Jiran. Orang asing yang kita akan jumpa tiap2 hari. Orang asing yang kita tak boleh pilih untuk jadi jiran kita. Orang asing yang kita kena berkawan. Orang asing yang kita kena bertegur sapa. Orang asing yang kita kena senyum. Orang asing yang kita kena berbaik2 walaupun kadangkala jiran itu sangat annoying. Orang asing yang kita jarang berterus terang dengan mereka sebab nak jaga hati mereka. Orang asing yang kita kalau boleh kita cuba elakkan pergaduhan dan permusuhan walaupun kadang2 rasa nak maki. Orang asing yang kalau dapat jadi sahabat baik tu kira memang bersyukur sangat.
Tujuan aku up entry ni sebagai pengajaran. Ambil yang jernih buang yang keruh ok. Nama dalam cerita ini adalah samaran semata-mata.
Tujuan aku up entry ni sebagai pengajaran. Ambil yang jernih buang yang keruh ok. Nama dalam cerita ini adalah samaran semata-mata.
Ok. Rumah aku adalah rumah taman perumahan. Dimana rumah aku adalah
rumah side tepi. Kalau tahu rumah side tepi, laman rumah dia luas.
Sebelah rumah aku. Ada sebaris rumah yang menghadap rumah aku la. Macam
contoh kat bawah ni:
Gigih buat maps. Aku buat ala kadar. Aku belum tidur lagi ni. (T.T) |
Jiran aku ni, Aku namakan family Bakar. Keluarga Bakar ni memang sejak aku tamat belajar kat U lagi aku dah menyampah. Walaupun menyampah aku tetap senyum kalau nampak anak dia atau bini dia. Ye, senyum terpaksa. Sebab mak bapak aku ajar hormat orang. Ok fine.
Keluarga Bakar ni dengan jiran sebelah menyebelah bermusuh. Aku tak tahu
sangat pasal ni. Tapi yang aku tahu kes sama macam aku juga. Sebaris
rumah dia tu jenis design lain. Dan rumah aku ni design lain. Taman aku
ni memang camni. Depan rumah aku pun design lain.
1. Kes buang sampah
Kes ni la buat aku menaip kat entry ni. Kira dah tahap baran sampai
kepala. Aku dah setahun lebih tak marah orang. Kira hari ini. tak
meletus lagi. Kalau meletus aku buang sampah dia betul-betul depan pintu
masuk rumah dia.
Memandangkan rumah dia menghadap rumah aku. So ada space la kan untuk
park kereta atau tanam pokok atau apa. So tempat tersebut jadi tempat
buang sampah dan bakar sampah. Ok, kat Melaka ni dalam seminggu akan
datang lori punggut sampah daun. Kalau ko longgok sampah dahan pokok
atau daun pokok. Dia akan ambik kutip. Family Bakar ni bajet orang
datang kutip sampah ni akan pungut sampah yang dia duk timbun kat
kawasan rumah family aku. Ko tahu sampah apa dia duk campak? Paip hitam
pebenda ntah, tilam, bantal dan sebagainya. Kira nampak rumah aku ni
jadi port dia campak sampah.
Sakit mata. Of course la orang majlis tak kan kutip sampah macam tu.
Sebab Majlis Perbandaran dah sediakan tong khas kat satu tempat ko buang
sampah fizikal dan besar gabak macam tu. Tak jauh pun dari rumah dia ke
tong tu. Ko naik kereta pun tak sampai dua minit pergi buang sampah.
Memandangkan Majlis Perbandaran tak ambik, ko tahu dia buat apa dengan
sampah tu? Dia BAKAR.
Bila dia bakar. Asap bukan sebarang asap. Asap hitam. Yes, rumah aku
jadi mangsa asap. Sekarang ni musim panas. so rumput akan kering. So dia
bakar apa ntah semalam, api dah merayap. Mak aku tengah siram pokok.
Siram sekali api tu.
