Iklan Leaderboard

Isnin, 5 Januari 2015

9 Pengembala kambing dan serigala di zaman Internet

Di dalam sebuah kampung tinggal seorang penternak kambing dengan anaknya. Setiap hari, dia menyuruh anaknya mengembala kambing-kambingnya di sebuah padang rumput dekat dengan kampung mereka.

Anak penternak kambing itu sangat malas. Dia sering tertidur semasa menjaga kambing-kambingnya sehingga tidak sedar yang beberapa ekor kambingnya telah masuk ke dalam hutan. Apabila dia pulang, dia dimarahi oleh ayahnya kerana cuai. Akibatnya, dia terpaksa masuk ke dalam hutan untuk mencari kambing-kambing yang hilang.


Pada suatu hari, semasa dia menjaga kambing-kambingnya, dia terfikir hendak mempermainkan orang-orang kampung kerena dia bosan menjaga kambing-kambing kepunyaan ayahnya.

Budak itu menjerit meminta tolong."Tolong, tolong! Ada serigala yang makan kambing-kambing saya!"

"Siapakah yang menjerit meminta tolong?" tanya seorang peladang apabila terdengar teriakan budak gembala kambing itu berulang-ulang kali.

"Saya rasa suara itu datang dari arah padang rumput di sana . Kalau saya tidak silap, itu suara anak penternak kambing yang mengembala kambing-kambingnya di situ," balas seorang lagi peladang.

"Ayuh semua! Mari kita ke sana . Bawalah apa sahaja senjata yang kita ada untuk membunuh serigala itu," teriak peladang itu kepada peladang-peladang yang lain.

Tanpa berlengah lagi, mereka pun segera datang untuk membantu budak gembala kambing itu. Mereka membawa pelbagai jenis senjata seperti lembing dan parang.


Apabila budak gembala kambing itu melihat peladang-peladang itu berlari ke arahnya, dia tertawa terbahak-bahak. "Ha…ha…ha…kamu semua tertipu. Tiada serigala yang ada di sini." kata budak gembala kambing itu. Dia berasa geli hati melihat gelagat peladang-peladang itu.

Maka tahulah orang-orang kampung yang mereka telah ditipu oleh anak penternak kambing itu. Mereka pun pulang dengan perasaan yang marah.

Esoknya, budak gembala kambing itu mengulangi perbuatannya. Peladang-peladang itu datang lagi untuk membantunya tetapi berasa sungguh hampa dengan sikap budak itu yang telah menipu mereka sekali lagi.

"Alahai, sungguh kecewa saya dengan sikap budak gembala kambing itu. Adakah patut dia mempermainkan kita berulang kali?" kata salah seorang peladang.

"Sudahlah. Marilah kita pulang. Sikapnya yang suka mempermainkan orang akan mendatangkan kerugian kepada dirinya sendiri," kata seorang peladang lain.


Pada suatu petang, sedang budak gembala kambing itu duduk di tepi padang, dia ternampak dua ekor serigala mendekati kambing-kambingnya. Dia berasa amat takut melihat beberapa ekor kambingnya mati dibaham serigala-serigala itu. Dia menjerit meminta tolong.

"Tolong! Tolong!" jerit budak pengembala kambing itu beberapa kali.

"Saya tidak berbohong. Serigala benar-benar datang!" jeritnya lagi tetapi tiada seorang pun yang datang untuk membantunya. Akhirnya, sehingga tiga ekor kambingnya terkorban.

Sumber cerita Got-Blogger.


* * * * * * * * * *

Itu cerita pasal budak pengembala biri2 dengan serigala yang biasa kita baca dan dengar waktu kecil2 dulu. Pengajaran dari cerita ini, sekali dua menipu orang masih boleh bersabar tapi kalau dah berkali2 menipu, siapa boleh tahan?

