Iklan Leaderboard

Jumaat, 9 Januari 2015

17 Antara Otaku, Weeaboo, Hikikomori dan NEET

Di negara Jepun, bagi seseorang yang taksub, fanatik dan terlalu meminati anime, manga, game, patung figura dan apa2 sahaja yang sewaktu dengannya, mereka sering dikaitkan dengan gelaran Otaku. Otaku ini juga sering dikaitkan dengan terma2 lain seperti Weeaboo, Hikikomori, NEET dan lain2. Di Malaysia juga, ramai peminat fanatik anime, manga dan lain2 perkara yang berkaitan dengan subculture Jepun mahu menjadi seorang Otaku, namun adakah budaya Otaku itu suatu yang positif?


So apakah itu Otaku?
Otaku berasal dari perkataan rumah, seperti, tidak pernah meninggalkan rumah.

Otaku boleh didefinisikan sebagai seorang anak muda yang terlalu taksub dengan budaya popular tertentu sehingga menjejaskan kemahiran sosial mereka.

Biasanya seorang Otaku tidak mempunyai apa2 yang lebih baik untuk dilakukan dalam kehidupan, oleh itu mereka meluangkan masa dengan menonton anime, bermain permainan video, melayari Internet (Otaku juga ada digunakan untuk merujuk kepada seorang nerd yang mempunyai hobi bermain komputer untuk membuat hacker dan programming).

Seorang Otaku menghabiskan lebih banyak masa, wang dan usaha kepada hobi dan minat mereka lebih daripada orang biasa lakukan. Mereka tahu banyak tentang hobi dan perkara2 yang berkaitan dengannya; sebagai contoh, seorang Otaku anime mungkin menghabiskan banyak masa menonton anime, mengkaji sejarah dan latar belakang suatu anime, membeli banyak DVD, patung figura dan produk2 lain, belajar tentang orang2 yang membuat anime (seperti animator, pelakon suara watak anime), mencipta sesuatu (seperti muzik atau lukisan) mengenai anime atau memakai kostum dan melakonkan watak anime.
Di Jepun, budaya Otaku adalah suatu yang dianggap negatif kerana ia digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang tinggal di rumah sepanjang masa dan tidak mempunyai kehidupan (tiada kehidupan sosial, tidak ada kehidupan cinta dan lain2). Oleh itu Otaku umumnya dianggap satu perkataan yang agak biadap. Memanggil seseorang dengan gelaran Otaku adalah suatu penghinaan yang buruk.

Namun dalam budaya Barat dan negara2 lain selain Jepun, mereka keliru dengan gelaran Otaku dan menganggap ia suatu yang positif malah sesuatu yang sangat membanggakan. Gelaran Otaku kebiasaannya digunakan untuk merujuk kepada peminat dan seorang geek yang sangat berpengetahuan, taksub dan peminat tegar anime, manga atau game.

Sumber: Wiki, Simple Wiki, Urban Dictionary.

Adakah Otaku itu Weeaboo?
Weeaboo adalah satu terma yang digunakan kepada seseorang yang bukan seorang warga Jepun, yang terlalu taksub dengan Jepun, kebudayaan Jepun dan apa2 jua berkaitan Jepun, mengutuk budaya mereka sendiri dan cuba berkelakuan seolah2 mereka adalah orang Jepun, walaupun mereka sangat jauh dari negara itu. Mereka suka memasuk dan mencampur adukkan perkataan Jepun dalam percakapan yang mereka belajar melalui anime tetapi biasanya dengan sebutan dan penggunaan yang salah menjadikan ia kedengaran sangat asshole dan kelihatan sangat dungu.

Ciri2 lain seorang Weeaboo adalah mereka terlalu obses dengan minat mereka seperti anime sehingga mereka merasakan minat mereka adalah gaya hidup, kehidupan sebenar dan lebih baik daripada kehidupan realiti seperti "Anime is life". Meraka akan merasa sangat marah apabila ada orang lain memperkecil, mengejek dan mengkritik minat mereka seperti anime dan watak kegemaran mereka. Mereka turut menjadi emosional dan tidak keruan apabila ada orang mengatakan "anime itu kartun". Malah ada Weaboo yang di tahap lebih kronik sehingga bercouple dan berkahwin dengan watak anime perempuan (waifu).
Oleh itu secara asasnya, seorang Otaku tidak semestinya seorang Weaboo, namun seorang Weaboo adalah seorang Otaku, namun lebih teruk dan kronik daripada seorang Otaku biasa. Terma Weaboo adalah mutasi daripada terma Wapanese dan Japanophiles.