Mak aku ni sangat baik. Sebelum ni nak naik tembok. Mak aku tangguh
sebab apa? Sebab rumah aku ni ada pokok kari yang dah menjulur dari
pagar besi. Jiran-jiran aku atau sesiapa lah akan datang ambik daun kari
tu dengan minta izin. Mak aku kata senangkan jiran. Mak aku kalau
nampak anak si Bakar ni duk longgok sampah tu. Mak aku tegur secara
baik. Secara lembut. Kadang-kadang aku geram gak kenapa tak sound direct
je. Mak aku cakap, tak nak gaduh-gaduh. Mak aku geram gak. Tapi geram
dia, dia pendam. Kalau tahap tak tahan dia akan cerita dengan aku.
Memandangkan mak aku dah bercerita aku geram lah kan. Mentang-mentang
lah mak aku ni cakap lembut. Lagi la dia buat. Lagi la dia mengumpat
dengan anak dia depan rumah dia. Cakap tak ada cakap slow-slow. Cakap
kemain kuat. Tahu cakap apa?
"Bukan tanah dia."
Hoi, makcik tak ada sivik! ko tahu tak kenapa cukai tanah rumah
halaman luas cukai dia lebih sikit daripada rumah makcik?? Sebab dengan
duit cukai tanah tu lah majlis perbandaran upah potong rumput, angkut
sampah dan bersihkan longkang bodoh. Oleh itu kawasan makcik buang
sampah tu kawasan rumah saya! So saya ada hak nak tegur atau tak! Ko nak
rumah kau bersih tapi ko campak sampah ko kat kawasan rumah aku. Sivik
ada ka? Mau aku ajar ka?
Yes, ni lah ayat bakal aku keluarkan kalau aku tersempak dengan anak
beranak bengap tu. Aku tunggu masa je dia buang sampah lagi ni. Sebab
tiap kali dia buat hal, aku tak ada. Lantak la ada adab ke tak ada eh.
Aku punya bengang bukan berbulan sebenarnya bertahun. Tapi aku percaya,
mak aku akan halang punya kalau tahap sabar aku dah hilang.
2. Kes minta sesuatu tanpa izin
Sebelum rumah aku di-renovate (Masa aku form 2 atau 3). Di halaman rumah
aku tu mak aku tanam pandan, kari, nenas,betik, bendi dan sebagainya.
Yes, mak aku suka menanam pokok. Mak aku tanam memudahkan mak aku nak
masak. Dah tanam-tanam tu hidup subur la kan. Membiak betul aku tengok.
Mak aku tanam pandan, kari dan serai kat tepi pagar tu.
Jiran-jiran aku setiap kali ambik akan minta izin. Kalau family aku
tiada. Dorang akan tunggu sampai balik baru ambik. Tapi mak aku ni dah
pesan pada yang dah mintak izin tu ambik jelah kalau mak aku ada ke tak
ada.
Ada satu malam. Mak aku sidai baju kat belakang rumah. Tak bukak api.
Sebab mak aku tak pakai tudung. So dia sidai dalam gelap. Tetiba dia
dengar macam bunyi lembu ke kerbau macam duk menyodol pagar tau. Mak aku
pun duk pikir. Celah bila taman perumahan ni ada kerbau or lembu. Mak
aku duk cari la bunyi apa. Sekali ternampak Bini si Bakar ni sedang
merentap pokok pandan mak aku. Mak aku tak tegur la. Mak aku diam terus
sambung sidai baju.
Tahu tak kenapa mak aku tak tegur? Family Bakar tak pernah minta izin
sikit pun dengan mak aku nak ambik apa-apa pun dari pokok kat rumah aku.
Tahu dia buat apa dengan daun pandan dan kari tu? Dia buat kuih dan
jual. Pernah sekali aku dengan mak aku pepagi berkebun kat luar rumah.
Hujung minggu. Aku nampak bini Bakar duk ulang alik belakang rumah aku.
Dekat dengan pokok kari. Dah habis berkebun tu. Mak aku masuk la dulu.
Aku duk bersihkan peralatan kat tempat tersorok. Bini Bakar ni duk
tercongok-congok cari mak aku. Tengok mak aku dah masuk. Dia petik daun
kari tu.