Itulah perangai segelintir orang melayu kita. Kuat menipu, malas selidik, senang percaya, suka berkongsi. Sebab ramainya melayu2 pembangang macam ni la lepas ni maklumat yang benar2 sahih pun orang dah susah nak percaya bila disebarkan, sebab dah selalu sangat menipu.

Ada yang menipu pasal nak kaya, ada yang menipu pasal nak duit, ada yang menipu sebab nak harta, ada yang menipu pasal nak popular, ada yang menipu sebab ada kepentingan, ada yang menipu sebab suka2, ada yang menipu sebab nak ratah tubuh badan perempuan, dan macam2 lagi lah sebab kenapa ramai melayu menipu dan terus menipu melayu yang lain.

Kalau zaman dulu menipu jerit "Tolong! Tolong! Ada serigala!", tapi zaman sekarang nak menipu semudah tekan klik pada tetikus atau sentuh skrin telefon sahaja. Sebab tu kerajaan terpaksa cadang untuk dakwa orang yang menipu terutama kat Internet, termasuk yang Share dan Retweet. Kerajaan terpaksa buat sebab ramai sangat yang kurang cerdik dan kurang akal sampai fitnah media sosial dah terlalu berleluasa.

Aku bukannya nak sokong sangat cadangan DS Ahmad Shabery Cheek ni, tapi kalau dah ramai sangat yang bangang, kalau aku jadi jadi kerajaan pun aku muak, meluat dan tak tahan dengan perangai orang Malaysia ni dan mungkin buat benda yang sama. Cuba kalau korang sebar benda2 yang betul2 sahaja, takdelah kerajaan terdesak nak ambil tindakan macam ni.


Sumber gambar

Korang jangan ingat sekarang ni macam zaman batu, nak menipu senang nak cover, baling batu sorok tangan belakang badan. Kalau korang menipu pakai telefon dan SMS, kerajaan mudah je nak cari korang, sebab tu nombor prepaid pun nak beli kena register hatta orang bangla sekalipun. Tau kenapa dulu beli nombor prepaid tak payah daftar tapi sekarang kena? Sebab dulu ramai sangat beli nombor prepaid lepas tu menipu orang.

Dan bagi yang pakai Internet tu, setiap kali korang bersambung ke Internet, korang dah ada IP address yang membolehkan pihak berkuasa trace korang. So tak payah nak menipu sangat dan menyusahkan orang lain.




tags: the shepherd boy and the wolf aesop fables kisah cerita kanak pengajaran moral budak penggembala gembala kambing biri-biri dan serigala harimau menteri komunikasi dan multimedia datuk seri ahmad shabery cheek skmm dakwa mereka klik share retweet fitnah media sosial

9 ulasan:

  1. 2nd mada fajar menyinsing di ufuk timuuuuuuuuuuuuuuuuuurrrrrrrrrrrrrrrerer

    BalasPadam
  2. hmm... ketiga lagi...

    BalasPadam
  3. Teringat cerita upin ipin tajuk serigala dan kambing biri2.
    Hehehe.
    Betul sangat. Suak nak share tanpa sahih berita. Sangat bahaya.

    BalasPadam
  4. admin macai geng dgn shabery buih

    BalasPadam
    Balasan
    1. pegi mati la lu ngan macai lu mendengar apa saja cakap anuar ibrahim puihhhh,
      memang patut ak sokong walaupun kdg kala shabery kasi statement mcm merapu.. tapi klu nak basmi orang bodo2 dan pemalas nak kaji berita sahih memang patut kena pun x sudah2 merapu!

      Padam
  5. "Asalkan negara aman".. harga barang nak naik ka.. ada org nak menipu ka.. lu nak jadi kayya ka.. apa melayu totok pedulik..

    Ini sumer salah Anwar Ibrahim..kahkahkah.. xder Anwar Ibrahim, amanlah Mesia.. huahuahua..

    BalasPadam
  6. Fool me once, shame on you.
    Fool me twice, shame on me.
    Fool me three times?
    I don't think so.

    BalasPadam
  7. Fool me three times?
    Shame on you forever.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...