Iklan Leaderboard

Jumaat, 23 Januari 2015

12 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 11

[TONTON SECARA LANGSUNG / LIVE ONLINE STREAMING] Maharaja Lawak Mega 2014 minggu ke-11 merupakan suku akhir pertandingan MLM2014 ini. Dengan hanya 6 peserta yang tinggal, tema pada malam ini adalah Karoot Komedia dan Silent Comedy (Komedi Bisu). Macam biasa, tema Karoot Komedia akan diiringi oleh kumpulan Dikir Barat. Namun secara peribadi aku tak berapa suka dengan tema Silent Komedi, sebab tema ni kalau persembahan langsung tak menjadi, peserta akan nampak seperti lawak badut.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 11 di bawah.

TEMA: Karoot Komedia dan Silent Comedy

Pusingan 1: Silent Comedy

1. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Komedi bisu, lawak martial art.
Komen: Bocey buat silent komedi pasal perlawanan antara kungfu dengan pencak buta. Persembahan agak menghiburkan memandangkan tema ini memang susah.

Rating juri: 3 bintang.

2. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Komedi bisu, lawak budak sekolah.
Komen: Budak sekolah menengah tengah ambik ujian nak meniru kawan dia. Persembahan mereka biasa2 sahaja memandangkan kekuatan Sepahtu adalah pada dialog.

Rating juri: 3 bintang.

3. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Komedi bisu, lawak gym.
Komen: Jurulatih gym tengah melatih dan buli Shahrul yang tengah berlatih kat gym. Awal2 OK tapi akhir2 sudah agak lost dan tidak difahami.

Rating juri: 3 bintang.

4. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Komedi bisu, lawak talent show.
Komen: Nabil buat talent show jadi cleaner, tukang buat teh tarik, ahli magik dan penebar roti canai. Nabil tau susah nak buat silent comedy berseorangan, so dia gunakan bantuan prop dengan begitu kreatif.

Rating juri: 4 bintang.

5. ZERO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Intipati Lawak: Komedi bisu, lawak akrobatik slapstik.
Komen: Zero buat comeback dengan lawak gimnastik slapstik. Diorang gunakan kekuatan akrobatik diorang sepenuhnya ditambah pula dengan watak Mawar main gimnastik, memang kelakar habis.

Rating juri: 4 bintang.

6. VIRUS (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Komedi bisu, lawak kasar.
Komen: Macam biasa, kekuatan lawak Jambu adalah lawak kasar, itulah yang menghidupkan persembahan diorang. Pukul lalat, kacau orang baca suratkhabar ala2 lawak Mr. Bean, agak kelakar, cuma entah kenapa aku tengok Zizan macam agak over dan mimik mukanya kurang selesa.

Rating juri: 3 bintang.

Pusingan 2: Karoot Komedia

1. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak wayang kulit.
Komen: Kumpulan Bocey buat sketsa wayang kulit, sekali aci muncul mintak hutang. Persembahan kali ni lebih baik dari yang pertama.

Rating juri: 4 bintang.

2. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak dikir barat, lawal bahan.
Komen: Diorang buat training dikir barat, sekali Shuib kena singkir dari team. Walaupun persembahan memang selamba dan sempoi, diorang masih guna subjek yang sama iaitu membahan Shuib.

Rating juri: 4 bintang.

3. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak drama.
Komen: Pekerja warga asing mogok dan marah2 bersama ahli dikir kepada majikannya sebab tak bayar gaji, tapi depan bos terus berlakon jadi baik.

Rating juri: 4 bintang.

4. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak dikir barat, lawak stand up comedy.
Komen: Nabil bercerita pasal kegunaan dikir barat jadi penyambut tetamu di pejabat, duduk dalam rumah jawab soalan isteri dan duduk dalam hutan tepuk nyamuk, cuma ahli dikir barat kali ni agak lost dan tak ingat line, sama macam masa persembahan Shiro.

Rating juri: 3 bintang.

5. ZERO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Intipati Lawak: Komedi dikir barat, lawak loghat.
Komen: Kumpulan Zero gantikan Sabri Yunus untuk mengetuai kumpulan dikir barat. Ada lawak nyanyian, loghat Kelantan, diorang gunakan ahli dikir tu dengan sebaiknya. Bagi aku iniah baru persembahan Zero yang sebenar yang nampak sangat enjoy dengan sketch diorang.

Rating juri: 5 bintang.

6. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak melayu zaman dulu, lawak merapu.
Komen: Diorang buat lawak istana melayu zaman dulu, ada sultan, bendahara Kenny G dan pengawal mengarut. Lawak diorang memang lawak merapu trademark, cuma kali merapunya terlalu tiba2 dan flow dia tak berapa cantik. Ada punchline yang lawak, cuma pemberian 2 bintang tu bagi aku agak kurang wajar, at least 3 bintang.

Rating juri: 2 bintang.


Man of The Match: Jep Sepahtu


Peserta yang tersingkir: Tiada penyingkiran.