Tak ke pelik perangainya. Mak aku ada je kat luar time ko duk ulang alik
belakang rumah aku. Pe susah sangat ko nak bukak mulut minta izin? Nak
kata mak aku marah dia ke apa tak ada lak pulak. Mak aku nampak dia ke
apa, mak aku senyum tau. Sanggup ulang alik sanggup tunggu mak aku masuk
rumah pastu ko duk rembat daun kari.
India duk sebaris rumah dia tahu mintak izin nak daun kari. Setiap kali
dia datang dia mintak izin. Ko dah lah agama Islam, Halal Haram ambil
barang orang tanpa izin tak akan tak tahu ke??? Pokok pandan tu kan.
Sampai togel daunnya dia kerjakan. Sampai mak aku terpaksa beli daun
pandan kat pasar kalau nak wat kuih ke apa. (T.T) Oh ye, disebabkan
selalu merentap pandan kat pagar tu. Pagar tu dah senget. Macamane lah
mak aku boleh sesabar macam tu. Selepas rumah aku renovate pecah habis,
mak aku biarkan pokok kari je kat tepi tu. Yang lain mak aku dah tak
tanam dah. Kalau duk biar je. Mahu roboh pagar tu disondol kerbau
jadian.
3. Curi Line Internet
Benda ni pon buat aku sakit hati. Kalau nak tahu, streamyx boleh detect
siapa tengah online dan curi online walaupun ko letak password dekat
Wifi ko. Sebelum ni aku buat kerja dari rumah kan? internet tu bagi aku
sangat penting. Sejak aku balik KL dan buat kerja dari rumah. Aku detect
internet aku lembab. So memandangkan aku bekerja dalam bidang it. Aku
tahu la ilmu tu sikit2. So aku check la siapa online. Terbaik. Keluarga
Bakar tengah mengunakan internet. Kira dia hack la password. Bagaimana
aku dapat detect dia? Sebab dia menggunakan komputer, laptop, hp nama
ahli keluarga dia. Memandangkan adik aku kenal setiap nama ahli keluarga
dia. So aku tahu. Dari bapak sampai la ke anak dia guna wifi free.
So tukar password. Selalu aku tukar la password. Dia dapat jugak hack.
Takpe. Kita block mac address dia pulak. Dapat hack lagi? xpe kita block
lagi. Kali ketiga, aku mintak member aku setup sampai dia give up.
Terbaik weh sanggup duk depan rumah dia semata-mata nak dapat wifi free.
Adakah aku halalkan dia pakai internet yang aku bayar? Tak. Aku tak
halalkan.
4. Umpatan
Benda ni terjadi awal tahun 2013. Adik aku pergi kenduri rumah kawan
dia. Bini Bakar ni ada lah. Bila adik aku lalu. Dia boleh mengumpat
cakap "kakak dak Mira ni tak keluar rumah langsung. Tak nampak-nampak.
Ntah apa dia buat dalam rumah." Dia mengata aku la tu. Adik aku ada
sorang je kakak. Aku la. Adik aku dengar sampai habis apa dia cakap.
Haha.
Seriously makcik? Tak keluar rumah jadi bahan ke?? Aku duk rumah buat
kerja. Kadang-kadang aku jumpa client iaitu sebelum pukul 7 aku dah
keluar rumah. Tapi jarang. Aku tak suka keluar rumah. Sebab makcik ni
and the ngumpat geng ada kat luar. Bila kita keluar dia duk
pandang-pandang pas tu ngumpat. Dan salah satu sebab aku jarang keluar.
Bila aku sidai baju atau sapu luar rumah laki dia, Si Bakar tu suka
pandang aku atas bawah. Kalau aku sedang menyidai baju. Bakar tu boleh
duk depan rumah dia tengok aku menyidai baju.(lepas renovate tempat
sidai baju menghadap rumah dia) Ko rasa selesa tak? Aku pakai lengkap
kot. Bukan baju tidur. Last-last adik lelaki aku yang sidai baju. Yes
adik beradik lelaki aku semua boleh sidai baju. Tak rasa segan ke apa.
