Namun bukan kes itu yang kami mahu ketengahkan, tetapi mengenai sebuah video di mana Zamani menyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' dalam keadaan bergari. Ia bukan sahaja mengundang kemarahan ramai, malah ia turut menjadi viral di media sosial.
Ini kerana, rakaman video yang didakwa dirakam oleh seorang anggota polis itu mendapat bantahan orang ramai melalui hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani.
Mereka beranggapan ia satu tindakan melampau dan menyarankan agar pegawai polis yang merakam dan menyebarkan rakaman itu dikenakan tindakan kerana mengaibkan penyanyi itu.
Dalam hal ini, mungkin pihak yang merakam itu tidak berniat mengaibkan. tetapi dia merakam video itu kerana terlalu minat dengan Zamani. Namun perbuatannya memuat naik Video berkenaan tanpa sengaja yang membuat isu tersebut bertambah hangat.
Sumber MyArtis.
1. Ramai orang marah dengan anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut.
2. Ramai orang mahukan anggota polis tersebut dihukum dan diambil tindakan.
3. Pengurusan Zamani Slam akan mengambil tindakan undang2.
4. Rakan2 artis turut membantah tindakan pihak polis ke atas Zamani.
5. Ketua Polis Negara berjanji akan siasat dan ambil tindakan tegas.
6. Anggota polis yang terlibat sebar klip video tersebut telah dikenalpasti dan siasatan terus dilakukan.
7. Bagi aku silap polis tu satu je, dia suruh Zamani nanyi lagu Slam. Kalau dia suruh Zamani mengaji, mungkin respon dari masyarakat berbeza.
8. Masih ingat video seorang budak remaja banduan Al-Hafiz dari Rohingya di dalam lokap yang mengalunkan ayat2 suci Al-Quran dengan merdu sekali? Ya, suaranya memang merdu, tapi keadaannya lebih kurang sama sahaja dengan Zamani Slam, malah mungkin lebih teruk kerana duduk di balik jeriji besi dan tidak berbaju. Bukankah ia juga suatu perbuatan mengaibkan tahanan polis?
9. Akan tetapi, oleh kerana dia mengaji Al-Quran dan bukannya menyanyi, maka semua orang tertumpu kepada suaranya yang merdu dan tidak timbul pun soal mengaibkan individu tersebut dan integriti anggota polis. Malah tiada pula masyarakat nak marah anggota polis yang merakam video tersebut dan menyebarkannya.
10. Dan bila ada yang membangkitkan perkara itu, ini jawapan yang dia dapat:
Benda ini pun nak kecoh? Benda ini pun nak kecoh? Siap dapat bangang lagi.
11. Aku tak sokong perbuatan anggota polis yang merakam video Zamani Slam. Aku juga tak menyokong perbuatan anggota polis yang merakam video budak banduan mengaji suara merdu ini.
12. Integriti tetap integriti. Hanya kerana dia mengaji dan bukan menyanyi tidak menjadikan perbuatan anggota polis yang merakam itu wajar.
13. Aku cuba untuk memahami masyarakat, dan ternyata masyarakat akan menjadi lemah dan membenarkan sesuatu perbuatan yang kelihatan Islamik walaupun hakikatnya ia tetap salah.
tags: zamani slam kena tangkap dadah morfine heroine syabu ganja tahan polis pdrm menyanyi lagu dalam lokap tangan bergari buli anggota siasat kdn ketua polis negara kpn budak banduan tahfiz mengaji alun ayat surah al-quran suara merdu bilal imam masjid siam myanmar rohingya
Betul betul
BalasPadamrasanya kalau zamani mengaji x timbul isu ni kan..
BalasPadamaku suka bc tulisan noob sbb dia selalu fikir luar kotak.. betul juga kalau zamani mengaji, mesti masyarakat akn ckp -
BalasPadam~ merdunya suara zamani bila mengaji
~ zamani dh insaf lps kena tgkp.. hrp2 dia berubah
~ ada hikmah zamani kena tgkp, sekurg2 dia ingat Tuhan.. kita?
~ zamani hisap2 dadah pn msh hafal Al-Quran..
kimak masyarakat melayu double faking standart!! ditipu lagi dan lagi!!! muahahaha2 untuk survive mari menipu melayu! dan kita gebang cina dan india nak jatuhkan melayu kah2kah2
BalasPadamherankan... pemimpin mudah tunduk pada desakan disebabkan kehendak kumpulan yg ramai... sejak bila undang2 kita dipermainkan secara begitu... asal ramai orang marah jer ikutkan... asal marah je ikutkan... pengecut sangat... jelaskan saja sudah lah.. mementang lah ko tak payah bersemuka ngan polis tu sesuka jer buat cadangan macam tu... cuba setiap orang yg membantah tu mesti menulis surat rasmi, letak nama letak alamat dan nombor untuk dihubungi dan kena hantar surat tu personally kepada polis, ada nak buat? bila cara marah jadi mudah terus mempermudahkan menghukum orang...
BalasPadamSkrg ni comment and respond dr FB dah serupa surat rasmi kpd bihak berwajib. Bila hantar surat boleh buat ignore lagi...bila hantar gambar, video kat media sosial, dah xleh nak ignore lagi sbb hampir 1 Malaysia tau, kalau harap surat atau report rasmi kena ada 10k surat mcm 10k comment & share baru leh ambil tindakan.
PadamKdg2 FB ni bagus terutama gambar n video utk pastikan pihak berwajib atau pemimpin bertindak lebih cepat n xleh lari dr kesalahan...cuma yg sy risau FB ni byk fitnah dr yg benar, terutama yg post benda2 yg catchy & menaikan kemarahan rmi org even belum tentu lagi kesahihannya.
Pasal Zamani ni...bg sy senang je, kalau niat nak jatuhkan/aibkan seseorang, 1 day Allah akan aibkan kita balik. Kalau kes budak yg pandai baca al-quran 2 sy rasa yg ambik video 2 niat yg baik nak lepaskan budak 2 dr jel..so 1 day Allah akan tolg kita balik.
ko silap ayam. niat shj xblh dijadikan alasan utk mmbuat benda yg salah. kalau aku mencuri duit org kaya utk diberi kpd org miskin, ia ttp perbuatan yg salah... lgpun mgkin org yg merakam video zamani tu xde niat nak aibkan dia, tp cuma nk berkongsi nyanyian zamani kpd peminat... kerja itu amanah, integriti itu penting.. merakam video tahanan & menyebarkan sudah dikira x amanah & tiada integriti
PadamOk....undang2 diutamakan dulu. Tp mcm noob ckp, isu tahanan yg dirakam membaca ayat suci al-quran kenapa tidak diambil tindakan even salah di sisi undang2? Itu sahaja yg buat sy keliru.
Padamcamsial
Padamsbb tu org islam mudah terpengaruh & tertipu dgn produk2 yg kelihatan islamik cam ayam yg sudah dibacakan dgn 30 juzuk al-quran, skim cepat kaya yg dipromote oleh ustaz & sbgnya... asal nampak islam sikit terus percaya... itulah melayu
BalasPadamPadahal tahanan yang mengaji dalam lokap tu pun sama buat salah jugakk... Sama je cam zamani...
BalasPadamtahanan yg mengaji tu adalah pendakwah.. faham tak!!!
BalasPadam