengan masyarakat dan peluang-peluang baru dalam hidup.

Di dalam menghadapi dunia yang kian mencabar kini, semangat ke-AKU-an seperti ini haruslah dikurangkan. Anak-anak tidak perlu menjadi superhuman. Gantikannya dengan semangat ke-KITA-an. Semangat yang membuatkan anak-anak kita membesar dengan lebih kuat, lebih bekerjasama, lebih bertoleransi, pandai bergaul, punya modal sosial yang tinggi, saling hormat menghormati, belajar menjadi ketua yang baik, dan belajar menjadi pengikut yang baik. Dengan itu, anak-anak masih kekal menjadi manusia biasa-biasa tetapi mampu berjaya. Proses pembelajaran juga menjadi satu proses yang menyenangkan, bukan lagi satu bebanan.

Kita perlu sedar bahawa setiap orang mempunyai batas. Begitu juga batas terhadap ilmu. Jadi, elakkan bersaing, jalinkan kerjasama dan bantu membantu. Senada dengan pesan orang lama, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

---------------------------------------

Jika kata-kata di atas lebih ke-AKU-an, mohon izin ia diubah sedikit.

Andai seratus yang berjaya, KAMILAH di antaranya.
Andai sepuluh yang berjaya, akan KAMI pastikan yang lain juga turut berjaya.
Andai satu yang berjaya, akan KAMI pastikan yang satu itu membawa kami bersama.

Adakah perubahan kata ini mencapai maksud ke-KITA-an seperti yang diidamkan? Walaupun tidak mencapai seratus peratus, sekurang-kurangnya sedikit mendorong ke arah itu.

---------------------------------------

Tanah Melayu tidak merdeka dengan hanya Tunku Abdul Rahman seorang pergi berunding di London, jika tiada perjuangan secara bersama yang berlaku sebelum itu.

Achilles tidak mampu membina trojan horse dan membolos kota Troy, tanpa kerjasama sebuah pasukan.

Bagi anak-anak di luar sana, yang masih berada dalam dunia superhero, ketahuilah bahawa hero-hero pujaan kita juga faham erti kerjasama.

Mebius, Gaia, Dyna dan Ultraman Taro, masing-masing pernah mencipta nama tersendiri. Namun atas rasa kekitaan, mereka bergabung membentuk Ultraman Brothers.

The Avengers tidak akan mampu menghadapi Ultron jika mereka tidak bekerjasama.

Kata cikgu Kakashi, "Kemampuan individu seorang ninja memang penting, tetapi yang lebih penting lagi adalah kerjasama kumpulan."

Malah, Monkey D.Luffy juga tidak mampu mencapai One Piece tanpa bantuan nakama beliau.


Kredit FB Anak di Taman Firdausi.




tags: tips motivasi berjaya anak murid pelajar sekolah rendah kata perangsang 

16 ulasan:

  1. Balasan
    1. PKR tidak mampu memerintah Malaysia andai rakyat Malaysia masih ada yang mengundi UMNO-BN! Sokong Wan Azizah jadi PM

      Padam
  2. mana boleh BH... orang melayu mustilah hebat dan besar kepala.. jangan diubah apa2.. ini Allah Taala mmg sudah design meleis musti busat kupara..

    meleis lemah lumbut itu iklan saja.. sopan santun pun iklan.. lihat menteri2 kita, sumuanya memang busat kupara punya worang.. hidup merayu..hidup murayu..

    BalasPadam
  3. Shrek is love,Shrek is life15 Januari 2015 pada 4:03 PTG

    Sapalah yg reka ayat motivasi tu. Penuh dgn semangat pentingkan diri sendiri. Teringat cerita Baginda, guru yg hebat mengajar di sekolah yg lemah, bukannya di sekolah yg cemerlang

    BalasPadam
  4. Selfish...contra dgn falsafah islam

    BalasPadam
  5. alangkah malangnya apabila kecil2 lg sudah diterapkn dgn silap pentingkan diri... masuk skolah pula murid diasingkan kelas, yg pandai yg bodoh kelas lain... maka kasta mula timbul

    BalasPadam
    Balasan
    1. kasta adalah satu falsafah yang telah dibuktikan dalam Quran. "sebenarnya umat manusia ilaah SATU tetapi setelah sampai kebenaran maka mereka berpecah belah atas dasar hasad dengki dan perasan bagus".

      Padam
    2. quran kata manusia berpecah2 bukan sebab kasta.. kasta tu merujuk kpd tingkatan darjat dalam masyarat hindu.. ada Brahman, Kesateria, Waisya dan Sudra.. bukan merujuk kepada perpecahan akibat berbeza pendapat.. si eddev ni kerjanya nak pusing mcm keling jer

      Padam
  6. Banyak perkara dlm dunia ni adalah relatif.
    Masa adalah relatif. Bila kita buat benda best, ianya cepat. Bila kita buat benda bosan, masa jadi lambat. Jadi, masa relatif dgn perbuatan.
    Hensem juga relatif. Bila kita duduk sebelah orang hodoh, kita anggap kita hensem. Bila kita duduk sebelah lelaki kacak tampan bergaya, kita rasa diri ni kerdil dan tak hensem. So, hensem relatif dgn persekitaran.

    Tapi,
    BERJAYA tidak relatif. Berjaya itu singulariti.
    Kita boleh berjaya sorang2, dan kita juga boleh berjaya sama-sama.
    Orang keliling kita berjaya tak bermakna kita pun berjaya
    dan juga kalau kita berjaya tak bermakna orang keliling kita juga berjaya.

    Tapi singulariti adalah asas kepada masyarakat.
    Kita tak boleh membangun dengan hanya berjaya sorang-sorang.
    Kita akan membangun jika kita berjaya bersama-sama, dan bersama-sama memajukan masyarakat.
    Itu konsep sebenar kejayaan.

    Orang buat board tu tak faham erti sebenar berjaya.

    Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini slogan orang yang makrifatullah...tak salah...dalam ramai cuma ada satu...betul per? singulariti tu satu titik dalam black hole bilamana cakerawala menguncup di mana ada pembuktian dalam Quran...kau baca Hawking kalau tak faham tanya aku...ha ha ha ha!!!

      Padam
    2. relativity theory = Allah hus samad. relatif pada fahaman kau nih salah...ini relatif syirik yang percaya Tuhan menciptakan dunia padahal Hawking dah membuktikan "Tiada Tuhan"...cuma ada Allah aje (Laa Ilaa ha Ilallah) dan Allah = Kun Fa Ya Kun. amacam? Ada beran??

      Padam
    3. betul kata cero tu.. eddev tak payah nak pusing mcm keling la..

      Padam
  7. Inilah namanya KIASU..

    BalasPadam
  8. bercinta biar satu.. bermusuh biar seribu.. hanya awek saje 'aku' punya.. kalau musuh kita kongsi ramai2.. barulah jadi satu masyarakat.. tak kiasu

    BalasPadam
  9. tengoklah UMNO.. mereka bersatu dlm meratah harta rakyat.. kalau mereka xbersatu, mereka xberani nak makan.. yg bestnya rakyat pun bersatu hati tiap2 pru undi mereka..kalau rakyat tak bersatu, mcm mana mereka nak berjaya.. itu pentingnya bersatu hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengoklah PR... mereka bersatu dlm menipu rakyat.. nasib baik ramai rakyat tak tertipu.. kata negara akan jadi lebih baik bila mereka memerintah.. sekarang tgklah apa jadi dgn selangor, penang dan kelantan.. semua rakyat yg kononnya pandai dtg dari selangor, penang dan kelantan, semua kena auta.. padan muka

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.