Sebab bagi dorang benda biasa. Terima kasih sangat kat diaorang sebab
dorang yang tiap-tiap hari sidai baju.
Aku pun pelik. Tak keluar rumah pon boleh jadi isu kan? Tolong lah jaga
anak perempuan makcik tu eh. Sorang kena tangkap basah. Sampai kena
nikah time kena tangkap. Sorang lagi belum habis sekolah gatal nak
berlaki. Berhenti sekolah. Jagalah anak makcik tu sendiri eh. Oh laki
makcik tu pun sila la jaga. Duk jaga anak makcik sudahlah. Berhenti
menyusahkan orang lain.
In the end, aku cadangkan mak aku buat tembok. Kat tempat dia buang
sampah tu. Aku buat tempat keluar motor adik lelaki aku. Tak kisah lah
walaupun rumah aku dah ada dua porch. Lantak lah. Kat tepi tu aku tanam
pokok apa-apa. Tak kisah lah keluar duit. Janji mak aku tak ada sakit
hati. Tegur cara baik. Tak jalan jugak. Sekarang tengah nak jalan je.
Urusan kontraktor datang rumah pon dah settle. Tunggu mak aku kata on.
Maka on la.
Kalau lepas ni dia gigih jugak buang sampah jugak. Yes aku akan ambik
sampah dia buang tu. Aku buang depan pintu rumah dia. So jangan dicabar
kesabaran aku yang makin menipis dari sehari ke hari ni.
P/s: Cuma aku nak pesan lah. Kalau ada sesiapa ada mak bapak berperangai macam ni atau ko sendiri berperangai macam ni. Mohon belajar masuk sekolah balik. Sekarang ada mata pelajaran sivik kat sekolah. Semoga ada sivik minded sikit.
* * * * * * * * * *
Kisah di atas dipetik dari blog DaStorybegin. Tidak tahu siapa owner blog sebab tiada profile owner, FB atau email owner kat blog, nak tinggal komen pun tak boleh, cuma tersinggah di blog ini dan merasakan entry beliau menarik untuk dikongsikan. So harap kalau owner dia terbaca entry ini dapat hubungi aku di princeofnoob[at]gmail[dot]com.
Kongsikan kepada kami juga kisah2 anda dengan jiran annoying anda jika ada.
tags: cerita kisah pasal jiran yang layak dimaki teruk gaduh fighting annoying
tags: cerita kisah pasal jiran yang layak dimaki teruk gaduh fighting annoying
xbaik gaduh2 sesama insan kita sabotaj senyap2 lebih baikkan?
BalasPadamSalah UMNO-BN lah ni.. Sokong Wan Azizah sbg PM Malaysia!
Padammmg ada jiran camni, nak laman dia bersih
BalasPadamsampah dia longgok depan umah orang
tu belum bab kucing dia berak laman kita, huhu
eh blog dia kaler pepel, nak baca jugak tp sakit mata, tak nampak tulisan
haha.. samalah. aku pun ada jiran perangai lebih kurang. letak 2 biji kereta tak pakai kat lorong rumah aku tempat kami adik beradik dan jiran-jiran parking kereta sampai bertahun kereta tak gerak. Sampai tayar kereta tumbuh lumut dan menyusahkan kejiranan nak keluar masuk lorong tu kalau ada kenduri.
BalasPadamLast sekali, aku call majlis perbandaran. Pagi esok selepas call, Majlis perbandaran keluar notis kat jiran tu, tak lama kemudian terus angkut kereta tu.
Puashati. Kejiranan pun tumpang gembira sebab boleh parking kat situ.
ini memang geram dan terus buat!
alhamdulillah x pernah dapat jiran annoying...yg gaduh2 ni pernah tapi bukan gaduh dgn famili saya tapi rumah sebelah kanan (jiran ni rumah sebelah kiri, rumah saya tengah2....) mmg best la jadi pendamai gitu....yg xbest bila kita dalam dilemma hendak memilih untuk berpihak kepada siapa...dua2 pun baik dgn kitorang sekeluarga...