Jika anda sudah terjebak menjadi seorang Otaku, baca "10 cara untuk mencegah diri menjadi seorang Weaboo".

Sumber: KnowYourMeme, Urban Dictionary.

Otaku sering dikaitkan dengan Hikikomori. Apakah itu Hikikomori?
Hikikomori yang membawa maksud menarik diri, mengurung diri, shut-in, adalah istilah Jepun untuk fenomena di kalangan remaja atau dewasa muda di Jepun yang menyendiri, mengasing diri, mengurung diri di bilik atau rumah dan menarik diri dari kehidupan sosial.  Di Malaysia mungkin tiada atau terlalu sedikit golongan seperti ini, namun ia wujud banyak di Jepun.

Meskipun terdapat beberapa versi di mana seorang Hikikomori mungkin keluar daripada rumah, namun menurut Kementerian Kesihatan, Buruh Dan Kebajikan Jepun maksud sebenar Hikikomori adalah para individu yang tidak ingin meninggalkan rumah ibu bapa mereka, serta mengasingkan diri mereka daripada masyarakat dalam kediaman mereka dalam suatu jangka masa melebihi enam bulan. Meskipun fenomena ini berbeza2 mengikut individu, sesetengah remaja mengasingkan diri mereka selama beberapa tahun, atau dalam kes yang lebih jarang berlaku, selama beberapa dekad. Selalunya, Hikikomori bermula dengan keengganan mereka untuk hadir ke sekolah atas sebab2 tertentu.
Golongan Hikikomori ini mengasingkan diri sendiri daripada dari masyarakat, jarang meninggalkan rumah, tidak mempunyai kawan2 dan tidak suka berinteraksi dengan ahli keluarga. Lazimnya mereka seorang pendiam dan tidak suka bercakap dengan sesiapa sahaja, tidur, menonton anime, membaca manga, bermain game dan komputer sepanjang hari. Seorang Hikimori tidak semestinya seorang Otaku, nerd, gamer dan lain2, walaupun mereka boleh cenderung ke arah itu.

Antara punca penyebab terjadinya Hikimori:
  • Banyak masalah di sekolah, di tempat kerja dan sebagainya, biasanya disebabkan oleh buli dan dipulaukan oleh orang sekeliling, baik dari sudut tindakan mahupun pengucapan yang disebabkan oleh latar belakang atau minatnya yang lain daripada orang lain.
  • Mempunyai ibu bapa yang bermasalah, pernah bercerai, tinggal hanya bersama ibu atau bapa tunggal, tidak baik dan sering bergaduh dengan ibu bapa menyebabkan mereka menjadi lebih tertekan dan lebih selesa mengurungkan diri dalam bilik.
  • Kecanggihan teknologi juga boleh menjadi punca kepada simptom ini terutama dengan kemudahan akses Internet yang membuatkan mereka lebih gemar mengurung diri dalam bilik bersama komputer berinteraksi bersama rakan2 maya.
Sumber: Wiki, Simple Wiki, Malay Wiki, Urban Dictionary.

Apakah NEET dan kaitannya dengan Otaku?
NEET adalah singkatan kepada "Not in Education, Employment or Training" yang bermaksud individu yang bukan dalam sistem pendidikan sama ada sekolah atau institut pengajian tinggi, bukan dalam bidang pekerjaan atau dalam kursus dan latihan, atau istilah melayunya, penganggur. NEET ini biasanya merujuk kepada individu dewasa muda yang telah tamat sekolah atau universiti dan tidak bekerja dalam tempoh yang lama. Walaupun istilah ini berasal dari Barat, ia kebanyakannya digunakan di negara2 Asia seperti Jepun. Seseorang menjadi NEET adalah kerana mereka tidak mampu atau memang tidak mahu mencari pekerjaan. Kadang kala mereka tidak dapat menerima hakikat dan realiti norma sosial tentang apa ertinya menjadi seorang dewasa.

Kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan sepenuh masa, kehidupan mereka masih bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa. Disebabkan ibu bapa mereka masih menyara kehidupan mereka walaupun sudah masuk alam dewasa, maka kadang kala seorang NEET cenderung untuk menjadi seorang Hikikomori. 
Fenomena golongan NEET yang semakin meningkat ini juga menjadi fenomena yang membimbangkan di negara2 besar dan maju seperti Jepun dan UK kerana golongan NEET yang kebanyakannya terdiri daripada golongan dewasa muda kerana tidak produktif dan kewujudan mereka tidak menyumbang apa2 kepada negara dan masyarakat.
Adakah seorang Otaku itu akan menjadi seorang NEET? Tidak semestinya jika mereka boleh mengawal dan mengimbangi minat mereka dengan dunia luar, namun jika sifat Otaku mereka menjadi terlalu menebal sehingga membantutkan perkembangan kemahiran sosial mereka dengan masyarakat sebenar dan dunia realiti, maka mereka boleh menjadi seorang NEET kerana kurang kemahiran dan keyakinan untuk berhadapan dengan dunia sebenar.

Sumber: Wiki, Urban Dictionary.

Oleh itu jika anda seorang Otaku, tidak mengapa jika anda mahu terus menjadi seorang Otaku, namun jangan sampai jadi Weaboo, Hikikomori dan NEET. Anda juga boleh cuba untuk ambil "Kuiz menguji Tahap keOtakuan/keWeabooan anda".




tags: definisi definition term terma wiki what is otaku weaboo weeaboo wee-a-boo hikikomori neet n.e.e.t fenomena budaya subculture popular anime manga video console computer game cartoon komputer permainan doll figura action figure gundam gunpla jepun japan japanese animasi internet forum chat minat fanatik taksub die hard fan

17 ulasan:

  1. Noob tolong ulas pasal paris shooting..tq

    BalasPadam
  2. sila, sila! ha ha!

    http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/01/the-ballad-of-king-of-oil.html

    http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/01/siapa-pejuang-ke-nak-perjuangkan-perut.html

    BalasPadam
  3. sekurang2nye mereka tak jadi totok UMNO yang siap buat analisis kata harga minyak naik 20 sen adalah baguih..

    kendian skrg sebok pulak nak turunkan harga minyak.. apa pasal tak buat analisis yang kekalkan 20 sen adalah baquih?

    apa punyer sengal bro..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. otaku dgn kpopper ni sama level je... loser in real life..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. lau kpopper jd hamba korea, otaku jd hamba jepun...... puiiiii

      Padam
    2. HAHA lbih baik otaku drpd org melayu x sdr diri,cium bagai,berkapel nama je islam lgi mmbrukkn islam adalah

      Padam
    3. Bitch skrg kurangnya ade juga ssorg itu mnt trhdp sstu bnda

      Padam
  6. Shrek is love,Shrek is life9 Januari 2015 11:35 PG

    Kalau yg asyik tengok hentai je mcm seriously masuk bwh kategori apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kategori gila sex nafsu kuda

      Padam
  7. Assalamuaalaikum kepada semua, produk yang ditawar kan adalah produk KEPERLUAN, semua orang menggunakan jadi sama ada kita MENAJA ataupun TIDAK, ia tidak mendatangkan apa2 BEBAN kepada kita. Jika sebelum ini pun memang kita membayar bil berpuluh atau berabis ratus ringgit setiap bulan, maka Sudah pasti kita tidak punya masalah untuk topup lebih daripada rm20 sebulan. Tidak seperti perniagaan MLM yang lain. Setiap bulan kena buat mantain yang tinggi kadang kala produk yang di beli tidak di gunakan.

    Jadik ia akan menjadik beban kepada kita, jom sertai Saya jadi pengedar simkad sangat mudah dan ringkas...
    PM,wassap,sms atau tinggal kan no anda saya akan wassap anda ...

    http://tinyurl.com/ragesternow

    BalasPadam
  8. Aku ada kawan..minat giler kat manga,anime dan action figure. bertahun-tahun dia kumpul model tu. lepas tu dia jual online..gilerr..beribu-ribu masuk duit..dahsyat..

    BalasPadam
  9. Hikikimori sounds fun...
    imagine aaalll of the boobs...

    BalasPadam
  10. Kalau otaku jadi hacker atau programmer ada fungsi juga ini otaku berangan nak jadi hacker atau programmer dengan membaca dari Internet dan bercerita tentang programming dan hacking di laman sosial.

    BalasPadam
  11. Selalu dengar neet, tp baru tau maksud sebenar istilah tu...hahaha

    BalasPadam
  12. Hikikomori ni pada pendapat aku la kan, lebih cenderung kepada keadaan mental seseorang. Maksud aku, ianya memberi impak kepada kondisi mental seseorang hikikomori (jadi takut nak keluar rumah, sukar nak bercakap) dan kalau dari segi fizikal pula jadi gemuk (kalau pandai jaga diet tak la kan).

    Aku pun hikikomori juga. Sakitnya tuh di sini weh.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...