Kesimpulan:

Minggu ke-11 ini ZERO tapau habis semua kumpulan lain. Kedua2 tema pun memang ZERO paling kelakar. Mood persembahan diorang memang enjoy dan natural habis tak macam seminggu dua sudah, malah mereka menggunakan ahli2 dikir barat dengan cara yang paling efektif. Peserta lain ada yang terlalu berharap dengan kumpulan dikir barat ini, so bila diorang lupa line maka terus akan mencacatkan persembahan mereka, tapi ZERO tidak, sebab ahli dikir barat ini tak perlu ingat pun line mereka, tapi mereka cuma perlu ikut je arahan ZERO sepanjang persembahan.

Peserta2 lain macam biasalah, ada turun dan naiknya, aku pun malas nak komen panjang sangat, cuma aku perhatikan Zizan dia seperti sangat tak selesa dan over ketika juri sedang memberi komen dan sering menyampuk ketika juri sedang bercakap. Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang perasan tapi ramai juga kalau aku baca komen2 kat Facebook tu. Aku harap Zizan akan control sikit diri dia sebab ia boleh memberi kesan kepada undian dan sokongan penonton.

Minggu ni tiada penyingkiran, so aku jangka minggu depan akan ada penyingkiran kerana kebiasaannya hanya 5 peserta sahaja yang akan ke final. Kalau ikut rating aku pada minggu ini, SHIRO yang patut terkeluar sebab kedua2 persembahan mereka bukanlah tidak kelakar tapi agak tenggelam berbanding peserta2 lain, tapi minggu depan kita tengok pula macam mana. Tak mustahil peserta top seperti VIRUS, NABIL, SEPAHTU dan BOCEY pun boleh terkeluar minggu depan kalau tak buat dengan baik, so minggu separuh akhir nanti memang semua orang kena all-out sebab agak sayang kalau dah sampai selekoh terakhir tapi akhirnya terkeluar.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 11:

Pusingan 1: Silent Comedy

1. ZERO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. VIRUS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
4. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
5. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
6. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)

Pusingan 2: Karoot Komedia

1. ZERO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 5 bintang)
2. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 2 bintang)
5. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 4 bintang)
6. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak | Super Hero Lawak
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 11 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

12 ulasan:

  1. Baru tau tahap kelawakan pun boleh diukur. Heheh.

    Read my latest entry : Wishlist Tahun 2015

    BalasPadam
  2. Ranking saya total kedua dua persembhan:1)zero 2)bocey 3)sepahtu 4)nabil 5)virus 6)shiro

    BalasPadam
  3. Syg Arwah Din Beramboi dah takde

    BalasPadam
  4. Sbb tengok lawak dia masa dgn zizan ke nabil ke...Din lagi menonjol. Harith Iskandar pun takleh control ketawa bila pair dgn Din. Enuf said... teringat Arwah fight dgn Ujang psl trademark Din Beramboi

    BalasPadam
  5. Agak menjengkelkan respon & reaksi kump Virus terutma zizan ktika Farah quinn bg komen. Just listen & tnyalh bgus2 kalo x fhm.ni tergedik2 kt pentas siap jelir lidh lg.Ksian Farah. Ac Mizal pn suppose kena contorl keadaan buknnya create lg suasna mbuli farah..Acap Kali Farh nk buka mulut nk komen msti pngcra n team yg dinilai nk create situasi yg npk mentertawakan Farah.Get in track AC n be profsnl!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju... Agak annoying kat situ... Ac mcm xnak control situasi... Lg satu yg suka menjawab komen juri adalah nabil...

      Padam
  6. Tema mgu ni agak so - so saje... Zero nmpk jgk peningkatan.. Biaselah ade turun naik...
    Zero jgk guna lawak drpd pakyus utk tema karoot.. Sbb pakyus dah bwk dulu psl biawak (dikir spontan) dlm super spontan taun lps... So xde suprise sgt... Tp menghiburkan jgk ...

    Ranking sy utk minggu 11
    1.zero 2.bocey 3.sepahtu 4.nabil 5.shiro 6.virus

    BalasPadam
  7. Psychic Zero ni ahli kumpulan zero ke? hehe..

    BalasPadam
  8. Bangsa lain agaknya gelak lihat lawak org melayu n tengok org melayu senang sgt gelak dgn lawak setengah masak, recycle...bangkit la wahai bangsaku... 2 jam of doing nothing...silap2 sambung layan citer lain. End up subuh pun terlepas...2 jam layan lawak yg x lawak

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa ke bengap anon ni siap boleh tahu bangsa lain gelak kt org melayu psl tgk maharaja lawak.. ko tgk org cina tgk rancangan lawak diorg ko pernah gelakkan diorg ke? lembu sungguh meleis mcm ko

      Padam
  9. haha bongok btol la jadi biawak

    BalasPadam
  10. hahhaa zero paling klaka. kelate bohhh

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...