BalasPadamda mkn mknan tak halal.ank2 pn tak menjadi pak cik bakar oiii....
BalasPadamDah nama pun jiran.. mmg cenggitulah.. aku tabik sama mangsa keluarga si Bakar ni..
BalasPadamsama juga mcm kes aku, jiran depan bela kucing 40 ekor, jiran belakang bela kucing pun hampir sama banyak.. sebulan sekali, gi kaut taik kucing atas bumbung, hampir 75% baldi taik kucing penuh baldi siot.. rumahku busuk tak tau nak cakap la sbb tengah rumah tu, kami buat open roof hanyak dilitupi besi jeriji 2 lapis.. kononnya nak bagi cerah rumah sikik tanpa guna lampu waktu siang....
ada juga suruh aku report majlis bandaran, aku tak mau. tapi aku cuba cara tersendiri dulu.. simenkan yard depan belakang, renjiskan klorok kat kawasan berak kucing slps cuci.. keliling rumah renjiskan klorok..
jiran keliling aku ni, sembang lembut2.. tapi tak sporting.. rumah aku boleh parking 3 biji kete.. sama juga dengan rumah derang.. tapi yg syoknya, depan rumah aku jugak jadi tempat port derang parking.. siap boleh alih2kan lagi tong sampah yg majlis sediakan tu sesuka hati.. malah siap tanam pokok palm lagi depan pintu pagar rumah aku.. mmg susah kete nak masuk sbb daun2 palm tu kan pelepahnya panjang..
aku tak mau ungkit apa2 kat akhirat nanti, bia dia settle sendiri dengan Allah Taala.. kalo tegur kang, berkelahi pulak.. semua pulak berketayap, berjubah.. tapi perangai mcm haramjadah..
apa punya keluarga la si Bakar ni. Haha. Ni keluarga enam jahanam. Dari bapak sampai ke anak perangai sama je.
BalasPadamAku citer la sikit pengalaman aku. aku ni balik hujung minggu je rumah keluarga aku sbb aku keje jauh,jadi aku menyewa. Ada la keluarga jiran tu perangai tak berapa elok (tapi tak sampai tahap Si Bakar). Umah keluarga aku ni de la tanam pokok betik kat luar depan rumah...(aku tak dok corner lot, jadi tanah sikit je de kat depan). Suatu petang, aku nmpak la keluarga jiran dok lepak sembang kat luar. Tau2, tetibe si bapak gi dekat pokok betik rumah aku..pastu petik buah yang dah masak.
Aku pun kuar la rumah sambil muke senyum. Aku cakap la.."terkejut saya, ingatkan monyet..tapi dok kawasan cmni..mane la ade monyet..kawasan umah sewa saya de la". Pakcik tu cakap 'hmm' (sambil isap rokok). Terus dia ngn muke tak malu..amik buah tu pergi bagi kat anak dia "pergi bagi kat mak". Uiiihhhh. kepala bapak ko punye selambe. Aku pun ape lagi.."eh,ni de lagi ni pakcik. amik la. Kami memang tanam untuk sedekah kat jiran yang memerlukan. Makcik tu ade buasir ke?buang air tak lawas? bagus la makan betik..kasi senang buang". Dia terus muka macam nak marah kat aku. Yg makcik tu pulak dah senyum mcm tahan berak. Tapi yang paling best, bile aku cakap "bijiknye jangan dibuang..tanam la elok2. untung2 boleh makan buah betik slalu. Tak payah la beli dah. boleh kongsi dengan saya sikit nanti". Pakcik tu terus.."pakcik amik sebiji ye buah betik ni".Aku tersenyum je dan balas "bolehhhhh, mintak je..kami bagi". Dia tersenyum dan masuk dalam rumah.
sapa suruh ko tanam pokok betik luar rumah? itu bkn tanah ko sapa suruh tanam betik? kalau ko tanam jugak dh tentu jadi public property.. patut ko byr sewa pada majlis perbandaran sbb tanam pokok kat tanah diorg
PadamEh..anak pak bakar (4.31) pun ada kat sini? Ahlan wasahlan.. betul2 meleis biol skrg ni..
