Iklan Leaderboard

Rabu, 21 Januari 2015

21 Peminat Naruto di Malaysia bakal alami Otaku-gasm

PEMINAT siri animasi popular Naruto di Malaysia berpeluang menyaksikan watak-watak kegemaran mereka beraksi di atas pentas Mei 2015 nanti.

Menurut laporan Channel News Asia, pementasan tersebut akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa (MIECC) Mines, Seri Kembangan pada Mei 30 dan 31 tahun ini.


Pasukan produksi juga mengumumkan pementasan akan diadakan di Singapura (Resort World Theatre pada 6 dan 7 Jun) dan Macau (The Venetian Theatre pada 22,23 dan 24 Mei).
Pementasan tersebut akan menampilkan Kodai Matsuoka sebagai Naruto, Ryuji Sato (Sasuke), Yui Ito (Sakura), Kenta Suga (Gaara), Yuki Kimisawa (Hatake Kakashi), Kazuhiro Hinakawa (Third Hokage), Miho Imamura (Haku) dan Asahi Uchida sebagai Momochi Zabuza.

Naruto, sebuah animasi yang berasal dari Jepun, menampilkan kehidupan ninja merupakan antara animasi popular di seluruh dunia.

Sumber Sinar Harian.

Wow, ini adalah berita baik buat para peminat dan otaku bagi manga dan anime Naruto di Malaysia. Tak sangka Malaysia dipilih sebagai salah satu destinasi untuk Pementasan Teater Muzikal Naruto ni. Kalau tengok poster dan karakter2 pelakon teater muzikal ni memang gempak habis.












Kuat juga peminat dan otaku Naruto kat Malaysia ini, sampai mangaka Naruto iaitu Masashi Kishimoto sendiri memasukkan foto seorang peminat Naruto dari Malaysia iaitu Ai Nurul Aiman dalam Facebook miliknya.


Malah bukan sekali tapi dua kali.


Mungkin disebabkan ini maka pementasan ini di bawa ke Malaysia sebagai penghargaan kepada peminat2 Naruto memandangkan peminat Naruto memang ramai kat Malaysia, walaupun ramai yang sekadar baca manga dan tengok anime free kat Internet.

Namun aku harap bila pementasan teater ini, takde la otaku dan peminat Naruto terutama yang perempuan melayu muslim ni naik atas pentas peluk cium pelakon2 yang melakonkan watak Naruto, Sasuke dan cikgu Kakashi dalam pementasan teater tu. Jangan bagi masyarakat pandang serong terhadap peminat anime, dan tunjukkan yang para otaku ini lebih bagus dan jauh lebih matang dari peminat fanatik K-Poop hari tu.

Apa2pun, sebelum tu layan dulu filem terakhir Naruto The Last di beberapa panggung wayang GSC yang terpilih bermula 29 Januari 2015 ini




tags: pementasan teater muzikal musical theater naruto movie the last filem gsc release date the mines otaku otakugasm otaku-gasm anime fans lover weaaboo

21 ulasan:

  1. Balasan
    1. dapat pun..hehe..fuh mcm mana dia nak masukkan efek2 bagai semua tu dalam muzikal ni ek..

      Padam
  2. HAHAHA..UMAT ISLAM DAH MCM BUIH.. HIDUP BINCANG HAL2 RINGAN DAN TAK BERFAEDAH.. HAL AMAL IBADAT BEKALAN AKHIRAT..LANGSUNG TAK PEDULI..

    Solat 5 waktu je, dah rasa cukup dah kuat untuk lawan api nuraka.. mari kita kutawa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik ustaz.. terima kasih atas nasihat

      Padam
    2. terima kasih ustaz atas nasihat

      Padam
    3. ustaz anon, bkn la nk kata apa cuma nk tau juga apa yg ustaz anon ada buat selain solat 5 waktu utk lwn api nuraka, boleh la kongsi2kan kt kami... mmg kami cuma hidup bincang hal2 xberfaedah 24 jam sehari.. kami ni budak jahil xmcm ustaz anon... harap ustaz anon dpt ajarin kami, bkn sekadar mengutuk kami

      Padam
    4. hebat kalau kita menghukum benda ringan dan berat...kalau tak ada ringan tak tau kita benda tu berat!

      Padam
    5. terima kasih ustaz sebagai fan naruto saya terima teguran ustaz anon

      Padam
  3. Ah! Tak perlu. Tak ada faedahnya. Malaysia janganlah terikut-ikut trend gila dunia. Tak jadi mundur pun negara kita kalau kita tolak benda-benda negatif sebegini. Bahkan manusia bijaksana hanya memilih apa-apa yang terbaik yang memberikan faedah dunia dan lebih-lebih lagi faedah akhirat untuk rakyat.

    Lagipun, nanti ada pula gadis-gadis gatal yang akan meluncur di atas pentas untuk memeluk dan menggomol jejaka-jejaka Jepun sebagaimana jejaka-jejaka Korea diserbu oleh gadis-gadis miang kita baru-baru ini.

    BalasPadam
  4. Hater always hate

    BalasPadam
  5. perghh giler la naruto the muzikal? tringin gk nk tgk cmner.

    BalasPadam
  6. apsal mamat kat atas tu over sgt?? for ur information, anime cam naruto ni beratus2 kali ganda lebih bgs & ada nilai moral drpd drama & filem melayu sampah tu

    BalasPadam
  7. betul2. harapan yang last tu terbaik. semoga takde dah asksi berpelukan. cukuplah sekali sebagai iktibar :)

    BalasPadam
  8. otakugasm???? apakah?? hahaha

    BalasPadam
  9. naruto je ke yg ada? fairy tale xde ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gilo masuk fairytail, mengamuk uztaz anon nanti

      Padam
  10. mesti effect macam pementasan Ultraman di Karnival Upin Ipin yang lepas. Drama hadapan skrin besar.

    BalasPadam
  11. Pfft....Naruto pakai tudung bai xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko gay ke bro? Bergetar rusuk kiri ke kanan?

      Padam
  12. hokage kelima xde ker nak dtg malaysia.........

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...