Padamhaha..aku pun pikir camtu gak anon 750. "eh?keluarga pak bakar ke anon 431 ni..mcm sme je perangai dalam citer".
PadamAnnoying gila kalau dapat jiran yang spesis cenggini. Boleh stress beb. Silap-silap boleh gi hospital appoint rawat psikiatri.
BalasPadamaku yang dok baca ni pun sakit hati.. huhuhu ~
BalasPadamGila annoying la....
BalasPadamWah..yakjuj dan makjuj dah kluar dari persembunyian.. welcome to hell pak bakaq..
BalasPadamKalau aku... Dah terbarkar sampah dengan bakar sekali
BalasPadamSaya adalah Pak Bakar dalam cerita fitnah ni. Sebenarnya sekeliling perumahan tu adalah tanah saya dan jiran2 semua adalah penyewa perumahan saya sendiri. Jadi apa masalahnya saya petik buah dan daun pandan atas tanah saya. Lagipun ianya ditanam sejak aruah datuk saya dulu lagi.
BalasPadamBerkenaan jemur baju. Jiran saya ni semuanya meleis tergedik2. Saya sudah nasihatkan supaya jaga akhlak masing2 dan telahpun dirujuk beberapa kali kepada ketua kampung. Namun saya masih bersabar dgn karenah masing2. Nak saya repot pejabat agama untuk jaga akhlak penyewa2 rumah saya ka?
Hal internet. Rumah awak tu dipilih oleh kementerian sebagai AP percuma drpd kerajaan. Yg ko pegi bolot sensorang tu, apa jadah semua ni?
Suda2.. saya takmo jawab lebih2 lepas ni. Sejarah omak awak yg saya bagi sewa rumah separuh harga tu, ko diamkan saja? Kendian renovate rumah tanpa izin saya.
Sbg tuan rumah, saya masih bersabar. Jangan dampai saya hilang sabar ye. Sabar saya cukup utk halau kluar dari perumahan saya adalah sesuatu yg tak pernah saya lakukan lagi.
Bebudak baru nak grow up, yg ko noob, pegi kopipes tanpa soal ni, sengalnyer kau skrg ni!! Betul2 melampaw..
ok dah g sambung wat keje
PadamPower pak bakar ni..umah dia dok kecik..dia pi sewa rumah yg besar.hahah
PadamAku punye kes jiran x kasi duk rumah sendiri.lagi dasyat.Mak ayah aku buat rumah makan harga ratus beribu jugak dekat sebelah rumah dia.bile dah siap longkang/dinding rumah aku tu rapat sikit ke rumah die,lebih 1/3 kaki dari yang majlis daerah benarkan untuk separation antara longkang/dinding jiran,tapi semuanya masih dalam kawasan tanah mak ngan ayah aku siap ada baki sekaki lebih lagi (disahkan oleh juruukur daerah dan swasta).Bila jadi macam ni kene mintak sign kebenaran dengan dia untuk duduk kat rumah tu,kalau die x sign xleh duduk.Mule2 macam xde masalah baek je dengan kami,time buat rumah tu xde komplen pun bile dah siap rumah tu dah nak duduk mule la tunjuk perangai sebenar,tak nak sign.lepas tu mulala perangai buruk tipikal melayu dia,buruk-burukkan parents aku,hasut orang tanah sebelah untuk komplen jugak dan benci parents aku.Mak ngan ayah aku jenis penyabar,sabar je.Walaupun duit dah habis banyak tp alhamdullilah lepas tu dapat p mekah.Rumah kami sekarang pun dah cukup selesa,rumah taman tp kembar dua jiran2 pun ok dekat dengan bandar pulak tu,senang cerita tak mewah tapi begitu selesa.Betulla cakap orang bile kita diuji dan kita sabar insyaallah allah akan ganti balik dengan benda yang lebih baek.Pesan ayah aku,walau apepun terjadi tanah tu tetap milik kami, hak kami sekeluarga biarpun dihalang untuk duduk
BalasPadamTu la.. mak ayah ko pun satu hal.. nak naikkan rumah apa bagai pun, minta kebenaran jiran2 dulu. Dah berhabis, kendia xleh duduk, musti ada sesuatu yg cuba ko sembunyikan.. masakan tuan tanah x dibenarkan duduk ni adalah kes pelik..
PadamCuba ceritakan yg sebenar. Sembunyi2 cenggini, jadi mcm kes pak bakar. Dah terburai, ko jugak yg malu..
Sama kes mcm aku...ehh ko jiran aku ker
Padameh mcm kenal la pulak..untuk makluman, sayalah Pak Bakar tu..
Padampak bakar, pak bakar baca blog ni guna wifi jiran ke hahaha
Padamtanpa nama yang atas sekali,plan dah ditunjukkan dekat jiran tu dan mereka kata ok,time nak duduk tak nak sign plak,dan time diorang buat rumah mak ngan ayah aku main sain je tanpa pikir2 sebab niat nak berjiran mulenya.sembunyi2?mmg aku sembunyi bnyak pun watpe citer sume kat ko.kot2 ade family yg halang tu terbaca komen ni mohon2 la terasa ye.bukan jauh pun kat perak je.satu pesanan dr aku kat family tu,walaupun kau beria2 nak halang orang duduk walaupun kat tanah sendiri kau takkan dapat menghalang rezeki dari allah,alhamdulillah rezeki tetap akan sampai dan biarlah di padang masyar nanti yang menentukan
PadamHidup berjiran ni kena ada mutual understanding. Dua hala.
BalasPadamKalau sebelah pihak je yg buat baik, sebelah lagi macam taik, jadi macam ni laa...
Kalau nak buat baik, biar dua2 buat baik.
Kalau nak buat bodoh, biar dua2 buat bodoh.
ada juga jiran2 yg jenis x amik port. masing2 buat hal sendiri, tak peduli apa jiran ko nak buat nak mampos ke itu ko punya pasal .. janji aku tak kacau ko, ko x kacau aku. situasi di bandar2 mcm kay el....
BalasPadamjiran yg mcm ni lagi bagus dari keluarga bakar tu ...idup menyusah kan orang lain...
melakaw
BalasPadamKOPIPES DARI NAZIMAN.COM
BalasPadamSeseorang yang memelihara solatnya dengan bersungguh-sungguh agar diterima Allah akan memberi natijah hati yang sentiasa ketakutan dan berharap pada Rabbnya bukan sahaja lima waktu sehari semalam malah diluar waktu solat iaitu 24 jam 7 hari seminggu. Perasaannya juga akan merasa berdosa walaupun sekecil-kecil dosa.
“Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya”. – Ibnu Masud
Seorang mukmin itu tidak akan membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah untuk islam. Jadualnya pula tidak tersenarai aktiviti mengumpat, menonton filem tidak berfaedah, berinternet bukan untuk mencari maklumat. Begitulah seorang mukmin dalam fikirannya cuma ada Islam, perbuatan duniawi untuk ukhrawi.
Aktiviti muslim itu sentiasa padat dengan amalan shalih dan berdakwah ummah beribadat padaNya. Sejajar dengan Surah Al-‘Ashr, aktiviti harian muslim yang berkualiti ialah orang yang beiman, beramal shalih, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
nasib baik baca sampai habis. hampir2 aku ingat noob ni perempuan.
BalasPadamKadang2 Benda kecik macam ni buat hidup tak berkat. Gaji tak cukup, anak2 liar..
BalasPadamSebab x mau muhasabah
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAku lg la ..beli tanah lot..jiran sebelah buat rumah makan tanah aku..bila aku bagitau dia buat bodo jek..kadang2 rasa nak lempang je muka dia
BalasPadamso apa update terbaru selepas renovation? adakah sukses dan aman sentosa?
BalasPadam